Sunday, 11 January 2015

MOSCOW: Potluck pertama M1Y5

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Bulan Januari ni adalah bulan yang paling sejuk, suhu paling rendah setakat ni adalah -22 darjah. Kebiasaannya dalam -ve belas2 darjah celsium.  Salji makin tebal.  Kalo dulu bulan disember biasa salji turun 3-4 hari sekali, jadi dalam 2 hari tu salji dah mula mencair.  Tapi bulan ni hampir tiap2 hari turun salji, selalunya waktu pagi.  Cuti tahun baru hari tu kami jenjjl ikut jiran pegi satu shopping mall ni.  Kami pegi naik susungut, iaitu bas elektrik.  Dalam 20 minit baru sampai, bila masuk rupanya2 byk kedai tutup.  Kat sini rupa2nya kalo perayaan tahun baru, dorang cuti 2 hari dan shopping mall besar2 pun tutup jgk.  Nak beli brg mknn pun susah sbb biasanya kedai2 mknn jek yang buka.  Kami pegi mkn kedai halal yg jual mknan macam kfc, sumer ada termasuk burger, nugget, kentang goreng, airkrim sumer.  Lepas mkn kami balik rumah, cuaca sejuk sgt dan salji sikit punya tebal.





Nampak tak bas panjang tu, itu lah yg kami panggil 'sesungut'.  Tp sesungut dia xnampak sgt bila dari jauh. :) Kat sini pemandu memandu belah kiri.

Hujung januari hari tu ada morning coffee macam potlucklah untuk Perwakilan Moscow, iaitu macam kelab wanitalah, ni ahli termasuk spouse staf tapi hanya untuk org kitalah, local staf xtemasuk.  Sy tak tau nak masak apa, ada kakak perwakilan yg cadangkan buat mertabak maggi.  Apalagi lepas menggoogle jumpalah resepi yg sedap diambil dari blog Mat Gebu.  Tukang rasanya my hubby, dia tak cakap sedap, dia ckp biasa ajek...kira ok ler tuh.  Rasanya telur mmg kena lebih skit kalo tak maggi tu akan terburai.  Sy buat 2 bungkus meggi untuk hasilkan 4 keping murtabak dan sy buat mertabak sardin sbb itu jek yang ada kat rumah.  Syukur alhamdulilah, sumer murtabak habis walaupun lambat.







Selepas 3 minggu dok Moscow ni barulah hidup terurus sikit, jadi sy masak masakan yang biasa sy masak tuk hubby.  Nasi kuning kat bawah ni tapi sy buat ayam panggang.  Macam hitam ajek kan ayam tuh...itu ayam kampung.  Memasak dengan apa yang ada kat rumah ajek, ayam kg ayam kg lah.  Kat Ashan tu ayam mmg salu sold out.  Hari tu hubby pegi xde ayam biasa. 



Serius barang2 tempatan kat Moscow ni lebih mahal dari barang berjenama yang kita salu jumpa kat KL.  Kalo ada jenama luar pun adalah jenama dari europe yang jrg jumpa kat KL.  Sy sempat membeli boot adidas untuk persediaan musim salji yang tebal.  Dari hari tu lg nak membeli, tp bila pegi jln ngan hubby, hubby suh beli yang praktikal yg kira boleh pakai kat Malaysia.  Tapi mana nak cari, jadi hari tu sy g jenjlan sensorg meredah salji tuk g Ashan.  Baru rasa selesa dan tenang membeli belah...biasa mcm ada jek orang memerhati kat sebelah..hahahahahaaa.  Dah alang2 shopping trus g beli seluar kat M&S.  Kat sini mmg kena pakai seluar ketat2, lgpun sesuai nak pakai dgn long boot kat atas tuh.  Adidas tu ada sale 50%, lgpun staf kat situ ada yang boleh speaking...senang ler nak tanya2.  


Kaksu, bai dah jumpa dah boot :)








Dlm Ashan

Selfie dulu sempena kali ke-2 jln sensorang g Ashan

Pada hari sabtu 10.1.2015 kami buat makan2 kat rumah ajak student M1 year 5 datang rumah.  Buat secara potluck, kami just sediakan nasi ayam ajek, air dan bubur jiran sponsor. Rajin jugak budak2 ni masak, macam2 dorang bawak.  Hubby punya part beli2 barang dan masak ayam panggang dan sy yg buat selebihnya.  Walaupun dengan kekurangan barang2, tapi kami punya byk talian hayat.  Barang2 macam periuk nasi besar, bekas air sumer kami pinjam dari jiran yang rajin bawak mknn ke kedutaan semasa semayang jumaat.  7hb cuti umum sbb hari krismas untuk kristian ortodok.  Hubby sempat lah jgk membeli semua bekalan makanan untuk potluck pertama kat rumah kami ni.

Student dalam 25 org yang datang dan ada jugak jiran2 dtg.  Meriahlah rumah kami, tetamu datang seawal jam 2.30, pahtu makan2 dan dorang main game Mafia, main kad lah dan macam2 lagi.  Dorang ni pun duduk dan kuliah lain-lain tempat, jadi bukan selalu jumpa.  Kami ni ok jelah, hubby ckp harap polis xdtg tangkap kami, nanti reramai plak masuk jail.  Nasib baik rumah ni semuanya tertutup rapat.  Jadi rumah kamilah tempat dorang nak bersosial.  Alhamdulilah menjadi jgk potluck kami ni.  Insyallah lepas ni nak jemput budak2 lain pulak.  YG pertama ni kira panggil yang senior dululah kan.  

Ni jek yg kami mampu beli setakat ni





Main mafia



Jumpa lagi :)

Masa pergi Ashan hari tu ada sorang student yang sangka jiran kami yang baby face tu adalah anak kami.  Dia nampak jiran ni sama2 datang masa dorang pegi seminar hari tu tapi jiran ni dok kat luar dewan ajek.  Sy ckp ngan student tu, kalo jiran tu anak kami, maksudnya kami kena kawin umur 10 tahun.  Hahhhahaaaahhaaa.  Tapi oklah jugakkan, xpayah susah2 nak mendapatkan baby dah, tetiba dah besar panjang dah sumer. Tak lama lagi nak bercucu dah kami kalo macam tuh :).  Oklah korang, dapatlah kiranya korang tolong doakan kami beroleh zuriat di Moscow ini yea, Ya Allah kurniakan zuriat keturunan yang baik kepada pasangan Saifuddin dan Bahiyah. 

Amin.  Tq VM. 
**LOVE*


8 comments:

  1. i actually spotted kicap kipas udang..hehe
    semoga dipermudahkan segala utk akak..dan dikurniakan rezeki baru
    Insya Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Lynda, kicap tu jiran yg baby face tu kasi. Masa tu kami kehabisan grm sbb Ashan tut up 2 hari. Ada jiran blok sebelah Kasi byk grm jgk. Tp jiran baby face ni Kasi lebih sbb dia tau kami nak buat potluck. Masa hubby bwk blik seplastik brg sy tgok byk betul Ada dlm tu...mihun, garam, tepung, sup bunjut.....tetiba tertgk kicap kipas udang tuh...terasa nak menitis air mata. Rindu sgt...huhuhu..

      Delete
  2. bestnya dapat main salji..nanti update lagi tmpat yang cantik ye..lama sangat tak singgah dahh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Suri Naz singgah sini. Insyallah sy akan letak gambar yg lawa2 bila jenjln nanti. Kalo Russia ni dorg selalu bercuti ke St. Peterburg (lebih cantik dr Moscow) dan Kazan (cantik sbb byk masjid dan ramai muslim).

      Delete
  3. Insha Allah, kami sekeluarga doakan bahiyah dan suami akan mendapat zuriat yang sihat, soleh dan solehah di Moscow ni..Amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Sue atas doa tuh. Bila dok sensorang kat rumah ni mmg rasa sunyi sgt.

      Delete
  4. Semoga akak dan suami mendapat zuriat yang baik dan bertakwa. Amin ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Farisya atas doa tuh. Sy doakan Farisya juga bahagia dan murah rezeki. :)

      Delete