Tuesday, 24 February 2015

MOSCOW: Petani de salju



Assalammualaikum

Internet baru ok kat rumah ni dan kami baru balik dari Lisboa, Portugal bercuti CNY.  Syukur dah leh update blog.  Sebenarnya sy sekarang ni aktif kat instagram.  Ramai betul sekarang ni blogger dah bertukar ke instagram, sy pun mula2 buka akaun IG sbb nak follow beberapa blogger dan artis, xaktif sgt pun.  Ada jgk upload gambar rumah rafflesia dan moscow tp ntah kenapa tetiba fb link plak dengan IG, dah kengkawan FB dah tahu sy dah dok Moscow plak.  Rahsia dah bukan rahsia lagi dah.  Tapi sy tetap suka blog sbb dari dulu sy mmg suker menulis dan kat bloglah kita senang nak cari info kan. 

Morning coffee ke-2 saya kat sini

Byk makanan

Ni sy dpt hadiah utama cabutan bertuah, tetiba nama sy naik bila jiran blog sebelah cabut

Gigih memlm buat puding roti ni.  Dari sini dah belajar dah yang kalo untuk potluck ni lebih baik potong siap2 letak dalam pinggan cantik2 supaya senang nak makan dan tak payah bwk banyak sbb orang lain pun bwk lagi banyak.  Puding roti ni mmg sedap, tapi resepi korang google le yer sbb sy buat ni gabungan resepi dari blog Chef Asma dan tips sy ambik dari blog saudara Hairul. 


Salji kat balkoni

Dah berkarat dah, tunggu summer nanti nak bersihkan

Taman depan pun penuh dgn salji tebal

Sejuk2 ni suker minum air lemon + halia + timun untuk mengurangkan lemak2 di badan :)

Souvenir dari Belgium dari jiran, sedap giler oooiii cokelat nih, cun plak tuh..nak mkn pun terasa sayang.  Dah byk kali dah kena perli ngan hubby sbb tak makan2 jgk

Dok di kawasan yang winter nyer lama betul ni, hobi menanam tetap diteruskan.  Mula2 hari tu beli bunga tulip ni, masa ni barang2 dapur dah hampir lengkaplah.  Dah byk kali tgok kat mall tapi byk brg nak angkut, xlarat plak nak bawa...dah ler jln kaki jauh.  Belilah tulip merah ni dan letak kat tingkap.  Tak sampai sebulan tulip ni dah berbunga, cantiklah jgk walaupun saiz dia kecik ajek.  Taklah besar macam yg biasa jumpa kat Cardiff dulu2 tuh.  Excited sgt bila dia dah mula berbunga, tapi dalam 2-3 hari dah layu.  Kat sini bunga2 mcm chipsmore ni lebih murah, xsampai RM10 sepasu tapi tulah, kejap ajek hidupnya.  Tulip ni jenis bebawang, sy keluarkan bebawang dia dan letak bawah singki, nanti 3 bulan lg nak try tanam balik.




Antara bunga lain yang hubby beli seperti aloe vera dan strawberry.  Hubby kuar mlm blik bawak pokok, terus bini dia xjd nak marah.  Nanti nak tambah berdikit2.  Ada jgk tgok pokok yang biasa jual kat ikea RM1.50 tu, tapi kat sini bukan main mahal lagi, dalam RM20 sepasu.  Bila masuk kedai sy mesti tgok dgn harapan harganya dah turun, pahtu kena jeling ngan hubby sbb membazir katanya. Dia suh sy minta kat jiran blok sebelah sbb akak tu byk tanam pokok ni.  Malulah nak minta, lgpun pokok tuh mudah hidup.  Nantilah nak tgok kat kedai lain plak.



Rak bunga yg hubby beli, senang dan cantik bila dah susun.  Lebih teratur.

Syukur alhamdulilah pertengahan januari lepas kontena kami dah sampai dah.  Kira oklah, dalam sebulan setengah kontena dah sampai.  Mmg hubby hampir tiap hari update courier tanya kat mana dah barang2 kami nih.  Sengsara ooo nak jln kaki g shopping mall beli barang walaupun dalam 15 minit jek.  Dah ler pagi, tghari dan malam mmg masak, balik Malaysia dah boleh jadi chef dah.  Kalo ada pun mknn halal mahal dan jauh, tiap hari sediakan lunch box tuk hubby.  Sy dah ler hari tu dah terjatuh gedebuk depan mall Ashan yang besar tu.  Masa tu kami beli barang byk jgk, salji atas jln tu dah kena hujan licin, jln gelap xnampak.  Tempat yang sy jatuh tu plak lopak, macam laju jek sy terlentang kat jalan...xsempat nak memegang pagar sbb tgn penuh dgn brg.  Terus sy jerit kat hubby, hubby bantai gelakkan sy barulah dia hulur tangan.  Lepas tu sy dah ckp xmo dah g mall tu beli barang dapur memlm...mulai dari saat itu urusan membeli brg dapur adalah tugas hubby...kang sy lari balik Malaysia kang...sakit betul pinggang jatuh ari tu. Kitaorg xde kereta, kereta pejabat ada tp tu untuk urusan rasmi ajek.  Geram betul, lebih baik beli kereta sendiri...boleh guna tuk peribadi dan rasmi.  Kalo kereta rasmi ni hubby hanya nak guna untuk ulang alik g keje dan urusan opis ajek.  Ramai kat sini yg beli kereta sbb opis ngan rumah jauh, dan senang nak g pasar.  Nak beli kereta pun mcm membazir sbb kereta rasmi dah ada.  Kekdg hubby tumpang jiran g pasar, lantak lah  xmo dah g Ashan beli brg dapur. Fobiaaaa..............

:)


Rumah dah bertukar jadi kedai runcit.  Ada sesetgh barang mmg ada jual sini tapi kalo dah ada kat rumah tak payahlah nak mengangkut dari mall dah.  Jadi, selagi boleh bawak...baik bawa ajek dari Malaysia.

Moscow ni kira shopping heaven jgklah buat masa ni sbb duit rubble jatuh.  Kat sini ada 3x cut sale nyer.  Hari tu hubby bagitau M&S dah 3rd cut dah, laju jek sy jln g Ashan sensorang beli baju. Yelah 3rd cut ni 70% sale diskaun dah.  Terus memborong ler sy tuk setahun, sib baik saiz sy banyak lagi sbb orang sini kan saiz besar2.  Kalo yg pakai saiz sama mcm orang russia ni kena le beli masa 1st cut tu sbb confirm xde saiz dah tinggal bila 3rd cut.  Bila duit dah habis dok le dediam tunggu elaun bulan depan plak.  Pahtu kena marah dgn hubby sbb bila keluar sy tak beli apa2.  Ehhh shopping salah, tak shopping pun salah jgk ker? Sponsor plzzzz...  

Dah sampai kontena, jom le main masak2 plak.  Ikan bilis kitaorang yang beli kat Sabah tuh dah lemau plak bila sampai Moscow ni.  Dah tak sedap mcm biasa, hubby pun xmo dah mkn ikan bilis ni.  Sayang betul, kalo tuk jd rencah2 masak sayur oklah tapi kalo nak goreng buat masak nasi lemak dah xsedap.  Dah ler kat sini xjumpa yg jual ikan bilis ni.  Kena tunggu balik Malaysia nanti baru leh beli lain.

Sempat buat donut, tetiba teringin kena ler buat kan.  Panas agaknya kontena tu, byk yis sy dah xmengembang bila tuang air suam....dah mati.  Sib baik kat sini ada jual yis jgk.

Terima kasih sbb jenguk blog sy ni


7 comments:

  1. Assalam sis...dah pindah sana rupanya yer..patut ler dah jarang update blog.. bestnyer merasa dok tmpt orang..cuci2 mata..sambil2 hanimun kan sis..hehehe

    bab ikan bilis tu, klu nak makan, ce try cuci bersih dulu..pastu keringkan dlm oven... insyaallah bau hapak dia hilang,.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Dah 2 bulan lebih kat sini. Sibuk pindah randah ni xsempat nak menulis. Skrg dah lega skit,..dah start travel hanimun 😃. Ok, nanti try masuk dlm oven, tq

      Delete
  2. Besnya dok negara org..tima pengalaman..seriously cantik salji tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Aini, mula2 dtg teruja sgt dgn salji. Tiap2 hari buka tingkap pegang salji, pahtu dok perhati salji turun. Byk pengalaman dok negara org nih. 😃

      Delete
  3. Bestlah merasa pengalaman dok kawasan sejuk ekstrim ni, belajar budaya, bahasa, makanan dan cuba berasimilasi sedekat mungkin dgn org russia. Merasa jgk menjadi golongan minoriti Muslim kat sini. :)

    ReplyDelete
  4. akak..
    syioknya tanam strawberi ngan tulip
    amboi..dah bersusun kicap kipas udang..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lynda...kena beli secukupnya kicap kipas udang ni...kalo x boleh bergaduh laki bini nih 😀
      Kicap kat sini xsedap

      Delete