Saturday, 1 August 2015

MOSCOW: Jun yang meriah



Assalammualaikum dan salam sejahtera

Bulan Jun bulan yang gembira sbb bulan ni birthday sy dan anniversary kami.  Hadiah besday dah dapat bulan februari ari tu, jadi xleh dah nak claim hadiah.  Bulan ni dah 6 bulan dah dok Moscow, dari winter ke musim bunga dah dan tak lama lagi musim panas tiba.  Musim bunga ni paling best sbb cuaca masih sejuk dan mana-mana akan jumpa tulip kat atas tanah manakala pokok penuh dengan kehijauan.  Kat Moscow ni lagilah, dorang suka tanam pokok besar2 dan tinggi2.  Kekadang sambil jalan kena tutup hidung sbb byk pollen berterbangan.  Sib baik sy tak alergik pada pollen ni, kalo alergik boleh kembang muka dari muka saiz M jadi saiz XXL nanti kang.  Tapi kalo jumpa yang banyak tu sy tutup jgk ler muka dengan tudung.  Musim ni juga musim buah, mula2 hari tu musim strawberry lepas tu musim cherry dan lepas ni musim plum kot.  Kat embassy tu ada pokok ceri, jakun hubby tgok skodeng ceri tgn masak ranum....ehhh bini dia ni pun jakun jgk.  Cuma yg kat embassy tu buah dia kecik2 sebesar jari manis aku ni jek.  Beza dari yg jual kat supermarket tuh.

 Jumpa herba yang bau sikit2 mcm kemangi, bolehlah buat laksa ganu kuah putih kalo mcm nih.  Tuna sini ada jual tapi yg frozenlah.


Buah peach ni mcm2 jenis rupanya, sy suka yang rangup mcm epal tuh

Hujung mei hari tu ada kirim barang kat kawan hubby yang dtg bercuti ke Moscow.  Byk jgklah yang dpt bawak, kesian jgk dia mengangkut barang2 kami ke sana ke mari.  Dia dok hotel xdok umah kami, tapi hubbylah teman dia jenjln.  Terima kasih banyak2 yer tlg bwkkan brg kami.  Antara yg sy kirim daun limau purut dan buahnya untuk tanam, lengkuas utk tanam, cerelac, kek lapis sarawak, rempah laksa sarawak, kunyit, biskut oreo, wafer cadbury, ikan bilis, oat,  dan brg2 hubby. Kebanyakkan brg kiriman alhamdulilah dpt, ada jgklah yang xder tp xper.  Rasa seronok sgt dpt brg2 ni rasa nak golek2 kegembiraan.  Pertghan mei pun ada jgk kirim kat pegawai mara yang dtg sini, ni sy kirim barang2 baking mcm jem utk tart nenas, cupcakes liner, cokelat masakan, piping bag, tuna ayam brand, santan serbuk, biskut oreo, rempah soto.  Sib baik kawan hubby yg tlg beli tu pandai pilih jgk, menepati lah semuanya dia belikan tuh.  Ni pun tgh tunggu kawan sy belikan bahan2 untuk buat kuih raya plak ni.  Tapi yg ni try guna pos laju pulak.  Untuk pos ni hanya pos brg bukan makananlah.  Harap tak der le mahal sgt kos pos nya.  Lengkuas dan buah limau purut tu sy dah tanam tapi mcm xnampak bayang pun akan tumbuh.  Sy tanam pokok serai jgk, ni dah tumbuh sbb sy rendam dalam air dulu kasi dia berakar baru sy tanam ke pasu.  Serai mudah sikit dpt kat sini banding lengkuas.



Awal jun ada student final year punya family dtg melawat.  Kebetulan sy hantar sepokok lengkuas dan sebiji buah limau purut utk jiran tanam. Jadi sy pun diajak sekali pegi ke Pasar Izmailovkaya, setiap hari rabu ramai peniaga2 banding hari biasa.  Senang jek pegi ni, turun kat stesen metro Partizankaya.  Kalo kat sabah ni macam tamu lah.  Sy berkenan kat set teko Gzhell, Gzhell ni sy dah lama skodeng dan ada kilang dia dalam 30km dari Moscow tapi berjanggut nak tunggu hubby teman. Beli aje le kat sini, kira ok lagi lah harga dia, cuma kena mix and matchlah.  Jumpa jgk sebiji teco dan 6 cawan dengan harga 2100 ruble.  Perghhhh..kira murahlah ni kan, dah ler barang2 ni di lukis guna tangan.  Yayyyy...sy dah ada set teko Gzhell.  Sy jumpa kedai kat hujung yg jual Gzhell yang lebih cantik dan halus buatannya tapi mahal nyer lah.  Sebiji pinggan dia dah 900rb...tp cantik design dia.  Tak pe ler dekat ajek,, nanti-nanti boleh dtg beli.  Parent yd dtg ni berkenan kat polish ware plak yg dtg dr poland.  Kat sini jgk boleh dpt pinggan uzbek, yuhooooo nanti boleh ler daku berjimba2 kat sini ni.  Dah ler skrg ni daku dah pandai dah turun naik metro sensorng, hari tu g cari brg baking pun daku jln sensorang jek. G pasar ni elok pegi hari rabu sbb mcm lebih meriah.



Puasa dah nak dekat, jadi student medic final year pinjam rumah kami untuk dorang buat majlis makan2. Daku buatkan jgk dorang cheese tart dan pavlova.  Aiyoo...pavlova ni mmg mudah sgt runtuh yer, dah ler daku buat pavlova yg besar dan tinggi.  Hubby ckp cream cheese dia tak byk dan buah dia pun tak byk.  Nampaknya lain kali kena buat double layer, baru puas letak cream cheese dan buah2an.  Buat pavlova ni kena ada teknik baru menjadi, lepas masukkan gula kena putar dgn kelajuan maximum dalam 7-8 minit, nanti dia jadi pekat dan kata orang 'bertanduk'.  Jenuh tgn ni nak memegang hand mixer lelama. Ni yg nak beli stand mixer Kitchen aid ni..huhuhu

  


Kami berpuasa dalam 19 jam kat sini ni.  Sehari seblm puasa syahdu sgt, sedih sgt sbb kena posa 19 jam.  Tak pasti boleh tahan ke tak.  Tapi ada kawan sini ckp ok jek.  Hari pertama posa, menempek aje kat rumah. Kami bangun sahur kul 1.00 tgh mlm dan berbuka kul 9.21 malam.  Kul 6 petang dah tak larat dah, kul 8.00 malam baru start masak.  Pepagi sy blend 2 gelas susu + 3 biji kurma + 3 sudu madu dan 1 biji pisang untuk minum masa sahur.  Syukur alhamdulilah, posa 19 jam ok jek.  Byk jgk aktiviti kami masa posa, ada jiran ajak potluck dan ada jgk kami masak2 untuk berbuka puasa dgn student.  Ada jgk sy baking resepi yg baru yg dpt dari internet.  Sekali sekala sy buat jgk kuih tp sy buat kuih yg boleh frozenkan.  Sy rajin pergi Azbuka cari bahan untuk buat kuih.  


Mahal nyerlah bahan2 baking kat sini ni

Sempat jgk ajak hubby g pasar sbb kami mmg nak masak untuk studentkan, jd sambil2 cari barang sy carilah barang2 baking kat pasar.  Byk jgk sy dpt kat pasar tu mcm kertas minyak, cupcake liner, pewarna, choc chips, noozle.  Sebelum puasa tu kami shopping kat Ikea jgk untuk beli pinggan.  Pinggan kami xcukup, yelah kekadang student dtg dekat 50 orang, pinggan ada dalam 30 jek.  Itu tak termasuk pinggan yang dah pecah dan sumbing.  Pinggan Ikea cantik sikit dan warna putih, mcm2 jenis dan pattern pinggan kat rumah ni ada.  Selain tu beli bantal dan comforter sbb budak2 ni kekadang dtg bermlm kat rumah.  Sy minta hubby beli balang kuih raya yg besar untuk buat kuih raya.  Yelah tahun ni raya pertama kat embassy dan raya ke-2 kami buat open house.  Kena ler sediakan kuih raya banyak2kan.  Antara kuih raya sy nak buat tahun ni biskut cerelac, choc chip, tart nenas, biskut dahlia, almond london,  Tgoklah mana sempat buat.

Bulan ni kami meraikan majlis perpisahan untuk Datin dan Nadia.  Ada 2 majlis perpisahan bulan ni buat sebelum puasa.


Dasvidaniya untuk Datin dan Nadia, nanti jumpa kat KL



No comments:

Post a Comment