Friday, 27 March 2015

MOSCOW: Pergi pameran dan terborong





Assalammualaikum dan salam sejahtera


Apakhabar semua?.  Awal bulan hari tu, jiran ada ajak keluar pergi tgok pameran kraftangan.  Gambar sy dah post kat IG hari tu.  Byk nyer barang2 dan semuanya datang dari seluruh pelusuk Russia.  Ada 4 dewan besar yg penuh dengan booth kraftangan, rambang bijik mata.  Bestnya kat sini, sumer barang keluaran tempatan.  Kalo kat KL tu kekadang tak suka pegi sebab kebanyakkannya jual barang2 dari China. Tapi kat sini 99% barang tempatan yang dihasilkan oleh dorang sendiri. Barang-barang kat pameran ni susah sikit nak cari kat kedai2, ada yang mmg dorg tak ada kedai kat Moscow pun.




Apa yang saya lihat, orang sini ni jenis yang tak ber RM di mata @ tamak.  Biasa pameran akan mula hari khamis dan berakhir hari sabtu, hari ahad mmg  tak buat.  Pameran ni diadakan kat Expocentre kat tengah-tengah bandar Moscow.  Kat sini ada byk dewan-dewan pameran yang sgt luas dan kebiasaan pameran2 mmg buat kat sini.  Nak dtg pun senang sbb ada stesen Metro yang bersambung terus dengan Expocentre ni.  Masa kami dtg hari tu parking kereta sumer kosong, ingatkan xder orang.  Rupa2nya sumer orang naik metro dan kat dalam pameran tu penuh orang.  Cuma susah sikit nak dapat info sbb iklan kan sumer dalam bahasa dorang.

Buat tembikar


Buat doll 



Kami telah memborong barang kristal, kat sini mmg glemer barang2 kristal ni.  Biasanya kalo nak pergi beli kristal dorang buat trip ke Vladimir, 5 jam perjalanan.  Tempat ni adalah tempat penghasilan kristal yang popular.  Hari tu ada pergi rumah sorang staf dan tgok koleksi kristal dia, beli masa pergi tahun lepas.  Cantik2 sangat.  Tapi masa pameran ni tak banyak pilihan, hubby plak suh beli yang besar2.  Kebetulan minggu depan kami ada ajak budak2 MAI datang.  Jadi sy pun belilah yang boleh buat letak jajan kat atas meja.  Sebelum ni kosong jek atas meja, kesian betul tuan rumah ni tak reti nak menghias.  Duit pun mmg tak ada banyak sekarang ni, jadi beli aje le sikit2 kan.  Nanti ada rezeki boleh pergi kilang kat Vladimir, murah skit.  Nanti nak beli vase, candy jar dan gelas. Sy suka beli yang boleh guna, tak suka beli yang untuk dipamerkan sahaja.  Suami sy ckp kalo untuk atas meja kena beli yang tak berkaki, kalo nak letak dalam almari cantik yang berkaki mcm gelas champange tuh...pandai betul laki aku ni. Saya kasi 5 bintang!!!

Mula2 nampak terus sy ckp kat hubby 'ehhh aiskirm'.  Peniaga tuh terus kasi cuba sampel...hhhhmmm manis rasanya.  Rupa2nya madu. 





Kalo tengok pada pameran ni, nampak generasi muda masih hargai hasil2 kraftangan macam ni.  Ramai ajek kanak2 yang mengambil bahagian dalam macam2 aktiviti yang dianjurkan kat booth-booth pameran.  Cuma harga barang karaftangan ni agak mahallah.  Sebab tu rasanya kat Malaysia susah nak berkembang sebab harga yang agak mahal, org kita pun kurang hargai hasil karya seni macam ni.  Org sini ni bagusnya, dorang mmg sokong produk tempatan banding produk luar.  Kalo tgok kat pasar pun, dorg lebih pilih sayur2an tempatan dari barang yang diimport.  Bagus kan....

Ni menarik, ada 4 kayu yang masing-masing diikat dengan benang.  Lepas tu digerak2kan pada jarum peniti tu untuk hasilkan sulaman mcm kat atas meja tuh.  Ni pertama kali tgok ni, mmg jakun kejap tgok nenek ni.


Adik ni sangat bagus, mesra kamera.  Dia tgh menenun kain.  Baju-baju yang dorang pakai pun cantik2 dan ramai yg pakai pakaian tradisional. 

Ni biasalah, patung yang tengok jek mmg tau ni dtg dari Russia :) 


Kayu yang diukir...hubby mcm berkenan dengan yang ni. 

Ada juga peniaga muslim, dari negara2 yg hujungnya 'stan'.  Ada jumpa yang jual pisau yang sgt tajam.  Hubby berkenan dengan set teh dan jug tembikar.  Sy plak berkenan dengan plak tembikar yang boleh digantung kat dinding tu, suker sbb tgok motif lukisan tu cantik.  Ada rezeki nanti leh pegi Kazakstan atau negara berhampirannya.  Nanti nak g cari kat pasar Kievlah.

Hampir 2 jam jugaklah kami kat sini ni, kebetulan duit mmg tak berapa ada sekarang ni.  Jadi kami hanya beli kristal aje le untuk makan2 esok.  Kebetulan isnin depan cuti Hari wanita, jadi senanglah buat makan2 sebab ada 3 hari cuti berderet.  Kat sini ni sy tgok cuti umum dia kurang banding tempat kita.  Semenjak jadi pengurus rumah tangga ni sy dah kurang alert dengan cuti-cuti ni. :)


  

  

Cantikkan kristal2 ni, ada macam-macam warna.  Biasanya yang berwarna ni harganya agak mahal, lebih-lebih lagi kat pameran macam ni.  Sy tanya vase biru saiz sederhana kat atas tuh pun harga dia dah dekat RM400.  Mmg tidaklah kami membeli, tunggulah kami pergi kilang dia nanti kalo ada rezeki.  Maaflah korang, kami tak ambik tempahan yer...ni saja je nak share dgn korang kecantikan kristal russia.  Selain russia, ada jgk negara lain yang membuat kristal mcm ni, antaranya Prague.  Ada sorang staf sini ckp kristal Bohemia lagi cantik dari segi cutting dia.  Sy pun tak pernah lagi menelek beza antara dua ni, tapi dulu adalah kengkawan yang gila mengumpul Bohemia jgk.  Sementara dok sini ni, beli je lah kristal nih.

Koleksi pertama :)


Kat sini sy tertarik dengan tempat simpan coat.  Sebelum masuk dewan ada disediakan tempat simpan coat dan barang-barang, kena beratur untuk simpan dan ambik barang dan kita akan diberikan nombor oleh staf yang bertugas.



Terima kasih sebab baca blog saya ni
*LOVE*



2 comments:

  1. diorang ni mahir dengan hasil kerja tangan ye kak? ada value tersendiri tgk pakaian diorang, kraftangan diorang...cantik dan menarik!

    ReplyDelete
  2. Minta maaf lambat balas komen, malas betul tulis blog dah skrg nih. Iyer, dorg mmg suka buat kraftgn. Kalo pergi pasar pagi dorg, byk lg brg2 dapur mcm bakul, sudu, garfu, souvenir dll dibuat dr kayu n bhn asli. Brg2 dr china kurang kat sini.

    ReplyDelete