Wednesday, 4 March 2015

MOSCOW: Jenjln ke kampung orang





Assalammualaikum dan salam sejahtera

Sibuk betul skrg ni, ada tugas baru persatuan wanita...tetiba dicadangkan jadi setiausaha kehormat plak haihhh. Selain dari pada itu biasalah menjadi tukang masak dan pengurus rumahtangga.  Ni pun dah 2 minggu xvacuum rumah. Terasa memasak pagi dan malam dah cukup membuatkan daku sibuk.  Kekadang pergi mall jenjln dan cari barang-barang yang sy suka, sesekali kuar jenjln ngan hubby sambil mengepau hubby.  Suhu hari ni dalam 1 darjah Celsius dan tadi ada turun salji skit.  Ingatkan bulan mac dah xder salji sebab salji dah mula mencair.  Dulu kat lorong pejalan kaki penuh salji skrg dah xder dah. Tapi kat park masih tebal saljinya.  Saya sukakan salji dan xmo dia hilang, cuma kalo yg tebal sgt sampai nak jln pun susah dan berangin tu jek yang xsuker.  Bagi sy cuaca macam ni sgt elok, kekdg salji turun sikit2 tu suker, suker tgok taman penuh dengan salji dan suker tgok salji tersangkut kat dahan2 pokok.  

Ok sy tahu korang sumer sukakan salji kan, sy nak share gambar2 salji semasa sy ikut rombongan opis hubby pergi bersuka kat country site hari tu.  Sy ni hanya dtg menyibuk ajek.  Tempat ni kat barat Moscow dan ambik masa perjalanan dalam 1 jam lebih.  Cantik tempatnya dan ada jgk chelat boleh sewa, kalo dulu summer dorg dtg bermalam, kali ni balik hari ajek.  




Duduk di tempat bersalji ni nampak mcm seronok kan?, dengan pemandangan putih salji tu mcm nak golek2 ajek kat situ.  Tapi hakikatnya xder le mcm tu pun, cer korang masukkan tangan korang masuk dalam peti ais yg tempat letak ikan ayam daging sumer tu...haaaaa...tu ler rasanya kalo kuar rumah.  Keluar rumah kena pakai berlapis2 dan bertutup seluruh badan, glove wajib sbb kawasan kami ni berangin.  Sy biasa pakai baju 3 lapis termasuk baju sejuk ni.  Kat dalam pakai inner beli kat Uniqlo pahtu pakai baju biasa.  Seluar pun pakai inner jugak baru pakai seluar, seluar plak kena legging yg ketat tuh.  Pahtu pakai stokin, kalo jln atas salji kekadang air masuk dalam dan menyerap dalam stokin, sgt sejuk.  Pahtu kena pakai muffler dan topi.  Walaupun pakai tudung tapi kalo pakai topi lagi selesa.  Pakai berlapis2 ni membuatkan daku gumuk berganda, tu yg lebih xsuker.  Dah ler orang russia ni jenis slim2, cantik2 dan kurus2, naik bas nenek tua boleh kasi seat dia kat sy sbb dia ingatkan sy peknen.  Bila jln kaki lalu salji nak g mall, masuk mall terasa plak panas..kena le menjinjit baju sejuk yg berat tu ke mana-mana.



 Pembukaan yang sgt simple, nyanyi lagu russia oleh sekumpulan pemuzik, pengerusi majlis jemput sorg vip berucap lepas tu jemput 3 bekas pemenang sukan olimpik berucap...lepas tu ada tembakan macam plastik warna warni pahtu bersurai sumer org bergerak ke lokasi acara masing.

Mula2 sampai dulu, staf opis hubby yg dah dok seminggu kat sini tunjuk kulit dia, bila gores jek nampak macam tepung.  Terkejut sy, sy ingatkan akak ni ada kanser kulit..ahahahaaa...rupanya kulit kering walaupun dah pakai losyen.  Dalam sebulan baru sy kena, sy terus sapu petroleum jelly.  Kalo sapu losyen pun ok tapi petroleum jelly lagi cepat sembuhnya.  Hubby plak mula2 tu jek jd mcm tu lama2 dah ok dah, cepat betul dia beradaptasi dengan cuaca moscow ni. Yelah dia rajin sapu losyen pepagi seblm g keje.  Sy kalo tetiba kulit menggelupas dan tegang tu sy cecepat letak losyen sbb kalo dibiarkan kulit akan jadi sakit2.  Muka mmg nampak cepat putih tapi nampak cepat tua sbb kulit menggelupas dan kedut2 dan jeragat nampak sgt jelas ok.  






