Friday, 27 June 2014

Alhamdulilah rumah dah siap



Assalammualaikum

Rumah Rafflesia yg kat Semenyih tu dah siap dah.  Bulan April hari tu dah dapat dah surat bagitau rumah dah siap dan suh settlekan semuanya.  Tapi masa tu nak berkelana jauh, jadi biarkan dulu surat2 nih.  G London hari tu pun siap bawak lg surat ni, memlm g belek surat ni sambil senyum2 sampai ke telinga macam orang gila..hahahahaa...teruk betul kan.  Bayaran bulanan pun dah mula bayar dah bulan April lepas.  Balik dari berkelana tu, baru le sy dtg melawat rumah.  Tapi tak ambik pun kunci lagi, hanya dtg tgok rumah saja.  Nasib baik guard tu kasi jgk sy masuk kawasan perumahan tuh.

Tengah tunggu call dari developer untuk ambik kunci.  Beberapa hari lepas balik dari London tu developer call bgtau urusan bank dah settle dan suh g byr sejumlah RM1450++ dan buat appointment untuk ambik kunci.  Bayaran ni termasuk deposit letrik air, maintenance 6 bulan, stamping dan apa lg ntah.  Masalah jgk sbb kunci tu kena ambik dan kena buat inspection terus, nak kena tunggu hubby free baru le boleh buat inspection, kena pegi masa hari berkerja plak tuh.  Kalo tak, nampak gayanya sumerwomen ni le yg kena menelek sumer tiles kat Rafflesia tu. Aiyoo...


Ehhhh kat celah mana nak tanam pokok mangga harum manis aku nih?



Best nyer rumah dah siap, walaupun bukan nak duduk pun lagi tapi tetap rasa gumbira.  Greenfinger macam saya ni lagi ler seronok sbb boleh mula projek menanam kat tanah sekangkang kera kat belakang tuh.  Cadangnya nak mula menaman vege sendiri nanti, lagi sihat.  Ni sy kongsikan beberapa gambar rumah sy masa sy dtg melawat kawasan hari tu, tp ni bukan semestinya rumah sy. Masa pegi tgok hari tu sy ada pegi pusing2 skodeng rumah orang sbb rumah sy ni bukan boleh masuk pun, tadak kunci.  Tambah takut bila sampai jek, ada je le salesman kasi brochure dan perkenalkan diri ajak sembang + memujuk.  Dah le sy dtg sensorang, tempat tu pun xada org pindah masuk lagi, ada beberapa rumah tgh renovation. Sbb tu kekadang untuk urusan2 macam ni, nak sgt Chenta hati  tuh ikut sama. Harap faham le yer chenta hati daku, isteri ni dah le sebatang kara dok kat KL ni, family jauh.  Besarlah kiranya Chenta hati sy luangkan sedikit masa tolong temankan adinda uruskan rumah ni mana yang patut. 



Lega td dah g byr sumer payment untuk ambik kunci, cuma maintenance masih bawah devbeloper lg skrg ni, nak buat gril pun kena byr deposit RM1k dulu.  Bulan oktober plak le nanti mula byr maintenance nyer.  Nasib baik dah biasa dok umah skrg yg ada kena byr maintenance tiap2 bulan.

Beberapa hari yang lepas dah settle dah bayar duit ke MKH.  Boleh jek parking kat depan opis MKH tu rupanya tp kena bayar le skit, tau je lah kan bandar Kjg ni sesak dan susah nak cari parking.  Yg best nyer opis dorang ni buka masa lunch dan solat jumaat.  Syukur alhamdulilah setel 1 perkara.  Lepas ni kena booking masa utk buat inspection plak.  Nanti nak reno apa2 kena plak byr deposit RM1k kat opis nih..aiyoooo.  Tgh survei2 jgk ni company yang buat grill.

Berkenan betul dgn mesin ni, sy pun tgh nak pasang water system opis ni...utk student dan kegunaan kat foyer kami ambik yg coway punya, yg utk air minum bertapis tu. Tp yg ni best kan kalo letak kat Pantry...(ayat ni tuk penjaga pantry kami kat biologi tuh...*wink*) Tak payah susah2 nak g beli 3 in 1 bagai...tapi kena caj ler, secawan RM1. heheheeee... Kat opis lama dulu pun ada jgk tapi lagi best dgn capuccino + mocca pun ada.

