Tuesday, 14 June 2016

MOSCOW: Tulips everywere



Assalammualaikum dan salam sejahtera

Bulan mei adalah bulan yang paling best sbb musim dah meriah dengan kehadiran tulip.  Biasa tulip kembang 2 minggu je tapi ada sesetgh tulip yang kembang lambat, jadi minggu ke-3 dan ke-4 boleh lagi tengok tulip tapi dah byk yg layulah.  Kami memulakan minggu pertama dengan mengikuti trip ke Vladimir ikut trip student medik buat.  Rumah kami jadi rumah tumpangan sebab bas kena bertolak seawal jam 4 pagi.  Jadi malam tu student perempuan lepak rumah kami dan student lelaki lepak rumah sebelah.  Kami masaklah untuk makan sama2 mlm tu dan ada yg masak spagetti untuk breakfast esok.  Kami geng staf sponsor makanan untuk tengahari.  Esoknya kami bertolak jam 4.30 pagi dan sampai dekat jam 9.  Malangnya hampir semua kedai tutup dan kedai kristal hanya buka 2 jek sbb hari ini adalah hari pekerja dan bersambung plak dengan Victory Day, mmg cuti sakan lah pekedai2 kat sini ni rupanya.  Leburlah impian untuk shopping sakan kat sini tp byk jgklah sy memborong terutama pasu kristal berwarna kat sana, tak selesa sebab kena berebut2.  Tghari kami makan kat tasik dan bertolak balik ke Moscow jam 2.30 petang.  Kami ada dating dengan Kak Ani yang akan balik fg tak lama lagi, jadi kami pergi ke Arbat street jenjln dan makan lunch kat restoran Tai Tai.  


Pintu gerbang depan kedai tempat shopping 




Dalam stesen Metro 



Sy menapak ke Gorky park tgok tulip sbb dengar citer tulip dah kembang.   Seronoknya tengok pelbagai jenis dan warna tulip ada kat sini.  Rasa nak guling2 je kat atas tulip ni.  Ada jumpa beberapa student tengah bergambar dengan tulip jgk.  Bolehlah minta dorang tlg ambikkan gambar. 






Minggu depannya kami pergi ke Tsaritsino Park plak kat line hijau.  Confuse sikit masa naik metro sbb rupa2nya kat stesen Kashirkaya tu kena tukar train.  Ada sekali tu sumer orang kena halau keluar, ntah sebab apa tak tau.  Jadi kami tunggu train seterusnya.  Sampai park tu,  teruja sgt tgk tulip yang sangat luas.  Kat sini ada kolam dan istana tapi jambatan yang salu tgok orang ambik gambar tu tutup plak.  Jadi kami mendaki bukit menuju ke istana dan sempat mkn bekalan makanan yang kami bawa di bawah pokok2 yang hijau dan nyaman je terasa udara kat sini ni.  Best jgk sini cuma xde sungai sini ni, yang ada tasik aje.  Pokok2 mula menghijau, dah nampak macam Malaysia dah.  Kat sini juga ada church, muzium, aktiviti air dan kafe. Selepas penat bergambar kami balik dan singgah kat metro Kolomenskaya beli sandal.  Petang skit sy keluar g Auchan sensorang sebab nak beli denim jaket kat Mark & Spencer, ada sale 30%.  Dah lama aim denim jaket yg lawa tuh.  










Esoknya teman Kak Nor plak g Gorky Park. Jln berdua ni makin panjanglah langkah kami.  Pergi ke monumen putih kat Neskuchnyy Sad tgok tulip2 liar dicelah2 pokok. Pahtu masuk hutan dan turun menuju ke Sungai Moskva.  Kami sampai kena ngorat dengan anjing sorang pompuan yang tgh berjogging.  Dia bwk 2 anjing tp seekor anjing dia tu nakal sgt.  Kami kat belakang dia sebenarnya tp bila tgok kami trus dia buat muka teruja...patah balik dan pusing2 keliling kaki kami.  Kami pun dengan panik menjerit, tuan dia panggil baru dia lari ke tuannya balik.  Kami lepak2 tepi sungai kat kerusi yang disediakan sambil2 tgok orang lalu lalang dan tgok sungai mengalir.  Tiba2 nampak anjing nakal tu dtg, tgok tuan dia dah tambat dia dan lepaskan dia balik bila dorang dah jauh didepan.  Baguskan dorang ni, bertimbang rasa jgklah.  






Kami naik jambatan hijau khas untuk pejalan kaki menyeberangi sungai, jambatan ni ada 2 laluan iaitu laluan tertutup kat tengah2 dan belah kiri dan kanan laluan terbuka.  Atas jambatan ni pun ada guard yg jaga, terasa selamat nak merayap walaupun sesorang kat Moscow ni benarnya.  Lepas tu kami pergi ke taman tulip dan ambik2 gambar.  Pekerja situ tgh siram air guna ala2 robot.  Dah penat selfie dengan tulip kami g singgah minum kat cafe.  Biasalah cafe2 ni kalo minum berdua saja pun mmg melayang RM20-30 ringgit, xorder makanan pun order fries je.  Terasa orang kaya plak lepak2 cafe sambil tgok itik2 kat tasik.  Tadi nak makan kat cafe dekat dengan gelanggang bola tampar pantai tu tapi menu dia ada babi plak.  






Pertengahan bulan kami pergi berkelah kat Filivskiy Park dekat je dengan opis hubby tapi hubby g outstation, g ngan jiran2.  Kat bandar mmg susah sikit nak cari tempat nak BBQ.  Itu pun jenuhnya nak cari tempat ni sebabnya taman ni penuh dengan pokok2 besar dan belukar...tp yg bestnya laluan pejalan kaki disediakan.  Lokasi BBQ plak kat tepi sungai yang terletak di bawah bukit.  Kena menapak lebih dari 20 minit sebab kami sumer parking kat depan pintu utama, kalo park kat area traffic light simpang dekat masjid tu kira dekatlah skit tp tetap kena turun tangga tinggi kalo nak turun ke bawah.  Dah jumpa tempat ada kesan bakar, sedang makan nasi lemak Az yang sedap tu tetiba ada renjer dia bgtau xleh membakar kat situ plak dah, kena jln lg dalam 100 meter sebelah bukit kecik tepi sungai kecil baru leh bakar2.  Kat tepi sungai tu dorang berjemur rupanya, ada mcm pantai buatan kat situ.  Kali ke-2 dia dtg warning kalo xpindah jgk dia akan saman 4000rbl seorang, masa tu geng lelaki dah g riki2 tempat dah pun.  Trus kami cepat2 pindah ke tempat BBQ tuh.  Saya pergi tandas yg sgtttt jauh dengan lokal staf, byk tandas yang xbuka...sabar jelah.  Turun bawah balik rupanya dorang dah siap mengemas nak balik.  Kena le naik balik tangga tinggi tu...sumer orang semput. 



Tangga untuk ke bawah, bumbung tu pertengahan tangga untuk berehat sebentar

Haaa tu je lah catatan bulan Mei Part 1.  Tak mau buat full sebab nak letak byk gambar tulip kat sini, buat kenangan. 


Bolehlah sekali masak, xjumpa dah bayam merah kat Moscow ni


4 comments:

  1. salam perkenalan....

    cantik2nya bunga tulip tu....seronok tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq, taman sini mmg penuh dengan tulip yang macam2 warna

      Delete
  2. Replies
    1. Hahahahaaaa dibelai penuh kasih sayang nih :)

      Delete