Wednesday, 20 May 2015

MOSCOW: Baking story




Assalammualaikum dan salam sejahtera

Dah 4 bulan lebih dah kat Moscow ni, dah makin selesa dengan hidup kat sini.  Semenjak kontena dah sampai, hidup lebih mudah.  Tak payah nak risau nak mengangkut barang dapur lagi dah.  Pegi shopping mall dah ada masa nak membelek2 dan menscan barang2, almaklumlah kebanyakkan barang tulisan dalam bahasa Rusia.  Jadi kena guna henfon untuk scan tulisan tuh dan terus translate dari Russian ke English.  Apps ni boleh download dalam henfon. Kat rumah ada 2 shopping mall besar yang dekat boleh jalan kaki iaitu Ashan Gagarin dan Azbuka.  Ashan mmg byk brg tapi dalam tu tak ada wifi, jadi xboleh nak guna apps ni.  Lgpun Ashan ni supermarket besar mcm tesco tapi punyalah ramai orang, nak jalan pun susah, nak tolak2 troli lagilah.  Bukan saja berlaga2 troli tapi berlaga2 punggung pun ada kekadang. Ashan kat sini adalah yang paling besar dan dekat plak tuh dengan Metro, ramailah orang berbondong2 shopping.  Kekadang tak selesa sbb bila kita dok belek2 barang tu, mesti dah ada orang berdiri kat sebelah kita nak ambik barang yg sama.




8.30 dah tercongok depan pintu Ashan tunggu pintu buka

Kaunter bayaran dia banyak dan ada kat level G dan 1.  Susah nampak kaunter xder orang.

Sbb tu sy lebih suka jln pergi Azbuka, lg pun g Azbuka lalu jln besar.  Seberang jln pun ada zebra crossing, lepas tu jln terus ajek.  Jlnnya plak besar dan siar kaki dia sgt luas.  Ada jgk lorong bawah tanah untuk keseberang jln, kalo ke seberang jln boleh pegi kat Gorky Park.  Azbuka ni tak besar sgt dan barang2 dia lebih mahal, kira mcm Cold Storagelah kiranya.  Tapi sy suka sbb staf dia ramah2 dan boleh membelek2 berjam2 pun tak pe.  Kekdg kalo barang tu kat rak atas, sy minta staf dia tlg ambikkan.  Best sbb barang2 kat Azbuka jarang ada kat Ashan, kira barang2 kat sini lebih high class lah :).  Cuma kalo jumpa sesuatu brg tu terus beli jek sbb kalo pegi bulan depan jrg ada.  Contohnya sy jumpa tin serbuk cokelat Van Houten hari tu.  Tapi sy dah beli 2 peket dah, lgpun tahu jelah brgkan sini berganda2 mahal, jd sy xbeli.  3 minggu kemudian sy pergi dah xder stok..huhuhuhuu...

Jln nak g Ashan.  Jln g Azbuka lalu jln besar nak g bandaraya, salu lupa nak ambik gambar.

Skrg dalam proses nak mengumpul barang2 brand nih plak, senang nak buat mkn2 kat rumah

Lagi satu, setakat ni jalan sensorang alhamdulilah ok jek, tak pernah lagi dengar kes2 ragut.  Nampaknya orang russia ni bukan jenis yang suka lepak2 atau ronda2.  Sekarang ni dah tak da salji baru nampak motor2 besar keluar ke jalan besar.  Org russia ni xperamah tapi dorang xkacau kita dan dia buat tak tau jek.  Tapi kalau nak minta tlg tu, dorg layan jek.  Cuma jgn terlebih peramah atau terlebih sengihlah terutama perempuan, sbb org kat sini kan xperamah, kalo ko senyum lebih2 kang nanti ada yg tersalah faham plak.  Kang di ikutnya ko g balik rumah susah plak. Hahahahaaaa...


Agar2 gula melaka

Cheese pound cake

Fruit tart

Vanila cupcakes.  


Cheese cupcakes.  Yg ni menjadi kegemaran nih tapi byk lagi nak try n error mcm2 resepi ni..nanti2lah bawak g embassy lg.  Rasanya skill nak membaking pun xexpert lagi nih.


Devil's Food Chocolate cake.  Teringin nak buat kek cokelat yang sedap mcm kat kedai.  Kalo korang pernah jumpa kek cokelat yang sedap bagitau ok.

Agar-agar pelangi buat untuk meeting farewell

Strawberry dah murah dah kat Azbuka


Ok, ni sy nak share beberapa barang2 baking yang sy bawak dari KL dan yang sy jumpa kat Moscow ni.  Ada yang sy beli sendiri dan ada jgk yang sy minta tlg hubby g belikan. Kat opis hubby ada jgk Ashan dan ada kedai 2 tingkat kat mall yg sama yang ada jual barang2 dapur tp barang2 dapur aje le.  Barang2 makanan mcm pewarna makanan, chocolate rice, baking powder, tepung, gula dll tu xder.




Sumer brg ni ada kat kedai kat Ashan Universitat tuh, namanya dah lupa dahh

Kalo korang nak dok sini lama macam kami ni dan ada kontena, sy syorkan belilah kat KL sbb lebih murah.  Sy hari tu dah xsempat dah nak shopping, lgpun bajet pun dah ketat.  Sy beli sikit2 jek dan yg lain sy bwk yg mmg dah ada kat rumah.  Kat sini mungkin ada tapi harganya akan berganda2. Bukan sekali ganda tau, 4 5 kali ganda harganya. sbb byk yang saya tgok produk luar negara.  Sy jumpa barang2 Wilton kat sini, produk ni dari US.  Suka sgttt...




Barang-barand di atas sy bawa dari KL.  Antara tempat yg saya salu membeli barang baking jgk adalah di Azbuka.  Kecil sikit dari Ashan tapi lebih exclusive.
  
Setakat ni adalah sy buat macam-macam jenis kuih dan kek, lgpun kena jgk praktis sbb kat sini kan ada byk program dengan persatuan wanita yang biasanya potluck.  Seminggu sekali sy membaking sbb nak buat minum pagi dan minum petang.  Kalo lebih sy suh hubby bawak g opis dia.  Kat KL nak mkn roti ker cupcakes ker g jek turun bawah g beli kan tapi kat sini kena buat sendiri.  Kek pun sy jrg buat kalo kat KL sbb selera sy secret resepi..hhuhhh berlagak!.  Pastry kat sini macam tak memenuhi selera sbb kebanyakkannya sgt manis ok, mmg xsuker.  Ada jek jual setakat kek cokelat tu tapi mmg xsedap.  Staf tempatan muslim kat opis hubby ckp boleh jek mkn yg roti atau kek yg jual tuh cuma kalo yang campur ayam/daging tu jek xboleh.  Setakat ni kami beli roti putih jek, kek2 tak beli.  Lgpun agak mahal jgk harganya.

Ok, jumpa lagi



Friday, 1 May 2015

MOSCOW: Red and Black






Assalammualaikum dan salam sejahtera


Bersempena dengan hari wanita awal mac lepas, kami ada Ladies dinner kat Bosfor Restoren kat Arbat Street.  Restoren ni restoren turki tapi ada jual menu western.  Sakanlah kami kat sana makan sepuasnya, menu kami dah awal2 dah pilih dah. Tema kali ni 'black & red'.  Pakailah apa aje yang dekat2 dengan merah, boleh lah.  Makanan kat sini oklah kan, sedap aje rasanya dan banyak pilihan menu yang ada.  Malam tu ada perlawanan bola dari kelab turki, mmg kami dikerumuni dengan mamat2 turkilah kan.  Bila gol jek, dorang bersorak kami pun bersorak sama.

Tugas aku sebagai setiausaha biasalah, confirmkan kehadiran semua orang pahtu keluarkan surat jemputan.  Pegi sana tumpang mak buyung.  Naik metro pun boleh tapi malaslah nak naik turun metro sbb kalo nak g sini kena tukar tren 2 kali.  Harga dia oklah, steak dalam RM60-70 mcm tu lah.  Nak cari senang jek, cari aje Hard Rock Cafe pahtu cari Cafe Miu-miu berhampiran yang ada lembu tu..restorent ni mengadap lorong kecik sebelahnya. Sy order Mexican steak yg kat atas tuh.




Tema 'Red & Black'

Bulan ni mood membaking datang, habis duit yg hubby kasi sy habiskan beli barang2 untuk baking.  Rasanya tiap minggu sy pergi ke Ashan dan Azbuka mengumpul barang2 baking ajek.  Sambil-sambil mencari barang baking kat Ashan, sy terserempak dengan tofu.  Amboi kelas betul tofu kat Moscow ni tau, sebaris dengan cheese hokey.  Harga pun lebih kurang sama dah dengan cheese.  Padanlah selama ni xjumpa sbb ia tersembunyi kat rak untuk cheese dan produk tenusu rupanya.  Kat sini cheese dan produk tenusu dah ada 4 rak yang panjang, nak mencari cream cheese pun naik juling bijik mata.  Nanti2 lah sy pegi beli tofu ni, mahal sgt...tunggu teringin sangat baru beli.  


Ni Cream cheese pound cake, suh hubby bwk g opis dia...org embassy ckp sedap tau :).  Resepi klik sini 


Ni buat untuk budak2 dtg tp ada budak dah bwk agar2 santan jd sy tak keluarkanlah.  Resepi klik sini

Lunch box untuk hubby

Kami ada gathering antara jiran yang rapat jgk selain aktiviti persatuan.  Yelah kan, takkan nak join persatuan wanita ajek, kesian le lelaki2 kami ni.  Nak jugak aktivti bersama keluargakan, untunglah sape yang dapat hubby jenis family type tuh....jeles i.  Untuk ni saya buat fruit tart, menjadi le jgkkan cuma stok buah2an kat rumah xberapa nak ada, jadi sy letak epal, frozen strawbery dan kiwi ajek.  Sepatutnya letak peach dlm tin sbb rasa peach yang manis tu ngam dengan kiwi dan anggur yang masam.  Fruit tart ni nampak comel jek tapi sy tak berapa suka sbb rasanya masam-masam buah.  


Ni Devil's food chocolate cupcakes.  Sy bukan penggemar kek cokelat, jd sy rasa biasa2 aje rasanya.  Kek cokelat ni kalo nak sedap kena guna serbuk koko yg glamer brand dia mcm Van Houten ke, vochelle ke. Ni sy beli kat sini jek, ntah jenama apa ntah.  Ewahhh..sendiri buat sendiri komplen...


Kat Azbuka yg dalam 500m meter dari rumah sy jumpa bawang putih jeruk, boleh lah buat untuk masak ikan siakap stim nih.  Bawang yg sy tanam kat pasu pun makin subur sebab awal mac tu ada keluar matahari.  Selain itu kat Ashan ada jualan barang2 dari asia, jumpalah barang dari turki dan thailand. Yelahkan, flight dr Moscow ada direct g Bangkok.  Nanti bolehlah naik dan singgah bangkok makan tomyam kejap baru blik KL.  


Ikan siakap tu dlm setengah kilo harga dia dalam Rm20.huhuhuu



Hujung Mac salji makin tebal balik plak.  Ingatkan dah xjumpa dah salji tahun ni.  Jadi sy pun turun ke bawah mengambil gambar salji kat taman.  Kira rasa puaslah hati sbb boleh pijak salji setelah 2 minggu dah hilang.  





Disebabkan kekurangan jenis sayur kat sini ni, sy cuba beradaptasi dan cuba memasak sayur2 yang tak pernah dijumpa sebelum ini.  Antaranya Zuchini ini, sebelum ni tgok orang2 yang dok obersee tanam dan makan sayur ni.  Dah lama dah sy tgok tapi tak pernah nak try hinggalah sy nampak sorang student opis lama masak sayur ni untuk anak dia.  Rupanya boleh ajek dia masak jadik macam sayur campur dan boleh jgk dibuat sup.  Rasanya macam timun pun ada, macam petola pun ada.  Sekarang ni kalo pegi Ashan mesti beli punya.  



Ni Coffee Morning terakhir kami, lepas ni xbuat dah sebab masing2 tak sanggup. Dengan macam-macam perangai manusia ni kan, faham je le.  Kalo yg jenis sempoi dan sporting tu best ler..kalo yang sebaliknya mmg sakit jiwa ko nak melayan.  Sebab tu dulu kalo bos suh cari staf sy mmg cari lelaki punya. Tema 'Denim'.

Sy dapat cabutan hadiah dari Kak Dee.  Love you..

Semenjak ada matahari, pokok2 sy makin menjadi


Tq semua