Monday, 18 April 2016

Spain: Izinkan aku menangis



Assalammualaikum & salam sejahtera

Wahhh tragis sangat tajuknya.  Sy nak share perjalanan kami hari tu pergi mengembara ke bumi Andalucia.  Sy tak dapat  nak share detail sgt sbb semuanya hubby yg uruskan trip ni termasuk ongkosnya.  Pada 5hb Februari lepas seawal jam 6 pagi kami keluar menaiki teksi Yandex (macam Uber) pergi ke Airport Domo.  Kat Moscow ni ada 3 airport dan tak lama lagi bertambah plak menjadi 4.  Domo ni lebih kepada penerbangan antarabangsa. Sampai Domo hubby pergi sembahyang dulu kat surau, kat Domo ni jgn risau ada surau.  Ehhh peringatan kepada yang nak bercuti ke Moscow ni, sila jangan bawa duit RM yer sbb kat airport ni duit RM tak laku.  Dari airport nak ke bandar mestilah nak guna duitkan utk byr duit teksi/train/bas.  Ataupun kalo nak transit mesti nak beli makanan jgkkan....kang kebulur plak.  Seeloknya bawa duit USD/Euro dan boleh tukar terus kat airport sbb rasanya kat KL xder duit rubble.

Ok berbalik kepada percutian kami, perjalanan dari Moscow ke Zurich mengambil masa 3 jam 5 minit dan kami menaiki flight Swiss.  Hubby ckp Swiss ni harga dia berpatutan dan tambang kami untuk trip ni return dalam RM1500 seorang, ya mahallah bagi sy seorang surirumah ni.  Kami transit di Zurich 5 jam dan kami hanya duduk airport sbb masa balik nanti kami transit lebih lama dan baru lah keluar ke bandarnya.  Kami pusing2 di airportnya sambil telan air liur aje, fahamlahkan swiss ni ada matawang sendiri dan kos hidup kat sini sangatttttt mahal, barang2 dia lagi lah mahal.  Kami makan sandwich dan minum air mineral pun dah beratus2 RM harganya.  Pahtu kami naik lagi flight Swiss ke Madrid yang mengambil masa 1 jam 50 minit dan kami bergegas mencari bas untuk ke Terminal 4 sbb kami turun kat Terminal 3.  Ada free shuttle dan ambik masa dalam 10 minit jgklah.  Tapi nak mencari stesen bus ni punya pening walaupun ada signboard sebab dia kena naik escalator ke tingkat atas dan naik jejantas ke seberang jln plak dah.  Kami bertolak dari Madrid ke Seville jam 8.14 mlm dan penerbangan mengambil masa 50 minit je.  Dekat je sebenarnya boleh naik train, tp hubby ckp harga train lebih kurang je dengan flight.  Sampai airport sy rasa dah nak pengsan, jd kami ambik teksi je ke Dalis Hotel kat tengah2 bandar berhampiran dengan Alcazar.  Mahal giler tambang teksi 35 euro padahal tak sampai setengah jam pun.  Sampai hotel dapat plak hotel yg berdepan dengan taman yang ramai budak2 berjoget2, sakit kepala dengar bunyi bising tengah2 malam.  Hotel ni plak xde heater dan wifi sampai setakat tepi pintu bilik jek.

Pemandangan dari atas kapal terbang beberapa minit selepas berlepas dr Zurich.  Dr atas pun nampak cantik sgtlah negara Swiss ni.  Penuh dengan gunung ganang yg tinggi diliputi salji.

Esok pagi sy membuta je kat bilik sementara hubby pergi menjelajah bandar ni sampai berbelas-belas kilometer.  Tghari sy keluar sekejap tengok Seville Cathedral lepas tu balik bilik.  Petang baru sampai bilik dan kami menuju ke Alcazar  of Seville.  Tapi sebab hari ni sabtu dia tutup pukul 5, jadi kami tak dapat masuk.  Dalam ni ada istana Moor yang sgt cantik.  Lepas tu hubby pergi masuk ke Muzium kat Seville Cathedral, daku malas nak masuk.  Ingatkan dia nak masuk sekejap je tapi tunggu2 setengah jam tak keluar2 trus daku balik hotel. Esok pagi2 buta kami menyeret beg menunggu bas di tepi sungai untuk ke airport.  Stesen bas ni berhampirang dengan Torre del Oro kat tepi sungai.  Dalam bas barulah terasa perbezaan antara Moscow dgn Spain ni sebab apa?  Sebab dorang ni selamba je berborak dalam bas...wah i likeeee, huhhhhh baru terasa macam manusia.  Sampai airport kami terus g kaunter sewa kereta.  Hubby dah tempah kereta online dah.  Best plak kat sini sbb syarikat kereta mmg ada parking khas dan setiap company ada petak parking masing2.  Kami meneruskan perjalanan menuju ke Algerias.  Kami nak pergi ke Gibrartar sebenarnya, pulau cenonet kepunyaan Britain yg berhadapan dengan bandar Algerias.  Nak dapatkan pulau sepanjang 7 km ni terpaksa berperang sampai hampir seratus tahun dan sampai Britain terpaksa menyerahkan Florida kepada Spain. Tapi Spain ada masalah dengan Florida dan jual plak ke USA.  Padanlah bila tgok CSI Miami kebanyakkan dorang ckp spanish.


 Seville Cathedral

Alcazar of Seville 

Kedai ni owner dia muslim mengikut student yg pernah singgah sini tapi bila sy pegi hari tu tutup plak

Torre del Oro

Mcm kenal je bunga ni


Sistematik betul, ni tempat parking kereta sewa kat airport.  Ada tempat parking khas utk kereta sewa ikut company dan ada nombor lagi.  Ni tempat parking je, segala urusan kena pergi kaunter kereta sewa tersebut dlm airport.


Dari Seville ke Algerias dalam 2 jam jgklah perjalanan.  Bila nak sampai ke selatan ni bentuk muka bumi dia bergunung ganang dah.  Kat jalan ni ada tol tau, semuanya 7.20 euro, boleh bayar tunai atau credit card.  Sampai Gibrartar terpegun kejap sebab pulau ni dah le kecik tapi macam seketul batu yang sangat tinggi bila tgok dari jauh.  Kami masuk sempadan dan dorang tgok passport.  Wahhh masuk Gibrartar ni sejujurnya terasa lebih selamat.  Kami melalui jalannya yang sempit dan parking kat stesen cabel car.  Tapi malangnya tutup plak dan kami naik tour van mengelilingi pulau ni dengan harga 20 gibratar pound.  Ehhhh pound dorang lain banding pound kat London.  Penduduk sini tak ramai pun dan tax dorang 35%, tapi pendidikan percuma dan perubatan percuma dan dorang sumanya berkerja, hampir xder yang menggangur.  Bila dorang perlukan pembedahan, dorang diberikan flight free ke London.  BA ada flight ke London dari sini dan dorang ada lapangan terbang.  Pulau ni sebenarnya bukit dan dorang tambak laut untuk membina rumah dan lapangan terbang.  Dulu hubungan dorang dengan Spain agak dingin sebab berebutkan pulau ni dan dalam bukit tu ada terowong yg dalamnya kubu.  Banyak lagilah sejarah yang tour guide ni ceritakan kepada kami.  Dorg ni lebih baik dengan orang Morocco sbb bila dorang dlm kesusahan org Morocco akan datang tolong dan dari pulau ni dah nampak dah gunung Jabal Musa kat Morocco tuh.  Rasanya mcm semenanjung Malaysia ke Sumatera je jaraknya antara Gibrartar dan Morocco ni, sebab tu dulu-dulu senang je dorang menakluk tempat ni.  Nama Gibrartar ni pun diambil dari nama bukit batu ni yang bernama Jabal Tariq sempena nama penakluk agung dari Morocco.  Masa Tariq mula-mula datang ke Andalucia ni pun, tempat ni hanya ada orang Berber sahaja dan tak ramai penduduknya.  Raja Spain dulu tu datang dari utara dan setelah berjaya menakluk Andalucia, dia telah menjadikan Toledo sebagai ibu negaranya dan lepas tu tukar plak ke Madrid.  Sekarang Spain dah tak ada raja dah dan mereka makin moden dan terbuka berbanding dulu.  Sebelum keluar Gibrartar kami isi minyak dulu sbb hubby ckp harga petrol sini lebih murah.

Sy suka highway kat sini sbb tepi-tepi highway dia byk pokok.  Setiap beberapa KM mesti ada pokok2 ni, jd xderlah panas sgt.

Dari cable car station

Simbol persahabatan dengan Morocco

Kami semua dibawa melawat ke semua tempat ni.  Monyet kat Rock apes mmg disayangi, data mereka diambik, makanan pun diberi mknn khas, ada telaga semulajadi berisi air untuk mereka minum dan setiap mereka ada diletak cip pada badan.  Monyet2 ni terurus dan tak bertindak agresif.  Sebenarnya nak jln kaki pun boleh kalo yg kaki hiking tu.

 Itu masjid utk komuniti muslim di sini

Nampak tak gunung tu, tu adalah Jabal Musa di Morocco 


 Ni St Micheal Cave atas bukit.  Dah moden, dalam gua ni dorang buat mcm teater siap ada pentas sekali.

Pemandangan dari atas bukit.  Nampak tak lapangan terbang tu, tu Gibrartar punya.  Dulu Gibrartar ni pulau kecil, tapi skrg dah xnampak pulau sbb dah bersambung.  Selepas lapangan terbang tu adalah kawasan Spain.  Atas bukit ni juga ada gua yang penuh dengan meriam dan senjata yg digunakan semasa peperangan dulu untuk berebutkan pulau ni. Tiket masuk dah termasuk dalam pakej.

Petangnya dari Gibrartar kami ke Malaga yg jauhnya 120km dari Algerias.  Tol pun ada yer kat sini, kami jumpa 3 tol yang jumlah semuanya 9.65 euro.  Best sgt lalu jln ni sbb ada lalu tepi pantai, tengok kat bawah bukit tepi pantai tu ada banyak rumah2 yang cantik2.  Check-in hotel dan malamnya kami jln kaki ke pusat bandar dia.  Kat sini kami makan seafood.  Ada jugak kedai kebab sini tapi kami jumpa 1 je masa jln kaki dari hotel tuh.  Ada student sini ckp ada je area2 McD tu byk kedai kebab, tapi kami xrajin plak pusing2 tepi pantai tuh.  Nampaknya kami tak puas jalan di Malaga ni sbb esok pagi kami dah bertolak ke Granada.  Hotel ni besar, ada heater, dekat dengan pusat bandar, ada wifi, cuma parking lain harga.  Bila sewa hotel kat Spain ni kan, mmg ada kos2 tersembunyi...kos parking ni terutamanya.  Bukan murah parking kat sini, dalam 5-15 euro jgk semlm.  Itu pun bukan parking hotel ni tapi parking awam yang berpagar.

 Tol.  Hhmmmm sekarang ni kalo highway baru mmg ada tol kan, kat Moscow pun mcm tu jgk.  Ada highway baru mmg dah ada dah tol mcm tempat kita.  Kalo highway panjang mmg masuk akallah ada tol tapi kalo pendek jek xpatut ler ada tol.  Dalam bandar xsepatutnya ada tol, nak kuar tempat jauh2 logiklah jgk.

 Bukit2nya byk yg togel, bukan ditebang tp mmg mcm ni semulajadi

Meriah jgk Malaga ni kalo malam, byk jgk butik2 berjenama di sini



Dah 3 hari tak makan nasi, ni jumpa Paella.  Makan ni berdua termasuk air dah RM200+++.

