Wednesday, 4 February 2015

MOSCOW: Shopping apa

Roti putih biasa RM3.30, 50.56 rubble

Assalammualaikum

Sekarang ni musim sejuk yg teruk, jln sumer bersalji.  Sy mmg takut jln atas salji sbb takut jatuh gedebuk.  Org opis hubby ckp jatuh gedebuk tu satu kemestian bila sampai sini, at least 2 kali plak tu jatuhnya.  Dah banyak kali survey kasut snow yg macam2 design tapi satu pun tak berkenan.  Semenjak tak bergaji bulanan ni, semakin kedekut nak bershopping.  Setakat ni yg saya beli sumer untuk persediaan musim salji mcm shawal, topi bulu2, muffler.  Hubby suker jek recommend barang2 yang murah, lebih2 lagi masa kejatuhan harga rubble hari tu.  Tapi ntah kenapa xde mood nak membeli.  Tunggulah beberapa bulan nanti kalo idup dah stabil sikit.  Sekarang dalam mood window shopping lagi.  Jom sy perkenalkan korang kepada shopping barang makanan kat Moscow ni. Jommm layannn.....

Brocolli 0.4kg RM7.10, 109.21...brocoli antara sayur yg mahal kat sini


Kobis bunga 0.55kg, RM4.7, 86 rubble

Cendawan yg hari tu penuh RM5.10, 78.40 rubble

Cili benggala ni 2 bijik RM2.40, 36.71 rubble

Shopping kebiasaan kami setakat ni shopping brg mknn dan keperluan rumah lah banyaknya.  Maklumlah hari tu dtg bawak baju jek, brg mknn dah tak muat kapal terbang plak.  Kena reject kotak kitaorang sbb terlebih berat.  Yg harunya blender punya jug ada dalam tuh, motor dia ada dlm beg pakaian.  Dah skrg xde blender dah. Harga untuk winter dan summer berbeza sebenarnya, jd yg sy kongsikan ini adalah harga masa winter.  Harapnya byk brg lebih murah masa summer nanti.  Sy letak harga dlm rubble jgk sbb rubble ni salu turun naik harga dia, nanti boleh buat rujukan masa summer.

Dari kiri sos cili RM3.20 49 rubble, kicap cair RM1.60 26 rubbble, sos tiram RM10.40 159 rubble
Mahal nyer sos tiram kat sini, masak mmg jimat cermat...letak sikit jek

Spagetti yg paling murah RM0.80, 12.24 rubble

Dlm RM7.00

Susu RM3.40, 36 rubble

Setelah beberapa minggu di sini dan dah byk membeli barang runcit, bolehlah sy nak share brg mknn kat sini.  Kitaorang beli kat pasaraya, setakat ni xjumpa pasar malam kat sini.  Matiklah beku kalo berniaga pasar mlm kat sini masa nih.  Pasaraya dia besar betul, lebih besar dari Tesco tapi punyalah banyak manusia.  Mmg tak aman nak membelek2 barangan, Pagi petang siang malam ramai orang.  Dorg ckp kalo pegi seawal kul 9 pagi hari berkerja best tak ramai orang tapi setakat ni daku pegi jam 12.00 tghari sama jek ramai orang jgk.  Hari tu pernah kami pegi malam, ayam halal dah habis plak.  Kuat betul dorang ni memborong. Mula2 terasa sesak nafas dengan keadaan macam ni, berlaga2 troli sumer  tapi lama2 dah terbiasa dah.  Syukur tempat timbang brg banyak dan cashier dia pun banyak giler.  Mmg tak lama beratur untuk membayar.

RM4.40, 67.97 rubble

 
Ayam RM11.43, 176.22 rubble

RM19.50, 300 rubble
Kali ke-2 beli sy tunjuk kat hubby harga dia sebenornya mcm ni..terus hubby ala-ala mencarut b***, hahaha kelakar betul, xpernah nampak dia mcm tuh...rasa nak guling2 gelak. Dlm ni ada bahan2 utk tomyam, daun limau purut pun ada...terung pipit pun ada.  


Buah delima RM4, 61.35 rubble

Telur RM4.30, 65.15 rubble

Lobak merah RM1.10, 17.51 rubble
Kat sini sayur mcm lobak, kentang tu dijual sekali dgn tanah tau mcm gambar kat bawah ni.



