Saturday, 20 December 2014

MOSCOW: Plz be good to me



Assalammualaikum

Cukup seminggu daku tumpang berteduh di bumi Moscow, bumi yang maha asing untukku.  Bumi yang tidak termasuk pun dalam senarai negara yg ingin ku jejaki, malahan tidak pernah menggoogle pun pasal negara asing ini.  Segalanya asing untukku, berat rasa hati untuk meninggalkan semua kemewahan hidup di Malaysia tetapi demi menemani suami tercinta yg berpindah kerja di sini, daku sanggup meninggalkan semuanya dan mengambil cuti tanpa gaji.  Dimana pun berada, yg penting kami tetap bersama.

Masa raya haji tempoh hari, daku balik bercuti ke Sabah.  Kebetulan hubby mmg telah berpindah ke Sabah bermula Februari lepas.  Hubby telah memaklumkan tentang perpindahan dia ke Moscow semasa sy bercuti balik kg.  Masa tu seminggu sy hidup terumbang ambing, tak boleh berfikir...nak ikut atau tidak, masih berbelah bagi.  Kembali ke KL, daku menguruskan semua borang2 dan syukur alhamdulilah bos melepaskan daku pergi.  Selesai mengikuti kursus persediaan posting, kami sibuk membeli barang2 untuk masuk kontena plak.  Hubby minta daku shopping kat tesco online ajek dan naik juling mata melihat list barang.  Beratus2 jenis brg yg daku add dlm shoplist dan hubby uruskan bayaran.


Ni baru sikit, bila sumer brg dah beli sumer lantai penuh, tinggal tempat berpijak jek tinggalnya.

Daku telah menyediakan 7 helai senarai barang yg perlu dibawa dari makanan, pakaian, brg letrik, toiletries dll.  Beras pun beli sampai 50 kg.  Bila brg sampai, rumah macam kedai runcit.  Dari Tesco, jusco, econsave, Pak aji, giant, hero, sumer kitorang pegi.  Nak mencukupkan barang2 dalam list satu hal, bila dah beli terasa macam tak cukup plak.  Selepas sumer brg dah beli, kena bahagikan 2 plak, sebahagian kena bawa naik kapal dan selebihnya naik kontena.  Sbb kontena akan sampai berbulan2 plak ke Moscow.  Masa ni hidup mmg tunggang langgang, dgn hal rumah lagi dgn harta benda yang ditinggalkan lg, dgn kerja kat opis lg, dgn segala dokumentasi lagi. Letihhhh...

Yg kanan beli kat Mydin dan yg kiri beli kat MR. DIY.  Mula2 beli kat Mydin, lepas tu hubby ckp yg tu kecik dan longgar.  Cari punya cari jumpa yg kiri tu kat Mr. DIY, cer tgok kaki dia lebih gumuk kan.  Yg ni ler yg sesuai guna kat Moscow, dlm RM6.90 jek satu. 

Pakaian pun sama, nak cari coat, jacket, long john, baju kurung, tudung, dan macam2 lagilah.  Nasib baik dulu pegi London dah beli sikit2.  Ni pegi kawasan ekstrim plak, pakaian dia lebih lagik.  Seminggu sebelum pergi, barang2 dah masuk dalam kontena dan rumah dah normal balik.  Fikiran pun lebih tenang dan hanya perlu uruskan sikit2 aje lagi.  Masa ni tawakal aje le, pandai2lah nanti membawa diri di negara orang.




Muka kepenatan hampir 30 jam perjalanan

Pada malam 12hb Disember, kami menaiki kapal terbang.  Perjalanan kami KLIA-LONDON-Moscow. Terima kasih kepada kengkawan dan saudara mara yang menghantar kami.  Lega sebab dpt naik business class, jadi dalam kapal terbang asyik membuta aje.  Malang bagiku siang nya daku kena cirit birit plak, aduyai mmg sgt teruk rasanya dalam kapal terbang.  Nasib baik pramugara MAS kasi ubat diarea.  Perjlnan ke London dalam 13 jam, transit kat London 5 jam dan sambung menaiki BA ke Moscow yg ambik masa 3 jam lebih ajek.  

Kami turun kat Terminal 4 dan naik bas yg disediakan untuk yg ambik connecting flight ke Terminal 5.  Sampai jek kat Terminal 5, beratur pjg plak untuk imigresen, punyalah ramai orang kat sini.  Lepas tu beratur lagi utk naik eskalator dan bila sampai kat atas beratur lagi untuk security.  Brg berair kurang dari 100ml macam kosmetik, pencuci muka, lotion sumer kena masukkan ke 1 plastik beg yang disediakan.  Seorang disediakan 1 beg plastik saja dan kena diseal.  Brg hubby ada yg kena buang oleh staf situ sbb plastik beg penuh xleh tutup. Brg jadi byk sbb MAS kasi sebeg toiletries dan lotion, nak buang syg sbb sumer yang dikasi tu berjenama plak tuh.  Lepas tu baru masuk dalam flight BA.  Alahai business class BA tu sgt menyedihkan, padanlah MAS byk dpt anugerah tuk business classnya...mmg terbaiklah MAS.

Hari tu dalam WA family sibuk suh ambik gambar salji 


Saat flight menjejakkan kaki kat bumi Moscow, ternampak bumi dilitupi salji.  Kami pakai winter jaket siap2 dan bila keluar kapal jek terus jakun sbb bila berckp ada wap keluar mulut.  Proses dia lebih kurang sama aje, cuma dorg ni agak kasar.  Keluar ajek, ada staf opis hubby sambut kat airport dan kami menolak troli yang ada 5 beg besor gajah tu keluar ke tempat parking kereta kat open space.  Masa ni baru terasa real salji, daku mcm tak percaya dan memijak2 salji di atas tanah.  Local staf opis hubby suh daku masuk dalam kete, dia ingatkan daku kebekuan walhal sebenarnya seronok sgt memijak salji tuh.


Pemandangan dari rumah 


Rumah mmg dah ada dan kebetulan masa ni ada 2 staf hubby dok menumpang kat rumah tu.  Jadi agak meriahlah hidup sbb barang2 eletrik hari tu dorang tlg bawakan dan dorg pun bawa brg mknn banyak. Kami bawa sekotak aje brg mknn tapi itupun terpaksa hantar masuk kontena balik sebab kami dah terlebih muatan.  Jadi ygg ada dlm beg sy ni cuma tuna 2 tin, sardin2 tin dan sedikit jajan.  Skrg ni seorang boleh bawa beg luggage 2 unit aje masuk kargo dan 1 beg luggage (<7kg) ke dlm kabin. Tu yg beg sumer besor gajah dan sukar nak agak berat berapa tuh. Hubby plak byk bawa pakaian, brg opis dia dan duvet yg tebal tuh.  Malamnya dorg yg masakkan nasi untuk dinner.

Hari ke-2 di Moscow

Esoknya kami dibawa oleh rakan sepejabat hubby g melawat Kremlin (Red square) dan Asbat Rd, dimana kami mkn MCDonald dan g Hardrock Moscow. Malamnya jiran atas rumah plak tunjuk jln ke mall dan tunjukkan kami rak yang letak daging halal sumer.  Lepas tu kami cari barang2 seperti beras, buah2an, sayur, jus, roti dan jus...oklah sini byk jgk mknn. Bestnya rumah dalam 15 minit aje jln kaki ke mall besar ni.  Vietnam market pun ada tapi kena naik bas. Nantilah, akan ambik masa untuk explore tempat ni dan sy akan kongsikan dengan korang semua yea.

Bye, salam dari Moscow.

 Salji yg baru turun kat balkoni


Susu.  Kena belajar bahasa russia sini sbb label mknn byknya dalam bahasa russia.  Hari tu tersilap ambik yogurt, ingatkan susu.  Botol sama, warna jek lain.

Hari ni masak kari kambing


Suker beli smoked macarel ni, masak sambal..yummy 


Seeee...kat sini pun ada jual serai, lengkuas bagai


6 comments:

  1. akak..
    mesti serabut kan nk kena pindah negara..
    ahaha..sy yang nak pindah rumah ni pun dah serabut apatah lagi akak
    cerita lah lagi pengalaman hidup di bumi org
    semoga segalanya dipermudahkan utk akak dan suami..
    seronok mmg seronok tp nnti homesick tak..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Lynda
      Mmg serabut, byk bende kena fikir
      Dah biasa dpt gaji tiap bulan kan
      Tetiba jd suri rumah
      Setakat ni xhomesick lg
      Insyallah kalo free sy update blog

      Delete
  2. satu perkongsian perjalanan yang menarik bahiyah, semoga terus tabah dan selesa di bumi asing,pastinya doa restu dari sanak saudara akan terus bersama..In Shaa Allah, salam ukhwah dari tanah air :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Kak atas doa
      Salam perkenalan juga dari sy
      Amin, doakan kami dapat baby kat sini yea :)

      Delete
  3. assalamualaikum..la..dah ke Moscow ke..lamanya saya tak melawat blog ni..anyway saya doakan semuanya berjalan lancar dan happy bersama suami di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, dah dok Moscow dah. Terima kasih banyak-banyak Sue.

      Delete