Tuesday, 13 October 2015

MOSCOW: Raya Haji yang meriah



Assalammualaikum dan salam sejahtera

Bulan September ni dah masuk autumn, dah suhu pun kekadang sejuk mencecah 10 darjah.  Nak pergi balkoni pun kena pakai baju bulu-bulu sbb sejuk sangat. Tapi kekadang ada hari-hari yang ada matahari terang seawal pagi, jadi masa tu suhu naik sikit.  Pokok sy ni kejap bawak keluar kejap bawak masuk sbb takut pokok mati plak sejuk sgt.  September jugak nampak dah pokok2 kat taman bawah ni daunnya dah mula gugur, kebanyakkan pokok dah mula menguning.  Bulan Sept ni ada buat makan2 jugak untuk pelajar2 yang akan membantu masa raya haji nanti, dorang buat meeting kat rumah.  Kat sini ni terasa rumah pun dah jadi sebahagian dari pejabat dah.  Tapi kali ni tak ramai yg hadir dan ada jugak jemput jiran2 yang biasa datang rumah.  Kali ni sy rajin sikit, ada buat kek DFCC, mmg dah lama nak buat kek ni tapi tak buat2 jugak.  Serbuk koko Van houten dalam 120g pun dekat RM25 harganya, jadi bila ada duit lebih barulah buat.  Kali ni nasi berbeza sbb yang ni masukkan kambing, biasa masukkan ayam.  Well, rasanya masukkan ayam lagi sedap kot sbb terasa manisnya banding letak kambing.  Sy tak tau nak hias kek macamana sbb terasa nak letak walnut tapi malas nak kuar beli, jadi gunalah apa yang ada je.  Rupanya mcm xlawa tapi ramai yg puji kek ni sedap tau.  Kek ni patutnya belah 2 dan letak cream cheese dilapisan tu tapi sy takut kek ni terbelah dua sbb rasa dah cukup nipis kek ni.  Kek nampak mengunung sbb sy sayang nak potong kasi flat.




Untuk majlis makan2 ni kami g IKEA utk beli barang sikit.  Daku terjumpa plak cupcakes yang comel.  Bulan ni tergamam seketika dengan kes yang tak dijangka, jadi kami ada 2 meeting tergembar bulan ni...hampir nak kena heart attack sumer orang hahaha.  Setiausaha ni pening betul kepala nak membuat meeting setiap minggu, naik juling bijik mata nak menyemak minit, lepas meeting byk tindakan plak kena buat.  Ya Allah, mmg dugaan betul bulan ni.  Ni lah peningnya kalo kita pegang jawatan ni kan, tahun dpn xmo dah pegang mana2 jawatan. Apa-apa hal kita jugak kena settlekan.  Bulan ni ada farewell jgk untuk staf yang dah balik for good, sy bawa nasi impit dan rendang aje untuk potluck.  Selepas meeting kami g petik buah epal plak kat belakang, ada 2 pokok epal yang berlainan jenis.  Daku seperti biasa mmg trus ngap lepas petik, manis jgklah epal dia tapi saiz dia kecik2 jek.  Ada jugak kayu untuk kait buah2 yang tinggi tu, sy bawa balik seplastik dan hubby suh buat jeruk epal.




Mandur dgn kuli-kulinya kihkihkih




Buah raspberry sy dah masak, siap petikkan utk hubby lg suh dia rasa.  Sedap jgk rasa dia, cuma xsebesar buah komersil lah.  Rasberry ni seperti takde rasa pun, cuma bentuk dia yg comel dan warnanya yang merah tu mmg sesuai utk hiasan dlm kek.  Rasa seronok sgt tgok buah dia masak dan buah dia pun byk. Sy try resepi Red velvet plak tapi tak letak perwarnalah.  Saya rasa lebih suka DFCC lagi rasanya, tapi kalo bentuk dia mmg cantiklah bila dah masak.  Sy juga test buat topping dia guna noozle yang beli hari tu.  Hhmmmm hasilnya bolehlah, rasanya noozle dari Wilton lagi cantik kot.  Hubby tak suka sangat icing2 ni, rasanya sy kena cari cara lain utk gantikan icing ni untuk cantikkan cupcakes.  Buttercream icing ni jgk guna byk betul gula, dan sgt manis...mmg kurang sesuai jgk dgn selera sy.  Sy suka topping cream cheese jek.  Kek ni juga moist dan kena pilih cupcakes liner yang elok sbb byk cupcakes yang sy guna dia lekang dari kek liner.  Nampaknya cupcakes liner murah beli kat pasar yg warna putih tu jgk yang elok.

Comel sgt, merasalah jgk makan raspberry organik petik trus masuk mulut


Cuba tanam kangkung, tp sini ada jgk bena putih tuh

Daun pudina ni lepas baja merimbun, sampai boleh ambik untuk letak dalam air masa makan2 hari tu, trus sy tanam 2 pasu lagi

Bila siram pokok baru perasan ada anak2 halia ni tetiba wujud kat sini, dah ada 2 petani dok rumah ni nampaknya




Ariani ada Jumbo sale kan?  Dah setahun tunggu jumbo sale ni.  Untuk penggemar tudung Ariani mesti tahu godaan jumbo sale ni kan.  Sy berkenan dgn tudung instant dia plak sbb kat sini susah nak cari pin tudung, kalo ada pun kena beli yang branded dan mahal harganya.  Tak de le dapat 5 bijik RM10 mcm kat Jln Tar tuh.  Nanti kalo balik KL nak g GM Chow Kit beli bundle pin-pin tudung ni.  Banyak pin2 tudung sy dah patah, hilang dan jatuh batunya.  Inner tudung pun xde yang warna cantik-cantik. Jadi daku telah menggunakan Keqwa untuk personal shopper sy, kesian Keqwa kena ulang alik g Ariani sbb ramai gila orang beratur nak bayar.  Tudung shawl biasa tu biasa pakai 3-4 jam, dah senget benget dah.  Kekadang lepas lunch sy dah tanggalkan dan tinggal inner jek, pin pun kena guna paling kurang 4...leceh betul.  Kata orang tudung Naelofa tgh glemer skrg, nanti nak cari jugak tudung instant Naelofar ni.


Tak sabarnya nak balik Malaysia ambik tudung instant sy tuh

Raya haji kami sambut kat embassy aje, semayang raya dan sembelih 3 ekor kambing.  Ada staf buat korban dan daging diagihkan kepada staf dan student yang dtg, daging kambing dan daging lembu pun ada jugak.  Sempat jugak tgok orang sembelih kambing.  Raya haji mmg meriah sini, sy sampai xsempat nak bergambar sgt lepas sembelih kambing sbb sibuk tolong hubby masak nasi sbb nasi xcukup.  Nak bergosip pun xsempat sbb sumer ladies sibuk membantu.  Letrik kat sini pun slow, 1 plug tu boleh masak 1 rice cooker jek dan dah ler kat bawah tu ada 1 plug aje...jadi nasi lambat masak.  Lepas tu lepas nasi dah masak lambat plak nak cuci periuk sbb byk kerak nasi yg susah nak tanggalkan.  Periuk nasi plak ada 3, bila periuk nasi kami dah masak byk kali, periuk tu pun macam meragam.  Tahun depan nasi kena masak kat dalam kawah le jawabnya. Sebenarnya student yg datang mmg melebihi jangkaan jadi makanan mmg tak berapa nak cukup, dah le makan kul 2 petang, dorg mmg dah lapar giler.  Daging plak lambat sampai, isk mcm2 dugaan.  Sib baik mihun dari breakfast td ada banyak lg baki.  Sy sempat buat agar2 jagung aje untuk lunch tp breakfast pun dah licin.  Tapi akhirnya daging dapat diagih2kan kepada semua orang, alhamdulilah kul 5 ptg sumer dah selesai.  Semua orang balik dengan gembiranya, mmg seronok kalo ada student dtg ramai2, lgpun bukan salu pun jumpa dorang.  Ni pun xsuma dpt dtg sbb ramai yang ada kelas.  Dorg pun rajin membantu kat dapur, daku mmg suka ngan student yang rajin2 nih...kalo ada anak bujang mmg dah pinangkan dah sorang.  Hahahahaaaa....




