Wednesday, 16 December 2015

MOSCOW: Berpesta kita



Assalammualaikum dan salam sejahtera

Awal bulan november kami dapat jemputan Aqiqah staff.  Seperti biasa kat sini ni banyak aje jemputan makan-makan, cuma ada je kekadang kami xlarat nak pergi.  Masa ni semua pakai baju kurung dan selepas kami makan kenyang-kenyang, kami turun kat taman bawah tuk ambik gambar.  Rumah kat sini best sbb dalam kawasan apartment tu sendiri ada taman yang luas dan ada sungai kecil mengalir.  Kalau masa summer, bunga-bunga rose merah akan mekar berderet depan rumah.  Kawasan sungai tu ada kawasan permainan kanak2 dan tempat untuk bersantai2.  Kat hujung taman ada gereja kecik untuk kegunaan penghuni kat sini.  Tepi sungai ada beberapa pondok dan seberang sungai ada kawasan hutan dan rel keretapi.



Ni student jadi jurukamera, sbb tu cantik2 ajek gambar kami ni

Awal disember sementara cuaca masih ok, saya dan jiran ambik kesempatan untuk keluar ke pasar yang kami biasa panggil pasar bulat sbb bumbung pasar berbentuk bulat.  Kami pergi dihantar oleh suami jiran sebab pejabatnya pun berdekatan dengan pasar tuh.  Kami pusing2 dalam tu tgok orang jual sayur, buah-buahan, daging, ikan, buah2an kering dan cafe.  Sy tak berani ambik gambar sbb fahamlahkan kat sini ni, biasanya kalo kita beli kat gerai dia barulah boleh ambik gambar atau pun ambik gambar senyap2.  Kalo guard kat situ nampak mmg dia tegur tak kasi ambik gambar.  Kat sini juga ada jual daging halal tapi ayam halal xada.  Selain tu ada beberapa peniaga muslim yg jual buah2an kering dan pinggan uzbek.  Ada jugak 1 cafe halal di dalam dan 2 kiosk halal kat luar.  Kat luar pasar ada juga menjual pakaian, bulu binatang, buah dan macam2 lagi.  Kira oklah sekali sekala pegi sinikan.  Sy mmg suka pergi pasar sbb nak cari bayam, kat mall xjual bayam tuh.  Kami makan dulu kat cafe yg jual makanan dari Dagestan.  Selepas tu pergi beli bayam, kismis dan beli jus delima.  Jus tu fresh diperah kat situ jgk.  Tak boleh beli banyak2 sebab kami balik pun jalan kaki. Sebelum tu kami pergi ke sebelah bangunan tengok ada kiosk barang-barang Gzhell jenama farfor.  Biasa sy tgok online jek tapi dah ada showroom dia dekat2 ni baik g tgok sendirikan.  Kita ni xfaham bahasa russia nampak semua gzhell sama je kan, tapi sebenarnya ada byk company dan ada byk gred jgk.  Kat belakang produk tu biasanya ada cop, jadi mmg boleh tahu company mana yang buat.



Masa ni daun-daun dah mula gugur

Yg depan mcm murtabak yg belakang macam lempeng. Ni je style breakfast dorang, padan ler slim2 sumer orang sini ni.

Saya pergi Auchan jalan kaki nak beli barang2 untuk watering system, nanti nak balik Malaysia nak minta jiran tlg siram pokok.  Tapi kesian plak dia nak dtg siram tiap harikan, jadi nak buat watering system supaya dia dtg topup botol 3-4 hari sekali aje.  Masa tgh tgok sayur, sy ternampak buah yang pelik.  Rupanya nama buah tu Feijoa, bukan buah tempatan.  Nama saintifik Acca sellowiana.  Tapi sy xbeli sbb mcm xsedap jek.  Hubby ada jgk beli selepas tu tapi rasa dia mmg xsedaplah, tak tau nak terangkan macamana rasa dia, macam kurma masam kot.  Kat sini dah bermula sale Black Friday rupanya, hubby tunjuk sy catalog iphone yang tgh sale.  Sy belilah jgk sebab kronik betul henfon sy ni.  Bateri full, bila ambik gambar 2-3 keping pun boleh mati.  Mula-mula nak beli kat KL bila balik nanti, tapi beli ajelah kat sini. Lgpun kat sini ni jarang kedai jual barang tiruan, beli kat sini lebih dipercayai.  Cuma iphone 5S ni guna mini sim card, terlupa plak sy nak g kedai Beeline utk potong sim card.  Lusanya sy menapak balik ke Auchan potong sim card.  Tak per, exercisekan.




