Sunday, 4 October 2015

MOSCOW: Ogos, Raya masih ada


 Qol Sharif Mosque, mercu utama Republic of Tatarstan, Russia


Assalammualaikum

Lepas balik dari bercuti g negara2 Scandinavia hari tu, kami ada buat 1 lagi majlis (taklimat) kat rumah dan ada 2 open house rumah jiran.  Walaupun jauh di perantauan tapi tetap ada byk open house jiran2.  Seronok berjimba2 makan macam2 yang sendiri pun xreti nak buatnya.  Sebelum bercuti hari tu semua pokok2 sy letakkan kat balkoni yang ada sedikit terkena air hujan, tapi bila balik sedih sbb pokok kesum yg jiran kasi masa raya hari tu dah layu dan kering. Rasanya sy letak kesum tu kedalam, xterkena hujan dan sy pula lupa nak letak air banyak2 kat pasu bertakung tuh.  Balik dari bercuti mmg rasa tersengatlah penat, seminggu membuta aje kerja kat rumah.  Adalah jugak pergi Auchan jenjln sbb sekarang ni sedang musim buah, byk betul buah2an dijual skrg ni.  Masa ni ler nak makan buah2an tempatan sbb sekarang tengah murah banding musim lain.


Nilah dia pokok ros sejambak yang sy cerita pasa entry lepas tu

Hasil shoppingan kat Azbuka

Barang-barang yg pesan kat Keqwa, tq soo much.  Tak boleh selalu kirim barang sbb pos laju sgt mahal, ni setengah kilo kos pos dah RM120.  Hubby plak xkasi selalu pos sbb parcel kena ambik kat pejabat pos besar nun jauh di sana.

Barang ole-ole dari Malaysia oleh family yang balik beraya

Dah boring kat rumah, daku menyudahkan jahit manik kat baju yang dah lama tak siap2 jugak.  Ada jiran ckp kat Auchan tu ada jugak kedai2 yg jual manik2 ni, nanti bolehlah g sana beli utk kasi bling2 baju.  Pokok limau purut yang sy tanam dah bercambah dan mula keluar daun, hari tu ada kawan hubby dtg bawakkan 2 biji limau purut dan sy semai bijiknya.  Gembira sangatlah tengok ada byk yg tumbuh kat pasu-pasu kecik tuh.  Nanti kalo ada byk boleh kasi kat jiran-jiran.  Kat sini ramai jugak jiran2 yang berkebun kat rumah.  Sekarang ni musim panas mmg musim orang menanam dan kasi gemuk pokok2 sbb matahari terik sesuai untuk pokok.  Nanti dah winter matahari kejap ada kejap tak de, pokok pun jadi terbantut.  Pokok kunyit sy hidup subur sepokok, sepokok lg terbantut. Jadi daun2 yg subur tu hubby suh frozenkan untuk guna masa winter yang panjang nanti.


Pokok kari dari Kak Nor, jiran blok sebelah.  Yg sebelah ni kat Pasar Kiev disebut 'spinach' tapi bagi saya rasa dia lebih kurang macam kailan.

Kak Dee kasi sy kesum ni sebagai ganti pokok yg kering tuh

Pokok pandan mmg sangat susah nak tumbuh sbb tanah kat sini poros sgt, kena rendam dalam air dulu sampai sihat dan berakar.