Aduh serabainya lah mak pengantin nih, ok ni dah kul 5 ptg hokey..pagi td sampai embassy pun kul 7 pagi

Hujung september ada plak delegasi opis hubby dtg dr KL.  Kami membuat majlis makan2 kat rumah panggil student, Ya Allah dok obersi yg berkaitan dengan student ni kena rajin masak dan kena rajin bersosial, kalo yang jenis malas dan anti-sosial mmg sgtlah xsesuainya.  Penat mmg sgt penat tp seronok sbb dpt jumpa ramai org.  Setakat ni kami berdua laki bini boleh jek handle utk 50-60 orang, cuma ada minta beberapa student dtg awal pagi untuk tolong.  Sehari sebelum g Pasar Kiev dan Fili untuk beli barang dan tong untuk letak nasi.  Sy berkenan dengan set kerusi kayu dan beli utk letak kat balkoni.  Cuma kerusi ni bukan untuk outdoor, bila xguna kena bawak masuk balik.  Sy suka bau-bauan kayu ni, hhhmmmm village sgt kannnnn. Jadi kat balkoni tu budak2 ni boleh lepak2 sambil makan.  Dari pemerhatian kami laki bini, budak2 lelaki & perempuan yang berasal dari kg atau luar bandar2 besar dan dari keluarga sederhana lebih mesra alam dan lebih ringan tulang.  Risau jgk nanti kalo ada anak, anak-anak tak berapa nak rajin sbb kami ni pun dah kira dok bandar dan mak bapak walaupun tak kaya kira menghampirilah kannnn...




Troli ni mmg management sediakan dan letak kat parking  basement dan tepi lif aras G.  Senang nak beli-beli barang xpyh susah2 angkut.  Lepas guna pulangkan atau letak aje kat tepi lif aras rumah kita.

Cantikkan kerusi ni, nampak sgt orang putih punya perabot.  Ni sy beli guna duit sendiri sbb nak bwk balik Malaysia nanti letak kat balkoni Amani atau porch Rafflesia pun boleh.  Meja 1200 rbl dan kerusi 800 rbl, hmmm bulan ni xleh shopping dah.

Lepas habis majlis kami pergi plak open house student lelaki medic YT, dalam 15 minit je dari rumah kami ni.  Boleh tgok rumah2 org Russia ni.  Rumah kat bandar ni biasanya kecik2 dan hanya ada 2 bilik.  Tapi sbb setiap ruang kat rumah ada pintu, jadi ruang tamu pun dijadikan bilik.  Rajin budak2 ni masak dan ramai giler kengkawan yang datang.  Org rusia ni biasanya dorang ada rumah kat luar Moscow yang landed atau kat kampung masing2.  Tp dorang menyewa kat bandar supaya senang pergi keje.  Student biasanya dorang dok ring ke-3 sbb ring 1 dan ke-2 mmg sewa sgt mahal, biasa espatriat jek duduk.  Ada jgk student yang menyewa jauh sikit untuk dapatkan rumah 3 bilik tidur.  Sewa rumah yang kat ring ke-3 yg ada 2 bilik biasa dalam 60k-70k rbl dan biasanya dorang duduk dalam 5-6 orang.

Cuti Hari Malaysia hari tu jatuh pada hari Rabu.  Hari Rabu ni ada pasar borong kat Izmailovo, dalam 45 minit dari rumah. Nak pergi sini kena naik Metro dan turun kat stesen Partizankaya.  Tempat ni setiap hari buka kecuali isnin tapi setiap hari rabu paling meriah sbb ada byk peniaga borong.  Tempat ni kalo kat Sabah macam Tamu lah, kalo kat KL macam Pasar Tani.  Tapi kena pergi awal pagi sbb kul 1 petang dah tutup.  Kami beberapa family g berkonvoi g shopping sana, kami tumpang kereta jiran ajek.  Ni termasuk delegasi dari Malaysia yang dtg untuk urusan kerja, kalo ada orang Malaysia dtg mmg suka bawa tempat ni selain dari Arbat dan Kremlin.  Byklah sy shopping tableware dan hubby beli souvenir Metyroska.

FM Metyroska, cuma yg ni tak tulis Russia tu yg xbest tuh.  Tapi kalo org yg kenal Russia tahulah yg ni mmg sinonim dgn Russia.  Harga satu pek ni dalam 1200 rbl (RM82), 100 pcs kat Izmailovo pasar borong hari rabu.  Lepas ni sy pun nak beli 1 patung metyroska kat bwh tapi nak yang cantik2, bling2 dan besar yg isi ada dlm 10 bijik pahtu susun memanjang atas almari hiasan.

Ni lah contoh patung Metyroska, ni hubby beli.  Patung2 ni boleh dibuka macam yg hujung tuh kecuali yg paling kecil dan patung yang lebih kecik dimasukkan ke dalamnya.  Benda ni sumer hand-made dan hand-painted yee, jadi jgnlah fikir harganya RM10-20 yea.  Yg saiz kecik dari ni kalo sale dapatlah 500rbl tapi biasa harga mmg ribu-ribu rbl hingga mencecah belasan rbl.


Dah hampir penuh almari dgn Gzhell ni, lepas ni nak cari pinggan makan je lagi lepas tu stoppppppp.  

  Selain dari Gzhell, polish ware (yg kami pegang) dan Uzbek plate (yg bergantungan tuh) adalah pilihan lain untuk dikumpulkan samada untuk guna atau hiasan.  Baru saya tau yang Uzbek plate besar ni dorang guna utk serving plate untuk philaf (ala-ala nasi goreng/paella).

Terima kasi semua
*LOVE*



7 comments:

  1. selamat hari raya eh...dah maal hijrah dah hari ni.
    seronok membaca blog ni, macam bersembang balik pintu je .pandai bahiyah bercerita.

    kenapa letak kulit telur dalam pasu..? jakun sikit saya ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Maal Hijrah Nieda
      Sy mmg suka berborak
      Dgn kengkwn rapat boleh berborak tanpa henti 4 jam :)

      Telur tu untuk mulch, kasi tanah sentiasa lembap + tanah tak diterbangkan angin
      Selain tu juga untuk baja + hiasan

      Delete
  2. As Salam Bai,

    Rinduuuuuuuu sgt kat bai bila baca entry2 Bai. Huhu.
    I wish should stat writing to you more often. Like before.
    Till then, please be healthy, happy and prosperous.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Kaksu

      Windunya nak menulis tuk Kaksu
      Byk benda nak tulis tapi kat sini ni ada je program memasak
      Esok ada sukan plak, potluck plak tu....tak tau nak masak apa
      Rabu depan ada student nak tumpang tido...kena kemas umah dan nak membaking skit
      Ada banyak lagi resepi nak try nih....blik KL dah boleh ambik tempahan :)

      Delete
  3. Assalamualaikum....singgah jap...Meriah juga ya raya korban di sana....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Meriah kalo raya haji sbb student dah blik cuti dan bilangan student kat sini pun beribu-ribu orang jumlahnya.

      Delete
  4. Meriah disana, ada sholat ied adha kah ?

    ReplyDelete