Friday, 13 March 2015

Percutian ikut dan ke Phnom Penh



Dalam kesibukan membuat persiapan ke Moscow, daku telah terbang ke Phnom Pehn pada penghujung bulan november lepas, 21hb November 2014.  Trip ni beli tiket selepas raya puasa tahun lepas.  Kat asia tenggara ada beberapa negara lagi belum sempat pergi iaitu Laos, Brunei (Ya ampun, atuk nenek asal dari sana dan abg serta anak buah ada kat sana tapi tak pernah jejak pun), Cambodia dan Timor Leste.  Kebetulan kakak ipar berhajat nak pergi Cambodia, jadi sy pun carilah tiket murah. Kesian kakak ipar sbb hari tu buat passport sbb nak pegi pattani tp tetiba tak jadi, rugi le plak buat passport kalo tak g mana2. Dapat dalam RM320 return untuk seorang termasuk bagasi.
  

Ada tv, cerek, towel sumer tp bilik kami wifi dia xberapa nak laju, kena turun bawah baru ada

Sedihnya pemandangan dari balkoni bilik kami nih


Seawal pagi hubby tlg hantar ke BTS, kami naik KLIA transit ke KLIA 2.  Serius, sepatutnya KLIA transit ni perlu dipercepatkan lagi kekerapannya ke 10-20 minit sekali.  Sekarang ni kalo naik KLIA transit mmg salu sgt penuh dan ramai orang.  Sebenarnya maklumat ttg trip ni tertinggal kat Cheras, jadi penulisan ni hanya berdasarkan memory yang tak berapa nak kuat ni ler.  Sy just nak share tempat2 yang kami pergi jek tapi detail2 yang lain tu minta maaf dah lupa. Bermulalah kami berlari2 anak mencari terminal berlepas, dah ler pemeriksaan imigresen semakin ketat.  Yg ni sy setuju diperketatkan tapi nak sampai ke terminal tu sangat ler jauh.  Rasanya dari pintu berlepas hingga ke terminal berlepas tu ambik masa dalam 30 minit nak sampai.  Kesian kalo ada warga emas dan yg berpenyakit...tp ada jgk disediakan kereta kecik tuh tp kena tunggu ler.  Mmg kena pergi awal ler korang kalo nak naik kat KLIA 2 nih.  

Suasana jln otw pergi hotel, menjerit2 kitaorang kalo ada kenderaan yang cilok sana cilok sini


Tunggu nak check in hotel

Sampai ke Phnom Pehn dalam jam 9.00 pagi dan masa keluar airport kami didatangi oleh pemandu tuk-tuk.  Dengan harga yang ditawarkan, kami pun naik dan bagitau nak pergi Asia Hotel.  Hotel kami dalam 200 meter ajek dari Central Market pun.  Booking melalui agoda dan murahlah, kami duduk untuk 3 malam, sy ambik katil single 2 bijik dalam RM240.   Sampai ajek checkin dan rehat kejap kami berjln kaki ke Central market beli kain. Tapi apa-apa pun carik makanan dulu. Kami nak cari satu kedai makan yg glamer tu, Restoren Nyonya ke apa namanya tapi rupa2nya dah tutup.  Jadi kat deretan yang sama kami jumpa kedai ni, Cafe Malaya namanya.  Kedai ni bukan mengadap Central Market tapi kat belakang kedai yang mengadap Central Market.  Kat hujung deretan kedai2 tu ada stesen minyak.  Tapi sebenarnya ada 2 stesen minyak kat 2 penjuru central market ni, korang cari ler sendiri yek. :)

Cafe Malaya tersorok di celahan deretan kedai

Makanan malaysia 


 Sepinggan ni + milo ais = USD7.  Bolehlah mkn kat sini, xder le mahal sgt.  Lgpun kami mkn sekali sehari jek tuk lunch.  Percutian bajet kat nyer, bekfast dan dinner mkn nasi impit, roti dan maggi jek.


Korang cari Central Mall ni, masa ambik gambar ni sy berdiri di lorong Cafe Malaya.  Depan Central Mall ni stesen minyak.

Lepas dah makan kenyang2, kami pergi Central Market.  Jumpa jgk org jual batu permata kat tengah2 central market tuh.  Berfikir jgk nak beli sbb biasalah batu permata ni kalo nak yg asli mmg ciput ler saiz nyer kan...kena pakai kanta nak nengoknya..  Kalo yang besor2 tu biasa bukan asli pun.  Tapi ada jgk batu asli yang saiz besar tapi bukan batu2 yg glemer mcm ruby, sappire tu ler, ni yg tak glemer punya. Nak beli kena survey, kena ada ilmu dan kena tilik peniaga tu jujur ke tidak..haahahha.  Kat sini byk betul barang2 dijual kat sini, kami berkenan kat kain, tudung, shawl, purse songket, batu permata. Yang lain-lain tu lebih kurang ajek dengan barang2 kat KL.  Ada ramai jgk orang Malaysia yang dtg shopping kat sini.  Terkejut pakcik2 tu bila bgtau yang kami datang 2 orang perempuan jek.  Dah penat shopping kami pergi ke bahagian buah2an plak beli limau dan buah mata kucing.  Best jgk buah2an kat sini.  Ada byk gerai jual buah2an dan makanan kat sini tapi xjumpa restoren halal dlm nih. 


Ni ruby yg sy beli tuh, alahai ciputnyer tp ni original katanya.  Kekadang bukan ruby pun, ada lagi satu stone yang menyerupai ruby.  Ahhh..lantaklah nanti leh minta tlg staf geologi cam kan ruby ke tidak nih.  Jade pun berkenan jgk tapi duit mcm xcukup nak beli.


Byk kedai jual batu permata

 Beli kelapa botak ni untuk hilangkan dahaga

Malamnya kami naik tuk-tuk pegi riverside.  Kat luar hotel tu berderet tuk-tuk sedia menanti, pilih jek mana berkenan dan boleh tawar menawar harga jgk.  Tak de apa pun nak tengok kat riverside ni, tgok sungai dan kehidupan harian orang Cambodia aje ler.  Lepas tu kami jalan menuju ke Night Market yang tidak jauh dari situ.  Best jgklah night market dia, ada jgk gerai jual makanan halal, bolehlah makan popia yg dibalut dengan rice paper sambil2 tgok karaoke kat pentas.  Biasa tgok dalam tv yg rice paper ni dorang keringkan kat atas pokok padi kat sawah.  Sedap, sesuai ler selera untuk orang yang suker mkn sayur ni.  Sihat betul kalo dok Cambodia ni yer.  Lepas tu kami cari tuk-tuk balik hotel.  Mula2 susah nak jumpa yg murah sbb dorang minta dekat 10 dolar sbb dah malam kot, jln sikit jumpa driver tuk-tuk yg boleh kasi dalam 3 dolar.  Biasa kat sini dorang minta tips tau, kami dah siapkan duit kecik2 untuk kasi dorang tiap kali naik tuk-tuk. 





Best nyer dok mcm ni, mcm dulu2 :)...tikar mengkuang warna warni.  Masa ni nampak budak2 gelandangan kutip sisa makanan org.  Sedih tapi nak buat mcmana, nasib setiap orang berbeza.  Kalo kita rasa kita susah, ada lg orang lebih susah.  Masa kat Russian market pun nampak homeless merempat tepi jln, kat situ tido kat situ ler hidup dorg.  Ini lah sisi lain Cambodia.




HARI KEDUA

Semlm dah booking van untuk tour sightseeing dgn hotel, kebetulan ada 1 family yang datang dari Malaysia nak pegi sama, jadi kitaorang combinelah. Dorang byr 30 dollar dan kami byr 30 dolar.  Ikutkan mahalkan tapi rasa macam nak selesa skit naik van banding tuk-tuk.  Jd kami pun ikutlah van hotel ni pusing2 town.  Cuma yg tak bestnyer family tu tak nak pegi Killing Field dan jam 2 petang semua tempat yang menarik dah pergi kan.  Bila jadi mcm tu rasa menyesal plak g ngan family ni, rasa mcm membazir jek sbb Killing Field tu yang jauh.  Kalo pergi Killing Fields tu just nice le sampai kul 5.  Tapi nak buat caner dah terlajak kata orang, tu ler penting cari travel partner yang best dan easy going.  Tghari driver bawa makan kat restoren halal, sedap jgk sbb ia menghidangkan  local food.  Kat tepi2 sungai tuh ada cruise tour jgk kalo nak pergi.  Byk jgk tempat yg kami pegi ikut pakej ni, kami dok pusing2 kat Russian market pun dah 2 jam.  Sukalah Russian market ni sbb boleh beli lukisan yang cantik dan murah.  Lebih murah dari Bali. :)  Tempat yang kitaorang pergi ikut van ni adalah seperti yang ditunjukkan dalam gambar yea.

Ni kedai money changer, mengadap central market.  Rate nyer tak pasti sbb kami dah tukar secukupnya kat KL.




Tak masuk pun, bergambar depan pintu jek






Restoren halal, Restorent Asmak 81.  Ada jek nampak beberapa restoren mknan halal lain tapi jauh dari hotel kami.  Yg ni local food, harga oklah...mahal sikit jek banding restoren semlm tuh. Restoren ni dekat dengan sungai.  Van putih tu lah van kitaorang naik tuh.

Russian market





HARI KETIGA

Hari ni bersantai2 ajek, pergi Central Market menghabiskan duit yang ada.  Bila kami pergi Cafe Malaya tu, tutup rupanya hari ahad.  Dah lapar kami mkn plak kat KFC kat bawah hotel tuh. Petang pegi lagi, pergi tempat jual kain yang sama, peniaga tu pun dah kenal muka kami dah.  Beli kain sutera kemboja untuk kiriman kengkawan yang tetiba sms nak mengirim plak.  Boleh dapat dalam USD15 sepasang.  Rupa dia macam kain songket pun ada.


Antara barang yg hilang tuh, ni beli kat Russian Market.  Yg kat Russian Market ni kain untuk baju satin, kain untuk kain adalah cotton yang mcm songket.  Yg ni murah skit harganya, boleh dapat dalam USD12.

Antara yg hilang jgk, yg ni beli kat Central Market, USD15 sepasang

Gerai jual t-shirt 

HARI KEEMPAT

Pagi-pagi subuh seawal jam 6.00 pagi kami naik teksi pergi ke airport.  Teksi ni kami minta pihak hotel tlg bookingkan semlm.  Jadi berakhirnya kisah percutian kelam kabut kami ke Phnom Pehn. Badan di Cambodia tapi otak merewang2 memikirkan hal-hal Russia dan harta benda yang akan ditinggalkan. Rasanya kalo korang nak shopping elok pegi Phnom Pehn tapi kalo nak tgok pemandangan elok pergi Siem Reap.  Macam xder apa pun kat Phnom Pehn ni, cuma tiketnya murahlah banding pergi Siem Reap.  Pelancong orang putih pun tak ramai pergi sini.  Sesiapa yang nak memborong kain sy syorkan pergi Bandung, Saigon dan Bukittinggi dulu.  Kalo dah pergi tempat tu barulah pegi ke Phnom Pehn nih.

Kat Russian Market byk kedai jual kain ela jgk, sy berkenan yg seakan2 songket tuh.  Sy belikan kiriman adik dan kakak sy dan telah pos guna pos malaysia awal disember tuh sebelum pergi Moscow.  Kitaorang kan nak fly jadik mmg xsempat nak hantar blik sabah.  Tapi sampai sekarang tak sampai bungkusan tuh ke Sabah. Biasanya sy pakai pos laju sbb rasa selamat sikit tapi bungkusan ni berat, tu yang pakai pos biasa tuh.  Geram betul sy, sy dah buat aduan dah. Dah ler dok kat Moscow ni, payah ler nak urus kalo jarak jauh mcm ni. Harap pos Malaysia ni siasat ler betul2 mana pergi kotak berisi kain kami tuh.  

Central Market ni ada byk pintu

Ni depan pintu CM, kami byk memborong kain kat sini




Tuk-tuk


Gigih siap bawak dengan frame lagi balik KL.  Lukisan ni saiz sederhana, USD10 satu.  Murah kan? Biasa kalo org yg betul2 minat painting, dorg akan beli lukisan yg dibeli dari pelukis terkenal.  Tp beli ni sekadar utk hiasan ajek, boleh ler nanti gantung kat rumah Rafflesia.  Nak tunggu sendiri melukis, tak tau bila nak start daaa....

Antara souvenir dibeli untuk diri sendiri, mmg xbyk beli sbb 2 minggu lagi nak fly byk duit nak guna.  Trip ni pun sikit lagi tak jadi sbb hubby kena melapor diri ke Moscow patutnya 1 November 2014.  Tapi tangguh sampai sebulan setengah sbb visa dapat lambat.  Kalo tak jadi mmg kesian kakak ipar sy tuh.

Ok Kak D, nanti balik Malaysia kita pegi Lombok plak yea.  Bye, terima kasih sudi singgah blog sy ni. :)









No comments:

Post a Comment