Monday, 18 August 2014

Terkini dari kebun atas awan



Assalammualaikum

Semasa kitaorang balik Rompin raya cina dulu, byk pokok sy terjejas sebab kekeringan, lepas tu pun kami pegi Dungun jgk lama.  Ditambah plak sy busy plak tak sempat nak membelek pokok tiap hari.  Selepas balik dari London barulah ada masa nak membelai dorang ni.  Lgpun dah lama pokok-pokok ni tak berbuah terutama jambu air ni.  Masa balik raya puasa hari tu, syukur kerosakan hampir tak ada.  Sbb seblm keluar rumah sy letakkkan botol air mineral 4 liter yg telah dicucuk 1 lubang guna jarum.  Air akan menitis keluar perlahan2, bolehlah kan dari tak usaha langsung.   Sekarang ni suker makan telur sbb kulit telur boleh letak kat pokok buat baja.  Nampaknya berjaya jgk usaha sy nih.  Sebelum ni pokok mulberi sy berbuah 4-5 ketul ajek, skrg ni sy dok kira hampir 20 bijik buah dia dah.



Terpaksa guna tali tuk tegakkan dia, kalo tak dia tersenget ke depan mencari matahari

Sedap dan manis. Balik dari opis mesti dtg terjah tgok dia dulu...  Buahnya terlalu berat sampai sy terpaksa ikat ranting dia ni dgn tali ke pagar

Yg depan ni buah awal, xelok sgt.  Lain kali buah awal sy nak buanglah

Ciku pun tgh berbuah tu, adalah dalam 5-6 bijik buah dia yg sederhana besar.  Jambu air macam biasa, cuma dia dah byk tumbuh daun dan ranting baru kat ranting lama yang botak tuh.  Mangga harum manis sy hari tu dah tumbuh ranting, sy terlebih excited sampai terpatah ranting belah kanan dia...skrg ada sebelah jek lagi tinggal.  Bukan main meninggi lagi dia nih skrg, ntah muat ke tidak ni nanti nak bawa pindah ke Rafflesia. 


Buah dia banyak, kekadang sy ambik buah dia dan lumurkan ke rambut untuk kurangkan kegatalan dan kelemumur

Tanaman baru sy adalah pokok limau kasturi.  Hari tu pegi Tapak Semaian Baharom kat Bandar Tun Razak, terberkenan plak ngan dia ni, buah besar2.  Masa tu pegi ngan jiran, jiran sy lagilah siap beli pokok kantan dan mulberi lg.  Skrg pokok mulberi jiran sy tu sangat subur, kalo diumpamakan manusia tu mesti dah obes dah tuh.  Baru2 ni sy pegi rumah dia, mulberi dia ada byk buah, hampir ratusan kot.  Sgt jeles ok...


Yg ni saya salu letak dalam masak kicap atau buat ulam

Keladi ni sy buat singgang ajek


Tenggek burung ni subur giler, sy dah termakan dah pucuk2 dia

Sy suker buang daun2 kunyit yang kuning dan buangkan jgk anak2 dia yg terbantut.  Sy akan ambik daun kunyit ni tuk balut ikan sebelum panggang kat kuali pemanggangTefal.  Gigihlah dulu sy mengangkut Tefal dari UK, rupa2nya dah murah dah kat KL ni.  Minggu lepas g Aeon Cheras selatan, sy tgok ada sale tefal jual harga lebih kurang jek ngan harga sy beli kat UK.  Sempat lagi sy promote kat sorang pompuan yg tengah banding2 harga dengan brand lain.

Kekadang terfikir jgk nak carikan pasu2 putih yg besar tuk balkoni ni.  Tengok balkoni orang putih tu cantik sgt dorang deco.  Tak pe, lepas ni kalo pegi IKEA bolehlah beli pasu2 yang cantik tuh. Dulu penah tgok tapi mahal yg amat le plak sebijik, kena fikir byk kali.


Sebulan yg lepas rambut sy gugur melampau2, bersepah2 kat rumah dan kat opis...rasa dah separuh rambut gugur...takut nyer kalo botak kan.  Sy ambik daun aloe vera ni dan lumurkan ke kepala setiap hari selama seminggu.  Lepas tu dah xgugur dah.  Skrg ni 2-3 kali seminggu sy lumurkan ke rambut.  


Halia dan kunyit ni biasa sy akan ambik untuk masak harian.  

Teringat dulu masa mula2 tanam pokok kat balkoni ni.  Ada byk jgk pokok2 sy yg mati dan tak subur.  Kebanyakkan tanaman sy masa tu sy bawak dari Sipitang naik belon.  Masa ni ubi kayu pun sy tanam tau, byk spesies plak tuh tanam.  Ulam raja sy mati, pucuk manis sy pun mati, daun kesum kering, pokok kari sy terbantut dan daun dia kuning.  Masa mula2 dulu sy suker susun pasu berjarak 2 kaki setiap satu, konon nak cantik tapi lepas tu byk pokok sy mati kekeringan.  Lepas tu sy kumpulkan semua pokok sy rapat2 kat sudut balkoni...amboi bukan main subur dorg sumer.  Bila Ms. A dtg rumah, sy citer kat dia, Ms. A ckp mungkin pokok2 ni nak jgk persekitaran asal dorang yg 'wild'.  Rupa2nya anak pokok kari sy yg tinggi sikit dari lutut tu suker dok bawah org lain...makin bercambah dia dan daun dia makin hijau dan lebat.  Sampai skrg walaupun pokok dia dah besar sikit tapi dia xboleh letak kat tepi nanti daun di menguning..skrg sy letak dia bawah ketiak pokok jambu air. :)  Pandan lagi teruk, dia sy letak paling ke dalam.

Makin penuh balkoni ngan pokok2


Tgok ni daunnya dah kuning sbb sy dah pusingkan ranting jambu air yg menutupi dia, putri lilin tau dia neh

Pengalaman try n error inilah yang lama2 byk mengajar sy ttg keperluan pokok2  sy ni. Sy mula beli pokok buah2an yg tinggi ni sebagai peneduh kepada pokok2 herba sy.  Sy plak bukanlah teror sgt, biasa sy beli pokok ni kat nurseri dan sy akan cari pokok yang dah besar dan dah nak mula berbunga.  I is jenis tak sabar ok, xlarat nak menunggu pokok2 ni tumbuh dari bijik benih.  Pokok2 yang tak sihat dan tak boleh diselamatkan lagi, sy lupuskan ajek. Tanaman plak kena pilih2 mana yang sy salu guna kat dapur baru tanam sbb ruang balkoni yg terhad.  Kalo ikutkan hati, mmg sumer bende nak tanam benornya.  Sy rajin membelek2 pokok2 sy sbb pokok2 ni salu benor ada musuh, bena yg warna putih tu ada, kekadang ada ulat yg kalo dibiarkan akan menggondolkan pokok limau daku.  Makan pokok limau purut daku yang daun pun tak berapa nak ada tu sampai togel.  Ada jgk jenis mcm sarang labah2 tu, sy siap ambik tisu basahkan dan lap kat daun2 pokok keladi sy.  Daun2 tenggek burung suker ada mcm tahi lalat macam tu, sy potong dahan dia buang..nanti dia tumbuh pucuk baru.  Mmg byk jgk le keje maintenance nak buat kat pokok2 nih.  


Lepas raya 2014 sy berazam utk mula tanam pokok sayur2an pulak.  Sebelum ni ada tanam tapi hanya letak tumpang kat pasu tanam herba ajek.  Pasni nak beli pasu empat segi panjang plak tuk tanam sayur. Sy nak mula tanam sawi, bayam dan kangkung...yg mudah2 ajek.

:) *love*



No comments:

Post a Comment