Thursday, 20 August 2015

MOSCOW: Raya pertama di perantauan



Tahun ni kami raya kat embassy, makanan sumer guna catering tapi kami suri2 rumah ni adalah jgk masak masakan tambahan, sy buat kuah kacang.  Buat tambah2 sikit menu kat embassy, kasi budak2 ni tak terasa sangat jauh dari mak bapak kan.  Jenuh jgk nak membuat kuah kacang ni, jenuh berdiri nak menggoreng kacang 2 kilo.  Daku panggang dulu dalam oven 10 minit pahtu baru goreng atas kuali, minta tlg hubby goreng separuh.  Pagi raya pertama kami solat kat embassy dengan staf dan student.  Dok kat embassy sampai habis solat jumaat.  Ramai jugak budak2 datang, cian dtg dari jauh.  Kekadang perjalanan naik tren + bas pun lebih sejam tuh.  Ada juga yang datang luar dari Moscow.  Seronok rasa bila kita penat2 masak, ada orang mkn dengan gembira kan. 


Pokok epal dah berbuah




Masa ni xder mood sgt nak bergambar sbb sy xder baju raya dan tudung raya.  Ni pun carik baju sediada yg match dengan baju hubby huhuhuuu... Nak blik nak shopping tudung ariani :(

Petang kami g naik limosin pusing2 Moscow.  Limosin ni yg 20 seater punya, cuma dalam limo xleh berdiri..jenuh nak merangkak keluar masuk.  Ada byk tempat kami pergi, pertama pergi Kremlin. Kat sana kami jadi macam selebriti plak, asyik ada jek orang dtg nak bergambar sama.  Ada jgk yang dok tanya kami dari mana, ada yang dtg dari turki, amsterdam, korea dan negara2 ‘stan’.  Kalo yg muslim dari negara ‘stan’ ni dorang rajin bagi salam pahtu ajak berselfie.  Kebanyakkan dorang xpandai sgt ckp english tapi dorang pandai ckp russia.  Tapi kami plak xpandai ckp russia sbb kitaorang xbwk student sama.  Biasa kalo student ikut, dorang le jadi penterjemah.  Daku mula2 confuse caner nak ucap selamat hari raya dalam english ni, kang ckp selamat hari raya dorang xfaham plak, pahtu baru dengar hubby ckp ‘eid mubarak’.  Lepas sejam kat Kremlin, kami naik limosin balik menuju ke Masjid berhampiran embassy.  Ambik gambar kat situ pahtu patutnya pergi park sebelah tapi kitorang dah penat.  Naik limo balik menuju ke Lenin Hill yg dekat dengan rumah.  Ni taman ni bersambung dengan Gorky Park dan mmg ramai pelancong salu berhenti kat sini, kalo malam2 ada buat tarian tiang pakai bikini pun ada.  Kalo lalu sini malam2 puasa mmg kurang pahalalah jawabnya.  Dari jalan ni boleh nampak bandar moscow sbb kawasan ni tinggi dan ditepi sungai. Ada cable car untuk turun bawah, ada café dan berhampiran plak dengan 1 daripada bangunan seven sister yg menjadi tumpuan org ambik gambar.  Lepas tu kami balik embassy balik dan blik rumah.




Henfon sy seperti biasa dah gol, ni sumer gambar curik dari kamera canggih Kak Dee.  Selamba je kan ambik gambar orang letak dalam blog sendiri, sib baik dorang ni sumer xtau kewujudan blog sy ni. Bhahahahaaaa...

Mlm terus sampai ke pagi kepenatan tapi kul 5 am dah bangun tlg hubby masak untuk open house kami plak. Nasib ada budak2 tu tido umah tlg masak, tp kesian plak nak gerak pagi2 buta ni kan.  Menu nasi arab + daging shaslik + rendang daging + kuah lodeh dan acar timun.  Sebelum tu sy dah baking 50 biji cheese tart, budak2 ni request.  Nasib baik periuk besar dah sampai dari Malaysia dah.  Dalam 60 orang jugaklah yang dtg open house kami tu termasuk beberapa org local staf.  Best jgk dapat interview local2 staf ni kan, kalau dtg embassy tu xsempat nak berkenalan.  Kelam kabut sikit pagi tuh sbb menu tetiba berubah.  Tetiba hubby suh sy masak rendang plak, dah kami kekurangan serai sbb dia g pasar hari tu mmg xkirim serai.  Lepas tu sy suruh Hariz tlg masak lontong, sbb sy dah interviewed dia ckp pernah masak.  Zahin dan Afiq tolong suami sy masak nasi dan shaslik, makanan uzbek.  Lepas tu ada budak2 4 orang dari St Pete plak baru datang naik train 4 jam.  Dorg tlg buat air plak.  Nasinya kul 12 tghari baru masak sbb nak masak beras bashmatikan kena rendam dulu.  Tetamu datang kul 1 ptg dan habis kul 5.  Semuanya jiran2 dan student yg dikenalikan, jadi dorang dtg hampir serentak, makan dan lepak2 pahtu balik pun sekali harung.  Syukur alhamdulilah makanan nasi dan sashlik hampir licin dan ada lagi kuah lontong tinggal sikit.  Ramai orang memuji2 menu2 kami tu, tetamu ramai yg terkejut sbb hubby boleh masak. Sy ckp hubby mmg pandai masak tapi dia jek xmo masak.  Sbb tu mula2 kawin dulu bila sy memasak bising ajek mulut dia komplen itu ini, stress i.  Sedang kami bergolek2 kepenatan kat sofa tetiba loceng rumah berbunyik, sumer org terkejut dan pandang memandang….hhahaaha nasi dah le dah habis.  Rupa2nya ada student 4 orang sesat baru sampai, sib baik lontong ada lagik.  Bagus jgk dorang dtg tlg menghabiskan apa yang ada nih.


Sempat buat 2 kek utk raya

Ni jauh dtg ni naik pos laju, kat sini xwujud rice cooker besar2 mcm nih

Ni seperti biasalah, budak2 minta buatkan

Malam kami beraya kat rumah 2 staf lain plak.  Sukanya pergi rumah dorang sbb rumah dorang ditepinya ada sungai kecik, Ya Allah subur betul bumi Moscow ni.  Pengurusan rumah dorang tanam bunga ros berderet2, jenis bunga ros saiz kecik sikit tapi dalam sebatang tu ada byk bunga dia.  Ros dia xwangi tp berwarna merah dan sangat cantik, xjumpa spesies ni kat tempat kita. Tepi sungai tu pun dorang buat taman dan tanam pokok2 bunga.  Rasa cam nak terjun je mandi. Raya ke-3 pun kami g open house jiran petang dan terus g airport ambik parent Afiq yg kami kirim balang air.  Kesian aunty and uncle lewat keluar sbb tunggu balang tu x keluar2, sejam tunggu rupa2 tempat keluar barang2 kaca kat tempat khas.  Terus hantar pegi asrama dorang. Raya ke-4 ada buat makan2 plak untuk parent Afiq semlm tu dan budak2 dr St Peterburg yg nak balik ke St Peterburg semula ptg  nanti.  Hari ke-5 hubby dah mula kerja dan daku pun terpeleot kat rumah kepenatan marathon 4 hari ni penuh aktiviti.  Malam hari ke-5 kami naik train ke St Peterburg sbb kami akan bercuti naik cruise ke Helsinki, Stockhom dan Tallinn.  Wahhh..bestnya dpt naik cruise g negara2 scandinavia nih.

Seperti biasa dah sibuk memasak mmg xsempat nak ambik gambar.  Letak aje le gambar ruang tamu rumah kami ni :) Mana tahu nanti blik Malaysia nanti rindu plak.

Terima kasih sbb sudi singgah blog sy


9 comments:

  1. merasa naik limosin ...cantik macam dalam rumah...kata saya yg kejakunan .........heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, sy pun terpegun bila masuk...siap dgn gelas sumer, lampu lip lap lip lap lg 😄

      Delete
  2. Salam kak bahiyah,

    Sy ada komen utk akak share itinerary london sbb sy kesana 1sept ni. Kalau akak sudi share ke email sy shaz_997@yahoo.com

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. baru ada peluang terjun blog kak bai!!!!....sedih pun ada, heppi pun ada baca entri ni...awat tak habaq kat zaila, boleh sy poskan tudung ariani untuk akak....huhuuuu...take care sis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Zaila. Tak pe, hujung tahun ni insyallah balik. Bolehlah shopping macam2 kat Jln TAR tuh. :)

      Delete
  4. assalamualaikum.. bestnyer dapat cari pengalaman di negara orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Tq Nuratiqah, alhamdulilah atas rezeki ini. :)

      Delete
  5. Salam Bahiyah...
    Pengalaman yang takkan dapt dilupakan seumur hidup kan..beraya kat sana..next week raya haji pula..keep writting ye..rindu nak baca catatan awak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Sue, sekarang ni jadi suri rumah. Jarang-jarang keluar, jadi mcm xder apa nak tulis dalam blog. :)

      Delete