Thursday, 6 August 2015

MOSCOW: Puasa pertama di perantauan






Assalammualaikum dan salam sejahtera

Tahun ni tahun pertama berpuasa di Moscow.  Kat sini kena puasa 19 jam lebih, mula2 dgr mmg sedih tapi sbb ada kengkwn yang lama kat sini ckp ok ajek sbb tak terasa pun 19 jam sbb kat sini masih sejuk.  Hari pertama puasa sy dok melepak aje kat sofa walaupun makan byk gila masa sahur tadi, penuh perut minum air 4-5 gelas.  Kul 8 mlm baru mula masak.  Masa posa ni mmg tak dinafikan mmg tido pun xmenentu sbb kami sahur jam 1.20 pagi, subuh jam 1.50 pagi mcm tuh.  Isyak dalam 11.15 mlm.  Jadi lepas isyak biasa kami tak tido dah trus bersahur, lepas sahur baru tido.  Rasa macm zombie plak rasanya. 

Menu pertama berpuasa.  Masa posa ni relaks sikit sbb masak utk mlm aje, sahur plak hubby mkn oat aje dan daku mkn lebihan berbuka.


Cubaan pertama baking cokelat cupcakes.  Resepi utk DFCC, choc chip dan capuccini cookies tu sy ambik dari blog Kak Rima, klik sini.  Sy suka try resepi Kak Rima sbb sedap dan mmg hasilnya mmg memuaskan.



Ni mmg sahur kitaorang xpernah miss.  Susu + pisang + kurma + madu, pahtu blend.

Bulan posa ni hampir setiap mlm kami makan kat rumah ajek, cuma kekadang ada berkumpul kat rumah jiran berbuka sama-sama.  Sy pun merajinkan diri memasak kuih muih sbb ada jgk student yang datang berbuka sama. Kalo student ada lebih meriah dan sesuai dgn kepakaran sy yg jenis suka membaking ni, kalo orang tua dorang lebih suka makanan tradisional.  Byk jugaklah resepi yg sy nak try masak, asyik ulang alik jek g Auchan dan Azbuka membelek bahan baking.  Sempat mengamuk kat hubby minta bawa g pasar, yessss akhirnya dpt g pasar setelah hampir 4 bulan x pegi pasar.  Daku walau nampak moden tapi lebih suka g pasar banding mall.  G pasar terasa best sgt tgok mcm2 ada.  Dulu masa balik dari asrama daku akan g pasar cari arwah ayah yg berniaga kat situ.  

Ni jln nak pegi ke Azbuka, dlm 10 minit jln kaki dari rumah.  Tgok tu jln dah jem sbb sumer orang balik dari keje.  Azbuka ni lebih kurang macam Cold Storage, byk jual barang2 dr luar negara tapi lebih kecik.  Cuma Azbuka ni byk bersepah2 kat Moscow ni.   

Masa ni jumpa kelapa kering, kelapa dah siap kopek, ubi keledek, strawberry + blackberry.Masa summer ni byklah brg boleh jumpa, kalo winter byk brg xder.  Gula perang tu sekilo dalam Rm10, mahalkan?



Walaupun tiap bulan pegi Azbuka, ni first time jumpa noozle dan piping bag ni.  Harga pun belas2 ringit aje harganya bolehlah beli.  Kat Moscow ni kalo jumpa mmg kena terus beli sbb dorang nak restock mmg lambat.  Noozle wilton kat satu mall dekat tempat keje hubby tu, februari lalu jumpa noozle tapi xcukup duit nak beli.  Bila sy suh hubby g carik balik bulan jun, salesman tu suh tunggu krismas nanti baru ada.  Whatttt? 


Oreo sini ada jek tapi xde logo halal dan giler mahal.  Yg 284rbl tu kalo dlm ringgit RM17.50.  



Tgoklah ikan2 yg kami jumpa kat pasar ni, rupa dia kejam sikit.  Ada yg ckp ikan2 ni byk ikan sungai/tasik. Tak sempat nak tanya penjual sbb dorang xpandai ckp english.  Tapi kitaorg mmg beli kat orang Tatar muslim.  Order pun main isyarat2 tgn atau sebut nombor jek.  Daku setakat ni dah pandai dah baca huruf dan nombor dalam russia...yayayayyyy.


Udang fresh dia ni 1400rbl sekilo



Barang baking yg jumpa kat pasar.  Rusia dah ximport brg dari negara-negara EU, jadi pilihan barang mmg xbyklah.  Mcm cupcake liner nih, saiz ada le 2-3 saiz tapi sumer kedai jual warna putih ni jek, warna lain xder.  Sib baik kat Auchan ada jual cupcake liner warna-warni tapi dia xjual plak yg plain mcm ni.  Kena ronda 1 Moscow ni nak completekan barang baking nampaknya.  Kat pasar jugak sy baru jumpa kertas minyak, itu pun jenuh membelek sbb nak tanya untuk pengesahan xreti.  Ambik ko paling kecik jual yang segulung besar, boleh pakai 10 tahun agaknya.   Ada local staf ckp 5 tahun kebelakangan ni makanan halal dah makin mudah didapati berbanding dulu.  Alhamdulilah.

Ni seperti biasa kek yg sy suka buat cuma utk 1 kg sy kena cari bundt pan nampaknya.  Kalo guna pan yg ni hampir hangus kat luarnya, dlm xmasak lagi.  Manalah plak aku nak mencari bundt pan nih...aduiiii


Ni buat untuk berbuka dengan pelajar minggu ke-2, mmg licin yg ni.  Sy buat hampir 70 bijik, 2 hari 2 malam buat ni.  

Sempat jgk sy buat 2 kilo mi kuning kasi kat kengkawan yang teringin tu tapi xleh buat byk2 sbb mesin tu mesin murah beli kat Econsave, sampai sekilo mi jek dia buat perangai tergedek2 bila di putar…stress i.  Sebab salu sgt mkn2 ni, sy pun mencuba buat kuih2 frozen.  Yelah kekadang masa buka nak makan kuih dulu alas perut, semayang pahtu barulah makan nasi.  Sy telah berjaya buat karipap sardin, ada teknik nak buat utk cantik.  Masa masukkan inti tu tekan2 pahtu lebihannya gunting, baru klim…haaaa barulah karipap ko cantik gebu dan mulus.  Kali ke-2 sy buat terlebih plak isi inti sampai bila goreng, tersenyum plak karipap sy.  Tapi walau apapun sedap ok karipap sy ni, ramai orang puji…phewwwww  tetiba meninggi diri plak.  Lepas ni nak buar karipap daging plak sbb stok sardin xbyk bawak hari tu.  Kuih frozen lain yang sy buat adalah kuih kasturi dan kuih keria. 








Penghujung puasa ada 2x buat makan2 jemput jiran2 sumer, jiran2 lain ramai yang dah balik Malaysia.  Sekali jemput budak2 MAI datang dan sekali jemput jiran2 tapi adalah jgk budak2 6-7 org datang sama termasuk budak2 yg dok rumah kitaorang nih.  Sy tak sempat nak baking2 dah, untuk student MAI tu dorang sendiri dtg masak (sambal ikan dorado + masak lemak udang+acar) dan untuk jiran2 tu kami masak nasi ayam jek.  Gambar pun mmg xsempat nak ambik, mmg setiap kali kami buat mkn2 mmg xpernah sempat nak ambik gambar sbb laki bini sibuk masak.  Tak best sgtlah menu nasi ayam tapi itu je yg larat kami buat.  Hari lain ada jgk budak2 dtg dan ada juga yang rajin tido rumah kami, sy dlm sibuk nak membuat kuih raya tu masaklah apa yang ada.  Daku ni xberapa reti nak memasak yang canggih2 ni, kalo yg canggih tu serah kat hubby, mcm2 jenis air dan makanan dia masak yg best2.

Ni jek sempat ambik gambar

Ikan Dorado, satu satunya ikan yg hubby nak mkn

Tak sangka plak manis blueberry ni, berebut sy mkn ngan budak kecik Wildan, anak student MAI.


Persatuan wanita ada jgk masak2 untuk student yg tak balik kg kat embassy.  Kami buat 2x aje tahun ni iaitu sabtu minggu pertama dan kedua.  Dan suamiku bersungguh nak memasak, jadik dialah yang memasak.  Minggu pertama kumpulan kami masak daging/ayam tapi hubby pilih untuk masak daging masam manis sedangkan 4 ahli lain dok masak ayam goreng kunyit.  Cepat ler habis masakan hubby tu banding yang lain…yayyyy boleh cepat2 kemas periuk.  Minggu ke-2 kami masak sambal udang, ni kurang skit sbb udang sini mahal, jd hubby beli udang kecik jek.  Lgpun budak2 dah ramai dah balik.  Best jgklah posa kat sini sbb ada ramai budak2, xder ler sunyi sgt.  Tak sempat ler nak menangis meratap mengingatkan kampung halaman…ehhhh kitaorang dah jadi orang Moscow dah nih.



Hubby jadik tukang masak, sisi lain suamiku heheheheeee...


Tahun ni sempat buah kuih 5 jenis jek, sesuai dengan 5 bijik balang hubby beli kat ikea hari tu.  Sempat buat kuih tart nenas, cerelec, choc chip, capucchino dan biskut kelapa.  Cuma ada yang mcm xjadi sbb bahan2 sini kan beza dari Malaysia.  Yg jadi feveret cuma tart nenas, choc chip dan capucchino jek.  Nak buat almond london tapi dah x larat dah.








Terima kasih masih sudi datang blog saya ni



3 comments:

  1. assalam sis..

    selamat hari raya maaf zahir dan batin kalo ade salah silap time egur2 kat blog yer..

    mesti sedih kan raya di perantauan.. kite pun 1st time selama duduk Melaya ni x balik Sarawak raya baru2 ni sbb sehari sblm berangkat tu hubby confirm denggi..

    kita cuma merancang... hhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Tq, ehhh dah habis raya plak nak ucap selamat hari raya balik. :)

      Sy pun terasa sedih jgklah xleh raya kat Sabah sbb tahun ni turn raya kat Sabah sebenarnya. Tp tak pe le kalo ada rezeki hujung tahun boleh balik. Alahai kesiannya kena denggi plak masa raya.

      Delete