Monday, 24 October 2016

MOSCOW: Nak basikalllll plz


Assalammualaikum dan salam sejahtera

Kekadang bosan kat rumah, sy merayap ke shopping mall dekat dengan rumah ni.  Seronok dok umah ni sebab dekat dengan segala kemudahan yang ada.  Kami ni duduk rumah orang yg dulu2 duduk.  Mmg tak mencari rumah baru, lgpun rumah ni luas dan cantik.  Ada je rumah lain yg lebih ok tapi sebab rumah ni agak murah dari rumah lain kira oklah.  Lgpun security sini ok, xketat sgt banding tempat2 lain yg tak mesra pelawat.  Rasa dah banyak dah pusing2 moscow ni dengan geng merayap, kalo dengan student biasa pergi keluar moscow sebab dorang pandai cakap russia.  Sy ni setakat bawa dari point A ke point B tu bolehlah, tapi kalo nak tanya2 tu kureng skit.  Kekadang tahu tapi sebutan kita plak xngamkan, ada hari tu sy ckp pahtu org tu gelak trus dia ckp BI..ehhh tpi BI dia pun basic je tahu pun.  Tapi fahamlah mmg ler kira russia ni bahasa ke-3 saya, mmg ler lintang pukang jadiknya. Jadi jgn gelakkan kalo ada orang yg salah sebut english sumer tuh sebab orang2 kat europe ni lagi teruk english dari kita benarnya.  

Yg kat tengah2 jln tu namanya Tram, laluan dia tengah2 jln, kalo dia berhenti sumer kereta pun kena berhenti jgk untuk kasi laluan untuk penumpang melintas yang nak naik dan keluar.  Laluan Tram ni dalam 10 minit jln kaki dari rumah dan ada 2 tram yg lalu kat situ.  Tapi sy tak pernah lagi naik tram ni, tiket pun boleh guna Troy kad yg biasa boleh guna sekali untuk Metro dan Bus tuh.  Pelbagai betul pengangkutan awam kat sini,...Metro, Tram, Teksi, Trolley bus, Bus dan Mashrud (van). Kalo teksi biasa kami guna teksi kuning sbb lebih dipercayai dgn syarat kena setuju harga sebelum naik.  Teksi sapu pun banyak, yg mcm uber tu pun ada jgk.  Cuma guna teksi/uber mahallah, dari auchan ke rumah sy yg jln kaki 10 minit tu pun dalam RM13.  Permulaan harga untuk teksi uber pun dalam RM13.

Pintu berpusing ni mmg femes kat sini, hampir sumer shopping mall besar guna pintu mcm ni

Nilah Auchan tempat shopping, lebih kurang mcm Giant.

Ni buah nektarin. Sy kekadang mcm xleh masuk dgn buah2an kat sini yang sy baru jumpa kat sini

Suburkan pandan sy

Saya ikut Kak D pergi Kremlin ambik gambar untuk opis tp lepas tu kami merayap masuk GUM ni.  GUM ni berdekatan dengan Red Square yang femes tuh.  Tapi mmg jaranglah nak membeli apa2 sebab sumer kat sini jual barang2 branded.  GUM ni sepupu The Garden  kat Mid valley tuh.  Tapi apa yang pasti yg mampu beli kat sini adalah aiskirm dia je, mmg sedap aiskrim dia ni mmg orang sentiasa beratur panjang.  Kalo datang GUM ni jgn lupa try aiskrim ni, harganya biasa2 saja.  Lepas tu pergi cuci mata tgok set pinggan mangkuk Imperial plak.  Imperial ni kira kalo rangking pinggan mangkuk mmg premiumlah.  Imperial ni jenama Russia dan kilang dia kat St. Petersburg. Mmg sangat mahallllll...set teko dia tambah sikit je lagi dah boleh guna untuk downpayment sebijik Viva.  Sekarang ni sy tengah berpuasa shopping, nak jgk beli sebijik 2 untuk kenangan tahun depan.  Kenapa dia mahal?   Sebab dia ni ukiran tangan dan gold pada Imperial ni adalah dari emas 22K hokeyyy.  Sy ckp kat Kak D, kalo tetiba pokai nanti kikis gold tu g gadai hahahahahaaaa...






Selamba je letak tembikai kat fountain ni.  Mmg bulan 8 ni mmg musim tembikai kat sini.  Hahahaha...tembikai pun ada musim kan.  Kalo pandai pilih dapatlah yang manis dan sedap.  Kat sini sumer bermusimkan, jadi kalo tiba musim dia mmg kena makan sampai jemu.

Sy ada ikut jiran pergi satu mall ni untuk cari basikal. Bangunan ni dekat je dengan opis hubby tapi sy g sana ngan orang lain.  Mall ni ada 4 tingkat dan menjual barang2 mcm basikal, motor, pancing, pisau, bot dan peralatan sahaja, xjual sayur ikan daging tepung sumer tuh.  Masa mula dtg dulu abang sy pesan suh carikan pancing untuk dia.  Tapi masa tu mana sy tau tempat ni wujud.  Bila datang sini, nahhhhh ambik ko sikit punya banyak jual kat sini.  Set snorkeling pun ada jgk, menarik betul.  Pahtu byk pilihan plak tu, kedai jual basikal pun ada lebih 10 buah.  Yg paling best kita boleh test naik basikal pusing2 sampai jumpa yang berkenan.  Jiran beli basikal yg boleh lipat2 tu, kira praktikallah kan sbb boleh bawa masuk dalam kereta.  Sebelum beli tu mmg org kedai tu akan buat mcm2 test kat basikal tu dan dia akan tunjuk caner nak handle basikal tu, mmg ambik masa dalam 20 minit jgk bersoal jawab.  Nasib baik org tu pandai ckp english, mmg puashati betul beli.  Sy seperti biasa tengah berpuasa shoppingkan, hahahaaaa mmg xbeli apa2. Yelah harga basikal pun dah ribu riban manalah mampu.  Lgpun sy dah habis banyak duit untuk beli Queen Anne sbb ada promosi gila2 punya, ada yg beli untuk pakai kat sini ada jgk yg nak bawak balik Malaysia.  Ntah kenapa sy ni ikut arwah ayah sy kot suka barang2 silver nih.  Gambar xnak letaklah sebab QA ni banyak je gambar kat google, lgpun hubby tak suka sy letak gambar hasil shopping sangat.  Sebab tu sy suka letak gambar yg kat kedai, walaupun sebenarnya sy tak beli pun.  Tapi yg ni mmg yg original, bukan beli yg defect kat kilang mcm kat UK tuh. 




Hujung minggu kami ada pergi ke Festival negara jiran Indonesia yang buat kat taman Hermitage.  Bestnyalah dorang buat festival kat taman ni.  Dah ler taman ni mmg cantik.  Ada persembahan barongan, tarian, nyanyian, jualan sate dan kuih muih, ada jgk company jual barang2 mcm kopi dll, ada upacara perkahwinan cara bali, ada silat dll.  Sate kat sana beza skitkan dengan sate kita, dulu g Jakarta Bandung xg plak merasa sate dorang mcmana.  Sate daging kuah kacang, sate ayam plak kuah kicap.

Huruf R terbalik tu sebutan dia Ya dan maksud dia Saya. Jadi maksud dia I love Moscow :)


Ada sape2 tahu, sambal ni ada jual tak kat KL?  Kami g festival ni salah satunya cari sambal ni lah selain tempe.  Ada yang dalam botol, ada yang dalam tube.  Sy tak suka sambal yang manis, yg ni mmg umphhhhh.  Balik Malaysia hari tu cari jgk tapi xjumpa, yg kicap jumpalah. Dorang jual ni dekat RM30, mahal giler kan.  Tapi ada 4 je, jadi dapat sorang satu je. Saya sekali mkn dah suku habis.





Musim buah berry2 lagi tapi berry ni rupa je lawa tapi masam yang amat.  Saya kalo beli pun membazir sebab xmkn pun. Nak letak atas kek pun xnak sbb rupa je cantik. Ni namanya beauty without brain...ehhhh


Sebelum balik Malaysia sempat g Pasar Izmailovo sensorang beli apa yang patut

Daun2 dah mula turun sikit2 dah

Tomato sy dah masak


Kek2 kat sini mmg tak sedap (ehhhh jahat tak!!!).


Yeaaaaaa hujung bulan 26hb Ogos 2016 kami balik Malaysia kejap.  Sebenarnya sy lebih suka dok Moscow, dah ler nak autumn kannnnnn.  Tapi hubby ajak balik oklah walaupun bulan 1 hari tu dah balik dah pun. Kami balik transit Doha, tapi kejap je sebab dulu dah pernah bermalam kat Doha. Balik dalam 3 minggu je, pertengahan ogos nanti balik Moscow balik.  Sy pun ada benda nak urus kat UKM tuh.


Ok jumpa lagi. Terima kasih yang rajin tinggal komen tu yea, nanti saya balas.   Sebenarnya sy nak tulis entry kami pergi ke Finland + Sweden + Estonia tahun lepas tapi xder masa lagi.  Yelah nak siapkan 1 entry panjanggggg ni pun ambik masa 3 jam jgk.





No comments:

Post a Comment