Thursday, 30 July 2015

MOSCOW: Bulan relaks dan berjimba-jimbaan



Assalammualaikum dan salam sejahtera

Bulan Mei ni nampaknya aktiviti persatuan berkurang sbb ketua AJK Sosial bercuti panjang balik Malaysia horayyy.  Bulan ni jgk nampaknya aktiviti kami suami isteri terbantut seketika dengan adanya tragedi kebakaran hostel pelajar, korang pun mesti dah tengok beritanya kan.  Suami ku jarang ada kat rumah menguruskan pelajar2 yang cedera dan ada 2 pelajar yang meninggal.  Malam2 pun balik lewat, macam2 bende kena urus.  Trip kami patutnya pergi ke Kazan City hujung minggu pun terpaksa dibatalkan.  Tak per le nanti akan ada rezeki lain plak kan.  Mmg saat tu sangat sedih, apatah lagi bila berjumpa dengan sang ibu yang melahirkan yang kehilangan anak yang sangat baik, pintar dan cantik..sangat tabah ibunya.  Moga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan kepada yang bukan islam RIP.  Orang baik-baik ni mmg Allah sayangkan.



Pavlova untuk makan2 kat rumah jiran yang family arwah duduk

Bulan ni jugak kami ada melawat ahli yang baru bersalin.  Yayyy...boleh peluk2 baby.  Geram sangat baby ni, rasa nak cubit2 jek.  Sempat juga berkunjung ke majlis doa selamat rumah student yang merupakan kenalan IG, baru lah dapat merasa suasana kehidupan pelajar2 di sini.  Ramai rupanya pelajar2 Malaysia kat sini ni, sebelum ni jumpa budak2 tajaan jek.




Masa ni salji dah tak ada, tapi cuaca masih sejuk.  Jadi masa nilah sy ambik kesempatan untuk membersihkan balkoni yg sebelum ni tak nampak lantai.  Bila selak2 rupanya ada byk kotak dan sampah kat situ, kulit telur pun ada.  Pokok dah mula mengeluarkan daun dan taraaaaaa...TULIP pun dah kembang mekar.  Bila musim bunga dan panas ni masa seolah2 berjln dengan cepat.  Tetiba pokok dah menghijau, tetiba tulip dah mekar.  Tapi beberapa lama lepas tu tulip dah layu dan buah ceri pulak menjelma.  Lepas ceri mula hilang, strawberry plak melambak kat Azbuka.  First time beli strawberry dalam RM8 sekotak kecik.  First time makan ceri yang sedap, rangup dan manis kat sini, manis-manis buah lah kan.  Kat KL mmg xmkn buah ceri atas kek tuh, rasa dia mcm rasa asap...boleh?





Masa nilah masa terbaik untuk bersantai2 di taman, dengan cuaca yang sejuk nyaman ni, jomlah kita ronda2 ke Gorky Park, jalan kaki ajek rupanya dan seberang jln ajek dari rumah kami ni.  Tamannya sgt luas, area dekat rumah ni adalah kawasan berbukit dan penuh dgn pokok2 besar.  Ada disediakan tempat untuk flying fox kat sini.  Dan kat taman ni ada byk kemudahan disediakan dan sangat cantik. Ia terletak di sebelah sungai besar Moscow.  Mcm pernah dgr lagu ada sebut Gorky Park ni kan?





 Pantai buatan



Saya telah dihadiahkan dengan 4 pokok hijau yang comel dari jiran yang hendak bepindah ke Afrika Selatan.  Pokok kena kasi awal sbb tuannya nak bercuti lama kat Malaysia.  Seronoknya dpt pokok besar2 mcm ni, kalo kat Ashan ni mau beratus RM harganya ni.  Syukur alhamdulilah, akan ku jaga dengan baik.  Sy tambah tanah dan letak baja tahi ayam...skrg ni byk putik baru tumbuh.  Terima kasi kepada Nadia yang sudi kasi pokok.  Selain tu kami ada teman pelajar pergi ke Vladimir shopping kristal.  Hhmmmm rupa2nya kalo pergi sendiri lagi murah rupanya, mcm tau2 jek ada rombongan bas nak dtg.  Sabor je ler...  Dapatlah menambak koleksi kristal sedia ada nih.  Lepas ni diet ler, tgok kristal jek...boleh  kenyang ker.  Ada jgk gotong royong family kat embassy.  Hujung bulan, kes kebakaran dah reda kami sempatlah pergi ke Hungary + Slovakia + Vienna.  Nanti tu lain entry yer.

Pokok-pokok baru ni sumer kasi mandi dulu




 Pokok yang berbunga putih tu adalah pokok epal...tak sabar tungguh buahnya masak nih

Antara chef-chef gotong royong 



Pokok-pokok dah menghijau, sgt cantik daun-daunnya hijau fresh


Terima kasih sudi datang blog saya.



2 comments:

  1. dah takde colour putih dah..semua hijau
    mesti segar kan kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer segar Lynda, musim bunga saya suka betul dgn tulip dan ros. Ada sesetgh management apartment yg suka tanam bunga ros byk2, bunga kecik2 dan byk plak tu bunga dia. Subur tanah kat sini nih.

      Delete