Monday, 20 October 2014

Jahit lace untuk baju raya


Assalammualaikum dan salam sejahtera

Baju raya tahun ni plain, jadi kena le cari benda untuk mencantikkan baju raya tahun ni supaya menjadi glamer dan bombastik.  Tahun ni hubby kasi kain raya baju melayu dia tahun ni awal lagi dan daku mmg dah plan nak buat baju raya satin tahun ni.  Masa balik KK hari tu daku ada beli semeter kain lace, cadangkan untuk tampal kat baju raya.  Siap belah dua lagi share ngan Bucu.  Kain lace tu kain lace yg utk buat baju tu tau, tapi kalo nak lace yang biasa boleh jgk cari kat Jakel.  


Sy ada beli 2 lace, warna purpe dan pink.  See yg pink lagi menyerlah.

Kain satin ni pun beli kat Jakel jgk, tapi sy akhirnya letak lace pink yang sy beli kat Bukit Tinggi 2 tahun lepas.  Harga pun lebih kurang harga lace beli kat KK jgk.  Suker sbb warna jadi naik, lace pink + satin purple.  Senang ajek nak buat nya.

Ni lah dia kain lace yang sy guna tu, sy ambik kaki dia ajek dan guntingkan lace

Letakkan jarum peniti dulu baru jahit tangan keliling.  Nak meletak jarum peniti tu keras le jgk lace ni, habis luka tgnku

Susun elok2 lace pada bawah kain dan letakkan jarum peniti.  Tgok pada bunga2 lace tu, aturkan kasi simetri.  Tulah sbbnya kalo beli lace kasi lebih sikit sbb kita nak susun lace ni supaya cantik bila dipandang.  Pertemuan lace ni letakkan kat tepi belah kiri atau kanan, kat jahitan baju tu supaya tak nampak sgt.  

Jahit tangan dulu lace tu, kasi kukuh dan terletak. Sy mula buat kat bawah baju.  Lepas jahit baru le sambung guna jahit mesin. Sesetgh org jahit tgn ajek, tapi daku ni jenis ganas, nanti sekali dua pakai dah tercabut.  Saya jahit lurus ajek kat bawah tu, yg kat atas sy jahit ikut pattern bunga.  Untuk bunga tu plak sy terlebih rajin, sy jahit ikut bunga plak, malas lah nak jahit sembat dia.  Kalo xmo jahit mesin boleh jahit sembat ajek.





Best dah ada mesin jahit ni, byk benda boleh buat

Kat bahagian bawah sy lebihkan sikit lace dan lepas tu jahit lurus.  Kat atas sy jahit ikut design lace.  Bila tgk dari jauh xnampak sgt pun jahitan sebab guna benang warna pink yg mcm sama dengan warna lace.  Bila dah siap jahit mesin, baru le kita buangkan benang jahit tangan tadi tuh.



Ini plak jahitan lengkap, iaitu selepas sy jahit bunga.  

Lepas tu sambung kat bahagian tangan plak.  Kat tangan ni jahitan dia mencabar skit sebab lace ni saiz dia besar, hujung tangan punya ukuran plak tak sama besar dan semakin membesar ke hujung tgn.  Jadi pandai2 lah nak adjust kasi sama. 


 

Bawah dah siap, kita buat bahagian tangan plak

Nahhh...ni dia yang dah siap buat.  Dah siap boleh jahit le manik atau labuci supaya lebih cantik dan mengerlip.  Sy tak jahit sbb tak sempat.
Yay..yay dah siap, sy bawa jgk manik dan pearl balik Rompin tapi xsempat nak jahit

Jumaat tu dekan bermurah hati kasi half day, balik rumah ajek terus mengerjakan baju ni, malamnya baru siap.  Siap jek, terus terbaring sakit pinggang...nak raya punya pasal.

Selamat mencuba yea kengkawan!!

1 comment: