Monday, 23 May 2016

MOSCOW: Spring is coming



Assalammualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar semua?.  Yea akhirnya spring dah menjelma.  Kat tempat bermusim extrim macam ni, kemunculan spring membuatkan manusia2 kat sini menjadi teruja dan lebih aktif.  Setelah mengharungi musim sejuk 6 bulan, semua orang ternanti2 bunga2 dan buah2an semasa spring ini.  Aktiviti setiap minggu full sebab kami ada masa 2 bulan je nak berjoli2 sebelum ramadhan.  Berpuasa hampir 19 jam tidak memungkinkan kami aktif waktu siang terutama di permulaan bulan puasa.  Jadi sy terpaksa membahagikan entry kepada 2 sebab ada banyak gambar2 yg nak upload dalam blog ni.   Awal bulan hubby belikan sebiji kelapa, yelahkan dah bawak mesin kepala berat2 dr Malaysia tapi dah hampir 4 bulan masih jadi tukun tepi pintu.  Adalah beberapa kali kelapa ni terpelanting ke lantai sebab xreti nak pegang.  Akhirnya selepas setgh jam berkerja keras dapatlah setupperware isi kelapa.  Ini dah cukup menggembirakan saya, dah siap kasi frozen dia.  Isi kepala ni untuk buat kuih, untuk santan masakan kita guna yg dalam tin aje.  



Hujung minggu Kak Nor ajak g Pasar Dubrovka sebab En. Din nak gunting rambut. Jadi kami merayau dalam tu pusing2.  Dah byk kali pergi tapi kali ni kami pusing sampai hujung.  Kami pergi kedai jual barang pinggan mangkuk dari Rep Chez yg kami biasa pergi tu walaupun tak beli dpt cuci mata pun dah cukup. Setakat ni belum lagi nak mengumpul barang2 dari sini sbb masih terasa tak penting sgt....dpt duit tersepak baru nak beli sebijik 2 agaknya. Lepas pusing2 kami pergi plak ke kedai vietnam kat tingkat atas.  Dapatlah beli sayur2 dan barang2 sikit.  Kat sini mmg susah nak cari sayur2 daun, bila g kedai vietnam ni kami belilah byk2 tapi dah sayur berdaunkan paling tahan 2 minggu je boleh simpan.  Kangkung tetap xada kat sini.  Daun kesum je ada, sy beli untuk tanam. Nanti nak balik Malaysia, harus sy bawak benih pegaga, selom dan ulam raja tanam kat sini. hehehee...

Kat Moscow ni mana2 pun ada guard.  Guard dia muda sado mmg jenis yang sgt dedicated tau, bukan jenis yang duduk kat meja dan main henfon.  Guard dia berdiri dan memerhati orang lalu lalang.  Kat rumah cheras dulu ada sy suka sorang guard bangla yg mcm ni jgk, jenis yang xduduk dan salu sgt alert pada persekitaran.  Ada sekali tu dia rotate dgn sorang guard pompuan, asyik duduk je kat meja tepi lift tu kalo xmain henfon baca novel...orang lalu lalang pun dia buat dek jek.  Guard apa mcm tu, baik ko duduk rumah je.  







Balik dari pasar tu tetiba plak jiran ajak pergi pasar vietnam kat utara plak, jauh sikitlah yg ini.  Jadi kami pun singgah kedai dekat rumah beli kebab dan sejam kemudian keluar rumah balik berkonvoi ke kedai ni.  Kedai ni mcm makin lama makin pupus plak.  Dulu ada kat luar sekarang sumer diletakkan kat underground yang sgt2 kuat baunya.  Kat sini lebih banyak kedai dan lebih banyak pilihan sayur2.  Cuma disudut kedai tu dorang jual daging haram plak, tapi pejam mata aje lah sbb datang pun nak beli sayurkan.  Sungguh gumbira dapat  beli ubi sengkuang kat sini, mmg habis licinlah sayur2 kat sini kami borong.  

RM38 sumernya, sgt rare dan murah giler.   Tp tulah tempat ni jauh dr metro dan susah nak cari.


Saya sambil lalu sambil snap gambar, bila dah ramai2 yg sampai dan mula selfie, seller tu ckp 'no camera'.

Ni deretan kedai2 comel tepi metro.  Kat bandar mmg ko tak boleh sesuka hati buka meja dan jual nasi lemak.  Dorg sini rasa benda tu akan merosakkan pemandangan, jd kalo nak businesss mmg kena di tempat yang disediakan sahaja.  Cuma di tepi2 jalan atau metro mmg ada kedai2 kecil mcm ni jual mcm2 barang.  Kedai ni dulu xcantik sgt tp dah direnovate jd cun mcm ni.  Sinilah kami beli kebab tapi take away je, xder kerusi nak mkn kat sini.  Tu yg kekdg tepi jln tetiba ada sebijik 2 kedai mcm ni jual bungalah jual buah2an ler jual coffee sumer.  

Paling hodoh pun mcm ni, ni mcm pasar pagilah...buka setiap pagi tepi jln tapi xbyk pun xsampai 20 gerai.  Biasa kena saman kalo xikut peraturan. Tapi biasa xg sbb harga agak mahal.


Yayyyy...rasmi mixer Kenwood buat kek kurma 

Tengah bulan kami pergi ke Izmailovo Market, last pergi hari tu disember.  Tapi sekarang ni cuaca dah ok, kedai pun dah banyak buka dah.  Setiap hari rabu adalah pasar borong, jd peniaga2 kecik pun ramai yang datang membeli barang untuk dijual.  Elok datang hari rabu ini sebab kedai2 biasa pun akan turunkan harga, hari lain harga jadik normal balik.  Kat tengah2 akan ada byk peniaga jual mcm2 yg dijual dalam kuantiti yang besar.  Eloklah kalo nak beli souvenir untuk orang kampung kan.  Sy tak beli apa pun sebab awal mei kami akan keluar kota untuk shopping benda lain.  Kedai makan halal pun ada kat sini dan dorang sgt peramah siap kasi salam sumer.  Semenjak dah boleh ckp russia sikit2 dan dah pandai mengeja dan mengira, sy dah tak perlu minta teman kat student dah kalo nak dtg sini. Lgpun kesian dorang pun busy dan sedaya mungkin cubalah untuk berdikarikan.   Dari sini jugaklah boleh belajar ckp russia yang simple2kan.  Kadang2 sy jadi penterjemah.  Ewahhh penterjemah kononnya :)







Ni amber, bukan batu tapi asal dari fosil benarnya.  Mmg glemer amber ni kat sini tp faham2 ajelah harganya.  Mmg ribu riban jgklah.  Sy ni suka berkongsi info, bukan semestinya sy beli pun.  Kalo ada saudara mara yg belajar kat sini bolehlah jadikan dorang personal shopping.  Sy mmg xmungkin nak berbusiness kat sini sbb balik pun kita byk brg beli untuk saudara mara kita sendirikan...xlarat nak mengangkut satu hal plak.






Lepas penat shopping kami pergi naik metro ke stesen Belaruskaya plak.  First time dtg dengan konfiden ikut jln besar.  Setelah 1 km jln kaki baru perasan dah sesat bila tgok google map, kawasan pun dah macam kampung orang dah pun.  Kami siap lintas rel keretapi lagi ke seberang sana sbb tempat ni dekat je dengan stesen keretapi besar.  Best plak sini ada lampu isyarat untuk pejalan kaki menyeberangi rel keretapi.  Betul2 berpijak kat rel punya, bukan jejantas tau.  Elok plak buat mcm ni kalo untuk rel keretapi kita yang panjang2 tu kan.  Kesian penduduk nak g kedai seberang rel je pun tapi kena naik motor pusing jln jauh.  Gambar tak ambik sbb masa ni dah stress dan panas sesat barat.  Lepas tu kami patah balik cari restoren tu, tapi google map tu letak lokasi salah rupanya.  Dah penat cari, sy tanya kat kaunter hotel.  Nasib baik dorang pandai ckp english sikit2 sbb sy tak pass lagi nak tanya arah ni.  Rupa2nya sepelaung je pun dari pintu metro, sabar je lah.  Akhirnya kami sampai kat Boston Seafood & Bar.  Tempat ni femes di kalangan student sbb dia jual seafood aje dan tempat dia selesa dan moden.  Tujuan kami datang ni nak makan ketam yang saiz pinggan tu benarnya.  Kat sini ketam besar tu dipanggil Kamchatka crab.  Kamchatka ni adalah satu wilayah rusia terletak di far east yg dekat dah dgn utara jepun tuh, rasanya ketam ni pun dtg dari situ kot.  Ada banyak pilihan makanan best2 mcm udang on ice, crab cake, seafood tempura tapi kami nak makan ketam jgk.  Harganya tak de le murah, kami ambik mi goreng ketam, udang black paper, 3 mangkuk nasi, thai salad, 1 aiskrim dan 3 air, total sumer dekat RM250.  Mahalkan?.  Tapi kalau kat sini, cafe ni kira harga pertengahan nih.  Kalo makan kat kedai2 uzbek/thai pun standardlah harga nih.  Sebab tu kami lebih suka masak je, kalo beli ayam seekor pun baru RM20. Tapi harga seafood kat sini mmg mahal teramat.  Biasa beli udang frozen sederhana besar kat pasar pun RM42 sekilo dah.  Tapi kambing agak murah, leh dapat RM24 sekilo untuk rusuk...mengembek
 aje le kami kat sini nih.




Metro ni mmg jauh ke dalam tanah, kekadang rasa seram jgk bila hujung eskalator pun xnampak


Sy ada buat brownies untuk solat jumaat, saja je nak try brownies resepi lain dan belajar deko2.  Lepas tu ada buat kelas baking ajar kengkawan kek yg simple2 aje.  Buat kek kejap je tapi bersembang je lebih.  Balik sensorang naik bas, perghhh terasa mcm orang Moscow dah ni.   Nilah aktiviti suri rumah kan.  Ni aktiviti separuh bulan je, separuh bulannya entry lain yer.  Kekadang ada budak2 ni suka tanya sy buat apa kat rumah, susah betul nak jawab soalan cepu emas nih.  Tapi bila tulis dalam blog rasa banyak jugaklah benda yg aku buat kat Moscow ni kan.  Ok jumpa lagi lain kali, terima kasih sebab masih sudi baca blog sy ni.  



Pokok kunyit ni dah mula beranak pinak, doakanlah supaya tuan dia ni pun subur dan dapat beranak pinak jgk mcm ni :)

Pokok pandan ni dah pindahkan dalam pasu dah, nampak dah makin meninggi dah


Local lobak mmg dijual mcm ni, dijual bertanah2 lg.  Ni dikatakan lebih tahan lama.  Sy pun suka beli yg masih bertanah2 ni sbb boleh tahan sebulan dalam peti banding yang import punya.  Yg biasa dijual bertanah2 ni mcm lobak merah dan kentang.  Dan barang2 tempatan ni biasanya lebih murah.

Pindahkan dari pasu kecik ke pasu besar




1 comment:

  1. Wow. Melawat ke Moscow pasti amat menikmati. Tetapi I takut negara dengan cuaca yang sejuk. Tidak tahu Moscow adakah boleh terlalu sejuk?

    ReplyDelete