Thursday, 29 September 2016

MOSCOW: Raya aidilfitri & Greece


Assalammualaikum dan salam sejahtera

Ni nak tulis tentang hari aidilfitri kami kat sini bulan julai lepas, seperti biasa masa student ramai kami mmg xboleh balik raya.  Student tahun akhir ramai yang nak beraya kat moscow buat kali terakhir dan kami plan nak buat jamuan kat rumah untuk dorang dan jiran2.  Tahun lepas tak buat sebab, kami bergotong royong buat jamuan kat embassy aje.  Tahun ni buatlah sebab barang2 dan peralatan memasak pun kalo setakat untuk 100 tu ada je kat rumah ni.  Tapi 3 hari sebelum raya, apalah malang punya nasib sy terpaksa masuk wad plak sebab keracunan makanan.  Biasalahkan bila hubby outstation kita ni masak yang paling ringkas aje.  Puncanya sebab sy goreng isi ikan yang dah rosak. Dah le sebelum tu sy buat karipap frozen dan kuih bom untuk open house.  Yg kuih bom tu sy buang sbb xpasti lagi masa tu saya sakit perut sebab apa, takut inti kelapa tu yang basi. Pagi2 bangun rasa sakit perut sgt memulas dan menyucuk, habis dah keluar semua isi perut.  Biasa kalo sy kena keracunan makanan lepas muntahkan semua sy ok.  Minta jiran sy, Kak nor ubat, tp bila dah telan keluar balik.  Terus minta jiran antarkan ke klinik, kat sini kita kena pergi klinik gomen dulu dan tak boleh terus2 pergi sendiri ke hospital.  Kesian jiran, patutnya dorang nak g Foodcity tapi terpaksa menguruskan saya plak.  Bagitau doc mula2 nak balik rumah dah tapi sy dah muntah dan tak boleh berjalan dah..melepek kat lantai toilet, kena tolak dengan wheelchair oleh Kak nor.  Terus ckp dgn doc nak masuk ward aje senang, xmo susahkan jiran2.   Doc panggil ambulan datang dan bawak sy pergi hospital. Kat sini kalo kita sakit kita kena call ambulan utk ambik, kita tak boleh drive sendiri ke hospital. Sampai hospital trus masuk kat emergency dan nasib baik doc yg rawat sy tu pandai ckp english sikit2 dan baik je orangnya.  Dia siap tlg terjemahkan semua borang yang kena sign, sbb nurse tu dah ulang byk kali dalam bahasa russia tp sy xfaham dia ckp apa.  Dorg sini ni mmg kasar, bila berckp mcm bergaduh pahtu main hempas2 brg, mmg byk betul pengalaman masuk hospital gomen kat sini ni.  Bilik ada toilet dan 4 katil, sumer penuh masa tu.  Nasib baik ada google translate kat sini, apa2 hal boleh minta adik katil depan tolong.  Dah ler kat sini tak boleh melawat, xboleh keluar, baju toiletries tisu tandas sudu air mineral sumer kena bawak sendiri, ubat pun kena bancuh sendiri. Petang hubby balik dari outstation baru bawakan barang2 yang sy pesan, nasib baik seblm tu jiran ada kasi 1 beg penuh dgn tuala, air, mknn dll dah. Dua kali kena marah dengan nurse sbb keluar turun tanpa kebenaran (jumpa hubby) dan bwk drip air masuk toilet.  Dua hari berturut2 kena masuk air, 2 botol sehari. Kelakar plak rasa, tapi roomate sy yg 3 orang tu baik aje cuma xfaham nak berborak aje.  


Selesa sebab sebilik 4 orang
Perubatan kat sini ni tak free tau, yg free untuk yang ada insuran dan berkerja aje sbb insuran dan opis dorang byrkan
Sbb tu kat sini tua2 pun keje lg
Lg 1 ialah ubat hanya free untuk semasa duduk kat hospital aje, bila dah keluar dia akan kasi preskripsi ubat suh kita beli kat farmasi sendiri
Hari tu ada jgk dgr khabar dorang nak caj org yg tak keje untuk bayar tax
Kekadang sy suka jgk tax ikut individu banding dengan kita sekarang ni hanya orang2 tertentu aje byr tax
Negara2 kaya kat europe ni byk buat tax individu, lepas belajar trus ada akaun untuk tax jadi nak tak nak kena keje, xder le membongkang aje kat umah menghabiskan beras





Hari isnin dah boleh balik, selasa ada solat aidilfitri kat embassy dan rabu kami pulak buat open house kat rumah.  Lepas solat aidilfitri, petangnya ada open house Kak nor plak, merasalah makan laksa dan nasi.  Saya tak pergi embassy, sibuk membaking untuk open house esoknya. Yelahkan baru keluar hospital sy tak berani makan macam2, takut nanti sakit perut balik.  Pahtu nak kemas2 umah lagi kan.  Malamnya hantar budak2 yang salu lepak2 kat rumah ni.  Doranglah yg berpusing2 pergi rumah kami2 kat sini ni dan jugak orang yang boleh ditelefon bila2 masa kalo ada nak minta tolong apa2.  Kami sayang betul dengan 2 orang doc muda ni, rasa dah kurang happy bila dorang dah balik for good. Teman bergurau, teman memasak, teman merayap, teman bergosip, termasuk yg memlm tiba2 dtg ketuk rumah...hahahaha. 

