Thursday, 22 September 2016

MOSCOW: Keluar lingkaran 3


Assalammualaikum dan salam sejahtera

Awal jun rajin plak saya memasak, almaklumlah tak lama lagi nak puasa.  Biasa masa puasa ni hubby rajin jemput budak2 berbuka kat rumah.  Masa dorang free tak sama, jadi kena jemput ikut universitilah kan.  Kalo tgokkan makanan yg sy baking benda yang sama je sbb orang yang dtg pun berbeza.  Saya ada join kelas online buat kek dan kuih2 lain, jadi sukalah try resepi2 baru.  Sy malas dan tak rajin nak try and error, jadi kita keluarkan RM je.  Cuma bahan2 kat sini ada yang tak jumpa, macam tepung high protein sy tak pernah jumpa kat sini.  Jd bila buat donut tu tekstur dia tak berapa cantik. Ada kawan yang pegi Halal Fest tlg belikan tempe, aduiii lamanya xmkn tempe ni.



Aircon plak habis gas, dah ler panas membahang

Sempat buat makan2 untuk budak2 pantai tim*r plak, adalah beberapa yang datang.  Dorang tlg masak nasi ayam oklah kan.  Sebelum tu ajar Ery buat pavlova plak.  Pavlova ni byk trick, kekadang sy buat pun tak jadi.  Segan benarnya nak ajar sbb sy bukan pergi kelas formal pun kan. Tp memandangkan dorang nanti sah-sah jadi doktor dah bukanlah chef, jd sy ajarkan jgk.  Pavlova sy suka letak cream chesse topping dia pahtu letakkan buah2an atasnya.  Sekarang ni buah2an tgh murah mmg sesuailah buat pavlova.  Selain tu adalah jgk buat kuih sikit.  Dorg ni teror2 jgk baking, byk dorang ajar sy barang2 baking yg elok kat sini.




Ada student yang dah xder kelas sangat bawak jalan2 ke outski*t Moscow, bolehlah jenjln naik elektrichka ala2 mcm komuter.  Electrichka ni untuk ke outskirt Moscow manakala Metro untuk dlm bandar.  Kalo tgok peta laluan elektricka dan metro ni mmg pening pala sbb byk sgttttttt....dan sgt kerap jgk jadual.  Kalo dok moscow ni xder masalahlah kalo xder kete, lgpun dorang ni suka berjln sbb tu org sini kurus2.  Berjln kaki 10-15 minit sehari menuju ke pengangkutan awam tu adalah perkara biasa kat sini sbb kalo bus pun, laluan bas byk ada di jln2 besar aje. Tempat ni namanya Iksha kat utara dalam 1 jam pejalanan.  Kami tak pergi pekan dia tapi pergi ke sungai dia.  Dr stesen keretapi tu tak payah keluar pun, ada tangga kat hujung landasan menuju ke sungai.  Sini ni macam terusan dan ada byk kapal2 besar lalu.  Kami nak pergi ke kandang kuda sebenarnya tapi setgh jam tahan teksi xada jgk.  Kat seberang sungai tu kena lalu lorong belukar dan ada litar lumba kat tepi jln besar kat situ.  Tempat ni cantik dan ramai je local yang lalu lalang.












Ni trolleybus.  Ada apps kat henfon boleh tgok pergerakan bas dan senang sbb kita boleh plan tgk bus kul berapa lagi sampai, bus no berapa ada lalu dan route bus.  Bus boleh byr cash atau guna kad Troika mcm touch n go tu tapi kalo byr cash lg mahal.  Biasanya beli kad siap2.  Naik bas touch kad pahtu terus ke depan sbb kerusi depan biasa untuk disable.  Pintu masuk ada 1 dan pintu keluar ada 2. Bas akan berhenti kat setiap bus stop, jd xpayah nak tekan loceng.  Apa yang sy perhatikan bus stop ada byk tapi trolleybus tak akan berhenti kat semua bus stop, jd kita kena baca no bus yang lalu yg ada tulis kat bus stop.  Selain itu kekadang ada 2-3 bus stop yg berdekatan dalam 30 meter je jaraknya antara satu sama lain, jd kita kena tau kita nak tunggu kat bus stop mana.  Baguskan, jadi bus tu tak payah nak tunggu bas depan gerak baru leh berhenti...pengangkutan awam sini mmg sgt effisient.

Lepas balik dari Tishka kami naik bas ke kedai jual barang2 asean ni, dekat aje dengan rumah.  Sayur2 pun ada jual sini, oklah bolehlah beli kalo teringin sgt sbb harga dia agak mahal jgk.


Pak choy tu ada dlm 2-3 pokok RM9.60, Manggis 250g RM30.90, Taugeh 250g RM5.80, Bendi 250g RM24, Lengkuas 100g RM12 :( 


Geng merayap saya Dr. Kia & future Doc Ms. Malin

Ajar Malin buat brownies tp tersilap resepi, punyalah byk resepi yg saya cuba sampaikan suami sy dah jemu mkn brownies dah 

Pergi pasar beli kambing.  Kat pasar xboleh ambik gambar tp demi korang sy rela jadi paparazi.  Ni pun sbb jurujual ni muslim jadi dorang xberkira sgt

Sakan Adik main ngan ustaz Doc

 Masa ni dah puasa jadi pergi rumah jiran ada berbuka puasa sama2 dan tarawikh


Masa ada student free nilah best bawak jalan sbb kami ni xfasih ckp bahasa russia.  Masa ni ada jiran geng ukur jalan ikut jgk.  Jarang kami keluar Moscow benarnya terutama naik pangangkutan awam ni.  Kami pergi ke Sergey Posad, ada cathedral kat sini. Mmg cantik tempat dia dan ramai pelancong pun datang sini.  Dr stesen Sergey Posad ni boleh jalan kaki je tapi kami naik teksi tak sampai 10 minit dalam RM15.  Kira oklahkan sbb kita pun tak tau mana pintu masuk.  Tempat ni masih lagi digunakan untuk upacara keagamaan tapi boleh je datang.  Ada gerai2 souvenir jugak kat sini, makanan pun ada jual cuma nak cari yang ada logo halal tu mmg xder lah kan.

Sy suka stesen metro ni












Kvass ni minuman macam air tapailah yang dibuat dari rye. Dikategorikan sebagai minuman tidak beralkohol disebabkan kandungan alkohol yang sangat rendah.  Tapi sy pun xpernah minum benda nih. Minuman ni glemer kat sini.




Windunyaaaa 




Ada fountain kat situ dan ada org ambik air kat situ

Dua2 photographer handalan ni


Gigihkan kami merayap walhal puasa 19 jam lebih tuh.  Tgok orang depan minum air mmg terasa sangat.  Tapi gigih jgk sbb budak2 ni nak balik Malaysia dah.  Gambar2 sumer ala2 hipster almaklumkan keluar dengan orang2 muda dan terasa mudah 10 tahun plak :)


Pollen berterbangan dan bersepah2 atas rumput

Jumpa nanti yaaa



No comments:

Post a Comment