Tuesday, 2 February 2016

MOSCOW: Guling-guling atas salji




Assalammualaikum

Balik dari Malaysia hari tu 8hb, transit 5 jam kat Doha dan sampai Moscow 9hb malam. Keluar je airport sejuk giler....suhu dalam -9C.  Biasa bulan yang paling sejuk adalah bulan januarilah.  Mengikut orang sini -9C tu normal, tapi beberapa hari lepas suhu dalam -17C, sangat sejuk.  Jadi bersedialah membeku di Moscow.  Biasanya dalam februari suhu akan 'normal' balik.  Sampai rumah syukur alhamdulilah semua ok, pokok2 pun masih bertahan.

2 beg besar bawak balik KL

Hasil rembatan di Bake With Yen Chow Kit, syukur hampir semua barang ada

Jumpa dorang kat McD, mamanya sibuk keje jadi jumpa anak2nya pun dah terubat rindu.  Dorg ckp nanti dah besar nak g Moscow balik...dorang ckp dok Moscow lagi best.


Ehhh...entry hari tu dah panjang, xlarat dah nak menulis catatan masa balik Sabah hari tu.  Kami ikut Malindo Air dan sampai je terus ambik kereta sewa.  Susah kalo xder kereta sebab kenderaan nak balik kg tu kejap ada kejap xder.  Lgpun susah nak terperap aje kat rumah xleh jenjalan.  Kesian hubby byk kuar duit utk balik kali ni.  Sampai dah petang, jem plak kat Putatan nak g Papar, sesat plak.  Driver dah demam jadi terpaksalah kami bermalam di Pekan Beaufort sbb sy tak berani nak drive memalam. Dari jambatan tu dah nampak hotel River Park tepi sungai , mula2 hubby tanya mahal tak hotel ni.  Sy ckp ni kawasan pedalaman, walaupun hotel nampak besar tapi sy rasa rate dia xsemahal kat KL.  Sy pun turun tanya harga, Bilik Superior Twin/queen dalam RM129 nett jek.  Dah le bilik dia besar, pergghhh best sgt ler dpt bilik sebesar ni dengan harga mcm ni kan.  Kalo kat KL mesti dah RM300 ke atas dah harganya.  Jadi pagi2lah kami balik Sipitang, xder lah jauh pun dalam 45 km je perjalanan. Trus g pasar kat pekan sbb hari ni kami buat family potluck.  Sy masak nasi dan ayam goreng, adik beradik yang lain bawak byk jgk makanan walhal dah pesan 1 family bawak 1 jenis lauk aje.  Petang g pekan lepak2 kat Esplanad makan sayap.  Sipitang ni terletak tepi laut dan dekat dah dengan sempadan Sarawak.  Biasa pelancong tempatan datang sini nak makan sate, best jgk sate dia. Esok pagi seawal kul 5.30 kami keluar ke Tamu Sindumin, sampai dalam kul 6 orang dah ramai dah.  Terkejut betul sy bila belek2 plastik kat besen peniaga tu tetiba ternampak belut bergerak...sib baik xmelatah.  Biasa sy jumpa punai yg dah dicabut bulu tapi kali ni xnampak plak.  Macam2lah beli kat tamu ni, tamu paling best setakat ni.  Petangnya balik KK, kami menginap kat Hotel Tabung Haji 2 malam, macam orang kaya aje kan dok hotel.  Pahtu balik KL balik, hubby masuk opis dan daku merayau2 kat Bangi Sentral shopping baju2.  Pahtu balik Moscow.

Pemandang dari hotel kami kat Beaufort 

Potluck family Sipitang

Hotel Tabung Haji, besar dan best. Walaupun xterletak kat tengah2 bandar tapi ada shuttle van disediakan mengikut masa yg telah ditetapkan. 

Sekarang dah jadi peminat Naelofar plak...tq hubby belikan sehelai. Yg lain beli kat Bangi Sentral dan IOI Mall.

Sanggup g Jusco nak teksi beli durian ni..yummyyyy


Sampai Moscow salji tebal dan fresh, apalagi kami sakanlah berjanji dengan jiran2 dan opismate hubby pergi main snow kat Gorky Park, jln kaki je dari rumah dan pergi ke lereng bukit tepi sungai Moscow.  Masa ni suhu dalam -7C, jadi ok lagi lah.  Kami keluar dalam 1.30 dan dlm kul 3 kami balik sebab ada budak2 ikut xleh lama2 sgt.  Esoknya ada makan2 plak rumah jiran, sy sempat buat cupcakes je semlm.  Masa winter ni punyalah xbest baking sebab cupcakes jadi keras walaupun letak kat luar peti ais.  Nampaknya masa winter adalah masa yang sesuai untuk buat kuih2 tradisional, sy sempat buat karipap frozen.  Isnin plak ada jemput budak2 dtg rumah.  Pertama kalilah kami laki bini membuat sate.  Selain sate sy masak soto jugak pahtu cupcakes dan karipap.  Alahai mmg tak pass lagilah membuat sate, byk kena improve nih.  Ayam sini pun xfresh, jadi bila perap tu rasa dia kurang sedaplah.














Sekarang ni dah 3rd cut untuk winter sales.  Yayyyy...masa nilah masa sesuai untuk shopping.  Cuma yang tak bestnya, walaupun namanya winter sale tapi masa ni le kiranya sale utk sepanjang tahun.  Masa ni lah ko kena beli baju untuk autumn, summer dan spring. Sy pergi cari seluar snow dengan Kak Nor kat kedai Sportmaster kat kedai Orange yang byk jual barang2 sukan dekat dengan rumah.  Cadangnya lepas tu nak pergi Auchan tapi dah kat situ pun dah dekat 3 jam, esok je lah sambung shopping.  Best sgt masa ni sbb murah, cuma kena pandai belek2.  Sy beli seluar snow untuk main snow hujung minggunya, kali ke-2 nak main salji.  Kalo tak pakai seluar snow ni, rasa sejuk sangat terutama bila suhu dah negatif belas2.  Lgpun kalo pakai seluar biasa, air akan tembus dan kena kat kulit, minggu lepas gatal betul kaki saya kena snow tuh. Cadang nak beli seluar snow tapi terbeli coat bulu2 glove baju mafla sumer.  Sy suka plak jenama Outventure dan Colombia ni.


Bestnya balik Malaysia boleh shooping jubah cantik2 kat Bangi Sentral, keluar masuk kedai mencuba jubah dqn Keqwa sebagai perunding imej.  Saya suka dengan brand Qairajubah ni sbb cutting dia sesuai dgn saya, Al-humairah pun best jgk. 

Malamnya kami ikut budak2 semlm pergi main ice skating, naik bas g pintu depan park berhampiran dengan stesen metro Oktyabrskaya sebab pintu dekat rumah ni dan dalam taman tu xde lampu, bahaya malam2.  Ergggghhh tobat xmo dah main menatang ni, Ya Allah terasa tuanya dan menyesal datang.  Dgn suhu sangat sejuk, tergedik2 le main bende ni.  Mula2 je jejakkan kaki guna kasut skating yg keras tu trus terjelumpuk, haaaa caner tuh.  Dah berbelas2 kali jatuh dan bergayut atas pagar tu, daku pun masuk balik dan tukar kasut.  Ingatkan daku sorang jek tergedik2 mcm penguin, rupanya hubby pun sama, sian Ain ajar kami student tua ni.  Tapi hubby bolehlah jgk buat 1 pusingan, budak2 lain hilang tanpa dikesan macam anak2 ayam keluar dari reban.  Hubby ckp dorang pergi main kat ring besar kat belah hujung sana.  Az ckp tips nak main ni, kaki kena bengkokkan sikit ala2 nak b*r*k dan kita kena ringankan badan kita.  Pahtu kalo kaki kita terkangkang, kita kena rapatkan balik.  Daku mmg xsempat dah nak terkangkang sbb gerak jek dah jatuh.  Sakit tangan asyik berpaut kat pagar jek, itu belum lagi kena gelak dek orang..ehhh bukan gelak...yg bagusnya orang russia ni dorang xkan gelakkan kita bila jatuh, dorang cuma pandang je lah.  Kalo kita berdiri lurus, nanti jadi macam sy jatuh kebelakang gedebuk mcm nangka busuk.  Hari tu masa Kak Dee tunjuk video dia main skating xbergerak2, sy gelak  guling2...sekarang aku lagi truk.  Padan muka aku...

Kalo bukan winter, tempat ni adalah kolam air pancut tapi bila winter dijadikan tapak untuk ice skating


Esoknya kami g Auchan balik, best dah lama xg sini.  Datang sini sebenarnya nak beli 'dulang' snow utk main snow sabtu nih.  Hari tu dok pinjam budak2 ni punya, kesian kena gilir2 naik.  Sempat pergi Sportmaster beli coat Colombia dan beli baju kat M&S.  M&S ni lagilah, kami sampai kul 10, dorang baru naikkan tag 70% sale, seronoklah sbb masih byk pilihan lagi.  Biasa kalau dah hujung2 sale, yg tinggal dah xlawa2 dah.  Shopping sakan sekarang untuk bekalan setahun, lepas ni dok diam2 kat rumah.  Jumaat jadi Chef plak ajar Az buat cupcakes sbb adik suka sgt makan cupcakes.  Dulu ada nenek rajin buatkan tapi skrg nenek dah balik for good dah, kenalah buat sendiri.  Kami buat Choc dan Malt cupcakes.

Comelkan


Nilah 'tray' untuk main salji tuh.  Ada byk jenis tapi ni je mampu beli.  Jiran ckp kalo dah balik Malaysia nanti boleh letak untuk tempat jemur beras :)

Cantikkan tapi over bajet plak.  Beli coat2 ni kena fikirkan jgk yang balik Malaysia xsesuai dah pakai.  

Sabtunya kami turun awal supaya xramai orang lg.  Masa ni suhu sejuk sangat, -17C sejuk membeku.  Tapi sebab dah plan awal, turun jgklah.  Cuma tak sampai 2 jam dah balik sbb dah penat turun naik bukit.  Nak turun sambil naik tray tu mmg best, siap berpusing2 lagi tapi nak naik bukit balik tu yang sengsara.  Kat bawah tu kat deretan pokok tu diletak net dan kat batang pokok diletak span, kalo tak mmg jatuh gedebuklah ke sungai moscow tuh.  Snowman pun tak buat sbb sejuk sgt, kami cepat2 balik sebab lunch kami buat potluck.  Daku bawa agar2 jek, dah tersilap plak tu terbuat agar2 crystal plak. Nanti nak buat trufflelah guna crystal jelly ni.  Daku mlm tadi buat donut tapi xjadi sebab tak kembang sgt dan hubby ckp tepung dia tak masak.  Dah banyak kali dah sy buat donut tp tetap xjadi.  Sebelum ni yis muaripan sy mati sumer masa masuk kontena, jadi sy gunlah yis kat sini.  Yis sini mcm tak berapa nak kembanglah plak.  Hubby suh sy letak yis byk2 sbb dia ckp doh akan mengembang sambil mendepakan tangannya...sabar jelah.  Bila sy tgok yis Mauripan 11g dan yis sy beli kat Azbuka 7g jek.  Hhhmmmmm menyampah le plak dengan donut2 ni.

Sy tak suka coat tebal2 tapi hari tu beli coat bulu2 ni sbb murah 70% sale dan kat sini kan suhu -ve belas2. Kalo suhu normal/tak negatif sy lebih suka pakai yang nipis dan ringan skit.  Kat atas ni saya pakai seluar 3 lapis (inner+jeans legging+snow pant) dan baju ada 3 lapis jgk (inner+baju wool+coat).  Inner sy biasa beli kat Uniqlo Malaysia yang heat tech tuh, yg beli kat Primax London dulu panjang sgt xsesuai untuk sy yg comel nih.  Kena tebal sbb nak main salji kan.  Selain tu pakai topi+muffler+sarung tangan kulit. Kalo budak2 lagilah, sarung tgn pun pakai byk lapis.


Ni lah lereng bukitnya, dalam 45 darjah ada kot, bila nak naik atas balik mmg penat


Sejuk2 main salji jom makan sup tulang Kak Dee plak...hmmmm nyumnyum

Sy buat kuih frozen karipap, kuih kasturi dan kuih paung.  Sy mcm xder chemistry dengan donut, dah merajuk dah xmo buat dah donut2 ni, beli kat kedai aje lah senang.  Cuma kuih paung ni bahaya betul, meletup aje kejenya bila digoreng.  Ada sekali sy tgh alihkan periuk, dia meletup dan terkena tangan sy.  Nasib baik ada kawan sy pernah ckp kalo kena melecur, kita alirkan air paip kat tempat melecur tu selama 15 minit.  Sy pun cepat2 letak tgn bawah air paip.  Tapi sbb kawasan melecur ni besar dan masih rasa panas, sy buat dlm 45 minit jgklah. Bila dah ok skit sy sapukan aloevera, bila kering sy letak balik dalam 4x jgklah buat benda yg sama.....bila dah 4x buat dan kering barulah rasa ok dah.  Nasib baik ada pokok aloe vera kat umah nih.  Adalah melepoh dan merah skit.  Janganlah jatuh sakit plak dok merantau ni kan...dah ler xfaham bahasa.

Pokok kari sy dah botak dan pandan ni terpaksa letak dalam air dulu sbb skrg matahari macam xde sgt.  Nanti dah dekat spring baru tanam dalam tanah.

Keratan limau purut.  Yaayyyy hari tu bijiknya pun bawak, tunggu nanti balik dari Spain baru tanam


Cekodok pisang

Best betul bila dah ada ukuran cup ni, ada 1 cup 1/2 cup 3/4 cup dan 1/4 cup...lebih mudah keje nak membaking.  Penimbang ni rasanya lebih dari 10 tahun dah usianya, nanti g Auchan nak beli penimbang elektronik plak.


Bekalan frozen untuk sebulan.  


Bulan ni banyak sgt aktivtinya.  Bulan depan nak g Spain plak.  Bila winter kita pergilah ke negara2 selatan europe sbb panas sikit.  Tapi bila summer, pergi ke utara plak sbb nak sejuk sikit.  Bila dok Moscow, mmg suka sgt pergi ke negara2 yg ada pantai.  Padanlah dulu ada sorang budak Munich yg buat attachment kat opis lama tu suka sgt pantai.  Padahal kita lebih suka g CH sbb sejukkan hehehe.  Ok, jumpa lagi.



3 comments:

  1. Assalamualaikum! Tahniah puan.. kerana masih berblog...

    Kalau tak silap...pernah tengok puan ada dlm program Hadith Open Mic...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, ehhhhh itu bukan sy...sy tak pernah masuk program tuh

      Delete
  2. Seru nya, jadi nak bersalju salji

    ReplyDelete