Aiyooo bermula semalam air TAK ada kat rumah, memlm jam 1.30 pagi ada tangki syabas dtg bawak air.  Tapi, nak ke ko menolak2 troli air tetgh mlm ni turun naik lif?.  Tak kuasa le, hubby ada esok, biar dia g ambik air.  Tp tgok org berduyun2 ambik air tu, dup..dap dup dap jgk rasa hati tapi aahhhhhh...tido lagi best, sambung membuta. Sy mmg ada simpan air kat rumah, cukup le tuk 2-3 hari.  Cumanya minggu lepas sy pergi kosongkan 2 storage box kononnya nak ganti airnya...tapi dah sibuk dengan audit dan KIk ni lupa plak.  Alahai...sib baik storage box lain ada air lagik.  Tak bolehlah sy nak share pasal kik ni sbb kumpulan kami ni asyik dapat tempat tercorot jek, dah le hari tu murah sgt rezeki kami dpt cabutan sebagai kumpulan pertama yang bentang.  Cissss....mmg daku xsesuai betul jadik ketua kik ni.  Tak suker sbb sy tak suker buat projek panjang2 makan tahun ni pahtu asyik le kena condemn dan kena tukar itu ini...letih tau + stress. Lelama boleh cepat tua mcm ni.Ni le kik yg pertama dan terakhir tuk sy.  Pahtu tobat, rela lagik sy dok memerap dlm lab mengadap Gc tuh.

Tgok tu lori Syabas...td jumpa bibik yg tgh angkut air kat lif, sy tanya dia ambik air kat mana.  Dia ckp angkat dr kolam tuk air toilet jek...dia ckp xde air mungkin 3 hari :(


Ready tuk angkat air malam nih.  Ptg td turun dr kete trus tanya pak guard dah ada air ke belum, dia ckp xde air lg..huhuhuuuu.  Hubby plak ckp xyah masak masa xde air nih.  Tp masa xde air ni le tetiba gatal rambut nak shampoo, sakit perut, gatal itu gatal ini, panas nak mandi bagai...

Ok bye, lori air dah sampai...jom kita beratur ambik air kat lori syabas....


Sunday, 15 June 2014

Percutian ke London Day 1

Semoga MAS kembali kukuh dan terus menjadi penerbangan kebanggaan rakyat Malaysia




Syukur alhamdulilah dengan rezeki yang Allah beri kepada saya, pada awal bulan april yang lepas telah berjaya menjejakkan kaki di bumi London.  Impian kini menjadi nyata, ntah sedari usia berapa tahun dah impian nak pergi ke bumi London ni pun tak pasti. Semasa kecil daku suka tgok peta dan berangan2 untuk mengunjungi semua tempat yg popular pada peta tu termasuklah London.  London adalah kota yang selalu sangat orang pergi kan dan daku pun sama memasang angan untuk ke sana.  Tahun lepas patutnya daku ikut hubby tour europe tapi masa tu keadaan tak mengizinkan.  Selepas raya hari tu, kawan sy Ms. A yang belajar di Cardiff telah bertandang ke rumah. Dari situ angan2 mula menjadi nyata, ditambah pulak dengan sokongan hubby.  Hubby minta sy check harga tiket semasa MATTA Fair, lebih murah katanya.  Sementara itu daku ada bertanya2 dengan kengkawan yang berminat untuk pergi ke London.  Akhirnya jumpalah dengan kawan sepejabat yang kuat berjalan jugak seperti saya.

Pada bulan september tu, hubby bawak sy pergi booth MAS semasa Matta Fair dan dimaklumkan harga tiket murah dan boleh naik Airbus A380.  Daku bukannya tahu sgt pun pasal A380 ni, tp hubby ckp best dan besar.  Jadi beberapa hari selepas itu, daku telah menutup mata sebelah dan membeli tiket MAS untuk dua orang ke kota London.  Masa tu bergegar2 jgk tangan nak tekan keyboard sbb tak pernah plak sy membeli tiket semahal ini.




Semenjak dari itu daku telah mula membuat persiapan termasuk membaca blog blogger yang pernah bercuti ke sana, terima kasih yang tak terhingga kepada anda semua.  Percutian kami ni adalah percutian bajet, sama seperti percutian sebelum2 ini.  Itineri sy yg buat dan semua persiapan ke sana dibuat selepas mendapatkan rundingan dari Ms. A.  Pada permulaannya, MS. A yg akan jadi pemandu pelancong semasa kami di London dan Paris nanti.  Tapi entah mengapa, ada perubahan rancangan dan Ms. A ada kursus pulak semasa kami pergi ke Paris tu.  Jadi kami berdua kena pergi sendiri, selepas bincang dengan travel partner, Kak S...kami proceed dengan percutian kami tanpa Ms. A.  Yelah Ms A tengah belajar kat sana, xmo susahkan dia.  Awal tahun tu daku beli tiket train ke Paris dan tiket balik naik bas dari Paris ke London.  Ms. A pulak belikan tiket bas ke Cardiff dan dari Cardiff ke Heathrow.  Mmg pening kepala masa ini sebab kira dah lambat dah nak beli tiket train ke Paris ni, harga train sumer dah mahal.  Tu yang bila cerita ke hubby, hubby suggest kami naik train + bas.  Syukur tiket bas masih murah lagi.  Lgpun hubby ckp boleh merasai pengalaman naik feri di Selat Inggeris.  Selepas tu baru tempah hostel di Paris selama 2 malam, juga tempah online.  Jadi perjalanan kami adalah:

Kuala Lumpur-London-Paris-London-Cardiff-Heathrow-Kuala Lumpur

Beberapa minggu sebelum berlepas, terjadinya peristiwa MH370.  Masa ni terasa nak pengsan dan ada jugak terfikir untuk batalkan.  Tapi tabahkan hati dan byk berdoa semoga perjalanan kami selamat....ajal mau semuanya di tangan tuhan.  

Tempahan hostel untuk Paris melalui hostel world.   

Tiket bas dari Paris ke London.  Klik sini 

Tiket train dari London ke Paris.  Klik sini.

Pergi sana sini naik underground dan bus guna Oyster Card.  Klik sini.  Oyster card ni boleh beli di mana-mana kaunter underground.  5 pound akan ditambah pada nilai yang kita nak dan akan dipulangkan bila kita refund card ni balik.  Sy beli 20 pound dan dikenakan byran 25 pound.  Kad ni bawa balik Malaysia sebagai kenang2an.  :)  Boleh aje nak beli setiap kali naik underground tapi pakai oyster card ni kadarnya lebih murah dan menyenangkan. Underground jgk ada capping rate, dimaklumkan oleh tuan rumah 8 pound sehari, jadi kalo dah lebih dari 8 pound dah free le.  Boleh jgk guna untuk naik bas atau feri. Bila masuk bas touch kad...bila keluar xpayah


Tiket dari London ke Cardiff



Tiket dari Cardiff ke Heathrow.  Klik sini.


Hari pertama kami bertolak sepatutnya dari KLIA pada jam 10.30 pagi.  Gigih pepagi angkut beg besar dari rumah ke LRT sbb kebetulan hubby tak ada kat rumah masa ni. Masa ni just bawa beg besar 1 dan 1 beg backpack ajek.  Kebanyakkannya adalah makanan dan sedikit pakaian.  Inner pun bawak jugak 2 set sbb Ms. A ckp inner murah beli kat Primax London ajek.  Inner beli kat Uniqlo, beli sepasang baju dan seluar sbb kat sana boleh tahan jugak sejuknya, lebih2 lagi bagi yang tak biasa sejuk macam kat Malaysia ni kan.  Kalo dok Cameroon Highland tu lain ler.

Masuk kapal terbang jadik strict sikit untuk penerbangan luar negara sbb kes MH370 tu kot, masuk ke kapal pun kena periksa sumer.  Bila masuk kapal terbang, barulah terasa sgt best naik A380 ni, besor dan kami dapat tempat duduk di bahagian belakang.  Semasa pesawat sedang bergerak untuk queue take off, tetiba kami dimaklumkan kapal ada problem dan kena g hanger untuk baiki.  Jadi kapal delay ler 4 jam, kena turun dan melepak mkn kat dalam airport saja.  Alhamdulilah dalam jam 2.00 petang baru kapal bertolak ke London.  Penerbangan hampir 13 jam, semasa dalam kapal tu memula sgt bosan.  Paling lama naik kapal dulu ke Gold Coast ambik masa 7 jam, yg ni 13 jam.  Sekali sekala pergi belakang kat area2 tandas tu mengerakkan badan apa yg patut dan bersosial, ada jumpa sorang kakak tu nak bercuti jgk kat London, byk tip dia kasi.  Dalam flight ni mostly org putih, jadi kalo jumpa orang melayu tu kira best ler.  Kekadang saja je duduk lepak termenung kat tangga yg menuju business class kat atas, suasa gelap sebab lampu dipadamkan untuk kasi sumer orang tidur lena, aku jek tak reti2 nak tido.  Toilet kat belakang ni ada byk jgk, ada jgk ruangan kecik kalo nak solat.


Yummyyy...

Aktiviti kami dalam tu adalah tgok filem, membuta, bersosial  atau tgok pergerakan kapal terbang dalam skin depan mata.  Kat skin boleh tgok kedudukan kapal kat peta, berapa jam lagi nak sampai, suhu di luar dll.  Dari KL kapal ni lalu laut andaman menuju ke India pahtu ke Afghanistan, pahtu menuju Rusia, g Amsterdam dan London.  6 jam pertama tu sgt lama rasanya, selepas tu dah rasa cepat dan tak sabar dah nak jejak kaki ke bumi England tuh.  Makan 2 kali dalam kapal dan sekali dapat jajan, air pun dorang akan serve dalam 2 jam sekali.  Kalo nak air just panggil pramugari tuk minta air. Ada jgk dgr pelancong bergosip, dorg ckp tragedi MH370 ni akan beri kesan pada sales MAS.  Sedih plak masa tu dan berdoa supaya MAS akan dapat bertahan. Lepas ni kena naik MAS lah, kasi support MAS.


Cekap


Sampai London baru tau yang kes kami berpatah balik ke hanger masuk berita, tapi tak pasti masuk tv apa.  Dikatakan flight kami berpatah balik, terasa macam havoc sgt pun dikatakan berpatah balik sbb kami sebenarnya belum pun terbang lagik. Biasa le kan berita2 ni tak boleh percaya sgt.

Dah flight kami delay, jadi dalam jam 9 malam lah waktu tempatan kami sampai ke Terminal 4, Heathrow.  Imigresen tak cerewet sgt, makanan pun dia tak periksa.  Lgpun kami sumer hanya bawa mknn segera dan makanan dalam tin ajek kan, tak bawalah daging fresh atau makanan berair sgt.  Kat imigresen ada jgk ditanya tujuan dtg London dll.   Ms A dan kawan dia yang kami tumpang rumah dah risau dah, takut sesat.  Daku plak mmg xroaming hendfon.  Tapi direction dari airport ke rumah tumpangan kami tu mmg dah tahu dah.




Peta Underground di London dan Metro di Paris boleh upload dalam smartphone.  Tapi rasanya kena print jgklah sbb masa g Paris hari tu xbwk powerbank dan international adapter, dah abis bateri kat Paris.  Nasib baik ingat2 lupa nak naik tren dari Victoria ke White City.  

Metro dan RER map yang hubby kasi, dia dulu ambik banyak bende ni masa pegi sana tahun lepas.  Berpinar bijik mata nak mentelaah map nih.

Sempat berselfie


Daffodil

Keluar dari balai ketibaan, kami terus cari singboard Underground.  Agak jauh jugak menapaknya.  Bila sampai stesen tu terus pegi ke mesin tiket, tak reti plak nak beli.  Pahtu baru nampak ada orang beratur kat kaunter, terus beli Oyster Card kat situ.  Kami naik Piccadilly line ke Hammersmith.  Terbangang2 jgk le memula naik underground ni tapi lebih kurang sama aje le ngan LRT kat Malaysia pun, yg penting kena tgok org buat caner dulu.  Tren ni bagus sbb setiap 8-12 minit ada tren, jadik boleh lagi nak bersantai2 tgok org sekeliling dulu.  Kami dengan beg besar turun kat stesen Hammersmith dan kat situ ada stesen bas...naik bas menuju ke White City, rumah kawan Ms. A.  Tumpang berbayar tau bukan free, tapi murah le banding dok kat hotel kan.  Kalau tak tumpang rumah orang, boleh je tempah hostel kat Malaysian Hall dgn bayaran berpatutan.



Makanan yg kami bawak, jimat.  Paling berat nasi impit, dalam cuaca sejuk mcm ni boleh tahan 3 hari tanpa masuk peti ais.  Untuk tahu barang yg boleh bawa ke tidak klik sini.

Sampai rumah tumpangan tu kami sewa bilik yang ada katil double decker.  Sampai terus membuta ajek sbb perut pun masih kenyang lagi.  Tak sabar untuk menjelajah bumi London esok pagi.

Trip ke London ni mmg sy sediakan tentatif yang detail sbb sy pergi berdua aje dgn Kak S.  Sy sertakan tentatif program untuk rujukan korang yea, sakit pala tau buat tentatif ni.  Masa ni pound sgt mahal berbanding tahun lepas masa hubby pegi.  Sy tukar kat money changer kat Cheras dalam 5.49 untuk pound dan 4.59 untuk euro.  Sy tukar duit euro untuk pergi Paris nanti.  Kat bawah ni bajet seorang untuk rujukan korang, bajet ni utk yg asas aje tau...tak termasuk shopping Longchamp, Clarks, Tefal, MK, LV, souvenir, air, jajan korang tuh.

LONDON Tiket MAS =  RM2850
Oyster card =  40 pound
Train + bus ke Bicester village = 32 pound
Tiket ferry ke Greenwich = 12 pound

CARDIFF
Tiket bas ke Cardiff = 10 pound
Tiket bus ke Airport dr Cardiff = 19 pound
Sewa kereta sehari = 40 pound
Taxi ke town dan ke rumah Ms A = 10 pound
Tiket stonehedge = 15 pound

PARIS Eurostar London-Paris = 94 euro
Eurobus Paris-London = 15 euro
St Christopher Inn, 2 mlm = 72 euro
RER tiket ke Factory outlet di Val de Europe = 13 euro
METRO, 3 days pass Paris = 24 euro


Sumernya  RM6k+++ jgk ler.  Tapi percutian ni berbaloi bagi saya sebab sy pergi semua tempat yang sy nak pergi kecuali Amsterdam sbb Kak S ni lambat bgtau yg dia ada saudara kat sana.  Kalo bgtau awal boleh jgk pegi Amsterdam.  Tapi kena tambah hari le sbb pergi byk sgt tempat nanti tak sempat plak nak shopping kat London.

Bersambung pada entry London Day 2 plak yea, yg lebih detail lagi. Entry Day 1 ni lebih pada informasi sbb kami tak sempat nak ambik2 gambar masa hari pertama ini.


Tentatif program 1
Yg O/OP tu kalo tak silap peak hour dan waktu biasa

Tentatif program 2

Ni stesen Underground dan kedai2 berhampiran, masa tak banyak jadi kena plan shopping baek punya.  Jauh jgk jarak antara 2 stesen ni rupanya, seharian jln pun tak habis cover sepjg 4 stesen nih. Paling best rasanya shopping dari Oxford street ke Bond Street.




Ni tempat lawatan kat Paris dan stesen Metro terdekat.  Tapi tak pergi pun sumer tempat ni, dpt pegi sebahagian ajek.



TERIMA KASIH SUDI BACA BLOG SAYA 
*LOVE*

Friday, 13 June 2014

ARJUNA BETA


Arjuna Beta (Fynn Jamal)
Takkan ku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular
bonda takkan berundur

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi

jalan betul anakanda
tak jelas mata
ambil yang sarat duri

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

chorus

ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu anakanda

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa