Wednesday, 21 January 2015

Cardiff Day 1-4

Our journey, kat belakang tuh castle

Day 1

Hari ni pepagi buta kami mengangkut beg yg besar naik bas dan naik underground untuk ke Victoria Coach Stesen.  Keluar kat stesen victoria station ingatkan ada le lif, rupanya nan ado.  Mengangkut le beg tu naik tangga berjemaah dgn sorang omputih yg juga gigih mengangkut stroller.  Lepas tu naik lagi 1 tangga lain untuk naik ke atas, sib baik ada sorang makcik arab baik hati tlg angkat beg partner sy sama-sama.  Kami cari signboard Victoria Coach Station, lastly keluar bangunan.  Nasib baik semlm kami lalu sini, jadi boleh le agak nak pergi mana.  Xde le jauh tapi kena lalu byk bangunan jgk le, dlm 10 minit jgk ler sampainya.  Sampai jek duduk le kami tunggu bas sbb ada setgh jam lagi baru boleh naik bas.  Tepat jam 2.00 pm kami pun naik bas megabus menuju ke Cardiff.  Sini best sbb beg sumer driver tlg masukkan ke dalam perut bas.  Bas ni pun booking online jgk dan ada tempat duduk siap ada meja lagi.  Makanan pun ada disediakan sandwich, tapi kami xnak sebab ingatkan byr, rupanya free.  Perjlnan ambik masa dekat 3 jam.  Kat sini pemandangan sgt cantik dengan ladang yg luas saujana mata memandang.  Ada ladang bunga canola dan padang ragut biri-biri.  Geram tgok biri2 yg montel dan gebu tuh.








Sampai Cardiff, Ms. A dtg ambik kami, lepas tu naik teksi ke rumah dia.  Sebelum tu kami bergambar dengan pokok2 tulip di taman berhampiran.  Dalam 7 pound jgk teksi ni walaupun dekat jek boleh jln kaki.  Boleh naik bas tapi daily pass pun dah 3.40 pound seorng, lebih baik naik teksi, brg pun byk.  Merasa le jgk duduk rumah kat Cardiff ni, rumah Ms. A teres 2 tingkat.  Ada backyard dalam 10 kaki tapi laman depan nan ado, kuar pintu terus jln.  Kekdg sy suker jgk konsep rumah mcm ni sbb ada backyard yg lebih luas di belakang.  Jd aktiviti boleh buat kat laman belakang.  Org kat sini xpakai kereta sgt dan macam sumer org dok rumah, org lalu lalang kat jln pun jarang.  Sweet jek rumah Ms. A ni, tingkat bawah ada bilik kat depan, tengah2 ada ruang tamu, pahtu dapur, kat hujung ada toilet yg super besar.  Yg comel nyer, rumah2 org putih ni setiap ruang ada pintu dan ada heater.  Terkejut tgok ruang tamu ada pintu, mcm xkasi orang masuk jek.  Rupa2nya nak kekalkan panas.  Kat Cardiff ni lagi sejuk dari London, malamnya suhu dlm belas2 kot, mau nyer kami tak menggigil kesejukan kat sini.




Petangnya kami keluar ke taman berdekatan rumah dan kat sana ada macam2 jenis bunga tulip nampak,  lepas tu singgah kat supermarket berdekatan.  Ms. A ckp kalo kat Cardiff wajib merasa Welsh Cake nyer.  Malam tuh Ms. A masak kari lamb, daku masak sayur dan travel partner masak ayam goreng.  Ms. A masak nasi byk2 siap2 sebab esok nak jln keluar bandar.  Kat sini dorang mkn ayam dan daging jek, jrg mkn seafood sbb harganya sgt mahal.  Ayam dia plak kecik2 ajek, mcm ayam kat indonesia tu xbyk lemak.










Byk giler tulip kat sini, mcm2 jenis mcm2 warna




Malamnya tido pakai baju berlapis2, sejuk oooo....  Siap ckp kat Ms. A, malam esok nak kuar malam tuk rasa cuaca sejuk bawah 10C.  Daku mmg suker kalo cuaca yang sejuk2 ni, tak sedar hidung dah berair tapi gatal jgk nak merenda memlm. Masa sejuk ni, baju pun terasa sejuk jgk.  Kena pakai stokin tebal dalam rumah. Pasang heater pun terasa sejuk lg, terutama bila terpegang air paip.

Day 2

Hari ke-2 kami pepagi seawal jam 9 pergi ambik kereta sewa dekat bengkel kereta.  Mmg dorg biasa sewa kereta kat sini, sorry sy tak ingat nama bengkel nyer.  Tak banyak info yg boleh sy kongsi tentang percutian ke Cardiff ni sebab sumernya Ms. A yang uruskan.  Kami ni hanya mengikut saja.  Lepas dapat kereta kami pergi rumah kawan Ms. A plak tuk pinjam GPS.  Kat sini kena pakai GPS yea kalo yg tak biasa tu sbb jln nak pegi Stonehedge tu ikut jalan kg orang.  Lepas tu kami meneruskan perjalanan ke Stonehedge yang mengambik masa 2 jam lebih macam tu lah sbb kami xpandu laju.  Ms. A kata ada jalan yang boleh nampak batu2 stonehedeg ni tapi kami xjumpa jln tu. Tapi xper le, first time pegi eloklah beli tiket dan masuk dalam.  Kat simpang 4 tu ada tempat untuk parking kereta, kami parking kereta dan masuk ke dalam bangunan utama untuk beli tiket.  Selepas tu beratur untuk naik tram, naik tram dalam 15 minit akan sampai kat tempat batu2 Stonehedge.  Sebenarnya tempat ni luas, terletak kat padang ragut dan ladang bunga canola. Tapi yang popularnya batu2 tu je le, tapi ada byk lagi tinggalan arkeologi yg boleh dilihat disini.  Kami jalan2 kat area ni untuk ambik gambar batu dan lepas tu tgok sekumpulan pelukis yang sedang melukis.  Kami di beri sebijik alat eletronik untuk mendengar penerangan tentang tempat2 ini.  Dalam sejam kami posing2 sini, kami pun naik tram balik ke bangunan utama.  Masuk plak tgok pameran dalam tuh.


Cantik betul gambar kat sini tp gambar sy dah xsenonoh dah sbb penat, letak gambar batu aje ler yea

Mcm ni lah yg asalnya


Tgok tu ladang bunga canola, tempat ni adalah dataran berumput yang digunakan jgk sebagai padang ragut kambing biri2

Tepi jln raya sebenarnya, kalo xnak masuk pun boleh cari jln ni tp berderetlah kereta

Sebelum naik tram kita akan diberi alat ni untuk dgr info pasal Stonehenge


Perut pun dah lapar jadi kami berkelah di padang rumput tepi parking untuk makan dan solat.  Best nyer, makan2 berlatar belakangkan bunga2 canola yang kuning, cantik sgt.  Lepas makan kami meneruskan perjalanan ke Bath plak.  Bath ni special sikit sebab area yg kami lawati sebelum ni kawasan landai, kalo ada bukit2 pun rendah ajek.  Kawasan Bath ni kawasan berbukit dan bandar dia terletak di bawah bukit di tepi sungai besar.  Ada tempat mandian orang roman yg menjadi salah satu tarikan pelancong ke sini.  Sy tak tahu sgt pasal sejarah yea, ada jgk tgok tv dulu2 yg orang2 roman ni dtg sini....yg lain tak tahu.  Kat sini cari parking dan bersantai2 di bandar nya yang comel tuh.  Berjalan menyusuri sungai dan deretan kedai2nya sambil melihat kehidupan masyarakat di sini.  Sy tertarik dengan seni bina rumah2 kat sini yg dibina di cerun bukit.  Nampaklah dorg ni mmg teror dalam bidang senibina nih, nampak tersusun ajek.  Selepas menghabiskan masa lebih kurang 2 jam di sini, kami memandu balik ke Cardiff. 


Best sgt berkelah dengan ladang bunga yg menguning dan angin yg nyaman...alhamdulilah


Cantikkan rumah2 atas bukit tuh

Ni tempat tumpuan utama dan wajib pegi...yg terletak di tengah2 bandar.  Sy ni buta seni, lebih2 lg senibina mcm ni.  Berhampiran ada cafe dan beberapa kedai souvenir yg agak murah harganya banding London

Bandar ni ditengah2nya ada sungai


Bandar ni kecik ajek, boleh jln kaki jek pusing2




Tebing sungai dijadikan taman

Kami nak pegi melawat satu Castle fairytale kat tepi laut yang femes tu, Cardiff mmg terkenal dengan banyak Castle nya.  Tapi kami sampai dah lewat, jadik xdptlah masuk. Jadi kami pergi ke satu mall tepi pantai yg xde pantai.  Ambik2 gambar tepi pelabuhan tgok kapal lepas tu kami jenjln cari tempat mkn plak, sambil menikmati cuasa sejuk yg amat.  Terjumpa kedai fish n chipsnya, ada  group orang malaysia tgh makan jgk.  Masa ni sy ckp kat Ms. A 'Nanti akak nak suh hubby akak apply kerja kat opis Londonlah, nak merasa dok luar negara'.  Mmg masin sungguh mulutku, skrg ni dah tercampak kat Moscow dah.  :)

Dalam 9 pound kot, biasalah mkn kat sini...redha aje ler

Cardiff or Wales ni unik skit sbb dia ada bahasa dia sendiri tau.  Kalo dpt surat dr gomen, mesti dalam dwi bahasa, english n bahasa dia.  Kat sekolah pun dorang belajar bahasa dorg jgk.



Lepas makan, kami pergi shopping mall nama ASDA sbb sy nak beli periuk Tefal.  Mmg murah sini tapi lebih murah beli kat Argos sebenornya.  Sy pun membeli 2 bijik periuk Tefal dan 1 bijik periuk Tefal 4 segi yg untuk pemanggang tuh.  Lepas ni kalo xrajin masak lg tak taulah.  Dah lama rasanya xbeli periuk, sekarang ni dok guna periuk yg hubby beli di zaman bujang.  Bising dah sbb periuk dia ada hitam2 dan comot , penutup dia pun dah tertanggal (yg ni xckp kat owner dia, kalo x lagi bising). Laaa...beli barang mmg untuk dirosakkan kan!!! Tak pernah lagi jumpa org yg masak tiap hari tp periuk dia baru mcm kat kedai..ada ke?.  

Ni dah terbang ke Moscow dah.  Best apa beli brg dapur ni, tahan lama.  Kalo beli hendbeg pakai 2-3 tahun dah bosan dah..pahtu lempar dlm stor.


Day 3

Hari ni Ms. A bawak naik bas pegi bandar, selepas pulangkan kereta.  Dalam 10 minit ajek pun naik bas nyer.  Jln kaki pun boleh tapi xlarat oooo.  Kami masuk dan keluar mall.  Sebenarnya brand yang ada kat Oxford street tu pun ada kat sini.  Susah2 ajek shopping kat sana.  Kat Cardiff ni ler kami memborong banyak barang sbb dah nak balik dah kan.  Sampai beranak pinak beg kami.  Dari pagi sampai ke malamlah kami kat shopping mall menghabiskan pound yang ada sampai licin.  Lepas tu balik dan kemas2 barang.  Bagusnya kat negara maju ni sumer kedai ada dalam bangunan, xde bersepah2 tepi jln raya atau siar kaki yg menyakitkan mata.  Nak berniaga sila sewa kedai/kiosk, jadi jln dan siar kaki pun bersih dan senang nak lalu.  Harap Malaysia pun akan jadi macam ni lepas ni. Sy suker konsep kiosk2 mcm kat Giant Stadium Shah Alam tuh...dulu sy penah pegi, ada byk kiosk2 yg jual mknn tradisional.  Bersih dan cantik.

Sy beli ni, kawan sy plak beli mixer.  Berganda harga kalo kat Kl ni.



Harga minyak ikut harga pasaran dan setiap stesen berbeza harga.  Tp mestilah harganya berganda2 dr tempat kita kan

Day 4

Seawal jam 10 pagi kami naik teksi ke stesen bas.  Ms. A tempah teksi online ajek.  Mahal nyer ko naik teksi ni, adalah dalam 8 pound ke bandar yg tak sampai 10 minit pun.  Tiket bas dah tempah awal2 lg dah online.  Naik bas jam 12 tengahari ke airport.  Rasa dalam 2-3 jam jugaklah nak g airportnya, Terminal 4.  Sebenornya flight kami malam tapi saja je nak dtg awal, xmo terkecoh2 lambat.  Dah ler beg kami banyak.  Sedih tinggalkan Ms. A kat sana, kesian kat dia dok sensorang kat sana.  Tapi xper ler dah nak habis dah pun.  Ms. A mmg seorang yang tabah, bijak, baik semestinya dan berdikari, mengenalinya sebab dulu kami satu rumah.  Selesa bawa kenalan2 sy berkenalan dengan dia sbb dia mmg peramah dan sgt informatif orangnya.

Tempat caj henfon

Sampai airport kami lepak2 kat level bawah, kat situ rupanya ada tempat untuk internet berbayar dan caj henfon free.  Terjumpa secara kebetulan dengan sorang pelajar Malaysia di sana yg kebetulan plak anak buah kepada sorang pensyarah kat opis sy.  Kecik nyer dunia nihhhh..  Lepas tu kami check in barang.  Kotak sy letak dalam beg plastik, rupa2nya beg plastik kena seal elok2 xboleh dibiarkan terbuka.  Sy saja letak kotak tu dlm beg plastik supaya senang nak jinjing.  Nasib baik kat luar kotak tu mmg dah sy balut dengan plastik lain, just ambik selotape tu dan seal. Bila masuk plak, kami diberi satu plastik untuk letak brg2 liquid dan sorang dpt 1 beg plastik beg sahaja.  Kena susun elok2 dan kena seal.  Ada sorang minah orang putih kat depan kami yg terpaksa buang sebahagian barang2 mekap dia sbb terlampau byk dia bawa dan plastik xleh tutup.  Dalamnya kami sempat lagi shopping2 beli Maxfactor dan Vicoria secret kat kedai2 duty free kat situ, mmg kebetulan ada sale plak tuh...hhhhhhmmmm rezeki jgn di tolak kan.  Kami naik flight MAS A380 dan sampai ke Malaysia keesokan harinya, syukur dan lega percutian kami telah berjaya dan selamat sampai ke bumi bertuah Malaysia.  Semoga Malaysia akan terus aman damai dan dirahmati oleh-NYA.  Rasanya inilah percutian sy yg paling lama setakat ni dan jugak yang termahal.  Syukur atas rezeki yang Allah berikan.


Jumpa lagi, abis dah entry London Paris Cardiff
Terima kasih sbb sudi singgah blog sy nih



2 comments:

  1. yang seronoknya dok obersi mcm akak ni..
    nilah dia..dpt tgk tempat org yang sejuk mata memandang
    bestnya kak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyer, Moscow ni dah dekat dengan negara scandinavia dan eropah timur
      Senang ler nak jenjln
      Nak g London pun leh dpt tiket murah guna Easyjet, dlm RM500 leh dpt return
      :)

      Delete