Tuesday, 18 October 2016

MOSCOW: Taman Neskuchnyy yang aman


Assalammualaikum dan salam sejahtera

Bulan ogos ni kira masih musim panas lagi, walaupun suhu dah mula sejuk jadi belas-belas.  Masa ni lah paling best untuk jogging. Masa lepas keluar hospital hari tu berat dah turun mendadak, jadi bawah 50.  Jadi rasa best plak kalo berat dah turun ni, badan rasa dah makin ringan.  Untuk itu, sy pun dah mula sambung hiking balik.  Malu nak sebut jogging sebenarnya sebab sy biasa kejap je jogging, yg lamanya selfie dan jalan kaki jek.  Seberang jalan ni ada taman Neskuchnyy yang bersambung dengan Gorky Park sebelah kanan dan Vyborygory park dan Sparrow hill dibelah kiri.  Bayangkan betapa panjangnya taman2 ni.  Kat sini mmg byk taman2 sebab rumah dan bangunan sumer bertingkat tinggi2.  Biasa tebing sepanjang sungai Moskva yang curam tu dijadikan taman. Saya seminggu adalah dalam 2x pergi taman ni sensorang keluar masuk hutan.  Kat taman Neskuchnyy ni kawasan dia berbukit dan nak ke sungai tu curam, jadi pokok2 memang besar2 kat sini.  Berbanding dengan kat gorky park tu banyak taman2 bunga dan taman permainan moden.  Menyusuri sungai plak akan sampai ke Vorobyovy gory park, kat sini pulak ada tempat dorang berjemur tepi sungai dan kekdg ada jgk yang terjun dalam sungai.  

Kekadang sy jalan kaki ke Gorky Park, kekadang sy pergi sampai ke Sparrow hill. Kalau sy pergi ke Sparrow hill tu sy balik naik bas sebab nak jln g situ pun ambik masa 1 jam lebih.  Dari sungai tu banyak je denai nak naik atas tapi sebab kat situ pun banyak pokok besar2 jadi kekadang sy tunggu ada orang nak naik atas baru saya naik.  Takut jgk sensorang kat situ sbb kat situ ada kolam kecik, taman bunga, ada mata air lagi dan jgk kereta kabel menuju ke atas.  Sampai atas saya ambik gambar Moscow city dan university MGU (bangunan seven sister tu).



Ni kat Neskuchnyy garden, jalan nak pergi turun ke sungai


Taman ros di Gorky park, taman ni dah hampir berusia 100 tahun tau


Tepi taman ros ni ada tempat minum air ni

Ros ni bau dia mcm rasa sirap ros.  Macam2 jenis ros kena tanam kat sini.

Saya jalan terus, seberang jalan Gorky park ni ada lagi park lain, Park Iskucct namanya.  Kat sini ada gerai2 lukisan untuk pelukis menjual hasil kraf mereka.  Lepas tu ada Muzium modern arts jgk kat sini, galeria seni dan ada taman jgk. Kalo jalan terus boleh jumpa Kremlin sebenarnya.  Tapi sy dah 1 jam jln kaki teruslah patah balik umah.

Musim panas air pancut ni ada, masa ni budak2 seronok main2 kat situ.  Cuma sini tak boleh sembarangan ambik gambar kanak2/baby.  Dorg bukan setakat tak kasi ambik gambar atau pegang anak dorang, kekadang tengok anak dorang pun dorang xhappy dah.


Bunga Hydrengia warna macam ni kat sini, ada jgk yg warna pink belacan tapi warna dia xcun

Ala2 mendeco bilik makan dengan alas meja beli kat pulau Rhodos hari tu.  Takde keje kan, mcm ni lah. Meja makan ni besar tapi xbolehlah nak beli untuk 8 seaterkan sebab ni rumah sewa je.  Dah rumah kat Malaysia tak berapa nak besar, jd nak beli brg kena fikir2 jgklah kan kesesuaiannya.  Tingkap tu mmg mcm tu yea, kat sini susah nak cari rumah yang ada langsir, byk pakai bidai aje. Bidai sy naikkan sebab nak cahaya masuk rumah.

Cubaan menjala.  Mula2 tu sy gulung terbalik, padanlah nampak xlawa hehehehe.  Botol sy beli kat Daiso hari tu kat Midvalley.

Tgok ni cuaca dah mula sejuk, daun pun mula kecut

Jumpa rambutan kat Auchan,sedih betul sy tgok harganya. Dah ler hantu rambutan.


Trek jogging favorite sy

Pemandangan sangat cantik, dpt tgok Moscow City 

Pemandangan dari Sparrow hill

Moscow State University, Uni yang berprestijlah kat sini. Tapi student kita xde belajar kat sini.  Rekabentuk bangunan mcm ni ada 7 kat Moscow, tu yang dinamakan Seven sisters.  Tapi sekarang ni dah ada tambahan sebijik tapi moden sikit bangunan dia tp nama dia kekal jgk seven sisters.  

