Tuesday, 28 October 2014

Percutian ke Paris Day 2 & 3



Assalammualaikum dan salam sejahtera.  Entry ni terpaksa gabungkan hari day 2 dan day 3 sbb terasa macam marathon plak nak abiskan percutian ke London ni.  Semputtt...

Day 2

Hari ni pepagi kami mkn nasi impit.  Bawak 4 ketul nasi impit benornya.  Seorg seketul, mkn dengan tuna tin yg bwk dari KL plak.  Bawak mknn sendiri ni jimat, yg ptg tak pilih mkn le kan.  Lepas mkn kami keluar, cadangnya hari ni nak ke La Valle Village.  Sebenarnya daily pass tu hanya boleh guna untuk dalam Paris jek, yg kami nak pergi ni zon lain.  Kena le beli tiket kat INFORMATION kaunter jgk.  Harga tiket pergi balik dalam 13 euro seorg.  Tukar2 tren jgk, cuma kali ni naik RER yg bertingkat.  Dari Gare du Nord ambik tren RER yg menghala ke Robinson/Saint-Remy-le-chevreuse dll dan turun di stesen Chatelet Les Halles.  Tak payah duduk pun sebab 1 stesen ajek.  Turun, lepas tu kat terminal yg sama cari dan naik RER yang pergi Marne-la-valle-cheesy dan selepas itu nanti turun kat stesen Val D-Europe, tak ingat tapi rasanya dalam 45 minit jgk rasanya.  Stesen Marne-la-valle-cheesy ni untuk pergi Disneyland, walaupun sebenarnya dekat ajek dgn FO.



Val de Europe ni sebuah mall besar, msk dlm mall dan terus sampai hujung akan jumpa signage keluar ke La Valle Vilage.  

Mesin bersihkan kasut :)





Gambar terakhir selepas henfon sy habis bateri, dalam FC La Valle Village mmg xde ambik gambar.  Kedai2 dan rekabentuknya lebih kurang sama jek dengan Bicester village.

Lepas tu turun dan kuar stesen jln menuju ke shopping mall.  Terus jln dalam shopping mall tu dan dipenghujungnya akan keluar dan akan jumpalah factory outlet ni.  Tujuan utama pegi sini sbb nak pegi butik Longchamp ler coz kat sini mesti lagi murah kan. Kat bicester village xde Longchamp.  Pusing2 dan keluar masuk butik yg hebat2 kat sini, tapi tak beli apa pun.  Rasanya kat Bicester village lagi best ler, kalo tak sempat kat Paris...beg Longchamp boleh beli kat Harrods.  Beza tak sampai RM10 jek pun dari beli kat La Fayette.  Tapi kat FO ni harga Longchamp lagi murah cuma masa kami pergi ni sumer sold out.  Masa beli beg kaksu kat Harrod hari tu, macam2 color ada.  Kat sini untuk saiz medium tuh hanya ada color putih ajek.  Rasa nak menangis kat situ jgk frust tertonggeng.  Nasib baik sy punya beg dah beli hari tu kat Harrod sama2 dgn beg Kaksu.  Tapi ni sy nak beli beg adik2 sy yang bajet nyer kureng skit...yg sorang tuh kirim air liur jek plak tuh. Bila tanya staf kat situ, dia ckp butik Longchamp ada di Paris, dia ckp turun kat stesen Medeleine.  Kami pun ambik keputusan tuk pergi Paris sbb travel partner sy ni xterbeli2 lagi beg Longchamp.


Sesat2 kitaorang jumpa bangunan nih 



Kami naik tren balik ke Paris dan turun di stesen Medeine, menapak sikit punya lama xjumpa jgk butik Longchamp.  Sampailah kami jumpa stesen Richelliou Drouot, sikit punya lama menapak carik.  Kami cuba cari peta yg ada kat tepi jln, baru le daku terfikir nak pergi La fayette, patutnya boleh jek jln kaki dari situ tapi xmo sesat kami naik tren ke stesen Chausse d'Antin La Fayette. Satu yg daku suker metro ni, bila keluar stesen jek....tercongok dpn mata La Fayette., kat seberang jln ajek.  Terus memborong kat situ le Longchamp.  La fayette ni macam Harrod le jgk, byk butik2 berjenama.  Itu ajek le yg daku mampu beli kat sini, skodeng jgk perfume...tapi rasanya harga lebih kurang KL jek.  Kat sini ada le jgk jumpa beberapa orang Malaysia.

Lepas dah shopping, duit euro pun dah makin nipis, kami balik le hostel.  Malamnya kami pergi makan kat restoren kebab halal depan Gare du Nord.  Daku ambik rice kebab dan partner ambik spaghetti kebab.  Perghhhhhh....sedap le mknan kat sini.  Mmg tak rugi byr 8 euro sepinggan.  Portion dia besar dan org tak ramai sgt.  Masuk2 jek kami terpingga2, dorang kasi salam siap2.  Sejuk le jgk hati musafir macam kami ni dengar.   Dorg ni rasanya mcm orang morocco atau africa utara sbb dorg mcm arab tapi badan xtinggi macam orang arab, dan ada rupa sikit2 afrika, rambut kerinting tapi xgelap sgt.  Lepas mkn kami pegi supermarket terdekat untuk beli air dan jajan.  Lepas tu balik hostel untuk kemas barang.  Esok pagi kami akan naik bas ke London.





Day 3

Bas dari stesen Gallieni bertolak jam 12 tenghari.  Pepagi kami check out dan beli tiket metro.  Sebelum tu pegi breakfast dulu sbb hostel including free breakfast. Day pass tak boleh guna dah sbb diluar zon.  Silaplah hari tu patutnya beli 2 day pas ajek sbb hari ke3 dah nak balik dah. Kami keluar jam 11, jam 11.30 dah sampai ke stesen metro Gallieni, dekat jek rupanya.  Itu pun kami hampir sesat, tanya orang baru le ditunjukan tangga untuk turun ke bawah tanah, terus jek sampai jumpa kaunter tiket.  Kat kaunter kena tunjuk passport dan dimaklumkan no terminal untuk tunggu bas.  Bas kami delay rupanya, jam 1 baru le berlepas.  Masa naik bas ni jumpa le 3 orang Malaysia yg dtg bercuti jgk mcm kami, cuma dorang dr Portugal pahtu g Spain baru g Paris.  Naik bas ni lama, dalam 8 jam kot.  Dalam perjln bas berhenti kat stesen minyak yang ada kedai, boleh beli jajan kat situ.


Kalo tanah kita penuh dengan kelapa sawit dan getah, tanah dorg penuh dengan bunga canola neh






Sampai ke Calais dalam jam 5 petang macam tu, ada peristiwa berlalu sebenarnya.  Kat sini akan ada 2 imigresen iaitu imigresen perancis dan UK. Daku plak terlupa nak bawak sumer dokumen, berlenggang jek turun bawak passport jek.  Iyolah, driver tu ckp france, daku plak dok ikut jek org turun.  Masa kat imigresen Paris sumer xde masalah.  Travel partner daku dah pergi ke opis sebelah dah beratur kat imigresen UK. Daku bila masuk ruang tu pun beratur sama.  Nampak travel partner lepas jek dari kaunter tu, daku pun pergi le kaunter tunjuk passport.  Rupanya dorang suh isikan imigresen form dulu.  Daku pun pergi le isi, pahtu bila isi tak ingat plak alamat rumah tumpangan.  Nampak 3 orang malaysia tu pun dtg, daku pun tanya dorang dok hotel mana.  Dorg ckp dok Paddington Tune Hotel.  Apalagi daku pun ckp nak tiru nama hotel dorang sbb lupa alamat rumah.  Pahtu beratur le balik, bila sampai kaunter, org tuh nak tgok plak tiket penerbangan.  Terus le daku berlari g ambik kat bas plak.  Geram jgk, mcm le aku ni berminat sgt nak dok lama kat negara korang tuh...sib baik bas dah bergerak dekat pintu masuk dah.  Beratur balik, kebetulan yg 3 orang tu masih lg tgh berurusan kat kaunter sebelah, org putih yang check passport daku tu heran le dan tanya samada daku kenal ke tidak budak 3 orang sebelah tuh.  Daku ckp xkenal.  Pahtu dia bebel2 sbb kenapa dok hotel sama tapi tarikh tiket xsama.  Daku fikir yg tune hotel ni kan glamer, mesti le ramai org dok situ.  Lepas tu dia pun lepaskan daku, aaaaahhhh lega.  Selamat le travel  partner aku tuh, lepas macam tu ajek.  Naik bas, ingat kitaorang le paling last naik.  Tapi tunggu punya tunggu, rupanya ada 1 lg family negro xlepas.  Tadi xnampak pun dorang.  Dekat setgh jam jgk kami tunggu baru dorang naik bas balik.  Sampai ke jetty, malangnya kami baru jek terlepas feri.  Apalagi tunggu le kami sejam kat dalam bus tuh.





Dalam jam 7 macam tu le baru naik feri.  Bas parking siap2 kat feri, kami sumer turun dan naik atas.  Best jgk dalam ni, ada dalam 2 tingkat kot.  Dalam ni byk cafe, kedai dan kerusi utk duduk.  Kami lepak kat food court dan daku mkn fish and chips.  Dalam sejam lebih jgk le dlm feri ni, lepas dah sampai seberang turun balik dan naik bas.  Rasanya dalam jam 10 malam jgk le kami sampai Victoria stesen tuh.  Say good bye tuk budak 3 orang tu, kami pun balik ke rumah tumpangan.  Victoria coach station ni rupanya jauh dan berada di luar dari bangunan  yg ada stesen underground Victoria Station tuh.  Matik le mengheret beg esok ni.  Esok pagi kami akan naik bas dari stesen bas ini ler. Aiyoooo... Masa nak naik underground, terpingga2 kejap sbb henfon xleh bukak dah.  Map sumer dalam henfon, sib baik bijak skit g tgok map kat dinding stesen underground.  Yea...lepas ni dah teror dah naik underground!!!

Ohya, harga tiket kami naik bas ni adalah 15 pound seorang, sy beli online jek 2 bulan lepas.  Beli online murah sebab bila tanya budak 3 orang ni, dorang beli on the spot...tiket harga 42 euro.  Oooooo...byk tuh beza, boleh beli perfume sebijik tuh.  Idea naik bas ni adalah idea hubby benornya.  Sbb tiket eurostar mahal pergi balik, jadi hubby cadangkan suh naik bas balik untuk merasai pengalaman naik feri kat Teluk inggeris.  Jauh jgk le teluk ni, mcm xde pantai jek, ada cenuram batu yang tinggi kat pesisir pantai dia.  Susah le skit nak seludup org masuk lalu laut kan.  :) Gambar feri dan dlm feri rasanya ramai dah blogger yg buat, dah penat xlarat dah nak ambik gambar.  

Sorrylah, entry ni panjang skit.  TQ sebab sudi baca blog sy nih.  :) 
Yayyy...dah abis dah entry Paris






3 comments:

  1. ke Paris x sempat pun pegi tpt beli beh murah, huhu
    maklumlah kejap sgt pegi cuma niat nak gi disneyland je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa..kitaorg plak xsempat nak g Disneyland. Walhal sebelah menyebelah ajek kan. Nanti kalo dah ada anak baru lah agaknya boleh singgah. :)

      Delete
  2. Berapa agaknya bajet yg cukup untuk ke Paris?Sebagai guideline...
    Suka baca blog ni..

    ReplyDelete