Thursday, 19 May 2016

MOSCOW: Jalan-jalan ke Pasar



Assalammualaikum

Bulan Mac suhu masih negatif tapi mood nak merayau dah tiba.  Bulan ni memang bulan yang aktif, sana sini kami jenjlan pahtu ada aktiviti mesyuarat persatuan.  Yelah kan dok negara orang kalo dok umah je xbestlah kan, gunakan masa yang ada ni untuk menambah pengalaman hidup di rantau orang.  Awal Mac sy pergi jamuan hari jadi untuk jiran seblok ni.  Temanya frozen tapi daku xder baju biru atau putih ni, sy pakai teman purple ajelah.  Sy menang acara teka rasa, kami diberi makanan baby dan teka apa kandungan dalam tuh.  Pusingan pertama sy dengan Anip seri, jadi kami kena pusingan ke-2.  Sib baik menang kalo tak malulah dengan Anip kan dah le dia lelaki, remaja plak tu.  Kita ni setiap hari dok dapur je, tiap hari nampak semua sayur2 dan buah2an tu.  Kesiankan baby makan makanan yang tawar, paling xsuka bunga kobis tu...OMG pelik benar rasanya.  Mesin mixer sy dah sampai dah, perghhhh berbulan2 kumpul duit nak beli ni, tiap hari tanya hubby bila mesin nak sampai.  Biar susah2 usaha cari duit, yg penting jangan mencurikan.  Kalo mencuri, duit tak berkat pun. Nak hidup bermewah2 dan shopping barang2 branded tak kisah pun, tp jgn lah mencuri untuk maintain status orang ada-ada.  Biar hidup sederhana yg penting berkat dan kita tak menyusahkan dan tidak menyakiti hati orang lain.  Tiap hari kena sumpah seranah pun tak guna juga...ingat doa orang yang teraniaya tu makbul. Tak ada siapa dalam dunia ni suka kepada orang yang habitnya suka mencuri, hanya orang yang tak normal je suka kot.  Dunia dah akhir zaman, bukan saja orang panjang tangan makin bertambah, yang kaki subahat pun ramai.



Kak Ani jumpa nanti kat Malaysia


Kat Auchan dah byk jual anak2 pokok dah

Sy beli pokok ros ni. Sy jarang beli pokok bunga tapi bila tgok pokok ros ni tahan lasak trylah tanam jgk


Cantikkan penimbang ni, beli sebab comel 



Kami sempat buat makan2 untuk student MAI, tapi untuk tahun akhir aje lah.  Menu kami macam biasalah daging kambing dan ayam goreng.  Kuih plak sy buat brownies dan cheese tart.  Tapi Kak Nor ada kasi banyak kuih muih dan juga hubby request pulut kuning + rendang kat Kak Dee. Tetiba laki aku ni mengidam pulut kuning plak.   Ada jugak makan2 kecil-kecilan kat rumah jiran sebelah.  Daku sempat buat kek cheese leleh je, tapi kek chiffon dia macam kering plak.  Lain kali mmg kena belah 2 kek dan lapis tengah2 dengan lapisan cheese barulah sedap.  First time buat kek ni, tu yang xberapa nak sedap tuh....mungkin jgk overbake.  Sy mmg suka cuba resepi baru...dah berapa byk dah sy cuba resepi google nih.  Jarang saya baking guna resepi yang sama.

Dah bersihkan balkoni, sedia untuk berkebun


Kami mmg sediakan makanan banyak, sbb boleh kasi budak2 ni tapau...mlm xyah masak dah

Gunting untuk potong jubah yg labuh


Beli ni senang nak parut cheese atas kek


Kami pergi outing dengan geng babushka pergi tgok stadium dan stesen metro yang kat tengah2 sungai tuh.  Beria2lah kami ni turun naik metro, bila keluar metro Vorobyovy Gory mcm kenal je tempat ni.  Rupanya stadium ni seberang jln dan tidaklah jauh mana dari rumah kami.  Lawakpun ada, boleh je kami naik bas je dan turun kat seberang jln sana pahtu naik jambatan g sini.  Wahhh iklan untuk World cup 2018 tu dah banyak terpampang kat area sini ni.  Lepas dah ambik gambar kami pergi ke Auchan universitet dan shopping brg2 bakery kat Cookhouse kat sana. Balik kami naik bas balik rumah masing2.  Singgah kedai  halal yang baru buka kat simpang jalan dekat rumah tuh.  Bestnya, kedai tu makin banyak barang dan dah mula jual ayam dan daging halal.  Yessss...seronoklah nanti bolehlah beli kat sini kalau malas g Pasar Kiev.  




Biasa metro mmg bawah tanah kalo kawasan bandar tp stesen metro ni atas jambatan kat tengah2 sungai Moscow.  Jambatan ni ada 2 tingkat, tingkat bawah untuk kereta dan tingkat atas untuk train dan untuk laluan pejln kaki.

Sejujurnya metro kat sini mmg lama (lrt tempat kita lagi cantik) sbb dah beratus tahun usianya tapi pengangkutan kat sini sangat effisien.  Tak sampai 5 minit tren mesti dtg.  Nak bergerak dalam bandar naik metro jek.  Cuma sekarang ni ada beberapa lane dan stesen metro yang baru, kami belum lagi pergi melawat stesen yang baru2 nih.  





Cuaca dah mula panas, bolehlah pindahkan pandan ke pasu.  Harap membesarlah dia, xsabar nak petik daun buat kuih


Hujung bulan kami outing g Europeansky Mall dan Pasar Kiev plak.  Kali ni kami naik bas je dan jumpa trus kat pasar.  Seronok bersantai2 pusing2 pasar, ada plak jumpa kedai jahit baju kat atas pasar dan kedai jual karpet jgk.  Paling teruja jumpa buah rambutan, buah kundang tapi mahal giler......tak mampu kami.  Sy seperti biasalah mesti akan singgah g kedai barang-barang baking.  Baru2 ni jumpa choc masakan jenama Callebaut kat sini.  Hari tu sy beli yang dark tapi rasa mcm pahit sgt le plak, jd kali ni sy beli yg milk callets plak.  Nanti kalo nak buat brownies boleh campur.  Bulan ni sy dah beberapa kali baking brownies, lepas banyak2 resepi barulah saya sedar yang saya lebih suka brownies yg cakey.  Untuk resepi brownies cakey ni sy suka resepi Kak Rima, klik sini.  Untuk Brownies kedut sy suka resepi Kak Azlita, klik sini.  

Kami singgah ke kedai india yang jual rempah ratus dan sayur2an adalah skit.  Tak ingat harga bendi ni, dekat RM17 jgk kot sepeket

Mcm2 jgk rempah ada jual

Limau purut tu sepeket RM8.  Sy baru semai biji limau purut, ada yg tumbuh dan ada yang tak tumbuh lagi.  


Ni lah makanan orang sini ni, dorang byk mkn sayur mcm salad dan kentang.  Atas ni salad tuna, sedap sgt. 





No comments:

Post a Comment