Thursday, 18 September 2014

Percutian ke Paris Day 1


Bersambung semula untuk trip ke europe ini.  Pagi jam 6.30 kami keluar terkecoh2 untuk naik train Eurostar, sebenarnya dah lambat tp dah penat susah nak bgn awal.  Naik bus pergi Hammersmith stesen dan turun di Kings Cross St. Pancras International.  Sampai di King Cross tu betul2 jam 7.20, tren 7.55pg .  Kami berlari2 le cari signboard Eurostar, sepatutnya kena check in 30 minit sebelum masa berlepas.  Lega...nasib baik tak jauh dan tak sesat.  Kami melalui pemeriksaan imigresen mcm naik kapal terbang plak, tunjukkan printed tiket, scan beg, cop passport dan terus naik atas ke terminal berlepas.  Mencari couch kami...pjg plak keretapi ni, sib baik pekerja sini ni ok, dorang mmg helpful.  Seat kami sama je le mcm seat keretapi biasa.  Tiket ni dah beli 2 bulan lepas guna online jek, klik sini.  Tapi masa daku beli tuh dah harga RM400++ ler sehala, patut beli lebih awal lagi supaya lebih murah.


Muka blur, kuar tren jek terus nampak kedai2...xde check passport lagi lah


Sortie...ok perkataan baru belajar

Dalam tren ni daku ala2 mengantuk, kekadang tren lalu bawah tanah, kekadang atas tanah.  Tapi daku bantai membuta.  Dalam 2 jam setengah dah sampai Paris.  Turun2 jek tren terus turun kat terminal, xpayah dah nak check2 passport bagai rupanya, terus nampak kedai2 dan orang pun ramai lalu lalang. Tren ni turun di Gare Du Nord, besar giler le tempat ni, terasa sgt pelancong sbb org kat sini ckp Francekan.  Hostel kami kat sini tapi masa awal lagi, lebih baik jln pusing2 Paris.  Jadiknya kami macam ayam terlepas dari reban, blurrrrrr xtau nak buat apa, kami hanya memerhati org lalu lalang dan cuba beradaptasi dgn keadaan kat sini pula.  Lgpun masih terkejut badak, tak sangka org ulu macam aku ni dpt menjejakkan kaki ke Paris.  Dari sini dah nampak dah beza Paris dan London. London lebih sejuk, orang2nya ramai orang putih mcm tepung dan berambut perang, formal, polite, lebih bergaya..dorg pakai but, long jacket, make up dll.  Kat Paris ramai orang kulit hitam, bukan hitam macam Africa tapi mcm orang2 morocco tu yang hitam2 tp putih skit.  Lepas tu kulit org putihnya (org putih ke?) lebih gelap sikit, rambut kerinting panjang, pakai jeans...muka dorang ala2 drama latin yang kita tgok kat TV tuh.


Kat sini yea beli tiket nyer

Tiket 3 hari dan tiket g Val D-Europe..alahai ciput nyer

Lepas tu kami pusing2 cari Metro untuk naik tren ke Arc the Triompe tak jumpa. Nampak ada ramai orang berbaris kat kaunter INFORMATION tapi kami ni nak beli tiket, terus jln lagi.   Jumpa dah mesin tiket tu tapi bila beli tiket, kena guna coin plak. Aiyoooo...kami mana ada syiling lagi, note sumer 50 euro.  Nak beli guna kad kredit plak, dia terima kad kredit euro jek.  Ergggggggggggggg...Lepas tu tanya orang, ada orang ajar cara beli tiket.  Betullah cara kami tu sbb mesin tiket dia boleh pilih bahasa english.  Seblm ni ada nampak dalam blog org beli tiket banyak2 kat  mesin tiket.  Kami try tukar duit kat kedai jual minuman tapi dia ckp dia xde coin byk, dia ckp beli tiket kat kaunter yang tulis INFORMATION. Baru le kami pergi balik kat kaunter tadi tuh. Staf kaunter tu ckp dorg ada day pass untuk visitor...yey..yes...ini baru le betul.  Terus kami beli 3 day pass untuk 24 euro dan dikasi bersama brochure.  Dia kasi sekeping cenonet tiket dengan brochure, tapi sorry brochure dia dah diterbangkan angin masa tgh lepak kat Eiffel Tower.  Tapi dia ada 1, 2, 3, 4 day pass, pilih jek mana.  Kat sini first time dgr org sebut perkataan 'bonjour'.  :)







Sebelum ni dah study dah line Metro kat Paris ni, kat sini lagi pening sebab dia ada dua iaitu Metro dan RER.  Ohya..tiket day pass tu valid untuk Metro, RER dan bus yea tapi untuk pusing-pusing dalam bandaraya Paris aje.  Berbekalkan map yg dirompak dari hubby yang ikut tour europe tahun lepas, jom kita tour paris plak.  Kami ambik tren dan turun stesen Charles de gaulle etoile untuk ke Arch de Triompe.  Nama-nama stesen dorang sumer gempak2 nampaknya.  Keluar2 jek tren, terus terpampang depan mata Arc de Triompe nih.  Ambik2 gambar lepas tu lepak duduk.  Tengah2 duduk ada sorang pompuan hulurkan kertas untuk sign, daku tak nak...dia paksa jgk...daku pun ambik dan baca.  Barulah tahu dia nak minta derma, daku tgok sumer orang letak 20 euro.  Daku pun pulang balik, pahtu dia suruh sign jgk..mcm kan sign tu free.  Pahtu daku terus pandang dia dgn muka garang dan say 'NO'.  Terus dia blah.  Kat sini ada butik2 hebat jgk, boleh jln menyusuri jln ni ke Stesen Concord, ni ala2 Oxford street le kot. Tapi kami g sini bukan untuk shopping, terus meneruskan perjlnan naik tren balik dan turun di  Bir-Hakeim.  Sebenarnya masih teringat geli geleman sy tgok sorang pemuda tgh seret 2 anjing dia yg besar giler tu jln, anjing dia nak duduk nak berak tapi dia paksa tarik jgk, jadi najis anjing dia tu bersepah2 le area Arch de Triompe ni, ada yang terpijak sbb tak perasan.  Tak bermoral jgk dorang ni kan, patutnya dia bawa bekas dan kutip najis anjing2 dia tuh....tak senonoh betul.  Dah le anjing dia besar mestilah najis dia byk giler.   Sebenarnya ada stesen lg paling dekat iaitu stesen Champs de Mar tapi kami naik line 6 yg tak lalu situ.  Metro kat sini guna nombor, kat signbord dia pun tulis nombor jek.  Tapi jgn risau dari stesen ni mmg dah nampak dah Eiffel tower dan juga ada byk signboard.  Dalam perjlnan lalu le kiosk2 yang jual souvenir, hubby ckp beli jek souvenir kat sini sbb lagi murah.  Belilah jgk beberapa souvenir untuk diri sendiri, dok negara maju yang matawang dia sgt mahal..hanya mampu beli untuk diri sendiri ajek le.  Daku beli jgk shawl yg ada gambar eiffel tower dgn harga 15 pound untuk 2 shawl.  Lepas tu beli t-shirt sorang staf yang kirim, ada beberapa kiosk kat sini.









Sebenarnya kan ada 1 tempat tu yg kalo bergambar akan nampak Eiffel Tower ni tapi sy tak tau tempat tuh

Inilah belakang kiosk yg jual souvenir, akan jumpa otw g Eiffel Tower.  Benornya nak beli shawl yg mcm hubby beli dulu tu, yg seblh gambar lain, sebelah gambar lain tp xde.  Kain shawl dia pun elok jgk.  Selain tu beli key-chain, FM dan plak piring hiasan.  Ada jgk nampak replika Effiel tower pelbagai saiz.  Sib baik beli kat sini sbb xjumpa pulak kat tempat lain yg jual souvenir nih.

Kami meneruskan perjlnn ke Eiffel Tower.  Ntah kenapa tak teruja sgt le tgok Eiffel tower ni, mmg nampak mcm besi ajek pun.  Rasanya dalam gambar lagi cantik.  Kami melepak di taman kat situ sambik berborak dan makan nasi impit dgn daging brahim.  Kami mmg xtergesa2 sgt pun, rasanya Paris ni macam overate pun ada.  Ada jgk le beberapa list yang nak pergi tapi itu pun kalo sempat, kalo xsempat pergi xpe...sebab sejujurnya dah rindu kat London. Hahahahahahhaaaaa....  Rasanya org Paris ni mcm xreti nak menghias pun ada jgk, masa skrg ni mcm ada pembaikan kat sini, kat bawah Eiffel Tower ni ada byk brg2 pembinaan di longgokan.  Walaupun berpagar tp mmg xcantik dipandang.  Sikit punya ramai org beratur nak naik atas ya tuhan.  Nasib baik ler partner sy ni pun tak berminat nak naik atas.  Lepas hampir sejam, kami pergi ke stesen Champ de Mars dan turun di stesen St-Michel Notre-Dame. Yg bagusnya kat Paris ni stesen metro dia sgt dekat dgn tempat tumpuan pelancong.  Keluar jek terus terpampang depan mata Notre Dame de Paris, ditepinya ada sungai.  Kami lepak situ kejap jek sambil ambik2 gambar.  Ni sebenarnya gereja, jadi kami xmasuk le kan, tgok dari luar ajek. Travel partner terhidu plak bau semacam kat pokok2 ni, bau baja kot.








Lepas tu kami masuk balik stesen dan kononnya nak naik RER ke Gare du Nord.  Tunggu2 punya tunggu nape xde yea...kami pergi seberang terminal plak...ehhh tak de jgk.  Terus tanya kat org kulit hitam yg jaga kat situ, terus dia suh pergi hujung naik Metro no 4.  Kat sini kat landasan ada penjaga yg kawal org turun naik.  Rasanya dlm peta mmg ada RER yg pegi Gare du Nord tapi napa ntah hari ni xde, mungkin peak hour kot.  Jadi kami pun ikut signboard Metro no 4 dan turun di stesen Gare du Nord.








Daku menempah St Christoper Inn dengan harga RM161 semlm utk 2 malam.  Patutnya kami kena pergi depan Gare du Nord dan hostel tu dekat jek ngan stesen ni.  Tapi kami ni tak pasti yg ini ke pintu depan dia,  berjln le kitaorang kehulu ke hilir cari, lastly tanya pekedai kat situ, baru le dpt arah yang betul.  Rupa2nya mmg kat situ le pintu depannya, nampak Hotel Mercuree ke apa ntah.  Lalu depan Ibis Style hotel, nampak Hotel Hilo, pusing2 depan Hotel Hilo...rupa2nya hostel kami ni sebelah jek.  Hahahahaa...mmg xnampak sebab dia terkedlm skit.  Sebelum bertolak hari tu mmg dah check in dan byr online dah, jadi kat kaunter cuma ambik kunci jek.  Terus naik tingkat 1 bilik kami.  Daku tempah 4 bed room, female level.  Best betul le hostel ni, bilik luas...ada meja, ada singki.  Toilet pun byk.  Yg ptg sumer pompuan, ada jgk level khas utk family.  Katil dia ada langsir, jadi kalo org bukak lampu pun xkisah.  Ada port USB kat kepala setiap katil kalo nak bukak laptop.  Lepas tu kat bawah katil ada macam kotak besi, boleh letak brg situ dan boleh kunci dgn pasang mangga yg kita bawak sendiri.  Cuma malangnya daku lupa nak bawak international adapter.  Roomate kami sorang dari German dan sorang lg dari Brazil.  Malam kami pusing2 tepi Gare du Nord beli smootie, roti, air mineral dan kekacang.  Depan Gare du Nord ni ada restorent kebab halal.  Hati-hati jgk yea beli jus dalam botol kat supermarket sbb kekdg dorang letak gelatin binatang.


Pintu depan Gare du Nord

Hotel Mercuree yg betul2 depan entrace Gare du Nord, mula2 nak dok sini tp kena dok 3 malam minima plak.  Sumber klik sini.  Kat bawah hotel ni ada kedai kebab halal yang sedap sampai menjilat jari. :)

Area ni kawasan org kulit hitam benarnya tapi tak kisahlah, mcm ok jek dorg ni.  Cuma dorang tak peramah sgt le..senyum pun tak, tapi dorang tak ganggu kita pun.  Kalo kat London, bila dorg perasan kita tgok dorang, dorg akan senyum dan ckp 'hello' or 'hi'.  Ramai jgk org kulit hitam yang kami tgok pakai songkok, ramai muslim kot dorang nih.  Mlm ni kami mkn nasi impit jek.  Rasanya nasi impit dan roti adalah mknn yg flexsible banding maggi kot sbb maggi kena cari air panas.  Sekarang ni byk hotel dah sekali dgn cafe, jadi cerek susah dah nak jumpa kat hotel2 murah nih.

Malamnya tido dengan aman.

Bersambung di entry seterusnya ya.











Bunga2 ni jumpa area Eiffel Tower





6 comments:

  1. Suke la bace entry akak ni.. X sabar lak nk tggu trip saya nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq, semoga gembira untuk trip Hafeeza nanti :)

      Delete
  2. sgt memberi inspirasi..tapi kena tunggu anak2 besar sikit supaya senang sket nak travel bersama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyer..lg best pegi dengan anak-anak kan :) Negara maju, nak travel sana-sini pun senang

      Delete
  3. Salam kenal sis..syok baca blog travel..aduh tringin juga g europe..tp kos tinggi anak ramai ekekk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm, xpe anak2 pun rezeki jgk...rezeki yang takde tolok bandingnya. Insyallah nanti ada le tu rezeki pegi europe. :)

      Delete