Kat sini ni jalan dia best. Kiri kanan ada jalan tapi kat tengah2 jalan pun ada jalan jgk.  Jln kat tengah2 jalan ni untuk pejalan kaki dan kenderaan maintenance dorang je.  Kat kiri kanan jln besar dah ada laluan untuk pejalan kaki yg luas tapi kat tengah2 pun ada jgk.  Kat sini sy tengok gomen dia mmg sediakan banyak kemudahan macam ni untuk rakyat dia. Bukan setakat pengangkutan dia efficient tapi kemudahan awam jgk banyak.  Lgpun sy tgok vandalism langsung tak ada kat sini, nak tgok remaja melepak2 pewit pewit pompuan cun lalu lalang pun xder.

Cubaan buat matcha cheesecake, terlebih letak serbuk matcha plak sampai kepala sy naik ting tong

Ok saya sempat ambik gambar banyak kemudahan kat Neskuchnyy garden sebelum balik rumah.  Kat bawah ni adalah kemudahan2 yang sy jumpa.  Ada jgk yg lain mcm taman permainan kanak2, tugu, gereja lama, rumah tak tau sape tapi tak sempat ambik sebab jauh ke dalam.  Tahun lepas kat pokok2 besar ni ada kemudahan untuk flying fox.  Ada lg siap ada jurulatih yang jaga tapi tahun ni xder plak.  Hari tu sy ada jgk tgok org kayuh basikal atas tali atas pokok.


Dulu kat sini ada mata air, tapi sekarang kejap je ada masa spring

Ni SOS, tengah2 hutan pun ada

Vending mechine.  Nanti sy nak bawak syiling byk2 beli air kat sini

Tempat duduk tepi sungai dan tong sampah besi.  Kat sini kemudahan dia xde ler mewah sgt tapi ADA

Sy suka menatang ni, keje dia menyapu, membersih dan menyedut sampah sarap.  Sebab tu bersih aje kawasan taman ni.

Laluan OKU, dari tepi sungai ke jln raya khas atas tuh

Atas sikit ada jln raya untuk basikal dan kasut roda.  Org jogging kat bawah tepi sungai.  Yang sebelah lg tu untuk kenderaan khas taman.

Disediakan kerusi untuk berjemur. Kat tepi sungai jgk ada disediakan kerusi putih mcm ni untuk musim bunga dan panas.  Masa musim sejuk xder dah, dah dipunggah masuk stor agaknya

Ni tempat kasi makan tupai dan burung.  Kat sini ada babushka (nenek) dan parent yang salu bawak mknn burung dan tupai.  Tupai dia jinak2, kekadang mkn kat tgn lagi.  Kalo kat belukar2 tu plak biasa dorang gantung botol untuk letak makanan burung pipit.  Pemurah betul orang sini, burung2 pipit tu kesian xder mknn masa salji tebal, jadi orang sini kasi mkn.  Saya dari dulu asyik terlupa aje bawa beras tuk kasi mkn burung2 ni.  Kekadang sy lalu, tupai2 tu g kat saya...sedih sy dan rasa bersalah sangat.

Ni tempat main ping pong.  Bawak sendiri reket dan mainlah sampai lebam.

Tong sampai kitar semula.  Org russia tak pemakan mcm orang kita, jd sampah sarap pun kurang.  Kalo ada pesta2 pun jarang ada gerai2 segera jual makanan.  Kat taman mmg ada kiosk2 yang jual aiskrim, jagung dan air tapi dorang mcm xmkn sgt.  Tak buruk lantak dorang ni, sbb tu slim aje.

Kalo tgok movie orang putih mesti salu nampak sand box mcm ni kan

Rumput2 mmg salu je trim, kat bawah pokok2 ni ler tempat lepak dan baring2

Bawah tu gelangang futsal


Ni pintu dekat dgn rumah, tgh malam hingga subuh tutup pagar nih

Rajin betul dorang ni, masa spring hari tu tanam tulip, lepas tu dorang korek plak tanam bunga bulat2 tu, ni korek balik taman bunga ni plak.


Matcha cheesecake tu mcm xjadi sgt, macaron tu lagiiiiii lah...mcm2 bentuk keluar, yg hampir rentung pun ada :).  Saja je nak try bake macaroon, inti sy letak nutella aje.  Masa ni tghari bawa g umah jiran, lepak2 sambil makan2.

Makin subur pegaga sy kena matahari

Jom balikkkkkk

Jumpa lagi




No comments:

Post a Comment