Friday, 1 May 2015

MOSCOW: Red and Black






Assalammualaikum dan salam sejahtera


Bersempena dengan hari wanita awal mac lepas, kami ada Ladies dinner kat Bosfor Restoren kat Arbat Street.  Restoren ni restoren turki tapi ada jual menu western.  Sakanlah kami kat sana makan sepuasnya, menu kami dah awal2 dah pilih dah. Tema kali ni 'black & red'.  Pakailah apa aje yang dekat2 dengan merah, boleh lah.  Makanan kat sini oklah kan, sedap aje rasanya dan banyak pilihan menu yang ada.  Malam tu ada perlawanan bola dari kelab turki, mmg kami dikerumuni dengan mamat2 turkilah kan.  Bila gol jek, dorang bersorak kami pun bersorak sama.

Tugas aku sebagai setiausaha biasalah, confirmkan kehadiran semua orang pahtu keluarkan surat jemputan.  Pegi sana tumpang mak buyung.  Naik metro pun boleh tapi malaslah nak naik turun metro sbb kalo nak g sini kena tukar tren 2 kali.  Harga dia oklah, steak dalam RM60-70 mcm tu lah.  Nak cari senang jek, cari aje Hard Rock Cafe pahtu cari Cafe Miu-miu berhampiran yang ada lembu tu..restorent ni mengadap lorong kecik sebelahnya. Sy order Mexican steak yg kat atas tuh.




Tema 'Red & Black'

Bulan ni mood membaking datang, habis duit yg hubby kasi sy habiskan beli barang2 untuk baking.  Rasanya tiap minggu sy pergi ke Ashan dan Azbuka mengumpul barang2 baking ajek.  Sambil-sambil mencari barang baking kat Ashan, sy terserempak dengan tofu.  Amboi kelas betul tofu kat Moscow ni tau, sebaris dengan cheese hokey.  Harga pun lebih kurang sama dah dengan cheese.  Padanlah selama ni xjumpa sbb ia tersembunyi kat rak untuk cheese dan produk tenusu rupanya.  Kat sini cheese dan produk tenusu dah ada 4 rak yang panjang, nak mencari cream cheese pun naik juling bijik mata.  Nanti2 lah sy pegi beli tofu ni, mahal sgt...tunggu teringin sangat baru beli.  


Ni Cream cheese pound cake, suh hubby bwk g opis dia...org embassy ckp sedap tau :).  Resepi klik sini 


Ni buat untuk budak2 dtg tp ada budak dah bwk agar2 santan jd sy tak keluarkanlah.  Resepi klik sini

Lunch box untuk hubby

Kami ada gathering antara jiran yang rapat jgk selain aktiviti persatuan.  Yelah kan, takkan nak join persatuan wanita ajek, kesian le lelaki2 kami ni.  Nak jugak aktivti bersama keluargakan, untunglah sape yang dapat hubby jenis family type tuh....jeles i.  Untuk ni saya buat fruit tart, menjadi le jgkkan cuma stok buah2an kat rumah xberapa nak ada, jadi sy letak epal, frozen strawbery dan kiwi ajek.  Sepatutnya letak peach dlm tin sbb rasa peach yang manis tu ngam dengan kiwi dan anggur yang masam.  Fruit tart ni nampak comel jek tapi sy tak berapa suka sbb rasanya masam-masam buah.  


Ni Devil's food chocolate cupcakes.  Sy bukan penggemar kek cokelat, jd sy rasa biasa2 aje rasanya.  Kek cokelat ni kalo nak sedap kena guna serbuk koko yg glamer brand dia mcm Van Houten ke, vochelle ke. Ni sy beli kat sini jek, ntah jenama apa ntah.  Ewahhh..sendiri buat sendiri komplen...


Kat Azbuka yg dalam 500m meter dari rumah sy jumpa bawang putih jeruk, boleh lah buat untuk masak ikan siakap stim nih.  Bawang yg sy tanam kat pasu pun makin subur sebab awal mac tu ada keluar matahari.  Selain itu kat Ashan ada jualan barang2 dari asia, jumpalah barang dari turki dan thailand. Yelahkan, flight dr Moscow ada direct g Bangkok.  Nanti bolehlah naik dan singgah bangkok makan tomyam kejap baru blik KL.  


Ikan siakap tu dlm setengah kilo harga dia dalam Rm20.huhuhuu



Hujung Mac salji makin tebal balik plak.  Ingatkan dah xjumpa dah salji tahun ni.  Jadi sy pun turun ke bawah mengambil gambar salji kat taman.  Kira rasa puaslah hati sbb boleh pijak salji setelah 2 minggu dah hilang.  





Disebabkan kekurangan jenis sayur kat sini ni, sy cuba beradaptasi dan cuba memasak sayur2 yang tak pernah dijumpa sebelum ini.  Antaranya Zuchini ini, sebelum ni tgok orang2 yang dok obersee tanam dan makan sayur ni.  Dah lama dah sy tgok tapi tak pernah nak try hinggalah sy nampak sorang student opis lama masak sayur ni untuk anak dia.  Rupanya boleh ajek dia masak jadik macam sayur campur dan boleh jgk dibuat sup.  Rasanya macam timun pun ada, macam petola pun ada.  Sekarang ni kalo pegi Ashan mesti beli punya.  



Ni Coffee Morning terakhir kami, lepas ni xbuat dah sebab masing2 tak sanggup. Dengan macam-macam perangai manusia ni kan, faham je le.  Kalo yg jenis sempoi dan sporting tu best ler..kalo yang sebaliknya mmg sakit jiwa ko nak melayan.  Sebab tu dulu kalo bos suh cari staf sy mmg cari lelaki punya. Tema 'Denim'.

Sy dapat cabutan hadiah dari Kak Dee.  Love you..

Semenjak ada matahari, pokok2 sy makin menjadi


Tq semua


2 comments:

  1. amboi, steak tuuu...menggoda jiwaaa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe....menggodakn steak tuh, rasa nak g berbuka posa kat sana plak. 😄

      Delete