Awal ogos hubby ada buat makan2 kat rumah untuk taklimat budak2 baru yang masuk sesi ni, pahtu kasitau pun last minit.  Mmg sy tak sempatlah nak membaking, lgpun sy baru jek balik dari Azbuka, xlarat lagi nak keluar membeli bahan2 baking.  Nak kemas rumah ni mmg akan ambik masa 2 hari nak memvacum, menyapu, cuci toilet sumer.  Lepas tu nak siapkan pinggan mangkuk untuk mkn2 lagikan.  Hubby nak masak masakan yg sama dengan raya hari tu.  Kami sempat lg g Pasar Kiev beli rempah shaslik ni, mmg mcm anjing dengan kucing le membeli rempah.  Hubby ckp nak rempah tu sekilo sbb nak buat stok.  Tapi orang tu xnak sebab dia ingatkan kami nak beli rempah utk sekilo nasi, dia buat isyarat jari kerat2 leher lagik.  Kat sini kita bgtau berapa kilo nasi kita nak pahtu nanti dia akan kutip2 rempah2 dalam bekas2 rempah pahtu akan blender kat situ jgk, pahtu baru dia letak beberapa rempah lain yg xdiblender...comel jek.  Dapatlah kami beli rempah untuk 10kg beras.  Hmmmmm agak mahal jgk rempah2 kat sini, cuma byklah campuran rempah2 tuh...untuk 10kg beras rempahnya dalam RM30.  Pahtu beli sayur dan daging kambing, cari serai dah habis plak.  Kat sini daging kambing lebih murah, jd buat aje le masakan kambing. Lgpun budak2 ni suka kambing.  Lepas tu sebelum g open house jiran, tlg hubby potong ayam untuk nasi.  Ayam ni kena goreng dan diperap hari ni jgk, esok tinggal goreng aje.  Lepas balik dr rumah jiran plak kami perap kambing plak, hubby beli 8 kaki kambing.  Kali ni jemputan xseramai open house hari tuh.


Adik ni pemalu, bila sy halakan kamera dia mengundur.  Tapi sy terpaksa letak gambar ni kat sini sbb byk sgt majlis makan2 kat rumah, xingat yg mana satu.



Esoknya kul 7 kami laki bini dah mula menggoreng ayam dan panggang kambing.  Kul 9 budak2 ni datang tlg masak.  Legalah sikit ada budak2 ni tolong potong itu ini.  Hubby dah expert dah nak masak sebab kali ni kali ke-2 masak benda yang sama.  Dah boleh adjust masa.  Macam hari tu sejam lg tetamu nak dtg baru ler nak masak nasi.  Sbb nak goreng ayamkan lambat.  Jadi kali ni buka2 mata jek trus goreng ayam dan panggang daging.  Panggang daging pun ambik masa sejam, sekali masak boleh masuk 2 kaki je.  Syukur alhamdulilah, kali ni lebih lancar dan bolehlah kami ambik gambar masakan dan makan sebelum tetamu sampai.  Bolehlah menyambut tetamu dengan aman.  Malamnya kami ada open house jgk kat rumah jiran, tuan rumah wajibkan sumer pakai baju raya hahahaaa.


 
Serai mmg mahal kat sini, seciput nih RM10.50

Baru tau kat sini ada jual sayur macam bayam merah, sawi, sawi pahit dan bendi kat satu tempat yang jadi tempat tinggal orang Vietnam kat area Prospek Mira.  Selama ni biasa kami g beli kat Pasar Vietnam kat belah selatan ajek yg biasanya ada kangkung ajek.  Sy tak pernah pergi pun tapi jiran-jiran yang salu pegi tu suka kasi kat kami.  #tempatshoppingsawipunnakrahsiakeapa

Buat Cheesecake

Hasil shoppingan kat Belaya Dacha Factory Outlet, lebih kurang mcm ni lah ejaan dia sbb kat sini kan guna ejaan Russia.  Ni first time shopping berabis di Moscow.

Awal ogos masih dikira musim panas lagi, jadi marilah kita bersiar2 di Gorky Park.  Dari rumah lintas jalan jek.  Petang2 lepas kerja, orang putih ni suka jalan2 kat taman.  Kalo kat tempat kita, orang g taman sbb nak jogging atau bawak anak2 main buaiankan, kat sini lain skit.  Dorg dtg bersantai2 pakai baju kerja, ada jgklah yang main kasut roda, main flying fox, main bola sepak pantai, futsal bagai.  Tulip dah xder tapi sekarang musim bunga ros.  Cantikknya bunga2 ros ni, besar2 sebesar pinggan dan wangi plak tuh.  Daku menyusuri tebing sungai menuju ke terminal feri.  Wahhh...harus nanti daku bosan2 kat rumah daku g naik cruise nih.  Yayayayayaaaa...


Cruise ni menyusuri sungai Moscow dan ada masa2 tertentu dia berlepas, tempoh masa plak ada yg sejam ada jgk yang 2 jam.  Tiket boleh beli kat kaunter tiket berhampiran. Boleh buka www.radisson-cruise.ru, tapi dlm bahasa Russialah. Oh yaa..nak g Gorky Park ni boleh turun kat Stesen Metro Oktyabrskaya kat line oren/coklat.



Ogos ni masa untuk bercucuk tanam dan membaking ajelah.  Kekadang hubby g outstation bolehlah daku bersantai2 kat rumah.  Cepat2 ler besar sumer pokok2ku.  Pokok raspberry ku jgk telah pun keluar putik buah dia.  Pokok ni beli bulan Mac lepas masa masih sejuk.  Letak dalam rumah dia mcm terbantut.  Tapi masa ni masih sejuk, takut mati kena salji.  Bila cuaca dah ok sy letakkan kat luar, xsangka tumbuh subur plak.  Ada sekali tu dia layu dan daun2 dia kering sbb sy lupa nak siram.  Sebenarnya sy dah malas nak jaga dia, rasa marah ngan mall yg jual pokok yg xleh hidup bila di tanam. Lepas raya hari tu nampak dia mula berbunga, gembiranya rasa hati sy.  Tak sangka sbb pokok dia kecik dan pasu pun kecik aje.  Hubby ckp nanti mesti buah dia gugur dan xjadi..  Semlm sy tgok tetiba ada plak buah dia dah muncul. Mmg sy ada baca dlm internet yg raspberry ni ada yang berbuah 2x setahun dan ada yg berbuah 1x setahun.  Ada yg berbuah masa  musim luruh jek.  Pokok2 kat sini macam faham2 ajekan musim panas singkat betul kat sini, dorang cepat berbunga dan cepat jgk berbuah.  Sekarang ni dah makin sejuk dan tak lama lagi nak autumn. Suhu pun dah mula belas2 dah dan banyak pokok2 tropika sy dah bawa masuk rumah dah.  Sekarang ni pun daun2 pokok dah mula ada bintik2 kuning dan ada jugak yang dah gugur.  Autumn soon...........





Sy tetiba terasa nak menguji kerajinan dengan membuat kuih lapis.  Paling mudah buat talam suji sbb barang2 mudah dan tepung suji ada jual kat Azbuka.  Selain tu sy berjaya membuat taugeh yang gebu2, rasanya lebih elok rendam 24 jam baru taugeh cepat tumbuh.  Kami juga ada family day jiran2 kat Zavidovo, 2 jam perjalanan ke utara.  Tempat ni tepi sungai dan terdapat byk chalet2 untuk percutian musim panas. Kami sewa 2 buah chalet yang ada 3 bilik, 1 keluarga ambik satu bilik.  Seronoklah sekali sekala ber BBQ dengan jiran2 ni.  




Org Moscow ni kira sedar dirilah jgk, dorg tau yang dorang xde pantai.  Jadi dorang jadikan tepi sungai ni macam pantai dan letak pasir dan kerusi untuk berjemur.  



Pada penghujung Ogos kami pergi bercuti ke Tatarstan yg ibu negerinya namanya Kazan City, ni kali ke-3 plan baru jadik ni.  Kira oklah sbb cuti panjang  hari merdekakan.  Tatarstan yang daku mmg teringin nak pergi sbb kat sini ramai orang islam tatar dan penuh dengan sejarah.  Kami naik keretapi tengah malam dan sampai ke Kazan City pada tengahari esoknya.  Seperti biasa percutian bajet kami naik keretapi yang murah 12 jam perjalanan dan ada 4 orang sebilik, ada 2 katil double decker dan kami ambik katil bawah.  Lama2 travel ni terasa best plak ambik katil atas sbb xder orang ganggu.  Kalo ambik katil bawah, biasa dorang akan lepak kat katil kita.  Satu hal plak kita nak tido sbb kita pun dah penat seharian menapakkan.  Tatarstan ni macam pertembungan antara asia tengah dan europelah, jadi dia unik sikit dan mercu tanda dia pun masjid yang sangat cantik.  Kat sini jugak ada Kremlin mcm Moscow jgk tapi dinding Kremlin dia warna putih dan terletak atas bukit yang mengadap sungai besar.  Kazan City terletak di pertembungan 2 sungai besar jadi nampak seolah2 macam tasik yang luas dan ada pulau2 kecil.  Bandar ni mmg dibuat untuk bandar pelancongan dan berjalan di bandar ni sangat mudah dan makanan halal jugak mudah didapati di kawasan stesen keretapi atau Bokzal.  Kalau kat tempat lain mmg susah sikitlah nak dpt cafe yang halal sbb tu kami dok di Hotel Crystal yang betul2 depan Bokzal.  Kami masuk KFC dia pun bila tanya tak halal.  




Kat bandar mmg banyak masjid tapi kecik2 ajelah.  Korang boleh google pasal Kazan ni, sy tak rajin nak copy paste.  Tapi ia mmg berbaloi untuk dilawati sbb sy suka Kazan lagi banding St. Peterburg.

Kitaorang tak jumpa pasar besar dia sbb jln besar yg kami lalu yg menuju ke arah tasik tu rupanya kat belakang pasar jadik xnampaklah pasarnya.  Bila balik dari tasik baru nampak pasar ni tapi xboleh singgah sbb pasar ni tutup hari isnin dan kami pun dah kesuntukan masa nak mengejar train.  Cuma kami adalah jumpa pasar jual baju dan buah2an.  Kami hanya berpusing2 di dalam bandar aje, sepanjang 3 hari dok sini.  Sy sukalah pergi sini, nanti nak repeat lagi masa winter.  Cumanya tempat ni lebih sejuk dari Moscow tau, bersedialah untuk membeku yea.  Tapi sangat cantik terutama bangunan2 dia, bersih, selamat dan senang sebab tempat2 tumpuan pelancongnya bolehlah nak menapak aje walau terasa tapak kaki dah nak tercabut jgklah.  Kekadang sy suh hubby pergi seorang jek terutama bila dia nak keluar balik petang tuh.  Biarlah sy dok membuta kat bilik pun tak per, terasa betul dah tua.  Sebab tu nak jalan masa muda sbb nanti dah tua mesti dah tak larat nak jln jauh2, nanti dah tua ambik pakej aje le senang...repeat balik tempat2 yang dah pegi masa muda.


Soyumbika Tower, ni ada sejarahnya korang googlelah yer



Bauman Street tempat shopping souvenir.  Jalan ni menyambungkan Kremlin dan penghujungnya kat jam kat atas tu yang dah hampir dengan tasik.  Kitaorang jumpa 1 jek Cafe org turki yang halal kat sini, tp kena tanya sbb xder letak logo halal.

Terima kasih sudi baca blog sy ni.  Biasanya entry percutian sy asingkan tapi lama-lama sy malas dah nak buat, jadi sy satukan semuanya sekali jadi entry yang sangat panjang.


2 comments:

  1. Assalam tuan/puan. Sila hubungi sy sekiranya memerlukan tukang renovat rumah dan pejabat.jenis pekerjaan sy memasang tile,plaster siling,wayaring,plumbing,sambung rumah,buat porch,grill dn owning,waterprofing,lantai vinyl dan wallpaper,landskap dan air terjun. Terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,cheras,puchong,semenyih,ampang,bndr sri putra,dan nilai.hubungi no sy 0192945175 or wssp sy 01129110298 (amir)

    ReplyDelete
  2. Assalam tuan/puan. Sila hubungi sy sekiranya memerlukan tukang renovat rumah dan pejabat.jenis pekerjaan sy memasang tile,plaster siling,wayaring,plumbing,sambung rumah,buat porch,grill dn owning,waterprofing,lantai vinyl dan wallpaper,landskap dan air terjun. Terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,cheras,puchong,semenyih,ampang,bndr sri putra,dan nilai.hubungi no sy 0192945175 or wssp sy 01129110298 (amir)

    ReplyDelete