Monday, 26 September 2016

MOSCOW: Buka puasa beramai-ramai

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Bulan puasa ni kami kalo merayap pun dalam Moscowlah xder jauh2 sangat sbb Malin dah balik Malaysia dan Kia plak family dia datang untuk konvo.  Kami sempat pergi ke Belaya Dacha Factory Outlet, ni pergi dengan Kia & Ika aje.  Ni kira untuk surveylah sebab nanti Kia nak bawak family dia datang sini.  Tak beli apa pun kat sini sbb faham2lah harga barang kat sini hanya mampu tengok aje lah.  Sini handbag ada Furla dan MK jelah, yang lain tu mcm xberapa nak ada.  Harga dia lebih murah banding KL sebenarnya tapi sy ni kurang gemar pakai handbag beribu2 ringgit ni, tahun lepas dah beli satu tahun ni rasa xpayahlah beli.  Kalo nak beli pun nanti bila dah nak balik for good.  Ada 2 FO yang biasa kami pergi iaitu yg ini dan ada lagi satu Vnukovo FO.  Nak gi sini senang aje, naik metro line purple turun kat Kuzminiki.  Ada dua pintu sebab 1 pintu keluar ke seberang yang ada McD tu dan satu lg keluar kat seberang jln lagi satu.  Keluar kat seberang lg 1 tu dan naik van masrud yang pergi Belaya Dacha FO...carilah sbb van ni ada nombor.  Kalo naik yang kat McD tu dia akan turun kat jalan besar dan kena menapak jauh, jd naik kat seberang 1 lg tu dan van akan turun betul2 kat bus stop depan BD.  Masa summer ni lah masa yang paling best untuk jalan2 dan jogging.  Sy suka jenjln ke taman depan rumah ni tgok pokok dan sungai.





 Van masrud.  Biasa ada kat sesetgh stesen metro, kena tunggu penuh dulu baru jalan.

 Jogging dalam hutan lg best sbb sejuk

Tuaian kedua bayam

Kami buat majlis berbuka puasa untuk student kat sini ikut giliran.  Makanan kebanyakkannya sama je sebab orangnya pun lain2. Sangat penat sebab buat dalam masa 3 minggu ada 6x buatnya, mmg rasa nak pengsan.  Dah ler puasa 19 jam lebih.  Tapi nasib baik suami sy pandai masak dan ada jgk student tlg suami sy.  Saya kemas rumah, susun pinggan mangkuk dan buat desert aje.  Nampaknya budak2 ni suka kuih cara berlauk, sy letak inti daging.  Resepi sy google aje dan letak inti banyak2 baru sedap. Daging ada yg sy guna daging cincang, ada jugak yang sy mesin sendiri.  Daun bawang plak guna daun bawang yang sy tanam kat balkoni.  Balik hari tu beli acuan kuih cara ni kat Hero masa balik KL.  Elok acuan dia xmelekat.  Sy suka acuan tembaga tapi kami xblik Terengganu hari tuh.  

 Makan2 pertama tp xramai dalam 5 org aje

M2

MAI

M1
ī
Lain-lain
Masa ni dah malas dah nak ambik gambar sumer
Ada family student jgk yang datang

 Ada parent student bawakkan kopok lekor ni dari KT.  Trus beli pinggan Polishware ni, punyalah mahal RM180.  

Konvo student, tahniah korang


Ikut family Kia g makan kat rooftop hotel Radisson

Sape yang konvo sebenarnya nih? 
Bangunan tinggi2 ni namanya Moscow City, dalam ni ada Afimall yang besar jgklah
Belakang tu sungai





2 comments: