Sunday, 16 October 2016

MOSCOW: Raya kan sebulan


Assalammualaikum dan salam sejahtera

Ni masih entry separuh julai, terasa macam wartawan plak rasa.  Tapi nak buat macam mana kan kami pun bukan lama pun kat Moscow ni.  Catatan ni sekaligus untuk kenangan nanti bila dah balik Malaysia.  Jadi bertabahlah korang nak membaca blog saya ni.  Sekarang ni sy dah tak rajin nak mengemail tentatif London dan no telefon orang bank tu sebab entry tu dah lama dah dan sy pun dah lost contact dah dengan orang tu. Lgpun sekarang ni macam2 syarat baru dah keluar, tak sama macam semasa saya beli umah dulu.  Ni pun kesian rumah saya tu jadi rumah tinggal.  Susah jgkkan kalo kerja kat obersee ni.  Rumah kat cheras tu xperlah ada anak buah sy duduk.

Lepas balik dari Greece tak byk pun aktiviti lagi pun saya kena kemurungan sebab ada masalah kat sini ni yang bukan masalah saya pun, tapi kita plak tercalit sama. Kita ni dah ler surirumah dan saya anggap rumah ni lah syurga saya.  Tapi bila ada orang lain duduk, lamaaaaaa plak tu konsep home sweet home tu dah tak der dah.  Dok rumah sendiri pun dah tak best dah.  Masa ni ada jgk pergi ke rumah terbuka jiran2, bolehlah nak bersosial sikit.  Yelahkan kita ni surirumah dengan kos makan kat luar yang sgt mahal ni, kita ni asyik makan masakan sendiri jelah.  Banding dengan orang keje, ada dinner, ada makan2 dengan rakan sekerja ada jemputan mana2....kita ni dok aje terperuk kat rumah.  Jadi bila jiran2 buat makan2, tu lah masa nak merasa masakan orang lain kan.  Kadang ada best dan ada jgk tak bestnya jadi surirumah ni.  Jadi, harap2 suami2 kat luar tu pandai2lah jaga hati suri2 rumah ni kan, bawaklah keluar window shopping ke g makan ke g ambik angin ke.  Masa kursus persediaan hari tu penceramah tu dah ckp supaya suami2 ni kena rajin bawa isteri jenjln kat luar.  Hujung minggu sepatutnya digunakan untuk aktiviti family, cukup2lah kerja isnin-jumaat tu.




Masa ni musim winter mmg cahaya matahari terik dan pokok2 sy pun gembira.  Pokok pegaga sy dah beranak2 dah.  Dah banyak kali dah saya ambik daun dia buat ulam.  Sini ulam2 ni ada salad je lah yang ada, nak jgk merasa ulam kampung.  Nasib baiklah ulam ni hidup jgk kat pasu ni.  Pokok 'limau purut' yang sy bawa biji dari KL disember lepas pun hidup jgk tapi lagi sekali tipah tertipu.  Limau lain plak yang hidupnya, tak tau limau apa ni.  Daun dia dah ada dah rupa limau purut tapi nipis dan xder pun bau limau purutnya.  Sy dah frust dah, malas dah nak tanam sebab bulan ogos biasa matahari dah kejap ada kejap xder.  Tahun lepas pokok yg lain jgk tumbuh bila kirim biji dengan kawan suami sy, sy cabut sumer sbb sakit plak hati.  Ni sy nak biarkan je lah hidup, lantaklah ko nak hidup ko hiduplah.  Dah tinggal setahun lebih je pun lagi nak balik for good.  




Saya dah teror sikit jln2 Moscow ni, jadi bawak Faz, student dari Nizny jenjln ambik gambar kat Moscow City.  Kat situ ambik gambar sangat cantik, back ground sumer bangunan tinggi, ada yang ckp mcm kat Dubai.  Ehhhh hellloooooo...kat sini pun ada bangunan pencakar langit tau.  Dalam bangunan tinggi2 tu ada shopping mall Afi Mall yang besar jgklah kecik sikit dari Pavillion.  Kami mkn kat food court dia, ada kedai halal dan kalo ambik set business lunch mmg murah dalam RM15 mcm tu dapat nasi + daging hiris + air.  Bolehlah kalo nak makan seorang aje.  Tq Faz sebab belanja sy yang tengah kemurungan tuh.  Sy kemurungan tapi tetap happy sebab kalo ada jadi apa2 kat saya, ada doktor sebelah saya hahahaaaa...

Ada jiran nak beli termometer ni tapi tak jadi bila tgok ada tulisan tu kat situ kihkihkihhh
Masa BBQ hari tu ada Chef tu guna benda ni cucuk2 dalam ayam dan daging tengah bakar. Bila tanya, dia ckp nak pastikan ayam dah masak suhu kena dalam 72C mcm tulah.  Jadi nanti ayam tu xderlah ada merah2 lg kat dalam.  Kami ni bukan chef pro terus teruja tgok menatang ni dan sumer pakat2 nak cari. Sy mmg dah ada sbb beli untuk buat swiss buttercream.

 

Ni pokok ros yang sy tanam kat balkoni.  Harum dan kembang dalam 3 minggu jgklah.  Bila sy tension sy pergi cium bunga ni.


Saya pernah tanya kat pasar bakul mcm ni tapi bertutup boleh dapat dalam RM130, terus terbantut nafsuuuu



Hujung bulan jiran sy En. Din dan Kak Nor ajak saya jenjlan pergi daerah Gzhell.  Sy ni salu sangat le mengendeng dorang g mana2, mmg muka menumpanglah saya ni.  Yelah bukan sumer tempat ada metrokan.  Yg ni dalam sejam lebih perjalanan dari Moscow dan kat sinilah barang2 porceilin Gzhell ni dibuat.  Pekan kecil aje dan internet kat sini  xleh guna, jd xleh nak google kat mana letaknya kilang2 ni.  Kami shopping kat kedai2 tepi jalan ajelah, tu pun xbyk adalah jumpa dalam 3-4 buah aje.  Cuma kalo nak pegi kena pergi naik kereta sebab tempatnya jauh2.  Ada je stesen keretapi kat sini tapi mmg jauhlah dan tak tau ada bas ke tak tempat ni.  Mmg kawasan kampung dah ni, pekan ala2 koboi.  Saya tak beli apa2 pun sebab sy kumpul gzhel yang lawa tu tapi kat sini xjumpa.  Oklah jgk dapat tengok kampung2 orang dan kami singgah kejap kat gereja.  Bila masuk dalam terpandang satu keranda dan rupa2nya ada mayat dalam tuh.  Ni supir kami ni yang ckp, perghhh nasib baik sy tak perasan sangat, ni lah kebaikan jugak jd orang rabun nih.   





Sy berkenan jgk dengan teko ni tapi tulah harga bukan murah.  Teko tinggi ni harga 990rbl, dalam RM65 le jgk.  Tu teko je, xmasuk lg cawan2 dia.  Murah sikit harga sini banding Moscow, cuma untuk yang xder kenderaan macam sy ni mmg susahlah. Yg paling penting sy tengah pokaiiiii....






Jalan ni tak de R&R yea, tapi ada pondok mcm ni.  Kami singgah sini makan.  Yang bestnya hutan2 musim sejuk mcm ni, serangga mcm xwujud.  Kalo kat tempat kita mmg dah jumpa dah macam2 ular lipan gonggok spiderman kat sini.  Tapi hutan sini mmg xder, jadi nak berbaring kat rumput, nak hiking pun rasa selamat jek.  Orang sini suka bawak baby dorang dalam stroller masuk taman yang ada byk pokok2.  Dorang biar je baby dalam stroller pahtu dorng baring atas rumput bawah pokok sambil baca buku.  Dulu sy pernah ikut buat bancian kat Tg Karang pusing2 kat kawasan kampung, sy nampak ular tedung sikit punya besar tengah menaikkan kepala dia kat semak.  Apalagi sy pun terus lari lintang pukang.  Tu kawasan kampung tuh.  Ada orang local sini pernah ckp yang dia pernah melancong ke Malaysia dan dia tak suka (geli) dengan serangga.


Oklah jumpa nanti entry untuk bulan ogos plak


No comments:

Post a Comment