Tuesday, 26 January 2016

Moscow: Melepaskan kerinduan yang dah lama tersimpan

Hasil rembatan kat Tamu sindumin, udang galah sepit biru woootwoottt

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Banyaknya aktiviti bulan disember ni. Awal bulan salji dah turun dengan lebatnya, putih bumi Moscow ni dipenuh salji.  Kami pun teruja nak main snow sbb dah lama kiranya tak main snow tebal2 nih.  Saya, jiran dari rumah cokelat Ms Az pergi ke pasar terbuka Izmailovo, ada sorang student medical final year teman kami jalan2.  Rasa selamat sikitlah sbb ada student yang boleh ckp Russia temankan, boleh tlg tawar2kan.  Kami pergi pagi sbb tghari pasar ni dah tutup.  Gigih turun naik metro, ambik masa dalam 45 minit jgklah dari rumah nih.  Sampai sana kononnya lepas dari pasar nak singgah shopping mall berhampiran metro tapi dah byk brg beli dah xlarat dah.  Masa musim sejuk ni tak banyak kedai buka.  Tapi yg bestnya kedai jual piring uzbek tu buka dan kami dah memborong beberapa pinggan besar kat sana, walaupun daku pun xfikir lagi pinggan ni nak buat apa.  Kami beli yang ada defect sikit yg tak nampak sgt pun dengan harga murah giler.  Selain tu kami jumpa gerai muslim tatar yang jual keronsang dan dulang besi yang dilukis tu.  Nama dulang besi hitam ni Zhostovo tray, dah lama dah usha tapi xbeli2.  Cuma mmg berazam nak beli utk hiasan sbb ia antara barang kraftangan yg popular.  Lepas kami menghabiskan ruble, kami pergi ke Atrium Mall plak.  Kami turun kat metro Kurskaya dan pergi makan Jeliwing kat food court dia.  Jeliwing ni macam KFClah tapi KFC sini xhalal.  Jadi kami mkn kat Jeliwing yang bersebelahan dengan KFC.  Tengok jelah orang2 lain mkn KFC, sedap jgk Jeliwing ni pun. Org russia ni makan bukan melantak mcm kita, dorang kalo g KFC makan kentang putar dan coslow aje, ayam xorder pun.  Kena tiru cara mkn dorang ni kalo nak kurus2 dan cantik macam dorang.  Pas dah kenyang mkn trus balik rumah.  Best kawan dgn student ni sebenarnya sbb dorang xlokek kongsi pengalaman dengan kitaorang.






1 hubby punya 1 lg sy punya, lepas ni boleh makan dalam talam berdua

Awal bulan juga management ada buat party krismas dan new year kat taman bawah tu.  Tak de apa pun sgt, ada makanan dan ada beberapa permainan yang dorang pasang kat bawah tu untuk budak2.  Kami turun lambat dan salji plak turun tapi xlebat.  Jumpa jiran2 opis hubby dan kami makan seafood jek, mmg xbolehlah nak telan makanan orang sini ni.  Kul 1.30 sumer dah kemas balik, lepas ambik gambar kami naik balik rumah.  Simplenyalah majlis dorang2 ni buat, mknan pun hampir tak cukup utk sumer orang, tapi dorang relaks jek xder bising2 komplen.  Mmg org sini ni jenis REDHA byklah.  Kat tepi simpang dekat rumah ni dah ada kedai yg jual barang-barang halal baru buka.  Tiap kali lalu situ mesti tertanya2 bila lah nak buka kedai ni. Saya masuk 2 hari selepas pembukaannya xbyk lg brg tapi beberapa minggu selepas tu dah byk dah barang2 dalam tuh. 


Sini kristian ortodok, santa dia ada wife


Hari tu beli susu kambing, yogurt, roti dan sosej halal

Hari tu ada student syorkan beli madu ni.  Russia ni glemer dengan madu jgk tau, berkualiti tinggi katanya

Sempat buat DIY nugget.  Ada je jual nugget halal tapi kena drive 45 minit, berdekatan asrama student MAI.

Anak buah sy kawin kat Brunei, sy tak sempat nak balik.  Family sy dah berkampung kat rumah abg saya kat sana.  Macam nilah kalo dok jauh ni, salu ketinggalan bila ada program keluarga.    Selamat pengantin baru, moga kekal hingga ke akhir hayat yea.

Orang russia ni juga suka minum teh hitam, kat Auchan mmg 2 rak penuh dengan teh sahaja.  Ada macam2 teh jual, semenjak duduk sini sy dah suka minum teh. Saya suka teh herba yang ada berry tuh.  Buah2an dan bunga2an dorang keringkan jadikan teh.


Pertengahan bulan g antar sorang ladies balik for good kat Malaysia.  Elok pun balik sbb rindu sgt dah ngan cucu nampaknya.  Kakak ni salu kasi tazkirah kat dalam grup whatupp hampir tiap hari,jadi mmg rindu bila dia dah left group.  Orang otai, dorang suami isteri mmg berani menyuarakan pendapat kalo ada benda yang tak betul, mmg respek sangat2.  Duduk sini bertemu dan berpisah tu mmg perkara biasa, xmo sedih2 nanti boleh singgah umah akak ni bila rehat semayang jumaat yang pjg tu.  Yayyy dah tahu dah nanti nak lepak kat mana.



Cantikkan, ni pun plan nak beli jgk.  Ya ampun mahal betul, dekat ribu riban 1 set nih.  Kami sempat g Arbat street selepas jumpa staf yang nak balik for good tuh.  Singgah nak beli souvenir utk family dan kengkawan.

Cantikkan jubah ni, ni ada staf embassy yg g Pasar Vietnam tu. Ada staf yang nak g beli barang2 tuk g umrah beli kat situ.  Ada beberapa kedai jual jubah2 ni, jual karpet dan kristal pun ada dorang ckp.  Tak tahu ntah apa nama pasar ni, kami gelar je pasar Vietnam sbb situ ada dlm 3 kedai orang vietnam tapi sebenarnya pasar besar, kalo naik metro kena turun kat Stesen Dubrovka line hijau pucuk pisang.   Pasar ni besar yang amat, kalo nak pergi kena ingat no pintu dia sbb seriusly besarrrrr. 

Nak balik ni, sempat g Azbuka. Nak krismaskan, byk sales. 

Kami balik Malaysia pada 17hb dan singgah Doha, Qatar semalam.  Moscow ke Doha dalam 3 jam setengah aje.  Ada sorang blogger tu kawan hubby teman kami jalan2 seharian.  Terima kasih Abg Rush bawak kami jalan2, segan sgt sbb dari pagi sampai ke airport dia yang hantar, belanja kami makan macam2 kat sana.  Habislah 1 bandar Doha tu tour.  Kami sampai Doha tgh mlm, kul 8 pagi dah check out, membazir jek bayar hotel mahal2.  Dah ler hubby tempah hotel yg 10 minit jln kaki ke pasar Souq tuh, tapi hotel tu dah penuh dan dorg pindahkan kami ke hotel lain yg 20 minit jln kaki dr Souq.  Kalo dah penuh tak payah ler nak terima tempahan online tu kan, kami boleh pilih hotel lain.  Hotel yg dikasi tu mmg lebih baik tapi rasa xbestlah dorang buat mcm  ni kan.  Jalan2 ke pasar Souq tu best sgt boleh tgok budaya dorang mcm mana.  Abg Rush ni ckp dulu Doha ni padang pasir, tempat orang ternak kambing tapi sampai sini mmg xnampak pun dah padang pasir dia.  Penuh dengan bangunan moden dan sangat cantik sbb tepi laut.  Pasar Souq tu byk barang2 dari India, Turki dan kawasan sekitarnya, kiranya nak cari barang2 lokal tu mmg xder jek. Ada jumpa kedai jubah yang jual jubah dan boleh otter dalam masa 20 minit jek, perghhh mmg best tp sejujurnya sy xtukar pun duit ke duit dorang...hahahaha. Jubah dorang pun lain, ada belah kat depan, cantik sgt tp harganya boleh beli 3-4 jubah lawa2 kat KL.  Beli souvenir pun pau duit hubby.  Masa sampai dorang tengah sambut hari kemerdekaan dorang, mmg penuhlah bandar.  Kat sini ramai sgt org asing, orang tempatan biasa berpakaian tradisional jd senang nak cam.  

 Pokok2 ni minta Kak Nor tlg jaga.  Letak dalam tray yang ada isi air supaya pokok tak kering.  Water dispencer tu kononnya nak buka slow kasi dia menitis tapi bila test dia menitis sehari jek...sabor jelah.


Sebenarnya daku confuse antara Dubai dan Doha sebelum ni sbb mcm lebih kurang jek, Dubai pun tak pernah pergi lagi.  Tapi bila tgok mana2 gambar tgok bangunan ni mmg confirmlah Doha. Doha dan Dubai ni pun berdekatan aje.

Souq

Kami bertolak balik ke Malaysia dari Doha malamnya dan penerbangan ambik masa dalam 7 jam 15 minit.  Sampai Malaysia gembira sgt mcm tak balik 10 tahun, hati terasa sebak bila dah touch down tu dan rindu sgt nak balik Malaysia.  Hanya perantau2 seperti kami sahaja yg dapat memahami perasaan tu.  Walaupun banyak perkara yang berlaku kat Malaysia sekarang kecoh kat media sosial dan Malaysia panas berdenting  tapi Malaysia tetap di hati.  Malaysia mmg best banding tempat2 lain kan, yelah tempat jatuh lagi dikenangkan.  Kami balik Malaysia tak lama dalam 3 minggu aje,  sempat balik Rompin, balik Sabah dan shopping barang2 kat KL. Ada kengkawan rapat yg baik hati bawak daku jenjlan makan2 dan cari barang2 yang nak bawak balik almaklumlah dah xder kereta ni sumer harapkan kenderaan awam je.  Hubby pun bawak jgk jenjalan kalo dia xg opis.  Daku sempat shopping brg2 baking kat Chow Kit, balik ambik teksi.  Tapi tak kisah sbb kat Moscow pun jln sana sini pun naik metro jek.  Kali ni boleh ler shopping baju kasut plak sbb dulu mmg xbawak byk baju sbb dahulukan barang2 hubby dan ingatkan kat Moscow murah. Hmmmmm...makanan dan shopping mmg xleh lawan ler KL kan.  

Tengok tu kondo depan rumah ni dah siap

Ni hadiah dr Keqwa dr Kelantan.  Sebenarnya saya nak cari acuan kuih cara, acuan kuih kemboja dan acuan apam tembaga kat T'ganu tapi xsempat plak nak g sana beli.

Bila tgok ikan2 ni kat Pasar Endau terasa tak nak balik Moscow

Anak buah kat Rompin pun nikah jgk.  Selamat pengantin baru dan moga kekal hingga ke akhir hayat. 

 Sempat pergi ke Tamu Sindumin pada pagi sabtu.  Dalam setengah jam dari rumah dan buka seawal jam 6 pagi.  Tamu ni mmg bestttttt sangat, byk jual hasil2 kampung dan kuih muih tradisional.  Jangan pegi lambat sbb kul 7.30 sumer dah licin, sepit udang galah pun dah xjumpa dah kalo lambat.  Sindumin ni pekan kecik dalam daerah Sipitang yg berhampiran dah dengan sempadan Sarawak.  

Ni umbut rotan yg dah dicelur, kakak ipar sy bawa masa kami buat potluck kat kg.  Makan dengan sambal belacan.

Sempat pergi Esplanade Sipitang makan sayap ayam, air kelapa dan sate sipitang yang femes tuh 

Masa letak dalam ig, ramai orang tanya pasal kuih ni.  Ni tapai tapi letak dalam daun nipah.

Ni ambuyat, makanan tradisional beberapa suku kaum di Sabah.  Kalo nak makan ni boleh pergi ke Gerai Etnik kat Grace Point Food Court, Sembulan KK.  Tak sempat makan kat rumah sipitang, jadi g mkn kat sini jelah.  Cuma biasanya kami makan ambuyat ni cecah dengan cecah yang masam2 macam sambal binjai atau mempelam dan makan dengan macam2 lauk pauk dan sayur.  Yg ni makan dengan ampap, jeruk tuhau dan kuah ikan.  OMG, first time sy mkn jeruk tuhau ni. Sy mmg suka makan ambuyat ni tapi hubby xpandai makan. Kalo kat Sipitang, kami mkn ambuyat dia plak makan nasi.  1 set ni boleh makan 3-4 orang, boleh order lauk2 lain jgk kat situ.   

Makanan dan Malaysia mmg xleh dipisahkan.  Hari tu Kak Ita bawa g mkn ayam kg kat Velodrom dan Keqwa bawa mkn laksa rimba kat Taman Chempaka Bangi tuh...peghhhh sedap giler. Tq..tq.  Kat Sabah dan Rompin xyah ckp lah melantak melantak dan melantak aje keje.  Balik Moscow mmg kena diet sbb dah berapa ntah kilo dah naik...mmg xberani nak timbang berat skrg ni :)

Tq korang sudi baca blog saya


1 comment: