Wednesday, 19 November 2014

Kek Secret Receipe kesukaan saya

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Bosan nyer ngan entry pegi europe yang tak habis-habis lagi nih.  Nak citer pasal makanan le plak.  Kek kat SR, kek apa yang korang suker?.  Sy biasanya suker cheese cake tapi kek lain pun suka jugak.  Biasanya setiap kali pegi ke SR sy akan beli samada New York cheece cake atau cokelat indulgence.  Sekarang ni lagilah, setelah tahu kat area rumah dah ada kedai SR, tiap2 bulan pegi sana beli.  Tahu pun hari tu sbb pick up pizza kat Domino, terus nampak sebelah Domino ada SR.  Wahhh...tersengih sampai ke telinga, terus masuk beli.  Skrg ni daku suker benor order Domino guna online, senang dan mudah.  

Beberapa bulan lepas, semasa google kat forum, ada org ckp durian cheese cake kat situ sedap.  Ehhh...heran, kenapa aku tak tau ni.  Ptg tu jgk g SR tanya, rupa2nya kat branch area rumah tu xde.  Sedey..  Minggu lepas pegi beli ubat dan bandage utk projek KIK kitaorang kat Aeon Cheras Selatan (seblm ni Jusco), terus nampak SR kat situ.  Semasa tgh excited tgok kek, xnampak pun durian kek nyer.  Tetiba uncle cina kat sebelah tu sebut durian cheese cake dan tunjuk kat kek yang bertutup (xtranparent bekas dia) kat deretan kek kat situ.  Wahhhh...ini sudah bagus,  terus daku pun mengorder sama.  Harganya sama jek dengan kek biasa tuh.
.  
Durian cheese cake...giler sedap.  Minggu lepas ada pegi SR dekat area rumah tu, dah ada rupanya durian cheese cake kat situ.

New York cheese 

Cokelat indulgence

Yesss...dah jumpa dah.  Sedap ler bagi saya bagi penggemar durian nih. Harus lepas ni nak beli lagi.  Diletakkan dalam bekas yang bertutup sbb baunya le kan.  Durian, nape le ko sedap sangatttttt!.  Hari tu hubby ada letak dalam IG dia gambar durian kat my home town, Sipitang yg terkenal dengan durian nya tuh, hubby g outstation kat sana.  Sekarang ni tengah musim, murah dan sedap plak tu.  Ada byk jenis durian ada...waaaa windu nak blik Sipitang neh.

Saya pun suka kek ni, tp tak ingat namanya apa

Selain ni, sy suker jgk beli kek tiramisu dan blackforest.  Red velvet pernah cuba tapi lapisan kek tu diletak jem...tersgt ler manis bagi sy.  Dah tua2 ni kena le jaga kesihatan.  Cheese kek yg diletak blueberyy ke raspberry ke pun sy tak suker sgt sbb sy tak suker rasa masam2 campur ngan cheese. 

Kalo ramai-ramai boleh beli kek ni sebijik tapi campur2, macam yang sy biasa nampak org buat kat SR.  Staf situ akan susun cantik2 dan deco mcm kek biasa tuh.  Lg bestkan, xde le muak beli sebijik kek tuh. 


Cantikkan bunga ni?.  Hari tu masa kursus memasak kat times square tu, diajar caner nak buat bunga dari sayur2an.  Ni dari carrot, boleh buat hiasan utk mknn mcm nasi briyani ke, nasi minyak ke, rendang ke.  Itu le keistimewaan nyer seni culinari nih, mknn sama jek tp presentation dorng sgt cantik sampaikan mkn pun rasa gembira dan bertambah2 mkn hahahahaaa.  Byk lg hiasan dr timun, terung, cili dll. 


1 comment: