Sunday, 4 January 2015

MOSCOW: Untuk pertama kalinya

Assalammualaikum

Minggu ni suhu Moscow dah -ve belas2 dah.  Hari ni sy dah mula pakai inner kat rumah, baru pakai baju biasa.  Masa mula2 sampai dulu, boleh lagi berdress kat rumah.  Tapi sekarang xboleh dah, sejuk sampai ke tulang sum-sum kata orang.  Salji tak turun tapi suhu makin menurun.Duduk di rumah mmg membosankan tapi keluar plak teramatlah sengsara.  Dok berbungkus bila keluar rumah, bila sampai mall kena bukak plak, bila nak balik rumah kena pakai balik.  Jalan kat salji kena hati-hati, tak berani jln laju2, jalan licinkan.

Minggu lepas sabtu kami berhibernasi kat rumah ajek.  Tghari hubby jek kuar g jumpa kengkawan barunya, mostly student le kan.  Kat sini mana ada ramai org melayu.  Wahhh...dah mula nampak dah outing hubby ngan kengkawan nampaknya, tak sampai sebulan nih.  Sy kirim ajek beberapa barang dapur suh hubby singgah Ashan.  Mmg idak ler daku nak kuar g Ashan skrg nih.  Minggu lepas daku kuar sekali jek, itu pun tghari.  First time jalan sensorang kat sini hahahaaa..mmg dasar kan.

Inilah Ashan, mall yang 15 minit jln kaki dari rumah.  Besar, dalam tuh ada byk kedai2 lain.  

Ejaan dalam russian dia AWAN, tapi sebutan dia Ashan sbb huruf W dalam russian bunyiknya SH

Ahad plak seawal jam 7.30 dah kuar jln kaki g metro tepi Ashan.  Punya ler sejuk, l.ain kali sy nak pakai baju 4 lapislah, ni pakai inner + baju + winter coat masih lg terasa sejuk.  Kaki dan jari2 pun terasa sejuk jgk.  Kena cari boot yang sampai lutut yang org sini biasa pakai tuh kot.  Hari tu ada jgk cari tapi mahal oooo...RM300 lebih sepasang.  Lebih mahal dari kasut Adidas.  Kami keluar tuk pegi tgok wayang ngan 2 student medik kat sini.  Hubby dah minta dorg beli tiket siap2.  Kat sini ada 1 tempat yang biasa dorg pegi yang menayangkan wayang2 english.  Tengok wayang ni nampaknya hobi yang mahal kat sini sbb tiket wayang dia mahal, kena pegi pagi2 buta seawal jam 9.15 pagi baru murah sikit, itu pun student rate...nampaknya daku sorang aje le bukan student kat sini.  Tak pe kalo org tu minta kad kampus ke apa daku kasi ajek kat pekerja UKM tu, dorg bukan faham pun kan. :) Ni student yang xabis blajar ni.

Movie pertama kami

Brg Adidas sini serius murah kalo ada sale...eh topi adidas

Kami jumpa budak2 tuh kat metro lepas tu baru ambik metro, pahtu naik 'sesungut' plak sbb jln kaki jauh sikit.  Sesungut tu adalah bas yg guna letrik tu, dorg kat opis hubby panggil sesungut sbb ada tali2 letrik kat atas bas sebijik mcm sesungut.  Panggung wayang tu terletak kat tengah2 bandar, berdekatan dengan bangunan tinggi2 tuh.  Kat moscow ni xbyk bangungan pencakar langit tapi bangunan pencakar langit dia terkumpul kat satu tempat....Ewahhhh panggil budak2 plak padahal dorang ni dah nak abis dah ambik medik, balik nanti dah jadi doktor.  Budak2 ni mmg teror sebab dorang fasih bahasa russia dan kuliah pun bahasa russia jgk.  Penting bahasa russia sbb nanti dorang akan posting kat hospital2 jumpa orang awam.  Tak sangka jumpa student glamer kat sini ni.  Comel sgt dorang ni, bestlah buat kawan.  Kawan2 ngan orang muda ni mmg membuatkan kitaorang kelihatan lebih muda, ni salah satu petua awet muda tau.  :)

Panggung teater dia comel ajek dan tak ramai orang.  Kitaorang tgok movie Hobbit. Daku bukan penggemar wayang, kalo suker pun suker cinta cintun atau komedi.  Tapi sejak berkahwin ni, bolehlah teman hubby tgok citer tahyul dan fantasi macam ni.  Ni lah filem pertama kami kat sini.  Tak faham sgt citer ni sbb tak tgok citer2 sebelumnya.  Hampir terlelap tuh sebenornya.



Lepas tgok wayang kami jln kaki merentasi jenjantas merentasi sungai Moscow yang besor macam sungai Thames tuh.  Hampir beku sungainya tapi belum lagi boleh jln kaki di atasnya, tunggu nanti bulan depan baru boleh agaknya.  Kami memasuki Afi Mall yang ada byk bangunan tinggi tu dan window shopping.  Dulu ada baca yang bangunan tinggi2 ni byk kosong, tp sekarang ni dah banyak dah kedai bukak.  Ada jugak tempat pameran kat atas tuh.  Kami pegi mkn kat food court dia, bestnya ada 3 kedai halal yang kami jumpa.  Satu mknn turki, satu lg fast food dan satu lg mknn tempatan kot.  Ada sijil perakuan halal ditampal. Lepas mknn nak sembahyang plak sbb asar dan zuhor amatlah pendek kat sini.  Student ni tunjukkan kami tempat solat, tempat solatnya kat tangga nak turun ke parking bawah.  Ada sejadah 3 helai kat situ.  Kat sini mmg tempat pekerja muslim sini semayang.  Dulu2 student ni semayang duduk ajek kat kerusi tapi pekerja muslim tu tegur dan ajak semayang kat sini.  Ambik air semayang kat toilet tapi kena pastikan lantai kering, tandas dorang kat toilet xde paip.  Ckp kat dorang, ni first time semayang kat tangga seumur hidup.  Nak buat caner, pandai2 ler membawa diri kat negara orang yer.  

Solat kat tangga

Jom balik

Lepas tu kami shopping kat supermarket dia beli cili, murah sikit cili dia sini banding Ashan.  Jumpa plak jus smooties yang dulu sy suker minum kat Paris ada jual kat supermarket ni.  Lepas tu berpisah dgn budak2 tu kat line cokelat, dorang pegi balik rumah dan kami pun balik rumah le jgk kan.  Balik rumah punya ler penat.  Yelah kat Malaysia kedai sepelaung pun daku bawak kete pegi, kat sini ambik ko...sumer kena jln kaki.  Sakit dah kaki2 ni terlampau byk jln.

Jumaat sy ikut jiran pergi pasar seawal jam 10 pagi.  Ikut sbb nak beli stok makanan sbab cuti tahun baru dan 7hb cuti umum, kemungkinan pasar dan mall akan tutup lama.  Lgpun banyak jgk barang2 yang xde kat mall dekat rumah tu.  Kat sini best jgk pasarnya, luas dan menjual macam2 barang seperti seafood, ayam halal, daging halal, sayur, buah2an dan barang2 runcit.  Benda lucu berlaku hari ni, sy kan pakai spek bila masuk pintu pasar, spek sy berkabus, bila hilang kabus sy tgok dorng sumer dah hilang.  Sy mencari merata pasar xjumpa, hampir 10 minit baru jumpa balik. Padanlah xnampak sbb rupa2nya dorang belok kanan lepas masuk pintu utama tuh. Lepas tu kami pergi beli ikan plak.  Ikan2 dia byk yang xpernah nampak....ikan laut sejukkan....nampak ngeri plak ikan yang bermuncung panjang dan berwajah ganas tu. Kira ikan kat tempat kita comel-comel belakalah kan. 

Masuk kat kedai sebijik2 dalam pasar tu, tercengang sekejap dengan sistem kucar kacir dorang ni, dah ler daku sorang ajek pompuan kat kedai turki tuh.  Barang2 dorang ada letak atas rak, ada jgk letak atas lantai...bahasa kasarnya 'macam stor'.  Kebanyakan barang letak dalam guni atau kotak.  Nak cari bawang putih membelek ler kat kotak2 tuh, pahtu masukkn dlm plastik beg letak atas kaunter.  Best nyer dpt beli serai fresh kat sini, itu pun kena tanya sbb kotak serai kat rak paling tinggi. Semasa membuka2 kotak yang bersepah tu terjumpa plak tomato yang sgt fresh, masih dalam tangkai lagi.  Puas hatilah g pasar ni, byk brg ada.  Lepas tu kami singgah kedai jual brg2 dari india plak tuk bli rempah ratus dan roti prata frozen. Pagi tu hubby ikut staf opis dia naik kete g Ashan jgk sebenonya, baguslah xpayahlah nak memikul barang2 makanan yg berat giler ke rumah.


Pasarnya kering dan bersih

Udang setengah kilo + 2 ekor ikan seabass harganya RM85

Ni beli kat kedai india, harga sumer dalam RM87 jgk

Ayam kg dalam 300 ruble RM18

Ni dalam RM76

Kami juga ada menghadiri year end dinner kat opis hubby.  Kami dapat 3 hadiah tapi yg kecil2 ajek,  sy dpt hadiah sbb jumpa passport dalam henbeg dan hubby jumpa jam.  Hadiah cabutan hubby pun dpt jugak tapi biasa2 ajek.  Tak best sgt sbb sy diasingkan duduk dari hubby, sy duduk semeja dengan local staf.  Bertuah jgk duduk meja ni sbb hampir semua dpt hadiah.  Yg sebelah sy lagi best, dia dpt tiket flight g KL.  Hadiah sy kasi kat staf hubby yg xdpt hadiah apa2, kesian kat dia.  Hubby ckp xpayah nak membawa byk brg balik Malaysia, hanya bawak yang 'significant' ajek.  Bukan setakat berat tapi nak mengemas nanti kat Malaysia tu yang tak larat tuh.

Ada byk persembahan dari staf

Sejak bila lakiku ni pandai berjoget?????

Ok jumpa lagi


2 comments:

  1. mahalnya kos membeli barang dapur berbanding di negara sendiri kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyer , brg2 sini lebih mahal. Setakat ni brg2 kat atas nilah yg sy jumpa mahal giler kat sini. Brg2 runcit lain tu mahal jgk tp xder ler beza jauh Sgt. Skrg ni duit rubble tgh jatuh, jd harga oklah skit. Kalo duit dorg naik, lg mahal harga brg.

      Delete