Tahun ni awal betul salji, lebat plak tuh


Pertengahan bulan buat makan2 untuk pelajar M*RA kat rumah kami.  Menu kambing bakar dan nasi kerabu.  Sambal kelapa dan kuah upah student buatkan.  Kat sini ada jual kelapa kering kat pasar rupanya, tapi biasalah rasanya xsesedap dan selemak kelapa segar.  Sy buat carrot kek aja, sy letak walnut yg beli masa kat pasar bulat hari tu.  Kalo nak beli kekacang mmg murah kalo beli kat pasar sbb boleh suh dia timbang berapa byk kita nak.  Esoknya kami menghadiri program anjuran student kat sini.  Ada jualan makanan dan pertunjukan kebudayaan.  Banyaklah hasil shopingan kat sini, siap buat henna lagi.  Baguslah budak2 ni, pandai masak dan dah mula belajar buat business kecil-kecilan.




Tengah membaca pantun dalam bahasa Malaysia 


Tgok cupcakes yg hijau tuh, sedap giler weiiii...green tea cupcakes rupanya


Kat hujung bulan saya ikut jiran menghantar staf yang dah nak balik for good.  Sedihlah jugak sy sebab member ni banyak tunjuk ajar sy pasal hal-hal persatuan.  Tapi bestnya dorang pun duduk Putrayaja je, jadi nanti dah masuk keje balik bolehlah nak dating2 kat IOI mall tu plak kan.  Selain tu, ada student pinjam umah untuk buat meeting dan dorang tempah kek birthday untuk hubby sekali.  Tak acikan, kitaorang nak balik ni baru ler dorang nak buat winter game plak.  Dah sah-sah kami xleh join, melepas le nak berbanana bot kat salji.  




Wifi baru dah pasang kat rumah bersama-sama dengan tv.  Wifi lama tu bikin sakit hati betul sbb tiap kali nak guna kena log in, kekadang tinggal 10 minit pun kena log in balik.  Ada beratus-ratus saluran ada, tapi bila tgok hampir semua bahasa russia hhhmmmmm.  Pakcik ni sorang2 jek pasang pahtu dia pakai alas kasut tu.  Dia tau yang orang asia biasa buka kasut masuk rumah.

Untunglah ada orang kasi kek.  Kek ni kek green tea tau.  Hari tu ada beli masa jualan budak2 ni, bila makan rasa sedap sgt, mulalah daku google resepi sbb pelik kek dia sbb warna hijau.  Atas dia letak cokelat putih. Mula2 ingatkan kek pandankan + santan...hahahah kampung betul kan.  Bila google baru jumpa kek green tea rupanya.  Pahtu budak2 tu nak kasi suprise kat hubby dan nak order kek yg ni, ni bukan besday boy yg makan ni kang.....ni bini dia yg melantak.


Ni 1st time buat kek cokelat kukus untuk mkn2 rumah jiran.  Terlebih panas agaknya, sumer mekar kembang semangkuk sumer.  Nanti nak balik Malaysia nak beli acuan kuih apam tu barulah lawa.  Yg ni guna acuan tart dah letak minyak tapi tetap melekat.


Baru jumpa breadcrumbs kat Azbuka.  Kat sini whipping cream ada yg 35% fat tu je, heavy cream yg lebih pekat xjumpa.  Nak kena beli jgk kitchen mechine ni untuk buat swissmeringue buttercream sbb kat sini xjumpa non-diary whipping cream atau krimwell/shortening.  

Ok, terima kasih sbb baca blog sy.  Kami balik Malaysia nanti, jadi tahun depanlah kita jumpa balik yea.  Kasi peluang kami nak makan durian puas-puas kat Malaysia.  Bye.





Saturday, 12 December 2015

MOSCOW: Integriti dan amanah



Assalammualaikum

Awal bulan ada pesan kat hubby supaya belikan kelapa, kira banyak kuih semangat gila nak cuba buat ni.  Mula-mula nak buat puteri mandi tapi tepung pulut plak xder, xwujud tepung pulut kat 
Auchan dan pasar.  Pahtu teringin nak makan kuih paung, kuih ni dulu kami ada beli masa temankan pelajar ambik sampel air kat Sungai Pahang.  Masa tu makan panas2 tengah kelaparan atas bot, haruslah sedap kan.  Nak makan bekal nasi minyak xnak plak sbb takut nanti nak ter poo dan ter pee kat mana plak kan kat tengah2 laut tu, pilihan yg ada ko kena terjunlah dalam laut sambil disaksikan oleh manusia2 atas bot tu.  Bygkan naik bot kul 8.30 pagi, kul 5.00 ptg baru balik semula ke jeti, rasa nak tercirit dah masing2.  Lepas tu hubby belikanlah 2 bijik kepala.  Termenung jgk saya caner nak pecahkan kelapa ni, risau plak pisau pemotong daging hubby tu cedera dan sumbing.  Seminggu sy letak xberusik kat meja dapur.  Lepas tu baru sy kopekkan kulit keras dia tu dan keluarkan isi, pahtu bersihkan dan kikis lapisan cokelat pada isi dan parut.  Rasa 3 jam habis masa buat keje ni jek.  Dah penat trus frozenkan aje, lain kali kalo rajin baru buat. Kalo ada staf baru nak datang nanti memang wajib kirim mesin kelapa ni dalam kargo, senang sikit nak buat kuih tradisional.  Nak bawa masa balik krismas nanti terlebih besar plak mesin tu, kalo ada yg saiz mini tu kan baguskan.  Sbb balik nanti banyak lagi barang nak beli, bekal untuk setahun.

Bila dah tinggal serpihan yang kecik2 tu, daku masuk dalam food prosessor plak. Sayang oooo nak buang, mahal ni.

Tak pasti kelapa ni asal dari mana sbb kalo sayur2an mcm kangkung bayam bendi sawi kat pasar vietnam tu rupa2nya diterbangkan dari Vietnam sbb ada direct flight dari sini ke sana.  Padanlah mahal harga dia, ingatkan dorang tanam kat sini.  Padanlah hari tu tanam kangkung, kangkung sy mati....tanam masa summer tuh.  Puas aku memikir cara dorang tanam caner, si kawan sebelah ni plak boleh ckp yg dorang tu tanam kat dalam tandas hhhhmmmmm.

Sy buat Pandan cupcakes, masih cuba-cuba resepi.  Barulah terasa kemelayuannya buat cupcakes pandan ni...ehhhh aku melayu ker.  Rasa dia oklah, cuma rasa pandan xsedap sgt sbb guna daun pandan frozen.  Sy tambahkan perisa pandan.  Patutnya kena letak buttercream dan caramel tapi tunggulah nanti dah beli kitchen mixer dan candy termometer.  Sekarang ni guna hand mixer beli zaman bujang dulu, kesian betul.  Bulan oktober matahari dah mula malu-malu nak keluar, tapi pokok sy masih lagi sihat dan subur.  Pokok mulbery sy pun masih lagi berbuah, buah hujung.  Ada lagi putik2 kecik, tak pasti sempat masak ke sebelum winter nih.  Ada juga buat makan-makan untuk student kat rumah ni sbb ada orang dr HQ KL datang. Sempat kirim perencah nasi goreng dan bihun goreng adabi, punyalah byk dorang belikan....30 peket kecil2 tu.  TQ banyak-banyak yer.


Ni senang nak masak pepagi buta kat dapur, sebelah mata tertutup pun boleh siap :)  Kekadang segan nak kirim2 ni kan, yelah orang dtg melancong pun bwk byk barang jgk.  Sy ckp kt hubby xkisah byk ke sikit ker ada ker xder ker, seikhlas hati yg dorang sanggup bawa.  Lgpun hari tu dah kirim barang2 mknn kat kontena staf yang baru sampai Moscow. Adalah dalam 3 kotak barang-barang kitaorang.  Nasib baik ada anak buahku Yani & Amoy kat umah Amani tu yang boleh diharap untuk tolong beli dan hantar trus ke Salak Tinggi.  TQ sgt muah muah.... 

Ni plak kirim kat kawan opis lama hubby.  Puuuuunnnnnn sama, banyak giler.  Masa ni sy suka buat agar-agar, jadik kirimlah agar2 sbb stok kat rumah dah berkurang.  Hambik koooo...mcm2 ada.  Yg bertali pun ada jgk dalam 3 peket mcm tuh.  



Tingkat tepi ni aje lah yg kena direct matahari pagi, yg lain tu kejap ada kejap xder.  Sbb tu kena letak berlapis2 dan kunyit tu letak atas kerusi.  Besen tu letak supaya air xkena lantai, lantai sini laminated floor...kena air sikit dah kembang.  Kang tak pasal2 kena baiki bila dah nak pindah keluar.

Jumpa baja tahi ayam kat Auchan tapi yg ni busuk sikit (ehhh byk) sbb mmg original bukan dalam bentuk pelet mcm kat bawah.  Sebab xreti baca bahasa dorang, baja moden xreti nak carik.  Yg ni senang, boleh fahamlahkan bila tgok gambar sbb baja ni diletakkan sebelah baja kat bawah ni.

 Baja tahi kuda ni lebih mahal dan tak busuk.  Hari tu hantar gambar kat jiran bgtau contoh baja tahi kambing yg sy beli.  Bila dorang g situ, rupa2nya tgok gambar kuda.  Hahahahaaaaa....sy dah terbiasa dgn baja tahi kambing, ingatkan kambing.  Makin truk rupanya mata aku ni, kena mkn carrot byk2 nih.


Hujung oktober hubby bawa jalan ke Vnukovo Factory Outlet dalam 45 minit perjalanan dari rumah.  Ni first time pergi ni dan best jgklah kat sini sbb byk jual barang2 wanita.  Seperti biasa ada brand Furla dan MK aje yang menarik.  Brand handbeg xbyk pilihan plak kat sini ni.  Sy beli water dispenser aje sbb cantik tapi faham2lah harga barang kat sini ni, xjumpa water dispencer plastik kat sini.  Kalo kat KL boleh dapat RM50 yg lawa2 tapi kat sini harganya dekat RM200.  Nampaknya mampu sebulan sekali aje le beli barang kat sini nih.  Kat sini ada juga jual perkakas untuk baking dan pinggan mangkuk periuk belanga sumer tuh.  Cuma byk brand yg kami tak kenal.

Ada je beberapa Factory outlet kat Moscow ni, setakat ni dah pergi 2 tempat tapi kedai2 dalamnya hampir sama jek hahahahaaaa....  Cuma sbb tak ramai sgt orang dtg, barang2 dia banyak yang cantik2.

Byk barang jual sini mmg berkualiti dan cantik, sbb tu sanggup beli walaupun mahal.  Kami ada 3 bijik water dispencer beli kat Malaysia (minta tlg org belikan) tapi bila basuh cat luar dia tu tanggal...sabar je lah.  Yang sebijik tu plak berlubang xleh guna.


Kitaorang telah dijemput meraikan program student kat MAI anjuran Az*m Russia, kami pergi dengan beberapa jiran yg lain.  Program ni dibuat untuk mengutip dana untuk diberikan kepada saudara-saudara seagama kita yg terlibat dengan peperangan sumer tuh.  Program mula jam 11 pagi tapi bila sampai jam 11.30, nasi kerabu booth student Terengganu dah habis licin.  Nampak sangat dtg program nak melantakkan :).  Bak kata jiran, kekadang nak juga merasa masakan orang lain kan, dah jemu makan masakan sendiri.  Almaklumlah kalo pergi makan kat sini ni tersangatlah mahalnya sbb byknya jenis restoren ala-ala fine dining.  Dekat rumah kami ni ada Restoren Uruq, tapi siaplah ko sediakan anggaran RM60 sorang, air jus je pun dah dekat RM30 segelas.  Kat sini xder air kosong 20 sen yer...kalo ada pun air mineral yg jenama mahal tu yg turun dari gunung yg harganya kurang sikit je dari fresh jus.  Sebab tu kami lebih suka masak kat rumah, sekali sekala tu bolehlah nak makan  kat luar.  Kekadang kalo mkn fast food pun mkn 2 orang pun dekat RM50 dah.  Haaaa.....nasib baik ada sebuah booth lagi yang jual nasi kerabu yyayyyyy, itu pun nasi dah sampai tapi lauknya xsampai2 lg.  Trus buat preorder.  Wahhh..mmg laris betul nasi kerabu ni yer.  Korang kalo nak business sesuai betul jual ni.  Cuma xder le lengkap sgt, xder keropok xder telur masin, xder budu.  Lauk yg ada ayam aje.  Tapi bolehlah kan, dah lama xmakan nasi kerabu.  Ada byk lagi makanan yang budak-budak ni jual mcm laksa terengganu, kek, cupcakes, agar-agar, aiskrim, nasi arab, air dan macam2 lagilah.


Merdunya lah suara adik manis ni bersyair




Ehhhh ringkasnya entry ni, ni kan cerita separuh bulan oktober punya hahahahaaa. TQ korang singgah blog sy.


 Cantikkan lukisan ni, ni lukisan beli kat tepi terowong jek.. tak ingat harga dia tapi tak sampai RM100.  Frame hubby beli kat ikea.  Kalo nak tengok lukisan pelukis jalanan boleh pergi ke Arbat Street atau Pasar Ismailovo.  Kat Moscow ni ada byk pelukis jalanan, sesiapa yg minat lukisan tu bolehlah beli kat sini, kalo jenis yg tak kisahlahkan.  Kekadang ada yg kumpul lukisan dari pelukis terkenal aje, kami ni main bantai je.  


 Ada satu hari tu angin kuat sgt, bila jenguh balkoni tetiba tengok pokok dah togel semua.  Padahal semalam pokok2 ni berdaun menguning lagi. 

Rumah kami ni walaupun dalam bandar tapi masih dikelilingi pokok.  Nampaknya org sini ni macam tak minat nak tanam pokok renek2 atau bunga tepi jalanraya/rumah.  Bunga2 byk kat park je.  Dorang tanam haaaaaa ambik ko bapak punya besar pokok. 




Saturday, 5 December 2015

Budapest + Vienna + Bratislavaa





Assalammualaikum dan salam sejahtera

Pada 22 Mei 2015 lepas kami telah pergi bercuti ke Budapest, Hungary.  Flight pukul 10.05 menaiki Wizzair.  Ni penerbangan tambang murah dan semua perbelanjaan ditanggung oleh hubby.  Daku bawak badan aje.  Biasanya orang kalau pergi Budapest, akan pergi Slovakia dan Viena kan sbb tempatnya berdekatan.  Tapi hubby ckp tgok dulu keadaan kat sini, kalo ok dan byk masa free barulah boleh g sana.  Sampai ke airport Budapest dah petang, jadi hubby pergi cari kaunter tiket untuk pergi ke Stesen Metro terdekat dan beli tiket metro sekali.  Ohya matawang Hungary adalah Forent tapi ada kedai2 tertentu terima duit euro.  Kami naik bas ke stesen Kobanya-Kispest. Ni kalo kat tempat kita macam TBS-BTS lah.  Cuma bas ni adalah bas local yg berhenti2, tp stesen Kobanya-Kispest ni adalah stesen terakhirnya. 
 Kitaorang naik Metro ke Stesen Astoria sbb apartment kami kat situ.  Naik Metro ni sama aje macam biasa tapi lepas beli tiket kat mesin, kena verify dulu tiket kat tiang kat laluan menuju ke train tu.  Sy perasan lepas verify tu tiket tu ada lubang kecil dihujungnya.  



Nampak tak tiang kat tengah2 jln tuh, kat situ lah nak verify tiket kita tuh

Kami check in kat apartment macam studio yang berhampiran dengan Great Synagogue , ada dapur meja mkn semua.  Kedudukan dia agak menakutkan dalam bangunan yang merupakan tempat tinggal orang2 tempatan. Sy tak boleh lupa lif dia, pintu lif kena tutup sendiri yg mcm gril rumah tuh...scary giler.  Lepas rehat2 kami keluar jln kaki menuju ke sungai.  Bandar Budapest ni terbahagi kepada 2 yg dipisahkan oleh sungai besar, iaitu bandar lama dan bandar baru.  Bila sampai ke tepi sungai kami pun teruja tgok feri dan tengok bangunan kat seberang sungai yang berbukit.  Kat belah sini adalah kawasan landai, belah sana kawasan berbukit.  Apalagi kami pun naik ambik feri dan menyusuri sungai selama 2 jam.  Kat bandar ni byk sgt jambatan.  Sepanjang sungai ni yg sy boleh kira adalah dalam 5 jambatan yang jaraknya xsampai 1 km pun antara satu sama lain.  Jambatan dia plak mmg berbeza rekabentuknya dan masing2 ada nama, jadi kalo sesat boleh tgok jambatan sebagai landmarknya.  



Apartment 1 bilik dan ada dapur, peti ais, dapur memasak dan perkakas memasak 



Seberang sungai tu lah National Gallery

Ada banyak jeti


Lepas dah balik semula ke jeti, kami menapak plak ke Great Market dia, tepi sungai berhampiran Freedoom Bridge yang warna hijau tuh.  Perghhhh ni antara favorite sy ni.  Faham2 ajelah kan kalo pasar kat europe ni mmg cantik dan bersih.  Tak jumpa setitis pun air kat atas lantai walaupun kat bahagian yg jual ayam daging ikan sumer.  Kat sini ada jual macam2, kat tingkat bawah ada jual daging, rempah, sayur, buah-buahan.  Budapest ni glamer dengan paprika iaitu serbuk cili.  Baru tau yang paprika ni boleh terus bubuh ke makanan seperti burger tuh, spagetti ker.  Tapi kami tak belilah sbb rasa mcm xbyk beza rasanya banding cili tempat lain.  Kalo dah cili tu mmg rasanya tetap rasa cili jgk kan..hehehehe. Kat tingkat atas ada jual souvenir, barangan kulit, kain bersulam, t-shirt dan macam-macam lagi.  Sy sempat beli alas meja sulam saiz sederhana dengan harga 20 euro untuk 3 helai sebelum pasar ni ditutup dengan harapan esok boleh sambung shopping lg.  Kami cari kedai makan halal dan balik ke apartment semula.



Great Market

Freedom Bridge



Ada byk saiz sulaman mcm ni, sangat cantikkan :)




Day 2

Esok pagi sedang kami jln2, kami dihulurkan ucapan salam oleh seorang muslim yg jual tiket bus Hop Off Hop On.  Dia offer kami 1 day pass untuk 20 euro seorang.  Destinasi pertama kami ke Gellert Hill Citatel, iaitu atas bukit seberang sungai sana yang kawasan dia jenis berbukit.  Dari seberang sungai sini mmg dah nampak patung seorang perempuan tengah memegang sehelai daun kat atas bukit sana.  Jadi kami naik bus utk ke sana.  Tempat ni kubu rupanya dan dari sini akan nampak keseluruhan bandar Budapest.  Lepas dah puas ambik gambar kat atas, kami pun naik bas semula dan turun balik ke Central Market.  Sy syorkan korang ambik bus hop off hop on ni sbb nak naik ke atas bukit tu mmg jauh dan memenatkan.  Kami berpusing2 kat Central Market tapi malangnya harga hari ni berbeza dari semlm, dah xder dah offer murah2 mcm semalam tuh, yelah hari ni kan sabtu ramai pelancong datang.


Tempat tunggu bas HOHO, kat sini jgk ada penjual tiket berkeliaran



  Bila beli tiket HOHO ni, kita akan dapat brochure yang ada peta yang lengkap.  Budapest ni jgk glamer dgn spa sbb dulu bandar belah Citatel tu pernah ditakluki oleh empayan otthman.  Harga HOHO ni rasanya 20 euro untuk sehari.


Pemandangan dari atas Citatel




Selepas tu kami naik bas semula dan menuju ke seberang sungai semula menuju ke
Castle District.  Atas bukit ni ada macam2 tempat yg menarik dan wajib pergi seperti Mattias Church & Fisherman Bastion, National Gallery, Royal Palace.  Lepas dah puas bergambar kami pergi ke bawah bukit turun lif dan menyeberangi sungai kat Chain Bridge yang ada patung harimau itu.  Seberang tu ambik plak bas dan turun kat bus stop dekat apartment kami.  




