Sunday, 1 November 2015

MOSCOW: Masjid Besar


Assalamualaikum

Awal Oktober dah ada keje baru sebagai pemandu pelancong plak.  Ada kakak dari UP* yang datang sini untuk pameran kat Nizny minta bawak jalan2 pusing Moscow.  Sebagai surirumah yang sikit lagi mereput kat rumah, suamiku telah mencadangkan daku membawa kakak ni.  Jadi tengahari daku telah naik metro ke stesen metro Kurskaya dan jemput kakak ni dan seorang lg pensyarah lelaki.  Train dorang baru sampai dari Nizny, kat sini ada stesen keretapi untuk keretapi dari/ke Nizny. Ohya kat sini jgk ada mall  Atrium, kira mall yang besar jgklah kalo nak shopping, betul2 depan stesen keretapi (Bokzal) ni aje.  Bagusnya pensyarah ni jenis yang adventure dan teramat suka naik metro.  Syukur sebab daku baru je install Yandex.taxi dan tak reti lagi nak guna.  Lgpun pakai iphone warisan ni kejap jek mati bateri.  Naik yandex taxi ni lebih senang untuk orang yang xreti ckp russia sbb kita boleh booking dan diberi anggaran harga siap2.  Bila teksi dah sampai dia akan call atau dimaklumkan dalam apps ni dan kita pun carilah kereta yang mana satu, no plate kereta dan warna apa.  Selain itu kita boleh guna seakan google map untuk tunjuk lokasi kita berada.  Naik ni lebih selesa sebab mmg dorang guna meter, seperti sedia maklumlah kekadang kalo teksi biasa ni dia suka menipu (bukan semua). Setakat ni sy selesa naik teksi kat LRT Bandar Tun Rzak tu je sbb pemandunya pun orang situ-situ ajek dan jugak kawasan rumah sy.  Rasanya ada kecoh hari tu kat Malaysia pun kan.  Kat sini pemandu teksi biasa pun marah tapi xde ler bertindak extreme mcm kat KL tuh.  Rasanya lebih sesuai guna apps ni sbb dorang jarang menipu.  Orang dah naik menyampah dengan pemandu teksi yang macam2 karenah ni sebenarnya. Minta maaf kalo ada yang terasa yer.

Kad metro, boleh beli kat kaunter stesen Metro

Biasa untuk sesiapa yang datang Moscow dalam masa yg singkat, yg ada 1-2 hari aje.  Tempat yang biasa kami bawa adalah ke Kremlin dan Arbat sahaja, kalo ada masa lebih baru bawa ke pasar terbuka Izmailovo.  Kami turun di area Kremlin.  Sebenarnya kat area ini ada 3 pintu keluar Metro.  Sy pun first time keluar ikut Metro Ploshchad Revolyutsii ni, mmg terkial2 jgk kami nak mencari hotelnya.  Nasib baik pensyarah tu tertanya espatriat yang boleh ckp english.  Hotel pensyarah ni kat belakang Bolshoi Teatre aje (Marriot Moscow Royal Aurora)  dan kakak ni tempah bilik kat hostel berhampiran, Petrovka Loft.  Kami pergi ke 3 hostel area lorong tu, hostel yang ke-3 baru ok.  Hostel kat sini ni susah nak cari sbb xder sign board yang besar, mmg ciput jek nama hostel tu tepi pintu.  Hostel kat tingkat 4 yang xder lift, bangunan2 ni sebenarnya apartment tempat tinggal orang.  Kalo yang bujang ramai-ramai/lelaki mmg ok jgk dok sini sebab dekat je dgn Metro dan Kremlin, cuma tempat makan xnampak plak kedai halal.  Tapi kalo seorang dan ada warga emas mmg tak disyorkanlah sbb susah sikit nak cari dan kena naik tangga.  Tapi tempat ni bersih dan bercirikan moden, berbaloi jgk dengan harganya. Bilik akak ni besar dan ada peti ais jgk dan tv ciput.  Ada wifi kat receptionist dan tandas sumer share.  Sy teman akak ni tido hotel sbb akak ni xberani nak balik sensorang bila malam.  Akak ni free petang n malam ni jek, esok pagi dah kena balik dah.  Jadi lepas hantar barang ke hostel, kami merayap g Kremlin ambik2 gambar kat Catehdral yang cantik tu, pahtu masuk GUM Mall dan keluar ambik gambar Red Square plak.  Sedang2 ambik gambar kat Kremlin ada plak pakcik berpakaian lengkap tentera dulu2  yang tetiba muncul bila kita nak ambik gambar, kakak ni dah biasa travel terus mengelak.  Sy mula2 ckp ok jek tapi bila ada 2 orang lagi dtg, sy pun terasa pelik.  Rupa2nya bila kami perhatikan, dorang minta 20 USD bila lepas ambik gambar tu.  Nasib baik kami tak terkena, ni kira scamlah kan..  Kalo tak nak, kita kena delete gambar tuh kat situ jgk...tp jenuhlah kan nak bertekak seblm tu.  Sedangkan dorang yg tetiba dtg kat kitakan, bukan kita yang carik dorang...cissss.  



Kat area Kremlin ni ada Cathderal, Red Square, shopping Mall dan muzium.  Pensyarah tu ckp kat kakak tu 'ala ko g Kremlin tu 10 minit pun dah boleh pusing semua'.  Mmg betul pun, tempat ni utk tempat tangkap gambar aje, shopping mall dia tu plak tempat cuci mata.  Tapi kalo byk masa bolehlah masuk ke beberapa muzium kat sini.


Lepas tu kami naik metro line biru gelap kat Stesen Teatral'naya dan turun kat Stesen Arbatskaya.  Sebenarnya kalo nak g Hard Rock Cafe aje boleh turun kat Stesen Smolenskaya jek sbb lebih dekat, keluar Metro akan jumpa McD dan kat depan McD tulah Arbat Street.  Bila turun kat Stesen Arbatskaya kena seberang jln besar baru jumpa hujung Arbat Street yg belah sini.  Nak beli tiket Metro senang aje, harga ada tulis kat kaunter tu.  Hari tu sy belikan kakak ni punya untuk 5 trip 180 rbl.  Tiket ikut trip, kalo nak beli 1 trip aje pun boleh tapi jenuhlah tiap kali nak naik metro kena beratur beli tiket plak.  Sy hari tu beli 10 trip terus dalam 350 rbl kalo tak silap. Nak beli 5 trip kasi isyarat jari jek nanti dorang fahamlah.Biasanya penjaga kaunter makcik2 tua yang xberapa pandai ckp english. Nak masuk kena touch kad dan bila keluar xpayah touch apa2.  Naik Metro ni agak senang bila dah biasa tapi kalo mula2 tu pening sikit sbb byk guna bahasa Russia dan kekadang pintu keluar pun ada 2-3 pintu berbeza, jauh-jauh plak tuh.  Sedang kami nak pegi pilih2 menu kat Restoran Taj Mahal kat Arbat Street tuh, tetiba ada sorang pompuan kasi flyer.  Rupanya depan Taj Mahal tu ada satu restoren halal Uzbek yg lebih murah.  Tapi pintu dia jek kat tepi jalan tu, bila masuk kena turun tangga untuk ke restoren dia kat bawah tanah. Kedai dia luas dan bersih dan makanan dia pun setandinglah dengan harganya.  Nak sedap g makan kat Taj Mahal atau Bosfor tapi harga dia pun mahallah jgk kan.   Jadi setakat ni dah jumpa 3 restoren halal kat Arbat ni dan yang nilah yg paling murah.

Saya makan ni, ni namanya Lakman.  Lebih kurang macam mi suplah rasanya.  Tak dpt mengalahkan rasa lakman kat belakang Galeria kat St Pete hari tu.  Kakak tuh makan philaf dan shaslik.

Lepas makan, kami pergi ke Hard Rock Cafe plak.  Lepas tu kami menapak balik untuk balik ke hostel.  Bila sampai ke Bolshoi Theatre, ada persembahan plak kat situ.  Tak tau nak ckp mcmana tapi kat dinding depan Bolshoi Theatre tu dijadikan mcm layar skrin besar untuk tayangkan mcm2 bentuk video.  Canggih betullah, terkesima kejap dan kami lepak situ kejap.  Lepas dah penat baru kami menapak balik hostel.  Mmg rezeki kami malam ni dapat tgok.  Esoknya kami g hotel pensyarah tu dan kami naik metro kat sebelah Bolshoi Theatre tu, Stesen Okhotny Ryad.  Sebenarnya Stesen Teatral'naya kat seberang jln besar tu je pun.  Kami ambik line hijau dan turun kat Stesen Paveletskaya.  Dari stesen ni boleh ambik keretapi express untuk ke Domo Airport, biasa suami sy dah beli tiket online siap2 aje.  Lepas hantar dorang kat situ, sy pun naik metro balik untuk balik rumah.  Ni kali ke-2 daku jln2 sensorang naik metro kat sini, syukur alhamdulilah semuanya berjalan lancar.  Dah makin teror dah jalan2 kat area Kremlin dan Arbat.

Gambar kat Arbat xder, tapi sy tunjuk kat atas ni Russian Scarft yang dipanggik Platok.  Dibuat dari wool dan biasa dorang pakai jadi tudung atau lilit kat leher masa winter.  Saiz ada byk jenis, yg ni sy beli kat Izmailovo dalam 1000 rbl sehelai. Kat Arbat ni mcm2 boleh beli spt FM, key-chain, platok, metroska dan macam2 lagi....sediakan aje duitnya.  Cuma platok ni kalo ko pakai kat Malaysia boleh berasaplah ko sbb dia 100% wool :), sy plan nak cari yang saiz besar untuk jadikan alas meja.

Ehhhh cerita masak2 dah xderkan...heheheee ada jek masak, masak dan suri rumah tak boleh dipisahkan okey.  Pertengah oktober dpt jemputan majlis hari raya kat MAI.  Lawakkan, raya haji dan raya puasa dah lama berlalu tapi tetap ada jamuan hari raya.  Kali ni daku buat Oreo Cheese CC jek.  hubby nak kuih yang paling sikit 100 pcs dan daku plak nak buat kuih yang bahan-bahan mmg ada kat rumah.  Hari tu g pasar jumpa Cream Chees Viola yang harganya lebih murah dari Azbuka, trus daku beli 2 ketul.  Oklah jgk, cepat aje sold out oreo CC tuh.  Sekarang ni kalo nak keluar kena pakai baju tebal-tebal dah sbb hari tu salji dah turun dengan lebatnya.  Pokok pun semuanya dah kena masuk rumah dah, Lepas tu ada try Malt Cuppies plak pahtu suh hubby bawak g opis.  Tapi xdpt respond sedap ke tidak sbb biasalah hubby tu dengki bila orang puji2 bini dia..bhahahahahahaaaa.

Resepi sy dpt dari blog kat Mynn, Salam2benua. Kak Mynn buat lawa giler, tapi sy buat jadi kecut plak.



Malt Cupcakes, resepi dr Kak Yani, blog The Kitchen Guardian.  First time buat ni, sedap giler tapi sy lebihkan horlicknya.  Jadi lain kali bila tambahkan horlicknya kena kurangkan sikit gula supaya kurang manis

Kami ada buat rombongan Cik Kiah g Masjid besar Moscow yang baru buka tuh.  Kami naik metro dari rumah 3 orang. Dari stesen Metro Prospek Mira tu mmg tak nampak masjidnya dan bila sy guna google map, tgok stesen metro kat seberang jln.  Rupanya kami keluar kat seberang jln yg sepatutnya plak.  Hubby dah pesan siap2 suh guna google map sbb bila keluar metro jadi blurr nak g kiri ke kanan.  Kami tersilap arah pada mulanya, sib baik buka google map tgok kedudukan kami. Patah balik ikut arah ke traffic light.  Terus jln, lepas lalu beberapa lorong baru belok kanan dan terus...masa ni dah nampak dah menara masjid dah. Kami pergi ke ruang solat perempuan dan sempat solat zuhur kat situ.  Terjumpa sorang budak perempuan kat situ yang begitu peramah tanya macam2 kat kami, kami guna google translate nak berckp dgn dia.  Dah ler masa tu bateri henfon dah nak mati dah.  Ada nampak orang2 tua yang dtg nak solat berjemaah dan nampak dorang pun masih tengah belajar cara-cara nak sembahyang.   Dorang kat sini pun tak ramai pakai tudung, kalo pakai pun kekadang nampak rambut, kekadang nampak leher dan macam2 lagilah.  Lepas tu kami pergi ke Restoren Chaihana yang jual makanan halal berhampiran masjid.  Kat sini lah tetiba ada lelaki tegur sy guna google translate tegur sy minum teh dengan sudu guna tangan kiri...haram katanya.  Gigih betul nak menegur tuh, daku biasalah orang kidal boleh pakai kiri kanan.  Kat sini dorang mmg tak suka orang asing, jadi kena marah tu perkara biasa dan buat dek jek.  

Ni je gambar yg ada sbb henfon dah nak abis bateri.  Adalah Az byk ambik gambar tpi segan nak minta.  Asyik nak tumpang henfon canggih dia je keje aku ni, kalo xder Az...Kak Dee plak jadi mangsa.  Sapelah nak sponsor aku iphone nih...kahkaahkahhh.

Kat sini pun ada jgk badan yang jaga hal ehwal agama islam, mufti pun ada jgk tau


Yang sekali lagi kami kena marah bila tgh naik metro.  Kat sini dorang dah ler tak suka orang luar, tak suka senyum, tak suka orang pakai tudung, tak suka orang pakai pakaian hitam seluruh badan, tak suka orang ckp bahasa asing...pahtu bila naik pengangkutan awam dorang mmg senyap tak berbunyik.  Kami ni dah naik 3 orang adalah berbual2, dah kena marah dengan sorang mamat ni, kuat plak tuh suaranya.  Lepas tu sumer senyap, berborak tak boleh tapi bercumbu-cumbuan boleh plak.   Tapi kurang dah terkejutnya sbb minggu lepas dah berborak dengan student, dorang byk citer pasal kisah2 duka dorang kat sini berhadapan dengan orang Rusia nih.  Bila mengadu dulu pernah kena marah dengan babhuska(nenek) masa naik bas sbb kad ada masalah, dorang ckp itu perkara biasa. Sabar jelah, itulah cabaran dok negara asing ni.  Ada manis tapi ada jugak yang tak berapa nak manisnya. Dok kat sini ni sebagai orang muslim mmg kena hati kering.

Jun hari tu sy ada kirim kat kawan hubby keratan limau purut utk tanam, tapi dia belikan daun dan buahnya.  Sy pun gigih tanam berpasu2 byknya.  Adalah 5 pokok yg hidup dan sy letak kat pasu kecik2 dgn harapan boleh kasi kat jiran.  Bila dah tumbuh daun sy musykil sbb baunya xmcm limau purut, tapi sy tunggu dia besar skit.  Bila dah besar ni pun sama jgk walaupun daunnya mcm limau purut jgk. Bila tunjuk kat Keqwa, Keqwa ckp ni limau Kerat Lintang kalo kat belah Kelantan panggil.  Baru teringat yang kawan hubby ni mmg balik Kelantan dulu sebelum dtg Moscow.  Waaaaa...frustnya dengar, huhuhhhuuuu xperlah nanti balik Malaysia cari buah limau purut yang betul2 punya.

Kesum sy, skrg ni dah subur giler.  Sy tanam kat pasu yang tak berlubang dan kasi banjir airnya.  Sy letak jgk baja tahi ayam/kambing.

Bulan April dah boleh mula tanam pokok pudina tapi bila nak winter dia dah xsubur.  Bila letak dalam rumah pun dia xsubur jgk.  


Kangkung pun xmenjadi bila dah autumn ni



Hari tu dpt pokok pandan, sy tanam dalam pasu tp kering walaupun dah siram tiap hari.  Hubby suh letak dalam air, pun mampus jgk.  Hubby ckp mungkin tanah tak sesuai sbb tanah kat sini tak serupa tanah, nampak byk betul bahan organik.  Sape2 yg ada tips nak tanam pandan tu boleh tak share...stress dah ni.  Hari tu dah berjaya tanam daun sup sbb ada org dalam FB KBJTS tu share tips nak tanam.  Rupanya kena rendam dulu 3-4 hari dalam air (yg beli kat pasar malam tu, bukan biji tau), tp airnya tak boleh banyak...air xboleh kena batang dia, air cukup2 utk tutup akar dia je.  Lepas tu baru tanam, tanam pun sama...tanam akar dia jek, jgn kenakan tanah pada batang dia.  Alhamdulilah menjadi pokok daun sup sy kat luar tuh.  Korang yg rajin berkebun tu like lah page Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri tu, byk otai2 kat situ yang tak lokek berkongsi ilmu menanam.


Bersambung ke entry lain yea...ni entry separuh oktober jek.  Bulan oktober ada byk program, boleh buat 2 entry. Byeeeeee.....




6 comments:

  1. Assalam Sis...

    cam lama x dengar sis update blog yer...ke kite yg x pahsann..hahahah

    btw...sama la kita sis..tanam pokok pandan wangi 3 anak pokok...dah arwah 2 pokok..tinggal sepokok.. x tau la panjang ke tak umonyer...skrg ni sibuk nak pindah2 rumah apartment..lg byk la pokok terpaksa ku korbankan dan ku tinggalkan...huwaaaaaaaaaaa :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, a'ahhh mmg makin malas nak update blog sekarang ni. Dah nak pindah rumah ker? Yayyyy...bestnya, senanglah nak g keje dekat. Dah ler ada IOI Mall kat situ...jelesssss

      Kat cheras dulu jiran kasi sy sepasu pokok pandan, sbl tu pernah tanam tp mati. Kalo pasu kecik boleh buat vertical garden kat balkoni atau letak atas rak tepi tingkap kalo xder balkoni. Sy kat sini pun susun pokok atas kerusi tepi tingkap yg kena matahari sbb kat luar dah sejuk dah. Tgh fikir nak beli rak bertingkat yg kukuh skit tuk letak pasu.

      Delete
  2. Pelik juga pandan tak hidup...selalunya saya rendam mesti berakar pastu....agaknya kurang oksigen dalam air tu tak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari tu dpt 5 anak pokok dan 1 pokok besar tapi sumer mati. Air paip kat sini mmg jenis 'hard water' yg byk mineral. Org sini xminum air paip, dorang biasa beli air mineral atau filter dulu baru guna untuk memasak.

      Masalah tanah + air + cahaya kot. Rasa nak bawak jek tanah dari KL pahtu guna air mineral utk siram masa dia masih baby.

      Delete
  3. Pelik juga pandan tak hidup...selalunya saya rendam mesti berakar pastu....agaknya kurang oksigen dalam air tu tak....

    ReplyDelete