Tlg buat kuih raya, apa guna raya kalo xder kuih raya kan?



Bye korang, jgn lupakan kami tau sobs sobs sobs


Tak sangka ramai betul yg datang open house raya banding yang confirm dalam event fb yang hubby buat.  Tapi tak pe lah, syukur makanan sumer licin dan hampir semua orang happy makan sedap2, cuma ada yg dpt sipi2 jek.  Budak2 medik sibuk dengan konvo dorang pahtu sibuk nak bwk family dorang jenjln, jd kali ni hubby minta pelajar kejuruteraan tlg masak.  Kat sini student kena uruskan sendiri konvo dorang, universiti tak sediakan.  Majlis pun simple aje kat hotel dan agak mahal jgklah dorang bayar sebab byk jgk nak bayar konvolah, byr jubahlah sumer.  Sy kirim cili kering, gula melaka dan ulam pegaga kat mak Kia, sib baik ada sumer tp dorang balik Malaysia sebelum raya lagi.  Boleh guna untuk open house raya.



Lepas open house kami, kami pergi ke open house rumah jiran2 plak petangnya.  Barulah lega dan barulah boleh manyuap kat rumah orang.  Masa kat rumah sendiri mmg busy, nak layan tetamu pun tak sempat. Nasib baik ada jiran2 yg baik hati bawak mknn buat tambah2 dan student2 yang rapat tlg kat dapur.  Punyalah byk program kami buat dari puasa sampailah raya, mmg bila fikir rasa macam magik plak.  Dengan puasa 19 jam tu boleh plak buat mkn2 selang sehari.  Lepas ni nak rehat dulu dari buat makan2 kat rumah.  Lgpun tahun depan nak balik for good dah, jd byk aktivti pusing2 moscow dengan geng debushka. Byk lagi tempat nak pergi, muzium pun tak pernah pegi lagi nih.





Hari raya ke-3 kami pergi ke Rhodos Island kat Greece.  Pulau ni biasa orang europe yang pergi, jarang jumpa orang asia kat sini.  Jadi pergi sini rasa lebih seronok dan terasa betul2 kat europelah.  Org russia suka pergi sini dan dorang ada visa khas untuk ke sini kalo tak silap.  Signboard kedai pun ada tulisan russia, masa kat airport mmg ramai sgt orang russia yang pergi sini....kapal terbang penuh dengan dorang aje.  Yelahkan kat russia xde pantai, jd dorang sukalah pergi tempat2 pantai cantik2 dan panas ni.  Kami sampai dah petang, flight dalam 4 jam macam tu lah dr Moscow.  Hari pertama kami pusing2 bandar aje sambil2 tengok bandar2 dia dan tempah trip pusing pulau keesokkan harinya.  Kami pergi Old town dia, old town tu kota tinggalan kerajaan ottoman tapi dah dijadikan kedai2 dan tumpuan pelancong.  Masjid pun ada tapi dah tutup dan xder orang guna dah.  Orang islam kat sini dah xder dah, sumer dah pindah tanah besar turki.  Pulau ni dekat sgt dengan turki, boleh nampak dengan jelas dari pulau ni.  Pusing2 bandar lama dan lunch terus, seperti biasa xshopping sangat2 pun...hanya cuci mata aje.  

Kami ambik pakej Island tour 37 euro seorng tuh












Masjid

Hari kedua kami ambik pakej pusing pulau ni.  Mula2 pergi ke taman rama2, kat taman ni ada satu species rama2 mmg byk giler menempel kat batang pokok.  Boleh jgk memanjang sampai ke puncak tapi kami xsampai situ sebab berhenti pun dalam setgh jam aje.  Lepas tu bas pusing menuju ke gunung yang paling tinggi kat pulau ni, kat situ ada ladang anggur, ladang zaiton dan kami berhenti kat ladang anggur dan sebuah pekan kecik atas bukit.  Kat sini sy beli alas meja dan karpet kecik, mcm mak2 betul kan beli alas meja.  Duit tak berapa nak ada, jd sy mmg pilih untuk beli barangan local aje banding barang dari china.  






