Monday, 11 August 2014

Raya Aidilfitri Tahun 2014




Assalammualaikum dan salam sejahtera

Selamat Hari Raya, maaf zahir batin dari saya.  Jika ada tersilap kata dan terguris rasa, mohon dimaafkan semuanya yea.  Tahun ni giliran kami beraya di Kuala Rompin Pahang plak.  Balik kg hari sabtu petang sbb hubby tak sihat, baru balik dari KK.  Otw balik, singgah di gerai jual daging kat Kuala Pilah  beli tulang tuk sup makan ramai2 berbuka puasa kat kg.   Baju2 raya kami tahun ni, sumer sy hantar dry cleaning, tak payah nak seterika2 sumer dah......punyalah pemalas.  Terasa santai jek beraya tiap tahun sbb tak perlu nak terkejar2 nak pergi beraya ke dua-dua belah keluarga.  Itulah kebaikannya kalo kawin dengan org jauh ye dak?.  

Seperti biasalah kalo hari raya ni, dari banyak2 gambar yang diambik, biasanya hanya sekeping ajek yang senonoh.  Yg lain tak payah ckp lah, tgok ajek gambar di atas tu...tu ada lagi tu gambar tengah korek idung bagai.  Ni berdua pun sikit punya susah nak ambik gambar berdua, nanti kalo anak berbelas2 orang tak tau ler gayanya macamana.

Syukur alhamdulilah, tema raya hampir sedondon kami setakat ini.  Sebelum ni ada kena sipi2 aje colornya, ada yg tak kena langsung pun ada :)


Tema ni tahun 'berselfie' agaknya




Baju raya ni Kak S yg tlg jahitkan, hari tu tailor dah xambik tempahan.  Tq Kak S. :)


Beraya di rumah kawan sekolah hubby

Hari raya pertama biasanya pergi masjid semayang raya, pahtu sesi bersalam2an dan kasi duit raya ke anak buah + FIL + MIL.  Juadah raya ni adik ipar yang masak rendang ayam + daging dan nasi impit, mmg dia yg paling rajin memasak dalam family....kalo dia blik kg, sumer org boleh lenggang kangkung. MIL plak sediakan ketupat.  Sehari seblm raya daku tlg masukkan beras dalam ketupat jek, itu pun ditlg oleh anak2 buah seusia  5-7 tahun.  Lepas tu sesi bergambar sesi selfie yg diketuai oleh suamiku.  Kali ni ambik kat halaman rumah plak sebab senang nak cari angle dan pencahayaan yang elok.  Lepas tu kami pergi beraya ke rumah mertua kakak ipar otw ke Tg Gemok, sedapnya makan soto ayam.  Lepas tu kami pegi masuk Felda plak, pergi keluarga angkat hubby masa sekolah rendah.  Setiap tahun mmg kitaorang akan pegi beraya ke rumah ni tapi tahun ni baru sempat bertanya mcmana hubby boleh ada keluarga angkat plak kat sini.  Dulu ingatkan sbb hubby penah jadi cikgu di sekolah berhampiran, rupanya kisahnya lebih awal lagi iaitu program anak angkat semasa dibangku sekolah lagi.  Kesian mok ni, anak ada le dalam 6 org kot...seorang jek anak lelaki tapi anak lelaki dia dah meninggal dunia plak 2 tahun lepas.  Sedih plak tgok....mok ni ckp hubbylah pengganti kerinduan dia kat satu-satunya anak lelaki dia tuh.  Lepas tu sambung beraya di sekitar kg plak.




Raya ke-2 plak MIL pepagi dah buat nasi dagang.  Biras yg excited nak belajar nasi dagang, daku mcm dah tepu sbb dah byk kali buat mcm xbest.  Mood nak masak nasi dagang tak datang lagi kot tahun ni.  Seblm subuh lg MIL dah kat dapur memasak, daku bangun sumer dah siap...baek punya menantu hantu nih.  Lepas tu kami bergerak ke Kemaman plak, pegi beraya ke saudara sebelah FIL punya family.  Malam baru balik Rompin.  

Raya ke-3 sebahagian dah balik dah pergi beraya plak ke belah MIL dorang, yg bujang pun dah ada yang balik semula ke KL.  Hari ni makan2 kat rumah ajek, kakak ipar sebelah rumah masak ayam kg.  Sy dan biras pegi ke pasar jgk cari lauk nak masak sikit2.  Malam pegi ke rumah adik ipar plak. Raya ke-4 sumer orang dah balik tinggal sy dah hubby jek.  Kami ke pasar plak cari lauk2, dah bosan makan daging dan ayam,,,hubby beli ikan dan tempoyak.  Yg best nyer kat kg ni, tiap2 pagi g pasar carik bahan mentah buat makan petang dan mlm. Jarang sekali beli simpan lama2 dalam peti ais.  

Kami balik ke KL raya ke-5.  Sebelum tu sempat singgah g pasar kejap beli ikan masuk dalam cold box, fresh sumer ikan2 sini.  Beli stok tuk seminggu punya.  Rasa lengang jek KL, sumer org tak balik lg.  Perjlnn balik KL smooth aje le...jem skit2 jek kat area Kuala Pilah.  Risau tinggalkan rumah lama2 sbb risaukan pokok2 tu, takut jadi kering kontang.  Syukur sumer pokok selamat, termasuk jambu air yang tgh masak ranum.  Menjadi jgk cara letakkan botol air mineral yg ditebuk dan dibiarkan menitis perlahan tuh yea.  6 hari kami tinggal pun masih ok, lg pun cuaca tak panas sgt.  



Ni sumer gambar anak buah yg kat Perak, dorang pun tak balik Sabah raya ni.  Rajin tlg mak dia buat kuah dan masak.  Rindunya ngan budak2 nih...



2 comments:

  1. Assalam..Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin sis..

    tgk gambar, meriah la jugak kan..kitorg pun raya thn ni kat Kelantan umh hubby..so mmg xde ler terkejar2 sangat klu compare dengan org kawin negeri dekat2 ni...

    siap penuh aktiviti makan tido..makan tido jer kat umah sbb raya kat Kelantan biasa2 jer.. kalau raya kat Swk, sampai raya ke5-6 org masih jenjalan lagi..heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Juls Julie, tq Selamat Hari Raya...maaf zahir batin jgk yea.

      Biasanya kitaorang pun jrg beraya tp 2 bulan lepas FIL kena strok, jadi raya ni bawak le dia pegi melawat saudara mara terdekat.

      Kalu kat Sbh pun mcm tu jgk, raya ke-3 pun ada lg yg dtg beraya pakai baju raya dan bersamping sumer. Hubby yg 1st time raya kat Sbh dulu pun heran, meriah betul dia ckp, xberhenti org dtg rumah. Kat kg biasanya kalo family dekat dtg beraya akan dtg dengan family sekali + anak2.

      Delete