Sunday, 28 June 2015

MOSCOW: Shopping kristal banyak-banyak





Assalammualaikum dan salam sejahtera

Bulan April kami ada buat rombongan shopping ke satu tempat di daerah Vladimir.  Nama tempat tu Gus Crystal, iaitu dalam 1 jam lebih perjalanan dari bandar Vladimir.  Vladimir plak dalam 2 jam lebih dr Moscow.  Jadi perjalanan almbik masa dalam jam 4 jam lah sbb bas ambik jln short cut xmasuk bandar Vladimir dah.  Bandar Vladimir ni comel jgk, ada tapak warisan unesco kat situ tapi kami tak singgah situ...jln trusssss g shopping.  Kami bertolak dari umah jam 4.30 menaiki bas dan sampai ke Gus Crystal dalam jam 8.30.  Sebenarnya daku tak perasan sgt pun 4 jam tuh sbb dok sibuk membuta.  Almaklumlah bangun jam 4.00 pagi pahtu terkecoh2 kejar bas dalam sejuk dingin...naik bas je trus membuta.  Sedar2 je ada geng kejut bgtau dah sampai dah.  Haaaaa ko mmg dah nak sampai dah pun, selangkah jek lg dr pintu gerbang kedai2 tuh.  Hahhaaaahhaaaaa....buruk betul perangai.





Kawasan kedai ni adalah kawasan berpagar, kereta sumer parking kat luar.  Dalam tu ada beratus2 jgk kedai comel-comel.  Bila tgok baru perasan yg sederet tu ada 2 blok dan setiap blok tu ada warna dan nombor.  Yg sy tgok setiap kedai xde nama pun..kalau ada nama pun bukan reti baca :).  Tapi sbb dah mmg kaki shopping, jadi senang jgk nak ingat sbb tak semua kedai jual kristal.  Dulu-dulu dengar staf lama2 citer, kedai2 kat sini sumer kedai kayu dan ada peniaga yg jual barang2 kat tepi2 jalan.  Tapi skrg ni dah xder dah peniaga tepi jln, sumer dah disuruh berniaga dalam kedai.




Antara barang-barang kristal yang dijual di sini termasuklah pelabagai jenis lampu, pelbagai jenis pasu warna warni, bekas-bekas kuih, vase bunga, jug, botol air, set gelas, mangkuk, cake stand dan macam2 lagilah.  Selain dari barang-barang kristal, ada jugak dijual pinggan mangkuk mcm2 jenama, periuk belanga, pinggan mangkuk, bunga-bungaan, patung binatang dan macam2 lagilah.  Macam2 jugaklah yang dijual kat sini ni.  Harga dari satu kedai dengan kedai lain pun tak banyak beza, cuma ada satu dua kedai yang jual kristal yang berkualiti berdasarkan kepada rupa dan kecantikkannya, mmg hargnya jauh lebih mahal banding kedai lain.  Ada jgk jual kristal bohemia yang jadi tumpuan kami, mmg ramai orang pergi kedai ni.  Kalo korang masuk kat pintu utama tu, toleh kiri akan nampak signage huruf 'P' kat satu deretan kedai, korang pergi lorong tu dan g hujung...kedai tu ada kat blok hujung tu.  Setakat ni jumpa satu kedai jek jual bohemia kat situ.



Macam2 yang kami borang kat situ, yelah pegi pun dah 1 bas walaupun sebenornya bas separuh berisi pun tidak tapi balik Moscow perut bas penuh padat mampat.  Sy pun tak adalah beli banyak pun sbb duit pun tak berapa banyak.  Kat sini dorang hanya terima rubble, mesin atm xwujud kat sini...kad kredit lagilah xlaku.  Jadi kalo nak shopping kat sini, silalah bawak duit lebih, jgn nanti menitik air mata tgok orang shopping.  Dah keluar masuk kedai pun sy tak tau nak beli apa, sy ni mmg kekdg blurr...terutama kalo pegi tempat baru.  Masuk kedai lampu yang sama kali ke-2 dan tgok sumer orang beli barulah sy berkenan kat lampu stand tu.  Cuma yg tinggal yg mahal harganya, sylah yang ambik sbb org lain dah ambik yg murah skit.  Selain tu sy beli lampu meja, bekas kuih dan pasu warna putih dan warna hijau.  Dok sibuk2 memilih dan rambang mata tu mmg otak xsempat nak berfikir pun.



