Thursday, 21 April 2016

MOSCOW: Aktiviti Debushka



Assalammualaikum dan salam sejahtera

Ni kira catatan untuk bulan februri yea.  Bulan februari ni salji masih tebal dan suhu masih negatif, tapi aktiviti masih berjalan seperti biasa.  Jadi kami geng-geng Debushka ni ambik keputusan untuk pergi ke Dubrovka Market. Sy dah sekali dah pergi tempat ni sebenarnya tapi kami hanya pergi ke kedai vietnam yang banyak jual barang-barang dari asia.  Kalau nak pergi pasar ni senang je, naik metro lane hijau pucuk pisang dan turun ke stesen Dubrovka, keluar je pintu metro akan jumpa pintu no 14.  Dalam tu banyak yang amat kedai.  Org russia ni agak sistematik jgklah walau ni hanya setakat pasar.  Setiap lorong ada nombor 1-10 dan ada baris dari A-?.  Setiap kedai ada no yg jelas kelihatan terpampang di depan kedai.  Pasar ni juga bersambung dengan 1 mall besar.  Dalam ni macam2lah barang yang dijual, terasa macam pergi ke Downtown Cheras plak rasanya.  Dari baju, handbag, kasut, cadar, langsir, periuk belanga, karpet dan macam2 lagilah.  Cuma barang ni jual barang-barang tiruanlah, nak ori pergilah Afi Mall.

Stesen Metro kat sini ni ada byk yang cantik2, yg macam ala2 istana pun ada. Setiap metro hiasan dia berbeza.

Kat sini ada sebaris kedai yang jual pakaian muslimah dan barang2 untuk pergi umrah.  Sy beli turtle nek inner dengan harga RM47, mahal giler kan.  Terpaksalah beli sbb lupa nak beli inner hari tu.  Harga inner dia sama je dengan sehelai shawl.  Sini ada jgk jual Chiffon shawl yg silk tapi xpernah beli lg.  Bolehlah nanti shopping raya kat sini.

Karpet sini ada jgk jual, murah sikit je dr kat KL.


Kat Moscow ni biasa tak boleh sesukahati nak ambik gambar, jd kenalah pandai2 nak jadi paparazi

Kami pergi tgok barang-barang pinggan mangkuk, barang2 ni byk dtg dari republik Chech.  Tapi harga dia bukanlah murah, mmg garu kepala jgklah tgok.  Set teko tu harga dekat RM400 tau walaupun dijual di kedai kat pasar je.  Tu tak masuk benda2 lain lagik tu.  Bila dok russia ni sumer orang ingat barang-barang sini murah, anda silap yer.  Barang2 sini tak murah seperti yang anda sangkakan.  Standard dia sama je harga dengan negara europe yang lain tuh.  Walaupun dijual kat kedai2 cikai mcm ni, harga tetap mahal. Sy tak belilah sbb nak bawak balik pun barang2 cenonet mcm ni risau jgk sbb seblm ni banyak kes bawak balik masuk kontena barang-barang gone forever atau pun pecah ranap.  Saya kumpul barang-barang yg saya betul2 minat je, muflislah kalo nak beli sumer barang kat sini nih. Lgpun lambat lagi kot kami nak balik for good.  

Cantik giler kan, mmg terpaksa memujuk hati supaya xbeli.  Rasa tak berbaloi nak beli 1 tea set ni dengan harga dekat empat ratus ringgit. :(




Lepas cuci mata, kami pergi ke kedai jual alas tilam plak.  Masalah sy kat sini, katil kami super king saiz, bedsheet bawak dari KL sumer tak muat.  Nasib baik org lama ada tinggalkan sehelai bedsheet jahit sendiri warna putih, itulah yang kami pakai sekarang ni.  Sy pun belilah bedsheet dalam RM120 kat sini.  Bila bawa balik umah saiz ok tapi kualiti kainnya alahai kesian, sangat nipis mcm 200 tread count jek.  Dah ler kami biasa beli bedsheet Akemi kat Jusco tuh.  Nasib baik beli satu jek.  Nak beli kat Malaysia rasa mcm memberatkan beg aje sbb benda mcm ni beratkan,  Byk lagi barang lain yg lebih penting nak bawak balik.  Lepas dah puas merayau kami pun pergi ke kedai makan halal, lepas tumpang solat kami pergi ke kedai Vietnam kat tingkat atas. 



 Makan roti dengan sup kambing.  Kat Moscow ni ramai orang islam, biasa kalo pergi mana2 mall ada je kedai makan halal


Banyak jugak sayur-sayur ada tapi kangkung mcm xfresh dan dah turun harga sebab dah nak summer kan.  Nak cari kedai vietnam ni mmg scary skit, ok sy cuba kasi direction kalo ada sapa-sapa yg malu nak bertanya tu.  Kat Moscow ni ramai pelajar tajaan mak bapak, dorang ni jenis pemalu.  Yg biasa dtg rumah ni pelajar biasiswa atau pinjaman atau otai2 atau yang mmg jenis peramah. Kedai ni kat tingkat 1 tapi dari tingkat bawah kena keluar dulu ke ruangan parking kereta indoor.  Nak cari pintu ke parking indoor ni cari Ryad 10 dan Liniya B.  Kedai terdekat kat situ ialah Ryad 10 No 34.  Keluar ikut pintu tu terus ke hujung ke dinding dan belok kiri. Dibelah kanan akan jumpa kedai yang kat pintu dia ada poster tulis ARASH.  Kat kanan pintu tu ada tangga yang scary, naik atas dan masuk pintu kanannya.  Dari pintu tu dah  nampak 2 kedai vietnam ni.  Kat Moscow ni, harga barang berbeza ikut musim, musim winterlah harga barang sangat mahal.  Lepas tu kami pun balik.  Geng kami ni biasa keluar jam 8.30 pagi dan balik sebelum kul 3 sbb ada anak-anak yang nak balik dari sekolah dah.  Ni mmg aktiviti outing kami, biasalah dok kat rumah rasa tepu sgt.  Rugi plak dok negara orang tp memerap jek kat rumah kan.





Pertghhan bulan kami ada buat makan2 jemput student, jamuan ni open kepada semua student.  Biasa kamij jemput student bawah jagaan suami ni, tapi ada masa jgk kami open kepada sapa2 yang nak dtg.  Student pilih nak masak sate, jadi kami pun minta dorang dtg tido kat rumah ramai2.  Yelah nak cucuk dan perap sate beratus2 tu mana ler kami ni nak larat.  Selain tu ada menu kambing dan ayam goreng jugak dgn nasi dan salad.  Kek Cheese dan buah ada student yang bawak, sy buat karipap dan buih paung je...seronok le dok ramai2 ni.  Kali ni organizer student M1Y5, merekalah yang jadik orang dapur kali ni.  Ramai jugak yang datang awal sbb dah pesan sate tu untuk first come first serve aje. Nasiblah yang lambat tu dorang mkn kambing je lah.









Hujung bulan pergi ke party birthday orang embassy.  Masa ni lah nak jumpa ladies2 yang jarang betul berjumpa.  Ada clown jgk dijemput untuk buat persembahan, budak2 sukalah kan clown2 mcm ni.  Sy sempat bawak pavlova aje, tu ler yg paling senang nak buatnya pun.  Biasa makan2 kat rumah mmg jarang jemput orang lain sbb rumah tak muat dah.  Kekadang jiran2 sebelah menyebelah blok ni jelah, nak jemput semua bukanlah rumah kami ni kecik sgt, bukannnn tapi sbb student ramai sgt.  Ni pun kekadang tak terlayan dan tak sempat nak berkenalan dengan dorang sumer.  




Susu pekat manis

Tart cokelat untuk bawa ke solat jumaat.  Ni nampak buruk sbb yg ni defect, yg lain xsempat nak ambik gambar.  Jarang kami bwk mknn utk solat jumaat food pun.

Karipap utk frozen

Ni pun utk solat jumaat food.  Yg ni premix brownies, jenis agak cakey yg sangatttt sedap, budak2 ni suka giler....boleh buka ig Brown Butter Bakes.  Sy bukan ejen, ni kawan hubby yg dtg bercuti ntah caner leh bwk g Moscow sepeket kasi kat kami.  Sebenarnya sy kirim dark choc compound tp dah habis kat kedai, dia ganti dgn ni.


Hari tu ikut jiran, Nisa + hubby + sikecik Yayan pergi ke Danilovsky Market dekat dengan rumah.  Biasa kami panggil pasar ni dengan nama pasar bulat sbb bumbung dia bentuk bulat.  Pasar ni dekat dengan Metro Tulskaya.  Pasar ni adalah pasar petani dan byk sayur dan buah-buahan kat sini.  Ada 1 kedai jual barang2 asia kat sini, mcm jual tofu, pak choy, beras wangi, daun limau purut, serai dan macam2 lagilah.  Cafe halal pun ada jual kat sini, sy jugak salu beli kekcang mcm walnut, hazelnut, badam dan jus delima fresh. Cuma tak suka beli sayur dan buah kat sini sbb kalo tgok orang asing harga dia kasi lain sikit.  Suka beli kat pasar Kiev je dan beli kat orang yg biasa kita beli, lebih murah.  Sebotol minyak badam tu RM23, sib baik sy xguna sgt minyak nih.


Ok bye


No comments:

Post a Comment