Bandar ni musnah teruk masa perang, jadi ada beberapa bahagian yang masih dalam proses baikpulih








Kami bercadang utk pergi ke Heroes SQ tapi malangnya bus ni hanya sampai jam 5 mcm tu je dan bas terakhir dah terlepas.  Heroes SQ ni jauh sikit dari sungai, boleh je jln kaki tapi kami dah tak larat dah nak jalan kaki.  Kami ditunjukkan cara untuk ke tempat tersebut dengan menaiki Metro oleh orang yang jual tiket hari tu.  Sampai aje kat tempat tu kami nampak bus hop off hop on kami tu ada tengah tunggu orang kat situ.  Heroes SQ ni tersangat luas dan kat situ ada muzium, castle, park, zoo dan spa.  Kami pun naik bas balik dan turun kat tengah bandar sbb hubby nak cari kedai Hard Rock dan Starbuck untuk beli mug.  Kedai ni berdekatan aje tapi bila tanya orang HC kat mana Starbuck, dorang ckp 'i dont know what are u talking about'.  Kami terus ke hujung kedai menuju ke Ferris Wheel tu dan jumpalah kedai starbuck kat situ.  Sy tak masuk dan tunggu hubby kat bangku luar.  Tak lama kemudian, sy tgok hubby keluar kedai dan kasi isyarat tgn tunjuk2 kat kerusi luar tu.  Pahtu bila sy bangun dan ambik beg saya dan g depan kedai tu, dia hilang.  Eiiiiii...ni yg bagi geram dengan mamat sorang ni.  Sy pun terus jln menuju HC tapi tak nampak plak bontot dia.  Pahtu confuse dan patah balik dan nampak dia dengan enaknya minum Mocha kat kerusi2 luar kedai Starbuck tuh.  Rasa nak hempuk dengan kerusi jek tgok dia ni.  Lepas ambik gambar kami bergegas ke jeti semalam tu. Bawah ferris Wheel tu jumpa 3 orang Malaysia yang tengah dtg bercuti ke Budapest.  Kami ambik tour 2 jam menyusuri sungai sbb feri ni free bila beli tiket bus HOHO tuh.  Cantik sangat Hungarian Parliment  tepi sungai ni pada waktu malam.  Merasalah jgk tengok pemandangan pada waktu malam.  Dah penat tu kami singgah kedai halal depan apartment.  Malamnya hubby tempah tiket pergi Bratislava Slovakia dan maknanya esok pagi-pagi buta kami kena keluar mengejar bas.


Heroes Sq



Depan tu HRC


Hungarian Parliment


Day 3

Pagi-pagi buta kami jalan kaki ke Stesen Astoria dan ambik tren ke Budapest Negliget.  Tp sebelum tu singgah cafe halal depan apartment untuk tapau makanan dan air.  Sampai sana jenuh tunggu kat stesen bas dlm bangunan, rupa2nya bila tanya kat kaunter pertanyaan stesen bas ke Bratislava terletak kat seberang jln kat stesen bus terbuka.  Perjalanan rasanya dalam 2 jam, bertolak jam 7.30 dan sampai jam 9.30 pagi.  Sampai stesen bas dia, aduhhh sgt daif dan kami mula bertanya2 cara nak pergi ke bandar.  Hubby ckp boleh jln kaki je tapi kami tak ada peta dan tak tau nak menghala ke arah mana.  Nasib baik ada sorang perempuan kami jumpa tlg kami beli tiket kat tiang depan stesen bas dan kami turun sama2 di bandar dan dia tunjukkan arah kota lama yang biasa pelancong pergi.  Kami bergerak menuju kota lama di atas bukit.  Selepas bergambar2 kami rasa tak de benda lagi nak buat kat situ dan hubby ambik keputusan untuk jalan kaki kembali ke stesen bas tadi dan beli tiket bus ke Vienna plak.  Yelah perjalanan dari sini ke Bratislava pun dlm sejam aje dan tiket kami pergi Budapest plak jam 7.30 malam.  


Budapest Nepliget dari stesen bas ke Bratislava

Stesen bus untuk ke Bratislava, Slovakia.  Bas akan singgah ke airport Vienna dulu.  Kebanyakkan negara europe ni ada bahasa masing-masing, jadi kekadang sebutan bahasa dorang lain banding english.  Mcm vienna ni, kalo kat signboard tulis Wien.  Mcm jgk Moscow, kat Russia sebut Mosva..lebih kuranglah ejaannya sbb russia ada tulisan sendirikan.


Stesen Bas Bratislava, agak daif stesen bas ni.  Nampak perbezaan pembangunan negara ni banding negara jiran2nya yang lebih kaya.

Tiket beli kat sini, mesin ni ada depan stesen bus.  Beli tiket guna syiling euro.  Tapi kebanyakan pelancong jln kaki aje.  Rasanya harganya 1@2 euro seorang, bas dia No 206 dan dalam 4-5 stesen dari stesen bas ni.  Sebenarnya senang ajek, bila kita berdiri dipintu masuk terminal ni, trus aje ke depan dan bila dah dekat bandar tu akan nampak kota lama atas bukit.  Kat situlah kawasan tumpuan pelancong.  Dari terminal tak nampak sbb tertutup dengan bangunan.  Kami mmg xreti dan blurr sbb xplan tu nak g sini, peta pun tak ada.



Kat seberang sungai tu bandar baru dia


Masa ni ada food festival 






Naik bas jam 2.00 petang dan sampai Viena dalam jam 3.15 petang.  Bas dari Bratislava ke Viena banyak dan setiap jam ada.  Stesen bas tu plak berhampiran dengan  Belvedere Palace and Museum yang femes tuh.  Kami jumpa sorang pompuan melayu yang jalan sensorang.  
Berjalan di negara eropah ni mmg mudah dan kalo pergi sensorang pun ok aje.  Kami nak pergi gereja St. Stephen's Cathedral yang terbakar tu, dari palace tu mmg nampak menara gereja tuh sbb atas bukit tapi bila sampai bawah kami pusing2 mencari xjumpa.  Kami hanya ada 2 jam aje untuk jenjalan kat Viena ni dan pukul 5 kena naik bas balik ke Bratislava.  Akhirnya baru jumpa gereja ni dan punyalah ramai pelancong kat sini.  Cuma tempatnya sesak dan gereja ni terletak kat celah2 bangunan.  Lepas ambik gambar misi mencari HRC dan Starbuck plak.  Bila tanya kedai souvenir, dorang ckp 'HRC is close today'...sabar je lah kan.  Kami jumpa HRC ni berdepan dengan Starbuck.  Hubbylah yang rajin beli t-shirt kat situ, sy xbeli apa pun.  Lepas tu kami pergi ke stesen metro dan naik train ke stesen bas tadi.  Rupa2nya kat stesen bas terbuka tadi tu ada lif dan kat bawahnya ada stesen metro.  Padanlah masa turun bas tadi ada nampak ramai yang tunggu lif kat situ.  Perghhhh mmg canggih betul kan negara-negara eropah ni.  Kami bertolak ke Bratislava dan sempat jln2 kat kedai2 dlm stesen bas ni.  Sebenarnya stesen bas ni terletak kat bandar lama, bandar baru plak diseberang sungai.  Sungai ni adalah sungai yg sama yg lalu kat Budapest tu tapi kat sini arusnya agak deras.  Sungai ni puncanya dari Blackforest kat German dan ia merentasi beberapa buah negara.  Kami sampai ke Budapest dah jauh malam dan kami naik metro dan balik ke apartment kami.  Esok dah nak balik dah. 



Stesen bas kat Vienna

Belvedere Palace and Museum 



Perghhh besar gile tempat ni.  Kaki plak dah sakit jln dr pagi sampai ke petang tapi lemak2 masih jgk tak berkurangan huhuhuuu

Depanya ada taman dan air pancuran








St. Stephen's Cathedral

Esok pagi kami naik teksi menuju ke airport dan berakhirlah percutian kami di sini.  Dalam masa 4 hari kami boleh pergi 3 negara.  Perghhh...terasa hebat plak.  Masa balik tu sempatlah merasa yang naik Wizzair ni agak malang sbb kalo nak naik flight dia mmg hanya boleh bawak 1 beg aje free masuk kabin.  Beg kamera hubby pun dia suh masuk dalam beg backpack sy yg dah sarat tuh.  Beg masuk kabin pun kena bayar, yg free hanya beg yg boleh sumbat bawah tempat duduk aje.  Apapun sy suka Budapest ni sbb sy mmg suka bandar yang ada sungai.  Kota yg sangat cantik dan mmg mesra pelancong. Dengar sejarahnya Budapest ni mmg rapat dengan Britain pada zaman dulu, tak heranlah bandar dia cantik dan mmg dorang tumpukan pada industri pelancongan sejak dari dulu lagi.  Nak bergerak ke satu-satu tempat pun mudah dan orang-orangnya pun mesra pelancong.  Banyak restoren halal di sini terutama kedai orang turki sbb dulu belah kota lama tu pernah ditakluki oleh empayar otthomaniah.

Ok jumpa lagi.  Terima kasih sebab datang ke blog sy.