Tuesday, 20 September 2016

MOSCOW: Tulips, Tulips and more Tulips everywhere


Assalammualaikum dan salam sejahtera

Lamanya tak tulis blog, gambar pun dah byk delete dari phone.  Dah lupa dah cerita sebelum puasa hari tu hehehee.  Tak per lah cubalah ingat balik.  Pertengahan bulan kami pergi ke Aviapark Shopping Mall, ni antara mall yang paling besar kat Moscow ni lah dan baru je buka.  Kami naik metro pergi dan turun kat stesen Aeroport line hijau gelap kalo tak silap pahtu kat luar stesen akan ada bas free untuk ke mall ni.  Tak sampai 10 minit pun tapi xsanggup plak nak jln kaki.  Byk kedai belum buka dan dalam ni ada OBI, Auchan, H&M, Zara dan macam2 lagilah.  Kami jalan2 aje dan sy beli banyak bantal kat H&M sebab tengah sale dan ramai budak2 nak datang umah bantal xcukup nanti. 


 Ni akuarium ntah berapa tingkat, dari bawah sampai ke atas mall


Lepak makan kat Cafe Chaihana yang besar kat atas, makanan uzbek

Rabunya sy dengan jiran pergi ke pasar borong kat Metro Partizan tu seperti biasalah memborong gzhell.  Lepas tu kami pergi ke park berhampiran dan tak sangka kat dalam tu ada tasik dan cathedral. Cuma tempatnya macam xterurus sikitlah tapi tetap ada tulip, yg penting ada tulip kami dah gembira dah.  Kami pusing2 ambik gambar pahtu jln kaki balik menuju metro.

Gerai favorite sy, sy beli 1 mangkuk besar, 2 mangkuk kecik, 3 pinggan besar, 2 pinggan dessert dan 1 serving tray panjang









Rabu depannya kami plan nak tgok taman yang ala-ala taman herba yang dibuat untuk tujuan perubatan kat metro Prospect Mira.  Tapi tutup sebab ada lawatan delegasi dari negara mana ntah, kami frust naik metro pergi ke 1 lagi park yang sangat besar, VDNHA.  Kat sini kami masuk ke Memorial Museum of Cosmonautics dan adalah jumpa jejak angkasawan kita kat sana.  Terlakarlah jgk nama negara kita sebagai negara yang pernah hantar angkasawan ke ISS atas tuh.  Best jgk tempat ni, penuh dengan pelajar2 dan tiket masuk dia pun xder lah mahal sangat. Lepas tu kami lepak kat taman sambil tengok air pancut.  Masa ni xder apa2 aktiviti kat tempat ni, biasa kalo ada mmg best.  Lepas tu hujan lebat dan berlari berlindung bawah pokok.  Tak tahan kena hujan kami lari ke cafe2 berdekatan, bila lepas order mknn, hujan pun berhenti.  Sekejap betul hujannya, mcm angin lalu je.  Lepas makan kami pun balik.  Ada taman permainan kat sini tapi kami tak masuk dan ada byk ditanam pokok2 bunga.


Moscow dikenali dengan stesen metro yang cantik2, ni salah satu nya.  Tgoklah dah macam istana hiasan dia nih 













Sekarang ni musim ceri, mmg puas makan ceri.  Biasa balik dari merayap singgah kedai jual buah2an kat metro Leninsky prospect dulu.  Kat situ mmg buah2an dia segar dan murah2.  Selain tu beli kat Auchan.  Esoknya kami merayap lg ke Auchan mall dekat rumah dan makan pasta plak kat situ.  Sedap jgk tempat ni, sy xpernah makan sini sbb tempatnya tersorok sikit.



Hujung bulan ada budak2 sleep over kat umah, kira lepak2 sebelum puasalah kiranya ni.  Dorang rajin nak masak, kami layankan aje lah.  Ni xspesifik untuk student tajaan hubby pun, ada 2 rumah yang dtg hari ni.  Dorang suka minum coffee dari coffee mechine yang hubby beli tu.  Bagus sbb bila ada mesin ni, dorang xmo dah minum teh biasa tu.  Good for me :).  Kami sempat pergi ke pasar Dubrovka beli inner dan jubah.  Kat sini ada je jual tudung2 dan jubah tapi xmurahlah harganya, nak murah pergi jelah Jln Tar tu byk tudung dan inner murah2.

Cuaca cerah dan susah nak tgok ada awan kat bumi Moscow ni tau 





 Ni tetamu tetiba datang ketuk umah, org jauh datang rupanya






2 comments:

  1. Subhanallah..cantiknya bunga2...gambar2..pemandangan..semua cantik..

    ai is jelezzzzzzzzzzz..

    ok baiiii

    :p

    ReplyDelete
  2. bai.. suka tengok gambar ala2 teruja tengok bunga tu... selalu buka blog u tapi lama dah u tak update.. hari ni try buka.. u dah update... tq bai

    ReplyDelete