Timun kecil RM2.30, 35.01 rubble

Tomato RM7. Hari tu beli dalam 6 biji, 108 rubble.

Alahai terung ciput ni pun RM5.79, 105 rubble
Tak beli dah terung lepas nih



Halia 0.42 kg RM17.50, 317 rubble
Ni kali ke-2 kami beli halia
Masa mula2 dtg hari tu beli tp xtgok sgt harganya
Kali ke-2 beli tgok nenek2 tu beli seketul2 ciput jek halia, heran jgk sy
Bila sy timbang, termenung sy sekejap tapi nak buat caner beli ler jgk kan


Sosej halal RM27.50, 500 rubble
Yg ni sosej, mmg dah tau mahal sbb hari tu pernah nampak
tapi sbb nak merasa punya pasal beli ler jgk
Walau pun beberapa ketul ajek
Ingatkan sedap dan byk ayam tapi rupa2nya mcm biasa ajek...agak masin

3 kg beras RM7.60,  117 rubble.  Beras dia xlemak wangi mcm beras kat tempat kita.

Udang RM21.30, 327 rubble...seafood sgt mahal, ni tak sampai setgh kilo pun

Seafood RM8.20, 500g 90.14 rubble.  Kebanyakkan seafood kat sini dibekukan mcm nih.


Daging lembu mmg mahal, ni 0.45 kg pun dah RM23.20, 356 rubble
Daging kambing lagi mahal dari daging lembu


Ada banyak lagilah, banyak lagi resit2 yg tak boleh nak baca nih.  Kami ni kalo tgok barang mmg cari yang murah, barang-barang yang mahal jarang beli.  Barang-barang dia mahal sikitlah dari Malaysia punya kan, tp ada jgk yang murah.  Biasanya barang-barang mahal macam ikan, kambing, daging, seafood, ayam, sesetgh sayur mcm brokoli, kubis bunga, terung, taugeh, cendawan dan barang2 import mcm cili serai sumer tuh. Untuk kami berdua rasa oklah sbb berkerjakan, kalo student tu rasanya tinggi jgklah kos hidup kat sini.

Ohya, barang2 yang kami tak jumpa sehingga kini macam santan serbuk, cili kering, mihun, perencah jenama tempat kita, sayuran berdaun mcm sawi, kangkung, pakis, pucuk manis, bayam, herba macam pandan kesum, bunga kantan, ulam ulaman dll.  Barang-barang keluaran malaysia mmg xjumpa kat sini.  Barang2 Nestle pun xde.  Barang-brg ada yang datang dari Turki, Maghribi, Europe dan Israel.  Negara dari mana datangnya ada dipamerkan bersama nama barang2 tuh.  Ada lagi kedai india dan kedai vietnam tapi jauh dan kena naik metro/bas.

Lepas ni nak mencari barang2 baking plak sbb dah mula teringin nak makan kek dan tart dah.  :)


Beberapa hari yg lepas kami ada singgah ke Vietnam market...nama jek mcm ni tp sebenarnya ada 2 kedai runcit ciput jek pun.  Kedai ni terletak kat dalam pasar besar yg biasa local pergi.  Kalo nak tgok sisi lain Moscow ni bolehlah pergi sini, naik metro dan turun kat stesen Dubrovka iaitu terletak kat line hijau terang.  Pergi pasar ni mengingatkan sy pada pasar Chatucak kat Thailand.  Kira murah ler sbb sumer brg2 kat atas berharga RM30...cili tu sekilo.  Laici dlm tin tu teringin nak minum sbb dah lama xminum.  Selain itu ada kuewtiew, salad dan kunyit hidup.  Sy nak tanam kunyit plak dlm pasu kat sini, nak guna daun dia tuk masak.  

Ok jumpa lagi


2 comments:

  1. huhu..
    klu sy taktau kuat ke tak nak hadapi ni..
    biasa beli kat Malaysia murah..cili padi ke ..brokoli ke..
    akak nak santan serbuk ke?
    boleh ke nak hntr kan barang yang akak nak..
    blh tolong hantar kan wlupun tak berapa reti..huu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo...xpe Lynda sbb kontena kitaorg dah sampai dah
      Lgpun mahal kalo nak pos2 nih
      Setakat ni syukur alhamdulilah boleh bertahan
      Tq..tq

      Delete