Apapun puahati dengan hasil rompakan walaupun duit dah habis licin.  Kedai last berkenan dengan pasu warna biru tapi duit xcukup nak beli, geng2 sumer bantai gelak.  Yelah duit bawak mmg xbyk sbb bulan depan nak jln g Kazan lagi.  Hubby suh settlekan hutang kad kredit sy dulu, tu yang mmg semput nak berbelanja tiap bulan. Mmg xsedar diri, dah xkeje tapi hutang melambak.  Insyallah bulan mei nanti habislah membayarnya.

Trip ke-2 kami, kedai ni deretan kedai depan tandas.  Kristal dia mmg cantik tapi mahal yang amat, sebijik vase merah sederhana dekat RM700 sebijik...perghh

Bohemia



Pokok kunyit sy mula berdaun

Ikan fresh setgh kilo dalam rm21....mahalnyalah ikan kat sini nih.  Kami skrg suka ikan nih.

Puding roti pelangi untuk meeting.  Tapi coraknya xjadi pelangi pun hehehe

Bulan april lepas banyak giler aktiviti persatuan, ada rombongan shopping, ada masak memasak utk solat jumaat, ada kursus fotografi dan ada meeting.  Rasa semput sgt, dah xlarat nak beraktiviti banyak2 ni benornya.  Tapi dalam sibuk2 tu sempat jgk join family jiran2 pergi melawat ke zoo.  Best jgk lah zoo kat sini ni.  Dah negara yg 4 musim macm ni kan, jadi zoo pun kena amik kira keadaan cuaca jgk.  Jadi byk binatang diletakan di dalam bangunan.  Luas jgk zoo ni, bila tghari ramai sgt manusia.  Kami pegi naik kereta.  Tapi zoo ni dalam bandar dan ada jek rasanya stesen Metro berdekatan kalo korang berkenan nak pegi.  Sy kongsikan melalu gambar ajelah yea pasal zoo ni.  Entrance fee untuk dewasa 400rb seorng.

Rumah Monyet

Memerang

Pulau kecik dalam tasik, siap ada rumah2 itik lg

Pertama kali tgok polar bear...sian kurus + kegatalan

Dlm ni utk ular dan buaya, dalam bangunan

Daku mmg lemah kalo jumpa buaya dan ular nih

Spesies beruk ker monyet


Diet spesies monyet/beruk/org utan/gorilla


Children section yg menempatkan binatang2 comel mcm ayam itik arnab tikus burung dll.  Boleh naik keldai kat sini nih.


Best sgt tgok dia ni berenang, ni kira queen ler kat sini.  Ada jgk tgok beluga yang sgt gojes tuh tp bateri dah kong laaaa..

I love this

Tq jiran-jiran



Wednesday, 24 June 2015

Kami di Lisboa, Portugal + Geneva, Switzerland




Assalammualaikum dan salam sejahtera

Sebelum apa-apa, diingatkan entry ni panjaaaaaang sgt, gi minum air dulu :).  Ni kami pergi bulan Februari lepas.  Kira first time kami keluar dari Russia sbb kami pun baru dapat multiple entry visa.  Masa dtg hari tu dtg dgn single entry, terbantut sekejap aktiviti berjalan.  Dah menjadi jobless ni, sumer urusan bercuti hubby yg uruskan.  Percutian ni 100% hubby yg uruskan, kang komplen lebih2 kang tak pasal2 kena tinggal.  Jadi sy nak buat 1 entry saja untuk trip ini.  Kalo nak tgok detail ttg bajet, boleh bukak sini.  Sebenarnya flight kami awal pagi jumaat, dan isnin mlmnya bertolak balik ke Moscow tp singgah Geneva dulu kejap.  Jadi macam percutian 4 hari 3 malamlah ajelah kan.  Hubby xleh cuti lama-lama jaga studentkan, takut ada emergency plak kang susah plak.


Kami pergi airport seawal jam 5.00 pagi menaiki teksi yg telah ditempah awal.  Kami naik Swiss airline dan transit di Zurich dalam sejam mcm tuh.  Nak landing g Zurich tu pemandangan sgt cantik.  Mula2 tgok puncak2 gunung luas sgt atas awan, kat bawah dia putih.  Ingatkan lantai bawah dia yg putih tu salji di daratan rupanya awan...Masyallah, cantik sgt.  Selama sy dah berbelas negara pergi ni, tempat ni adalah yang paling lawa sekali sy pernah pergi. Keluar dari flight kena pemeriksaan kastam lagi sekali, yg bestnya ada disediakan kubikel untuk tempat pemeriksaan badan bagi sesiapa yang dipilih secara rambang.  Bercuti ke negara europe ni kan, kebarangkalian org pakai tudung ni di pilih mmg tinggilahkan, jadi reda aje le diraba2 badan.  Lepas tu tunggu plak next flight ke Lisboa.  Sampai Lisboa dah tengahari, kami mengheret beg ke luar airport untuk menaiki bus.  Ada perhentian bus kat luar airport untuk ke pusat bandar.  Hotel kami kat pusat bandar, pusat bandar dia dekat aje dengan airport, dlm 20 minit kot.  Bas dia berhenti2 kat stesen bas tertentu, jadi pastikan korang tahu nak turun kat kawasan mana.  Sampai Lisboa dah nampak dah perbezaan, cuaca sikit lebih nyaman dan mataharinya lebih terang.  Happy kejap tgok matahari setelah mengharungi winter yang kelam di Moscow.

 Luasnya kawasan pergunungan ni, kat bawah tu awan

Naik bas Aerobus ni g town 



Hotel kami

Lepas checkin hotel kami pergi ke kedai Hard Rock yg betul seberang jln jek dari hotel kami.  Pergi je pun, belinya tidak.  Kalo beli pun sy beli glass comel tu jek buat kenangan.  Hubby je ler beli baju sbb ada kengkawan kirim.  Lepas tu kami menyusuri kedai2 menuju ke tepi pantai.  Ehhhh...pantai xder dah, pantai simen jek ada.  Banyak kedai2 cenderamata yang kebanyakkan pekerja dia orang bangladesh dan juga cafe2 yg sangat cantik.  Kami sebenarnya kebulur tapi kami pergi ke tugu kat dataran sekejap.  Kami balik sbb kamera hubby dah abis bateri plak.  Hari ni jek boleh pusing2 sbb esok dan lusa ada nak pergi ke Belem dan Sintra.  Singgah makan 'Paela' plak.  Paela ni salu tgok dalam rancangan massakan spain, mmg berteka teki jgk rasanya.  Rasanya macam bubur nasi tapi nasi kat sini tak merekah mcm nasi kita, jadi rasanya keras dan kenyal mcm nasi separuh masak.  Hahahahahaaaaa....  Lepas tu kami pun balik sebab dah gelap.  Seperti biasa malamnya hubby kuar sensorang merayap, daku bantai membuta.  Tak koser ler nak kuar memlm ni, dah ler sejuk.  Tak ramailah pelanoong muslim kat sini ni, pelancong dari arab pun xder.  Org portugis ni mmg sebijik org putih kulit cerah, tinggi, hidung mancung, rambut ada perang2 skit, kurus....tp portugis kat tempat kita tu macam muka india plak kan.

Jalan menuju ke pantai, kat sini byk kedai souvenir dll

Kat tempat ni lah salah satu tempat utk melicinkan euronya







Day 2

Hari ni kami beli tiket bas hip on hip off, beli kat kiosk depan hotel.  Harga ikut hari, kalo sehari 15euro, kami beli yg utk 2 hari dpt 25euro.  Stesen bas untuk bas ni betul2 depan hotel kami jek.  Kat sini ada dalam 4 route mengikut warna.  Ada route yang naik bas, ada route yang naik tram...sukahati nak pilih yang mana.  Kami ikut route yang pergi Belem sbb nak tgok kapal besar tepi pantai tuh.  Ada yg ckp boleh jln kaki, tapi bila tgok balik jauh le jgk nak jalannya...tak jauh manalah...dalam 5km ada dr hotel kami.  Dalam perjalanan tu nampaklah masjid sebijik yang agak besar.  Hubby dah berangan nak semayang jumaat kat situ.  Sepanjang perjalanan jgk ada banyak bangunan yang cantik2.  Negara2 eropah ni sy tgok mmg fokus utama dorang mmg pelancongan kan, jd dorang byk buat tempat2 yg boleh menarik pelancong datang dan kemudahan untuk pelancong pun byk disediakan.  Lisboa ni bagi sy bandar yang sangat cantik, bersih dan tersusun.   



Sampai muzium kat Belem kami turun dan pergi ambik2 gambar.  Sempat masuk gereja besar kat situ dan tgok orang semayang.  Tapi kami tak masuk ke Monastery dia sbb bebayar.  Kat sini ada jgk muzium2 lain jgk yg besar dan berdekatan tapi kami mmg tak masuk.  Rasa syg plak kan tapi sbb masa tak banyak..punyalah teruk, rasanya muzium yg sy pernah masuk hanya muzium negara dan muzium sabah ajek.  Lepas tu kami pergi ke monumen kapal, nampaklah wilayah2 yang portugis pernah jajah dulu termasuk di nusantara.













Lepas dah puas bergambar kami berjalan kaki ke menyusuri pantai menuju ke bangunan putih tepi laut plak, The Belem Tower.   Ada plak pompuan penjual jalanan menggoda sy jual shawl, sy tawar dapat 15 euro untuk dua helai yang lip lap lip lap.  Lepas tu kami pergi gerai2 yang menjual souvenir kat situ jgk, bila tgok shawl yang sy beli tuh harganya 5 euro jek sehelai sebijik sama...hampehhhhh.  Kat sini sy tgok harga souvenir dan barang2 dia lebih murah dari kat bandar.  Simbol kat sini banyaknya ayam jantan, ada kisah disebalik ayam jantan ni.  Korang google ler sendiri yer..jd FM Keychain dan mcm2 barang lain mmg ada gambar ayam jantan ni.  Cantik pulak tgok, sy beli alas meja dan FM jek untuk diri sendiri.




Gerai yang punya harga yg berpatutan

Lepas tu kami naik bas hip on hip off ke bandar tapi kami turun berdekatan dengan pasar besar dia. Kat dalam ni ada org jual sayur, buah, daging, daging oik oink pun byk jual, pahtu ada cafe.  Kami pusing2 cari makanan, tapi makanan halal xder kat sini dan banyak yg jual mknn ada daging oik oink plak.  Kedai dah banyak mula tutup sbb hari sabtu kan.  Lepas tu kami jln dan jumpa kedai jual tuna mackerel. Rupa2nya portugal ni glemer dengan ikan tuna, setiap tempat ada hasilkan tuna dlm tin yang unik.  Lepas tu kami balik dan semasa pusing2 cari bas stop nak naik tgok kubu atas bukit tu, kami sesat.  Nak naik atas tu kena naik route color lain dan kena naik tram.  Stesen2 bas untuk hip on hip off ni mmg confuse sikitlah.  Sy dah mula naik angin pahtu hubby plak jauh ke depan, dah sy pusing2 dia dah hilang...sy carik2 tak jumpa.  Hangin betul sy, sy trus menapak balik hotel.  Nasib baik semlm dah pergi tempat ni.  Dia ni kan kalo bab-bab mengilangkan diri mmg hebat.  Malamnya sentap tido.



Jumpa 1 kedai halal kat sini 

Stesen bus hop on hop off.  Ya Allah aku mmg xreti nak mencarik2 stesen2 ni.  Dah ler setiap route tu kekdg stesen nyer lain2. :(

Day 3

Pagi-pagi lagi kami naik tren nak ke Sintra, stesennya berhampiran dengan hotel kami ajek.  Rasanya dalam sejam jgklah kami naik train ni dan turun kat stesen terakhir.  Dalam pening2 cari bas tu, rupa2nya bas mula jam 10 pagi mcm tu tuk naik atas ke kubu moor tu, ni belum lagi kul 9.  Jadi kami jln kaki ke muzium seberang bukit.  Kawasan ni kawasan perbukitan yang sangat cantik dengan bangunan dan rumah2 yang besar2.  Nak jalan kaki mmg mudah sbb signage dia jelas, jadi kami pun plan nak jln kaki jek mamanjat bukit, dari bawah ni mmg dah nampak jelas kubu moor tuh..  Kat bawah ni akan lalu rumah orang tapi bila dah sampai ke pertengahan bukit dah dikelilingi oleh hutan tebal dah.  Hubby seperti biasa jln sebatu didepan daku plak ralit ambik gambar pokok lemon kat belakang rumah orang, bila sampai simpang dah gone dan sy trus mendaki dan kawasan ni dah mula hutan tebal.  Seblm tu mmg sy dah berpusing 360 darjah tapi xnampak hubby, jadi sy ikut signange terus mendaki.  Sempat lagi sy kena kacau dengan anjing dan jumpa sorang lelaki tgh kayuh basikal.  Sy mendaki laju sbb ingatkan hubby dah kat depan.  Tapi bila dah nampak hutan tebal tu sy seram jgk, trus call hubby tanya kat mana.  Mengamuk le sy...sib baik xde pinggan mangkuk periuk belanga kalo tak dah terbang dah melayang2.  Nasib baik boleh call kan guna no russia ni.  Rupa2nya dia ada kat belakang sy. Dah syak dah mmg dia kat simpang tadi tu ambik2 gambar dan dia plan nak ikut jln lain rupanya...hampeh.  Malas nak gaduh tgh2 hutan belantara ni kami trus mendaki sampai ke kubu Moor.  Sampai situ, baru nampak ada bas sampai....ada sekumpulan pelancong asing tu baru balik dari Pulau perhentian melancong, dorang terkejut tgok kami jln kaki.  Hahaahahahaaaa.....  Nampaknya sejam jgklah mendaki bukit ni.  Habislah lebur lemak2 di badan ni.

Pintu depan stesen Sintra.  Ada bus stop berhampiran untuk naik bas ke Kubu Moor dan ke Cabo da Roca.

Atas bukit tu lah Kubu Moor, nampak dekat jek kan




Kami beli tiket dan masuk ke kubu Moor. Ni kubu orang Moor dulu2 sebelum dorang kalah dan diusir dari bumi portugal, beratus2 tahun jgk orang Moor ni dok sini.  Sedih tgok tempat ni macam xterjaga.  Dulu dorang kuat tapi bila dah masing2 dah senang dan kaya raya, dorang mula berpecah belah dan musuh yang dok kat pergunungan tuh turun dan menyerang. Habis sumer kena usir, kalo tak pun kena bunuh.  Dulunya Sintra ni kawasan bangsawan muslim dan mmg rumah2 kat sini besar2 dan cantik. Kaya ke bangsawan ke tetap jgk kena usir bersama-sama rakyat jelata. Jadi kita semua ni mmg kena bersatu, kalo tak bersatu inilah akan jadik pada kita.  Nak membina sesebuah tamadun tu sikit punya lama tapi nak meruntuhkannya hanya sekelip masa.  Datang sini ni mmg menginsafkanlah.  

Ni kat tengah jln, kat mana2 korang boleh jumpa gambar tempat ni kan :)

Dah ler curam, hutan tebal plak tuh




Kubu Moor ni wajib masuk okey kengkawan

Selepas tu kami jln kaki 10 minit menuju ke puncak bukit di mana terletaknya bekas istana raja portugal yang telah digulingkan, Istana Pena.  Skrg portugal dah xder raja dah.  Pintu pagar kat lereng bukit, kena mendaki lg utk tgok istananya.  Ikut sejarahnya tempat ni dulu gereja lepas tu ditukar jadi istana. Semuanya lenyap, rasanya hanya kubu Moor ni jek tinggalan bangsa Moor, yg lain sumer dah pupus.  Kat istana tu ramai sgt org, kami sempat beli piring souvenir kat kedai kat istana tu.  Gi Sintra ni stamina kena kuat sbb nak panjat naik ke istana ni pun sikit punya tinggi daaaa...semputttt.  