 Naik bas balik dan ada jgklah berhenti kat beberapa buah pekan kecil, kebanyakkan jual souvenir dan barang2 tektil dan produk kecantikan berasaskan buah zaiton. Lepas tu kami berhenti kat tepi jln yang nampak Lindos Ecopolis plak.  Cantik sangat tempat ni cuma kami xberhenti kat town dia.  Lepas tu bas hantar kami balik hotel.  Sy melepak kat hotel dan hubby keluar ke old town merayap.  Makin2 tua ni sy malas nak memaksa diri dah, lgpun kasi peluang hubby jenjlan sensorang pergi ke mana dia suka.  


Ni gereja, berhenti sini kejap dorang g semayang


Tempat ni taman negara, kat depan tu pantai tempat pelancong mandi manda, kat seberang tu pulau. Pulau tu masa musim panas dia bersambung dengan pulau ni, ada beting pasir tengah2.  Masa musim lain beting pasir tu tenggelam.  Ada tempat mandi, beberapa cafe (gambar bawah) dan kedai aje kat sini.


Lindos Ecopolis, ada bas jgk boleh dtg tempat ni kalo ada byk masa terluang.  Atas tu kubu, panjang betul sejarah pulau ni dr pembukaan awalnya ke zaman Ottoman ke Nazi hingga merdeka. Tak sangka nazi pun sampai ketempat ni, dulu tempat ni ada ramai jgk org jewish tp skrg macam dah xder.


Pantai kat sini mcm nilah, pantai berbatu dan airnya biru

Esoknya kami naik bas balik untuk ke airport untuk ke Athens.  Dari airport naik bas pahtu menapak pergi hotel.  Jauh giler jln kaki, rasa nak patang pinggang tarik beg.  Sempat kami singgah makan kat kedai halal tapi kedai tu jgk ada jual daging xhalal, sabar jelahkan.  Kat Athens ni sibuk dan sy lebih suka Rhodos yang tenang.  Bila lalu2 jalan kat sini baru perasan tulisan dorang ada persamaan dengan bahasa russia jgk. 

Stesen bus kat bandar pulau Rhodos, naik/turun sini untuk ke airport.  Bawah pokok je stesen bas dia :)

Ni stesen bus kat luar airport Pulau Rhodos, tunggu sini dan byr kat driver bus guna euro


Dari airport naik bus ke Syntagma. Syntagma ni ala2 dataran berhampiran bangunan Hellenic Parliment (gambar bawah). Tiket beli kat tepi tempat menunggu bas ni.




Esoknya kami ambik bus hop and hop dan pergi ke Acropolis of Athens.  Masa ni summerkan, jd mmg sangat panas.  Bandar ni tanah dia mcm batu2 aje, jd yg tumbuh hanya pokok2 zaitun dan sewaktu dengannya.  Adehhh sy mmg xtahan, sy biar aje hubby pergi mendaki ke atas.  Tempat2 lawatan kat sini ni berbayar kalo nak masuk, mahal plak tuh.  Rasa sayang plak tak naik atas tgok tapi masa ni mmg sy dah tak larat dan nak mendaki, tengok dari bawah ajelah.  Lepas turun kami pergi turun naik bus hop in hop off tu. Sempat jgk makan kat satu restorent halal.  Ramai jgk org sini, sempat jumpa family mcm keturunan india dari USA. Tapi biasalah dorang mana nak mengaku keturunan dorang dr situ kan, sumer mengaku orang putih dah..hahahaahaaa.  Kalo nak lebih selesa elok pergi masa musim lainlah.  Sorry tak dapat nak menjawab sebarang pertanyaan untuk trip yg sy pergi semasa dok moscow ni sbb sy cuma bawa badan ajek, yang lain suami sy uruskan. 




Kawasan Acropolis ni punyalah byk kedai, tapi beli FM je yang lain tu rasa menyemak aje beli, dah le mahal

Atas bukit tulah Acropolis of Athens yang berusia beratus2 tahun...wajib korang panjat atas tu

Ni ada jgk beberapa tapak sejarah kat bawah



Stesen bus untuk pergi ke Airport, kiosk tu tempat beli tiket


Tomato ni tak tanam, sebelum ni pasu besar ni sy jadikan kompos kat balkoni.  Bahan2 buangan dapur sy campak masuk sini.  Tak sangka byk anak tomato tumbuh, lepas tu saya jagalah.  Ada plak yang keluarkan buah.  Tak pernah2 sy tanam tomato hidup, mula2 hari tu ingatkan rumput...separuh dah sy cabut.  Lama2 malas dah sy nak cabut sbb bila cabut tumbuh balik plak, xsangka anak tomato rupanya :).

Ni kebun dalam rumah, tomato jgk tapi tinggi aje menjulang tapi xberbuah pun.  Sy biarkan aje untuk teman bergosip pokok kari sy tuh

Saya macam nak letak 1 entry je bulan julai ni tapi byk plak.  Nanti sambunggggg.....bye




1 comment: