Sunday, 28 June 2015

MOSCOW: Shopping kristal banyak-banyak





Assalammualaikum dan salam sejahtera

Bulan April kami ada buat rombongan shopping ke satu tempat di daerah Vladimir.  Nama tempat tu Gus Crystal, iaitu dalam 1 jam lebih perjalanan dari bandar Vladimir.  Vladimir plak dalam 2 jam lebih dr Moscow.  Jadi perjalanan almbik masa dalam jam 4 jam lah sbb bas ambik jln short cut xmasuk bandar Vladimir dah.  Bandar Vladimir ni comel jgk, ada tapak warisan unesco kat situ tapi kami tak singgah situ...jln trusssss g shopping.  Kami bertolak dari umah jam 4.30 menaiki bas dan sampai ke Gus Crystal dalam jam 8.30.  Sebenarnya daku tak perasan sgt pun 4 jam tuh sbb dok sibuk membuta.  Almaklumlah bangun jam 4.00 pagi pahtu terkecoh2 kejar bas dalam sejuk dingin...naik bas je trus membuta.  Sedar2 je ada geng kejut bgtau dah sampai dah.  Haaaaa ko mmg dah nak sampai dah pun, selangkah jek lg dr pintu gerbang kedai2 tuh.  Hahhaaaahhaaaaa....buruk betul perangai.





Kawasan kedai ni adalah kawasan berpagar, kereta sumer parking kat luar.  Dalam tu ada beratus2 jgk kedai comel-comel.  Bila tgok baru perasan yg sederet tu ada 2 blok dan setiap blok tu ada warna dan nombor.  Yg sy tgok setiap kedai xde nama pun..kalau ada nama pun bukan reti baca :).  Tapi sbb dah mmg kaki shopping, jadi senang jgk nak ingat sbb tak semua kedai jual kristal.  Dulu-dulu dengar staf lama2 citer, kedai2 kat sini sumer kedai kayu dan ada peniaga yg jual barang2 kat tepi2 jalan.  Tapi skrg ni dah xder dah peniaga tepi jln, sumer dah disuruh berniaga dalam kedai.




Antara barang-barang kristal yang dijual di sini termasuklah pelabagai jenis lampu, pelbagai jenis pasu warna warni, bekas-bekas kuih, vase bunga, jug, botol air, set gelas, mangkuk, cake stand dan macam2 lagilah.  Selain dari barang-barang kristal, ada jugak dijual pinggan mangkuk mcm2 jenama, periuk belanga, pinggan mangkuk, bunga-bungaan, patung binatang dan macam2 lagilah.  Macam2 jugaklah yang dijual kat sini ni.  Harga dari satu kedai dengan kedai lain pun tak banyak beza, cuma ada satu dua kedai yang jual kristal yang berkualiti berdasarkan kepada rupa dan kecantikkannya, mmg hargnya jauh lebih mahal banding kedai lain.  Ada jgk jual kristal bohemia yang jadi tumpuan kami, mmg ramai orang pergi kedai ni.  Kalo korang masuk kat pintu utama tu, toleh kiri akan nampak signage huruf 'P' kat satu deretan kedai, korang pergi lorong tu dan g hujung...kedai tu ada kat blok hujung tu.  Setakat ni jumpa satu kedai jek jual bohemia kat situ.



Macam2 yang kami borang kat situ, yelah pegi pun dah 1 bas walaupun sebenornya bas separuh berisi pun tidak tapi balik Moscow perut bas penuh padat mampat.  Sy pun tak adalah beli banyak pun sbb duit pun tak berapa banyak.  Kat sini dorang hanya terima rubble, mesin atm xwujud kat sini...kad kredit lagilah xlaku.  Jadi kalo nak shopping kat sini, silalah bawak duit lebih, jgn nanti menitik air mata tgok orang shopping.  Dah keluar masuk kedai pun sy tak tau nak beli apa, sy ni mmg kekdg blurr...terutama kalo pegi tempat baru.  Masuk kedai lampu yang sama kali ke-2 dan tgok sumer orang beli barulah sy berkenan kat lampu stand tu.  Cuma yg tinggal yg mahal harganya, sylah yang ambik sbb org lain dah ambik yg murah skit.  Selain tu sy beli lampu meja, bekas kuih dan pasu warna putih dan warna hijau.  Dok sibuk2 memilih dan rambang mata tu mmg otak xsempat nak berfikir pun.



Apapun puahati dengan hasil rompakan walaupun duit dah habis licin.  Kedai last berkenan dengan pasu warna biru tapi duit xcukup nak beli, geng2 sumer bantai gelak.  Yelah duit bawak mmg xbyk sbb bulan depan nak jln g Kazan lagi.  Hubby suh settlekan hutang kad kredit sy dulu, tu yang mmg semput nak berbelanja tiap bulan. Mmg xsedar diri, dah xkeje tapi hutang melambak.  Insyallah bulan mei nanti habislah membayarnya.

Trip ke-2 kami, kedai ni deretan kedai depan tandas.  Kristal dia mmg cantik tapi mahal yang amat, sebijik vase merah sederhana dekat RM700 sebijik...perghh

Bohemia



Pokok kunyit sy mula berdaun

Ikan fresh setgh kilo dalam rm21....mahalnyalah ikan kat sini nih.  Kami skrg suka ikan nih.

Puding roti pelangi untuk meeting.  Tapi coraknya xjadi pelangi pun hehehe

Bulan april lepas banyak giler aktiviti persatuan, ada rombongan shopping, ada masak memasak utk solat jumaat, ada kursus fotografi dan ada meeting.  Rasa semput sgt, dah xlarat nak beraktiviti banyak2 ni benornya.  Tapi dalam sibuk2 tu sempat jgk join family jiran2 pergi melawat ke zoo.  Best jgk lah zoo kat sini ni.  Dah negara yg 4 musim macm ni kan, jadi zoo pun kena amik kira keadaan cuaca jgk.  Jadi byk binatang diletakan di dalam bangunan.  Luas jgk zoo ni, bila tghari ramai sgt manusia.  Kami pegi naik kereta.  Tapi zoo ni dalam bandar dan ada jek rasanya stesen Metro berdekatan kalo korang berkenan nak pegi.  Sy kongsikan melalu gambar ajelah yea pasal zoo ni.  Entrance fee untuk dewasa 400rb seorng.

Rumah Monyet

Memerang

Pulau kecik dalam tasik, siap ada rumah2 itik lg

Pertama kali tgok polar bear...sian kurus + kegatalan

Dlm ni utk ular dan buaya, dalam bangunan

Daku mmg lemah kalo jumpa buaya dan ular nih

Spesies beruk ker monyet


Diet spesies monyet/beruk/org utan/gorilla


Children section yg menempatkan binatang2 comel mcm ayam itik arnab tikus burung dll.  Boleh naik keldai kat sini nih.


Best sgt tgok dia ni berenang, ni kira queen ler kat sini.  Ada jgk tgok beluga yang sgt gojes tuh tp bateri dah kong laaaa..

I love this

Tq jiran-jiran



No comments:

Post a Comment