Thursday, 2 April 2015

MOSCOW: Ohhh tidak, dapat tugas baru plak




Assalammualaikum

Bulan februari lepas salji masih tebal, kebetulan ada jiran ajak jln-jln pergi Ashan Universitat.  Sy pun ikutlah sbb suami sy pun ada kerje hari sabtu tu.  Kami naik bas no 4 dari rumah, naik kat jln besar depan rumah tu jek.  Dah lama dok Moscow sy lebih selesa naik bas untuk pergi ke sesetgh tempat sbb kalo naik Metro kena naik turun tangga dan eskalator dan tukar2 station.  Walaupun naik eskalator tapi Metro ni dibina dalam ke dalam tanah.  Mula2 mmg gayat yg teramat ko, mmg tak nampak atas kalo dari bawah tuh.  Jadi senang naik bas, lagipun bas ni kerap dan tempat yg kami nak pergi tu adalah stesen terakhir.

Turun bas pegi ke kawasan penjaja kat simpang 4 tuh.  Ada byk kiosk2 kecik kat situ.  Ingatkan tak de gerai terbuka kat Moscow ni, rupanya ada.  Tapi bukanlah terbuka sgt sbb ada kedai dalam 5 x 10 kaki tapi barang2 jualan byk yang dorang letak kat luar.  Maklumlahkan bersalji, jadi tak payah peti ais...letak ajek sayur, buah2an, bunga, ikan kat luar.  :)  Yg best kat sini ada jual daging halal dan ada kedai roti halal yang dipunyai oleh orang uzbek.  Kami beli roti berinti daging, sedap.  Sy suka jgk mknn uzbek sbb rasanya sedap banding makanan turki yang sy jumpa.  Singgah nanti nak beli sayur dan ayam kg kat sini.  Seekor ciput harganya RM18, adatlah kan kat sini mana ada barang yang murah.  Ayam kg ni sedap bakar dalam oven.


 Gerai-gerai ni berhampiran dengan stesen Metro Universitet




Kami pergi mall besar yang dalamnya ada Ashan.  Masuk jek terus pegi kedai jual barang-barang dapur, best jgklah ada kedai ni.  Rasanya Moscow byk berubah berbanding 4-5 tahun yang lepas.  Banyak barang dah ada jual kat sini termasuk pinggan mangkun, cawan, pisau, periuk belanga, barang2 baking pun ada..semualah tapi barang2 mknn tak ada.  Sy beli nozzle baking untuk buat bunga jenama Wilson, cantik sgt.  Nanti dekat nak raya nak g sini nak beli acuan untuk buat biskut, cantik2 sgt acuan kat sini.  Sekarang byk acuan buat dari silikon kan, sy mcm tak boleh lagi terima bende2 mcm ni.  Sy lebih suker yg besi tuh.

2 barang jenama Wilton ni pun dah RM65 harganya

Pusing2 dalam ni, keluar masuk macam2 kedai, Pandora, MAC, Victoria Secret, La senza pun ada kat sini. Eloklah kalo nak beli pandora masa ni sbb duit rubble tgh jatuh. Kami lepak dulu minum coffee kat Coffee bean.  Walaupun macam anjing dgn kucing tapi tetap order jgk mcm biasa.  Sy seperti biasalah suka frappucino mocca tuh, sedapppp.  Kami g Ashan plak, Ashan kat sini kecik sikit banding yg kat rumah, barang2 pun sama.  Sy pegi beli sayur dan buah2an aje lah.  Lepas tu teman jiran ni buat spek mata, 2 jam baru siap.  Kami pun lepak2 kat Coffee House, lepas tu baru g ambik.  Kat sini rupanya buat spek, xdpt bekas spek tuh, harga lain-lain....sabor je le.  Pahtu kuar jln kaki g stesen bas.  Metro pun ada kat sini tapi kena tukar 3 kali kalo nak pegi rumah.  Tempat ni kawasan student duduk, jadi mmg akan jumpalah budak2 ni shopping kat sini.  Kat sini ramai jgk yang ambik medik dengan tajaan mak bapak, biasanya kalo student hubby tu dorang rajinlah tegur2 dan mesra sikit banding yang xder sponsor nih.  Sebabnya pensponsor ni biasanya byk buat program untuk budak2 tajaan dorang dan kami pun dah beberapa kali panggil budak2 ni dtg mkn kat rumah, tapi potlucklah.  Dorg ni lagi pandai masak tau.



Balik tu kena lalu jalan besar yang ada 4 jalan, takutnya nak lintas sebenarnya tapi satu hal yang saya suka orang moscow ni dorang tak pandu laju dan akan bagi keutamaan kepada pejalan kaki.  Bila nampak ada orang nak lintas jln, mmg dorang akan berhenti walaupun ko nak lintas sorang ajek.  Jadi kami pun ikutlah orang2 sini melintas secara berjemaah.  Kat sini kena hati2 sikit sbb ada laluan untuk tram rupanya, kalo tak perasan mmg boleh kena langgar sbb rel tram kita tak nampak sbb penuh dgn salji.  Satu insiden tak best bila naik bas, sy tersilap plak touch kad yang dah habis...jd sy minta jiran tu dtg balik touch kad dia tuk sy.  Marahlah sorang nenek tua kat belakang tu sbb tunggu lama, membebel2 dia.  Sorry yer nenek, xperasan sbb ada 2 kad.  Sy perhatikan, org muda kat sini lebih bagus akhlaknya banding orang tua, org mudanya lebih mesra alam banding orang tua.  Tapi masalahnya kalo naik bas salu benor jumpa nenek-nenek tua.




Pertengahan Februari ada mesyurat AGM persatuan wanita plak, sy ntah kenapa tetiba dilantik sebagai setiausaha.  Sabor je le, bila nama sy dicalonkan tetiba sy terkejut beruk..apa taknya kami kat belakang baru abis berborak dan sy pun baru nak berangan pasal trip ke Lisbon minggu dpnnya.  Nak tak nak kena ler terima, lama2 baru sy tau yang mmg dorang akan kasi kepada orang baru untuk jadi ahli jawatankuasa.  Apa-apa jelah.  Ingatkan bila dah kat sini, hidup lebih relaks.  Nasib baik ler kat rumah ada laptop dan printer.  Dah ler persatuan ni aktif, meeting 2 bulan sekali, kekadang program dalam masa sebulan tuh minima ada 2.  Dah ada program tu faham je ler, setiausaha kena buat surat, confirmkan kehadiran, cari orang itu orang ini.  Tak boleh ler nak bersantai2 sangat kat rumah pas ni.  Tema mesyuarat kali ni 'Green', mesyuarat pun ada tema kan. Sy masuk group memasak kumpulan B, kami buat kuih dan air.  Sy kena buat air ribena.





Dimusim sekarang ni tanda-tanda nak spring dah nampak dah.  Matahari dah mula menyinar dan salji dah mula mencair.  Dorg ckp biasa salji sampai april, tapi tak tau le plak tahun ni kenapa cepat benor spring.  Kat mall Ashan dah banyak dah benih-benih pokok di jual, ada macam-macam yg kena jual termasuk anak pokok buah-buahan, sayur, bunga dan lain-lain lagi.  Sy sempat jugak membeli anak pokok raspberry, anak pokok blueberry dan pokok bunga ros.  Tak tau lah boleh hidup ke tidak pokok2 ni dalam pasu.  Tapi 1 pokok blueberry yang sy beli tu mmg mahal sbb dia tahan salji -50C dan tak kena matahari pun boleh idup, dalam RM50 sepokok bygkan.  1 lagi pokok blueberry adalah yg biasa, sy baca yang pokok ni lebih baik tanam pelbagai spesies supaya senang nak berbuah.



Kat sini asyik makan kambing je lah kan.  Mutton plak tuh bukan lamb.  Harap tak bergandalah berat aku balik Malaysia nih.

Sempat menghadiri jemputan dinner yang ini. Tak ramai staf dorang sini, kira kita punya lagi ramailah sbb ramai student kita kat sini kan.

Bye

5 comments:

  1. saya paling suka tengok makanan2 tu..temptingnya!!!hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn...org Malaysia kat sini ni mmg suka colorful agaknya, hari tu pernah jumpa roti jala warna hijau dan pink. :)

      Delete
  2. Replies
    1. Iyer Hafeeza, sy buat masa ini mmg duduk kat Moscow. :)

      Delete
  3. Nice, i really like it.if you also like our site please follow: http://www.robesdemariee2013.com/

    ReplyDelete