Thursday, 9 June 2016

MOSCOW: Park



Assalammualaikum dan salam sejahtera

Walaupun suka merayap naik metro beramai2, kekadang daku suka je keluar sensorang g mall dekat rumah. Kalo jalan laju dalam 10 minit leh sampai dah.  Dah spring ni senang nak keluar sbb xperlu pakai baju tebal2 sgt dah.  Tapi jaket tetap kena pakai sebab suhu pun masih bawah 10C.  Auchan kat mall ni salu ada tema ikut musim.  Kalo nak spring biasa kat ruang utama byk jual benih pokok dan perkakas berkebun.  Bila dan suhu dah ok dan bunga dah muncul, tema BBQ plak muncul.  Masa ni byklah jual khemah, kerusi meja, arang, kayu api dan segala perkakas perkhemahan sumer ada.  Masa ni lah nak tambah aksesori BBQ sediaada sbb musim lain biasa xjual.





Geng Debushka jalan plak ke Lyubino Market yg terletak kat line hijau pucuk pisang.  Tempat ni pasar borong yg jual barang2 dari china banyaknya termasuk pakaian, bunga2an, kasut, jeans, alat tulis dan macam2 lagilah.  Besarnya tempat ni dan kalo nak beli pun ada minimum unit.  Sy mcm xberkenan sgtlah pasar ni sbb byk jual pakaian je tapi sy berkenan kedai makan dia kat tingkat atas.  Kat situ ada cafe halal makanan uzbek yang cantik dan sedap.  Kat situ lah kami lepak2 makan dan tempat ni ramai jgk orang menunjukkan ramainya muslim kerja kat sini.  Tak perasan sgt sbb sumernya lelaki, hubby ckp nak tau tgok mata dia biru ke cokelat.  Tapi ada jgk yang muslim mata biru, tp kalo bagi salam tu kira muslimlahkan dan biasanya dorang lebih mesra.




Laqman mcm mi goreng.  Ada yang mcm sup namanya Uzbek laqman.

Plaf mcm nasi goreng





Sy pergi ke Gorky park nak tgok tulip katanya, xmo ketinggalan tgok tulip.  Tapi malangnya hanya daffodil je yang berbunga. Tulip masih baby lg.  Tgok bungga daffodil ni mengingatkan sy pada trip g london tahun 2014 tuh.  Punyalah ramai orang baca entry tu dan byk yang minta tentatif sampai sekarang pun ada lagi yang minta.  Sampai sy rasa segan nak kasi sebab dah 2 tahun berlalu dan mesti dah banyak yang berubah dah.  Masa sy sampai gorky ni ada orang tgh buat perasmian navigator ke apa ntah.  Ada jgk vip yang dtg, tapi kat sini ni dorang jenis yang suka buat simple je xpyh nak membazir.  Dah buat kat park kan, jd tak payah nak jemput ramai2 orang, pengunjung park tu le penontonnya pun.  Ada jgk tgok stesen tv buat liputan.  Pentas pun letak kat lantai je dan adalah beberapa ucapan dan pasukan pancaragam dan berkawad.  Tapi yang penting kat sini dorang jenis yg xsediakan makanan sgt,  majlis besar2 pun xder nak dinner meja berhidang kat hotel ni.  Kalo ada pun air dan jajan letak dalam beg plastik hubby ckp.  Simplekan xpayah nak membazir sewa hotel dan katering mahal2.

Boleh jogging tepi sungai ni sampai berbelas km jgklah lorong tepi sungai ni ada





Taman tulip, tulip masih baby lg
Taman ni mmg byk itik gembo2, xder sapa kacau

Atas tu jambatan utk pejalan kaki ke seberang.  Jambatan tu kat lorong tgh lorong yg tertutup, kiri kanan lorong terbuka.  Ada guard jaga situ.

Ni taman ros, ros nanti dekat2 autumn baru berbunga

Ni bunga hutan

Pandan dah mula naik tinggi





Kek karot, keju dan kek serabai (sy panggil serabai sbb rupa dia ;) ).  Beli kat kedai halal bawah tuh.  Kek serabai ni meringue benarnya, tak tau caner dia buat tp sedap sbb dilapis dgn cream, almond panggang sumer.  Tapi kek keju sini sy xleh mkn sbb bau lembu dia tu sgt kuat.


Hujung bulan kami pergi satu park ni kat line hijau gelap, nama taman ni Kolomenskaya Park. Dekat je dengan metro, tapi nak pergi pintu utama dia kena menapak jgklah.  Satu kebaikan taman kat sini ni, sumer taman dia ada pagar yg tinggi, ada guard lg tuh. Walaupun bersempadan dengan rumah atau jln tetap letak pagar, jadi dorang boleh kontrol bukan saja orang tapi jgk kenderaan.  Kereta sumer parking luar pagar, kenderaan maintenance je boleh masuk.  Jadi xder le pasu bunga pun boleh kena curi kan.  Park ni ada beberapa pintu dan setiap pintu ada guard yang jaga, kekadang dalam taman pun ada jgk pondok guard dan ada jgk yang mundar mandir jaga.  Kat park ni ada tanam banyak pokok epal dan pear, lepas raya nanti wajiblah dtg sini petik buah epal.  Ada istana, catedral dan muzium.  Park ni terletak di tepi sungai Moscow dan kami pusing2 park ni keluar masuk hutan, turun naik tangga jumpa kubur pahtu seram trus turun ke tepi sungai.  Berjalan menyusuri sungai sangat cantik tempatnya.  Ditepi sungai ada trek laluan untuk pejln kaki dan ramai juga ibu2 yang tolak stroller kat sini.  Kat Moscow ni kebanyakkan park dibuat di tepi sungai Moscow, kira menjaga jugaklah persekitaran dorang ni kan.  Rumah2 kat bandar semuanya rumah bertingkat, xpernah lg jumpa rumah teres.  Jadi park sangatttttttt byk disediakan untuk kemudahan rakyatnya, ada park yg dah moden ada mcm2 permainan dan ada jgk park yg dipenuhi dengan pokok2 aje dan khas utk jogging dan BBQ.  Hujung minggu ada cruise menyusuri sungai kat taman ni , kalo hujung minggu mmg ramai sgt orang.  Dekat rumah kami ada park khusus untuk anjing jek.  Nak menghabiskan nak melawat semua park kat Moscow ni setgh tahun pun tak habis lg kot.  Dah sungai besar Moscow ni dah ler berliku2 merentasi bandar, ditepi2 sungai ni mmg berderet2 park ada, ada kecik ada besar dan ada jgk yang bersambung.  Bestkan kalo kat KL pun macam ni, jalan skit jumpa park jln sikit jumpa park.  Terasa tenang berjalan dibawah pokok2 hijau ni.


Pokok pun ada nombor







Sib baik jumpa ni kat pasar, blik KL xyah lah sibuk nak mengangkut naik kapal dah


Ntah kali yang keberapa dah buat brownies nih

Skrg musim hiking, jd byk jual beg2 saiz kecik ni

Singki tersumbat, org maintenance dtg baiki


Oklah, bersambung untuk next entry bulan mei plak.  Bye.


2 comments:

  1. Salam Sis..

    selamat hari raya haji.. cantiknya bunga2 tu... geram jer rasa nak g tengok sendiri sambil cuti2 tempat orang.. apakan daya... xde orang nak derma 2.6b kat kite setakat nih...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm, tq. Tak per boleh menabung dari sekarang, nak tunggu derma sampai pencen pun belum tentu dpt sebyk tuh. :)

      Delete