Lepas dah tgok istana kami turun bukit utk naik bas (stesen bas ada kat jln depan pintu pagar istana) dan kami ambik bas plak ke hujung paling hujung benua eropah, Cabo da Roca dlm 45 minit dah sampai.  Bas ni bas berhenti2, org2 kg turun naik bas ni jgk bawak ayam itik...ehhh bukan, bawak anjing jek.  Ya Allah punyalah kuat angin, sy xpergi pun ke hujung tuh sbb takut kena tiup angin.  Dah le kat bawah tu cerun, mengerikan betul.  Hubby jek g situ, sy dok kat kedai cenderamata jek.  Lepas dah puas ambik gambar, kami ambik bas ke bandar Cacais plak.  Sampai bandar, dr stesen bas kami menapak ke stesen keretapi berdekatan untuk balik ke Lisboa.  Trip ni dah ambik masa sepanjang hari dah, xsempat dah nak nak bas hip on hip off sbb bas tu plak sampai kul 5 jek.  Malam xde plak bas nih....rasa rugi jek beli untuk 2 hari.  Malam tu kami jenjln kat kedai2 area Hard Rock Cafe tuh, hubby ckp kat situ byk kedai2 branded dan harganya lebih murah.  Sy hanya mampu memandang ajek sbb kalo nak beli pun rasa tak berbaloi beli hendbeg mahal2 untuk housewife yg hanya dok kat rumah ni.




Boleh beli tiket hop on hop off nih utk ke Sintra-Kubu Moor-Istana Pena-Cabo da Roca-Cacais dan tempat2 berhampiran rasanya...kalo tak silaplah. :)

Stesen keretapi di Cacais, kami mengejar tren untuk balik ke Lisboa.  Tren ni akan berhenti jgk di Stesen Belem, jadi boleh naik train ni jgk dr Lisboa ke Belem.

Dari Cacais kami turun kat stesen ni, berhampiran dengan pasar besar Lisboa

Dinner terakhir kami di Lisboa

Day 4

Esoknya seawal jam 5 pagi kami naik teksi ke airport, teksi dah booking awal kat kaunter hotel.  Kami terbang ke Geneva plak, transit sehari.  Malam nanti baru balik ke Moscow.  Sampai airport Geneva, kami beli tiket untuk naik train ke city center.  Hebat  betul Switzerland ni, kaunter tiket dia dah macam bank dah, siap ada kaunter dan nombor giliran.  Terbangang2 kami mencari kaunter tiket, tak sangka kat dalam tuh rupanya.  Dah byk kali kami lalu lalang depan tuh, ingatkan bank.  Kat bandar kami menuju ke sungai dan mundar mandir di bukit2 mencari bangunan2 cantik.  Kat sini nampak gunung ganang yg dilitupi salji. Cantik sgt, sy terpegun tgok tram dan keretapi elektrik dia...baru dan moden.  



Kat Park tengah2 bandar

Hari ahad byk kedai tutup, sib baik ada jumpa kedai souvenir yg bukak.  Kat sini glamer dengan pisau lipat dia tapi kami xambik luggage jd xleh beli.  Kalo sy diberi pilihan untuk berhijrah, Switzerland antara pilihan sy.  Ehhhh....berapa byk gaji dan cukai dorang byr yer?  Untuk dapatkan kemudahan macam ni mestilah ada cukai yang kena bayarkan.  Biasa kat negara2 eropah ni cukai dorang mmg tinggi tapi gaji dorang pun tinggi jgk.  Kalo kita dibayar gaji 4 kali ganda, nak ke kita byr cukai setinggi 40% tapi dengan segala kemudahan yang lengkap? Hmmmm...


Kami menyeberang jambatan ni untuk pergi ke seberang sana tgok bangunan cantik2

Anyone?

Sedap jgk makanan dalam Swissair nih


Ok, bersambung lagi untuk entry percutian yang lain jgk.  Terima kasih singgah blog saya.