Apartamentos San Pablo, besar biliknya sbb ada 2 katil.  Dekat dengan bandar baru.  Ingat ya, sebelum check-out sila pastikan bilik dikemas dan bersih sama seperti masa kita mula-mula masuk.  Buktikan orang kita ni pembersih dan jagalah nama negara kita.  


Esok pagi kami menuju ke Granada dalam 2 jam perjalanan.  Wahhhh Granda ni best sgt sbb ada gunung2 yang bersalji dan rupa2nya Granada ni lebih bergunung ganang.  Banyak ladang pokok zaiton kat sini, mcm ladang kelapa sawit kat tempat kitalah, hutan sebenar macam dah xwujud dah.  Sampai ke Granada kami menuju ke hotel di tengah2 bukit yang atas bukit tulah terletaknya Al-Hambra tuh.  Jalannya punyalah sempit dan nasib baik akhirnya kami jumpa jgk hotel ni tapi kami check in je dan pegi parking kereta.  Bandar ni sempitnya dan kalo bawak kereta pun xguna sebab xder parking. Jadi kami mendaki ke atas bukit menuju Alhambra sbb hubby dah awal2 tempah tiket online sebelah petang.  Kami beratur untuk ambik tiket dan masuk ke dlm taman awam dia.  Masa ni terasa kagumnya, yelah kota ni dah dekat seribu tahun usianya tapi masih tetap kukuh.  Walaupun bunga2 tak berputik lagi sbb tengok bunga ros baru nak bertunas tapi pemandangan kat sini sangat cantik.  Sy tak retilah nak bercerita jadi korang tengok kat gambar je lah yer.


Tepi tu pokok zaiton


 Kami tgh beratur nak ambik tiket, kat belakang tu org beratur nak masuk dlm

Kat belakang tu kawasan Nashriq Palace

Orang sini ni suka tanam pokok orange ni tapi yg ni hiasan je, agak masam rasa dia dan kulit dia tebal.



Setelah lama di taman tengok mcm2, kami pergi pulak beratur untuk masuk ke Nasriq Palace.  Harga tiket untuk ke Nashriq Palace dan Alhamra ni berbeza yer.  Kami beli untuk dua-dua terus dengan harga euro 15.50.  Nak masuk sini pun kena berbaris dan ada jumlah yang terhad pada satu2 masa.  Ya Allah cantik sangat istana ni, rasa nak tinggal terus rasanya.  Istana ni masih terpelihara sebab Raja Spain dulu tak tinggal kat sini.  Org Moor ni sangat maju dari segi senibina dan bila masuk dalam istana ni terasa sangat sejuk dan damai.  Kerja2 penambaikan dan pemeliharaan dilaksanakan oleh kerajaan Spain.  Kat sini ada masjid tapi dah diubahsuai menjadi gereja tapi kami tak masuk.  Mmg berbaloi masuk Alhamra ni. lebih2 lagi bila memikirkan betapa hebatnya mereka.  







Parit2 air diatas lantai yang menyejukkan istana ini


Khat dia sangat cantik, video sy ada upload dalam IG 

Ada bunga kertas plak kat sini



Lepas tu kami turun ke bawah bukit melewati kedai2 jualan melalui pintu lain.  Kat Granadalah terasa kehadiran orang islam, dan mmg muslim ada ramai kat sini,  Masjid pun ada kat bawah ni dan kami sempat solat kat sini.  Kedai makan halal ada banyak kat area sini. Memang sedih bila mengingatkan kisah mereka,  Sebabnya bila Andalucia ni ditakluki oleh orang utara, semua orang islam dihalau keluar.  Sedangkan ada antara mereka tu bukan orang morocco atau arab punkan, ramai yang convert dan bermata biru lagi.  Pengusiran dilakukan sebanyak 2 fasa, sekali diberi pilihan nak convert atau keluar dari Andalucia.  Masa ni masih ada yg tinggal sbb dorang menyamar jadi orang kristian, tapi bila melihat orang islam yg convert tu masih ckp arab dan mengamalkan cara hidup islam, Raja Spain tak puas hati dan halau semua keluar.  Kebanyakkan mereka ini menduduki utara afrika.  Di Morocco juga ada terdapat 2 tempat yang masih berada dibawah Spain.



 Tengok jumpa sape, we love you Dr. Har.  Keep fighting..keep moving.

Kedai ni dah berhampiran dah dengan masjid, kedai ni halal dan ada byk kedai2 sekeliling masjid

Kat hujung tu lah masjidnya, kecik saja menumpang dlm bgnn.  Sesiapa yang ingin bersedekah, tabung sedekah ada disediakan.  Bantulah mereka sebab mereka mmg memerlukan sumbangan dari kita.

Kat sini jgk byk kedai jual lampu macam kat Istanbul.  Lampu2 ni asalnya dari Moroco dan peniaganya pulak muslim yang baik.  Dengar azan je dorang pergi solat berjemaah di masjid.  


Kami di Granada semlm saja dan esok pagi bertolak ke Cordova plak.  Tinggal di guesthouse kecil tapi parking harga lain.  Sama jugak di sini, parking mmg susah nak cari.  Lepas check in hubby pergi ke Cordova Meqzuita sensorang sbb sy dah xder mood dah nak jalan2.  Petang baru sy keluar sensorang ke mall berhampiran hotel dan shopping kat Uniqlo situ.  Esoknya kami meneruskan perjalanan ke Seville sbb kami naik flight dr Seville ke Madrid.  Singgah di Medina Azzahra, kota yg telah musnah.  Ada masa lagi kami singgah shopping kat designer outlet berdekatan airport.  Kami sampai Madrid dah malam dan naik train je ke hotel.  Tak ada apa2 yang menarik pun di Madrid ni, tinggalan orang Moor masih ada tapi byk yang dah diubahsuai dan dah hampir pupus.  Esoknya suami sy naik bas sensorang ke Toledo.  Sy dok membuta kat hotel je.  Kami 2 malam di Madrid.

Ni singgah kat satu bandar tu xingat nama.  Dalamnya ada muzium.  Sy tak masuk, berjanggut tunggu hubby keluar. Apa yang sy perhatikan orang Spain ni ramai yg dah xder agama dah.  Dulu dorang ambik masjid jadi gereja, lepas tu sekarang ni sumer gereja tu dah jadik muzium dah.  Mmg kebanyakkan org europe ni mmg dah jadi atheis dah, mereka ckp agama ni menyebabkan mereka mundur mcm tu lah.  Berbeza dengan Moscow yg berfahaman kristian orthodok, mereka masih mengamalkan agama dalam kehidupan harian mereka.  






Ni Medina Azzahra, kota dilereng bukit seperti Alhamra jgk tapi Alhamra bernasib baik sbb yg terakhir di tawan dan tidak dimusnahkan.  Tapi Azzahra ni kubu yang pertama jatuh ke tangan Spain kalo tak silap, jadi sumer musnah.  Puing2 kota ini diambil plak untuk membina monastery di atas bukit.  Jadi tinggal tapak je lagi. Kota ni dalam proses pemulihan.  Nak datang sini kena park kereta kat muzium bawah tu dan beli tiket untuk naik bas menuju ke sini, dlm 5-10 minit naik bas khas.  Kereta tidak dibenarkan masuk ke sini.  Medina Azzahra ni terletak jauh dari bandar, xpasti cara nak dtg sini kalo guna pengangkutan awam.  Kat muzium tu tulis kota ni jatuh sbb ada sekumpuan tentera musuh yang menyamar masuk ke dalam kota dan mereka menyerang dari dalam.  Andalusia ni tak besar mana tapi ada byk kota2 yg jauh2 yg lg mudah untuk ditawan musuh ditambah lagi dengan sikap mereka yang dah kaya raya dan mula berpecah belah semasa sendiri.  Biasalah orang ni kalo makin bijak, makin kaya mmg lagi susah nak bersatu.


Ada jugak jumpa kedai halal kat Madrid 

Sy tak jln2 pun kat Madrid, sempat g sini je yg dekat dengan hotel.

Dari Madrid, kami transit 8 jam di Zurich, dulu pernah transit kat Geneva jadi transit di Zurich tak begitu susah. Cuma faham2lah di Swiss ni kos hidup sangat mahal, bukan tempat shopping sini ni cuma tempat cuci mata aje.  Nak beli FM dan Kchain pun tak mampu.  Kami naik train ke bandar dan pusing2 disekitar tasik.  Zurich ni sama aje dengan Geneve, bandar di tepi tasik.  Bandar yang cantik dan bersih dan punya sistem pengangkutan yang sangat canggih dan effisien.  Perghhh stesen2 bus dia kat bandar canggih gila.  Seperti mana bandar2 yg moden, orang ramai bergerak menggunakan bus/trolleybus/tram aje, teksi xnampak pun.  Bus letrik dia ada yang baru tapi ada jgk yang nampak usang tapi pengangkutan dia sgt efficient, xpayah ko mereput tunggu bus lama2.  Petangnya kami naik flight balik Moscow.  Masa tengah tunggu teksi, kami mengejar teksi kuning dan trus masuk, driver dia tanya dalam bahasa russia kami ada order ke? Rupa2nya kami tersilap naik teksi, tak perasan nombor plat teksi sama cuma jenis kereta je lain.  Hahahahaaaa...







Ok tu aje pengalaman kami bercuti ke Spain, sorry tak boleh share detail sbb sumer kos hubby yang uruskan.  Kos untuk sewa kereta mmg mahal sebab ada hidden cost mcm minyak, tol, insuran, parking dan sim card.  Kebanyakan hotel tak sediakan parking, nak parking kena park kat parking awam dan byr asing.  Hubby jgk beli sim card 20 euro sbb nak guna utk gps pun senangkan.  Mmg kos untuk bercuti ke sini sgt mahallah kiranya banding pergi ke negara lain yang kami pernah pergi.  Jarang jumpa orang Malaysia sini, kalo jumpa pun golongan yang agak beradalah yang datang sini ni.  Biasa kalo dorang dtg sini ambik pakej Andalucia dan Morocco terus.  Ehhh lagi satu, berhati2 dengan scam kat sini, ada kes yang budak2 ni kena,  Pertama kes kecurian barang kat loker sewa kat Seville.  Sy dulu pernah tgok kat TV pasal ni.  Masa nak buka loker tetiba ada orang local nak tolong mcm tu lah, bila balik nak ambik balik...beg ko pun dah gone.  Seboleh2nya bawa beg ringan je dan xpayah nak tinggal2 kat loker.  Yang ke-2, kat airport Barchelona tu hati2 yea, carilah hotel kat bandar supaya senang nak pergi airport sbb kat airport dia ada orang yg pura2 kasi pinjam duit tp bila urusan dah selesai, dia akan minta bayaran double.  Jd berhati2 dengan yang yg pura-pura nak menolong padahal sebenarnya ada udang di sebalik mi.  Jumpa lagi yea.






4 comments:

  1. tak tau nak ckp apa...seronok tgk gambar sis..jelesss sebab x dpt nak jenjalan jauh2..huwaaaaaaaaaaa

    nak balik rumah masak laksa penang..


    hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah, nanti ada rezeki lebih boleh pergi melancong. Laksa penang? Sedapnya, sy bawak laksa kering tapi nak tunggu pokok kesum sy subur dulu baru boleh buat. :)

      Delete
  2. Assalamualaikum...Bunga tu memang ada kat Malaysia...rindu Malaysia la tu...hehehe

    Tang pokok oren tu...buah banyak kot atas yer..rasa macam sama pula pokok oren dalam farmville...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm, mmg rindu sgt dah nih. Tgok sumer bende mesti ingat nak balik jek.

      Kannn....iyer kot sbb mengikut pemandu pelancong kat Gibrartar hari tu, sumer ekonomi utama Gibratar adalah online gaming. Entah2 Farmville tu pun dorang yg cipta heheheeee.

      Delete