Hhhhmmmm apa lagi yer berkenaan dengan salji ni, entry ni nak ckp pasal salji jek.  Kalo salji turun biasanya suhu mesti atas dr -10C sbb kalo suhu rendah sgt mcm hari tu -22C, salji dah tak turun dah, cuma kalo suhu sgt rendah ni akan ada cahaya matahari.  Jadi tahulah kalo ada matahari tu mesti suhu sgt rendah.  Jadi nak berkebun tu susah sikit sbb matahari sgt pemalu nak keluar, kekadang sy terpaksa berkejar mengalih pasu bunga ikut arah cahaya matarahari.  Matahari pagi ada kat dapur, matahari petang ada kat ruang tamu plak.  Lepas tu sekejap ajek dalam 1-2 jam jek ada plak tuh.  Sbb tu nak beli tanaman kat sini kena tgok label, kat label ada tulis pokok perlu berapa jam kena matahari.  Ada jgk pokok yang sgt kuat, xpayah kena direct matahari pun ok.....tapi anak benih dia sgt mahal.  






Masa ni dah kurang dah rasa kesejukan sbb dah lama dah kat luar.  Salji sgt tebal dan bersih, sesuailah kalo nak gok bergolek sakan dalam ni.  Sy xnak masuk sgt sbb xmo kasut sy basah, akak ni yg rajin nak main salji.  Tempat ni masih terjaga dan banyak pokok tinggi2, cantik sgt pokok krismas tu kan, masih ada salji melekat kat daun dia.  Masa ni kami turun pegi stadium kat bawah tgok staf yang bertanding main pingpong.  Walau pun tak menang tapi semangat kesukanan tu tetap ler kan kena ada. Tak banyak pun acara yg dipertandingkan, cuma ping pong, ski, bola jaring dan apa lagi ntah.  Ramai jgk diplomat dari pelbagai negara datang. 







Apa pun winter mmg best, sy lebih suker winter dari summer sbb kalo summer tuh lebih baik dok Malaysia ajek kan.  Dorg ckp biasa salji turun sampai april...yayayayaay ...suker suker.  Boleh lagi nak bermesra dengan salji ni.  Kat Ashan dah nampak dah suasana spring, dekorasi pun dah penuh dgn bunga dan pakaian pun dah mula jual fesyen spring.  Aiyaoooo... Mr. Snow jgn pegi lagi!!!

Ok korang, nak turun memasak dinner ni.  Jumpa lagi di entry akan datang yer
*love*



7 comments:

  1. Salam Kak...
    Kat Msia skrg 35 darjah celcius..agak2 ada peluang turun salji tak?kikiki....

    ReplyDelete
  2. Salam Kak...
    Kat Msia skrg 35 darjah celcius..agak2 ada peluang turun salji tak?kikiki....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Ada kot, cer tgok kat iCity tuh..kot2 ada turun 😅

      Delete
  3. Assalamualaikum Salam perkenalan sy n family akan ke Moscow summer nanti..boleh sy tau kalau nk rent apartment area mana yg sesuai dekat dengan all the facilities
    Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm, salam perkenalan jgk untuk awak. Cer tgok kawasan Arbat Street. Arbat ni meriah, ada jln yg byk gerai2 yg nama jek jln tp kereta xleh lalu. Ada hard rock cafe dan ada restoran Taj mahal dan Bosfor restorent yg jual mknn halal. Walking distance dgn Kremlin, kalo xnak jln pun boleh naik Metro, satu stesen jek g Kremlin. Ada beberapa stesen metro kat arbat street tuh yg boleh pegi kemana2 saja dlm Moscow. Boleh naik metro ke Kremlin, Afi Mall dan Partisankaya. Pengangkutan awam kat moscow sgt cekap, cuma masalahnya dr segi bahasalah kot sbb ada sesetgh metro yg guna tulisan russia, english xder. Mmg naik juling bijik mata. Kalo stesen metro tuh adalah interchange stesen lg lah pening sbb kena turun naik eskalator dan tukar2 platform. Tanda arahan kebanyakkn dia dlm bahasa russia. Harap membantu.

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete