Saturday, 27 December 2014

MOSCOW: Masih tak hilang penat




Assalammualaikum dan salam sejahtera

Terima kasih kepada kengkawan semua sudi singgah ke blog sy ni, walaupun sy update jarang-jarang dah.  Sekarang ni dah 2 minggu di bumi Moscow, masih membiasakan diri dengan cuaca sejuk yang ekstrim di sini.  Bayangkan aje sekarang ni suhu dah mencecah -16C pada waktu siang.  Biasa suhu paling sejuk pada bulan januari, tapi sekarang ni dah hujung disember...jadi bunga2 salji tebal dah muncul.  Semlm salji turun lebat sgt, macam hujan lebat, dari pagi ke petang.  Bila petang, bertimbun salji ada kat balkoni.  Nak main salji tak payah dah turun taman bawah dah, dah boleh guling2 kat balkoni. Sy just pegang2 aje saliji yang berlambak di tepi tingkap sambil menahan kesejukan.

Masa ni salji tgh turun

Salji menimbun kat balkoni, setakat ini ajek keluarnya :)

Sekarang ni winter, seawal jam 9 pagi baru matahari muncul dan jam 3 petang dah mula gelap.  Jam 4 ptg dah gelap langsung dah.  Oh ya beza masa antara KL dengan Moscow adalah 5 jam.  Jadi siang adalah masa terbaik untuk berWhatapps dan bila malam sumer org dah senyap, sbb sumer org dah lena diulit intan di Malaysia.  Masa berkerja dulu sy ingatkan bila dah jadi surirumah ni sy ada byk masa nak bersantai, rupanya tidak.  Mana tak nya, cuaca kelam aje sepanjang hari, kekadang jek nampak matahari mmg mengundang kemalasan kepada pengurus rumah tangga seperti saya.  Sy rasa masa aktif sy hanyalah pada jam 10 pagi hingga jam 3 petang ajek, sejajar dengan kemunculan matahari..heheheheee.  Ingatkan malam yg panjang bestlah tido, rupanya tidak...jam 3 pagi memasing dah terbangun sbb terasa macam dah lama dah tidor.  Hubby blik dalam jam 6 petang kalo salji xtebal sgt.  Bila salji tebal kekadang bas xder atau jem teruk sbb byk eksiden berlaku.  Jam 8 atau 9 mlm dah tido, kalo bangun jam 6 pagi...dah 10 jam dah tido nyer...pening kepala plak terlebih tido.

Masa solat.  Sy salin dr hubby

Masa opis hour kat pejabat hubby kat kedutaan tu adalah dari jam 9 pagi hingga 5 petang ajek.  Jadi jam 7 pagi sy dah ada kat dapur menyediakan bekal makan tengahari hubby kat opis dan menyediakan sarapan pagi untuk hubby.  Jam 8 pagi hubby keluar dan daku sambung membuta.  Kat Amani daku suker tgok CSI, kat sini xjumpa lagi channel CSI.  Channel ada dalam 65 tapi kebanyakkannya rancangan tempatan, ada jgk rancangan luar tapi byk yg dah di translet ke bahasa russia.  Jadi sy selalu tgok channel Animal Planet, TLC, national geografic dan news ajek.  Chanel jepun, korea dan ZEE ada tp dah ditranslet ke bahasa Russia dan xde subtitle.  Ada jgk rancangan muzik2 tp macam dah terlalu tua plak nak menengok video clip Lady Gaga sumer tuh.  Masa siang ni lah masa untuk memvacuum, kemas rumah dan mencuci kain.  Memandangkan memvacuum dan mencuci kain tu mengeluarkan bunyi bising, jadi sesuai buat masa hari siang aje le.  Hubby dah awal2 sound supaya xmembuat bising masa kat rumah sbb kebiasaan jgk ada yg bermalam di jail.  Jiran2 ni sumer international sumer dan kalo ada apa2 hal dorang akan terus panggil polis.  Jadi nak berjalan pun senyap2 kat rumah ni, xleh hentak2 kaki atau berlari2.  Pasang tv pun xkuat dan kalo memasak kena pastikan pintu tingkap terbuka, hood terpasang  dan bau tak kuat sgt. Takut nanti menggangu jiran plak tercium bau kari sambal belacan gulai bagai.


Caner nak cari shampoo anti-dandruff?

Semlm ada org maintenance check rumah.  Hubby ckp setiap 3 bulan dorang akan check rumah, dan kita bagitaulah apa-apa kerosakan nanti dorang akan dtg baiki.  Semlm dia dtg baiki hood dapur dan tukar mentol lampu yang rosak.  Engineer yg dtg tu setarat uncle dan xpandai plak ckp english.  Jadi macam anjing dengan kucing ler kitorg...berckp guna bahasa isyarat ajek.  Dia nak masa dia baiki sumer tu kita tgok sama-sama, xleh le daku menunggu sambil bermalas-malasan sambil menengok tv kekdah nyer.  Dalam sejam setgh jgk dorang baiki sbb hood tu ada problem sikit.  Setakat ni sy xpandai lg bahasa russia yg simple2, sy tahu baca sikit2 sbb dah mula hafal alphabet russian dan nama2 barangan dapur macam moloko (susu), ric (beras), kofe (kopi), salat (salad), khalyal (halal), khleb (roti), pomidor (tomato) dan nyet (tidak)....itu pun ingat sbb dekat2 dgn english...kihkihkih.  Ntah kenapa ejaan russian ni agak rumit dan bunyik nyer pun terasa pelik.  Hari ni sy belajar 2 lagi bahasa russian iaitu problema (masalah) dan spasibo (terima kasih).  Ingat sbb ni jek perkataan yang sy dpt tangkap masa berckp dengan uncle tuh.  Sy jugak ada intall applikasi untuk translet dalam phone.

Org russia ni sgt berbangga dengan bahasa dia, walaupun dia tau kita bukan org tempatan tapi tetap ckp russia dengan kita.  Kalo kita kat Malaysia, seboleh mungkin nak jgk ckp org putih walaupun tunggang terbalik kan...kat sini tidak.  Dorg rajin nak berckp tp itulah, tak faham pun dorang ckp apa.  Orang2nya kurang ramah dan kurang senyum tapi dorang sebenarnya sangat baik dan tidak akan ganggu kita.  Kekadang kalo nampak kita blur, ada jgk dia menyapa tapi sbb kita pun tak faham dia ckp apa, boleh setakat senyum aje le. Hari tu hubby ada tercicir sarung tangan masa masuk ke mall, bila kami dtg cari balik tetiba sarung tangan tu ada diletakkan kat atas kerusi tepi laluan tuh. Agak jujur jgk dorang ni walaupun kurang mesra.  Sy selalu blur bila membayar kat cashier sbb kat sini kan sume kena buat sendiri, kena masukkan kad sendiri ke mesin pembaca kad kredit, kena ambik pen sendiri dan sign dan kena keluarkan sendiri kad bila dah siap.  Tapi dorg akan tlg buatkan bila sy tak buat apa yang dorang buat.  Kat sini juga bila kita ambik sayur2an dan buah2an, kita kena timbang sendiri tau.  Ada byk mesin timbang yang siap dengan list nombor dan gambar sekali.  Bila kita ambik brg2 tuh, kita kena ingat no yg ada pada label dan just tekan ajek nombor tu kat mesin penimbang dan ambik sticker dan lekatkan kat plastik.  Jgn sesekali menipu sbb kat kaunter byran nanti dorang ada mesin penimbang yang kekdg cashier tu guna untuk check.  

Turun kat stesen ni tau...Simbol M tu adalah simbol metro

Ni tiket masuk Metro..beli kat kaunter, leh pakai utk metro n bas, macam touch n go tapi jenis pakai buang.  Hari tu hubby beli untuk 20 trip. Yg best nyer hanya perlu touch sekali jek masa masuk, bila keluar xpayah.  Masa touch tu akan ada diskrin tunjuk berapa trip baki dalam tuh.  Jadi dalam metro tu kita boleh tukar2 line byk kali pun xpayah byr selagi xkeluar dari stesen.

Stesen metro kat Moscow, dikenalpasti berdasarkan warna.  Memandangkan sy dah pandai baca alphabet russia, sy lebih suker baca tulisan rusia sbb dalam tren dan signboard ada dalam bahasa rusia ajek, dalam english xde.  Stesen dia plak macam lebih kurang aje bunyinya ya ya hujungnya, mmg konfuse mula2 tuh.  Boleh jgk download dalam henfon.

Nasib baik Kak M ni sporting, siap suh ambik gambar kat sini.  Harap dia tak jumpa lah blog sy nih :)

Pemandangan dari kawasan metro, ikut je jln ni

Lunch

Ahad lepas, staf kat opis hubby merangkap jiran ajak jln2.  Akak ni nak beli souvenir untuk dia bawa ke Helsinki.  Hujung minggu dorang ramai yang bercuti, bercuti kegemaraan dorang kat sini adalah negara2 eropah utara dan paris london, amsterdam sumer tuh.  Kitaorang xleh pegi lagi sbb duit pun tak berapa nak ada dan kami setakat ni ada single entry visa ajek, kang dah kuar xleh masuk plak kang.  Nama tempat ni sy pun tak pasti apa benornya.  Kami naik metro dan kena naik metro kat line biru gelap dan turun kat stesen Partizanskaya.  Ni dah kali ke-2 naik metro ni tp sbb kami byk kali sesat, jadi rasanya dah boleh kot sy naik metro ni sensorang dah.  Akak tukang tunjuk jln ni xsuker naik metro dan dah 3 bulan xnaik metro..akhirnya sy yg pegang map metro nih.  Keluar dari metro ni mmg dah nampak pasar ni dengan bangunan ala-ala disneylandnya tuh.  Dorg ckp hujung minggu best sbb byk kedai buka.  Kat dalam ni macam2 ada dari souvenir, topi bulu2, scarf, lukisan, barangan antik, t-shirt, alas meja linen, gelas, archa, karpet, perhiasan dll.  Tapi sejuk yang amat, kami cecepat balik sbb akak tu ckp sy tak biasa lagi sejuk2 macam ni kan.  Rasanya hari tu ada dalam -5C kot sbb nampak macam salji nak turun dah.

Topi binatang original


Patung ni sgt glamer


Lepas dari situ kami  nak ke Arbat untuk pegi Hardrock Cafe, tapi tersilap turun plak.  Bila keluar tetiba sy ckp 'ehh kak, ini ke Arbat..mcm Kremlin ni je kak'.  Kak M ckp 'inilah Arbat'.  Tapi bila jln skit barulah akak ni setuju yang ni bukan Arbat.  Rupanya ni stesen Ploshchad revolyutsii, kami terturun awal satu stesen.  Terus kami masuk balik dan turun kat Arbatskaya. Kat sini ada hotel/hostel murah yang boleh korang pegi dan tempatnya pun strategik.  Kami makan dulu kat restoren Taj Mahal yang halal, tapi biasalah yeah harganya kami mkn 2 orang dah dalam RM120.  Sesekali bolehlah, kat sini makan kat luar sgt mahal.  Kat sini mknn sedap dan tempatnya mmg exclusive siap berlilin bagai.  Itupun kami order 2 nasi, kari kambing dan dalca sayur dan teh.  Lepas tu balik naik metro dan jalan kaki balik rumah.  Huhhhh...lamanya jln.

Ok, nanti sambung lagi yea.


Shawl wool, sesuai pakai kat sini..org2 sini pakai samada jadi tudung nampak jambul atau lilit kat leher.  Ingat yea..nampak bertudung tapi tak semestinya muslim yea.  Selesa pakai, sy pun salu pakai bila keluar.

Gerai terbuka 

Ni gerai berbumbung, gerai jual pelbagai bahan antik, penjualnya pun uncle2 n aunty2


Ada banyak jual lukisan tapi sumer nyer ratusan harganya.  Rasanya kena simpan duit dalam RM600 utk beli lukisan yg besar dan cantik.  Cuma kena hati2 sbb kat sini sbb byk icon bgnn ada lambang keagamaan yang jelas.  


No comments:

Post a Comment