Tuesday, 19 August 2014

Percutian ke London Day 4

Tower bridge kat belakang tu



Assalammualaikum dan salam sejahtera semuanya

Sy sambung Percutian ke London untuk hari yang ke-4 plak yea.  Tak sangka ramai plak orang google tentang trip ke London ni yea.  Ramai orang berminat nak bercuti ke London kot, yelah sekali sekala keluar pergi negara maju kan seronok jugak. Cadangnya nak buat entry sebulan sekali jek tp xpe, sy cuba percepatkan terutama untuk London dan Paris nih.   Hari ke-4 ni tentatif kami cuma nak tgok Tower Bridge dan Tower of London ajek.  Lepas tu kami nak naik feri ke Greenwich plak.  Sebelum ni macam nak ke Camden Town, tapi tuan rumah kami cadangkan kami pegi ke Greenwich ni merasai pengalaman naik feri menyusuri Sungai Thames plak.  Lepas tu sambung balik untuk shopping kat Oxfort Street.

Dlm gambar cantik tp bila depan mata xcantik sgt sbb persekitaran dia dah byk bangunan moden :)

Kat belakang tu Tower of London





Tiket untuk masuk Tower of London boleh beli kat sini


Cantik nyer bangunan mcm piramid tuh

Cantik jgk kawasan sini nih

Hari ni kami pergi ke melawat ke Tower Bridge, kami keluar rumah tumpangan seawal 9.00 pagi.  Seperti biasa kami naik bas dr rumah tumpangan, naik underground dan turun di stesen Tower Hill.  Hari ni topup lagi 10 pound oyster card.  Keluar saja dari stesen underground, tetiba ternampak tulip yg sangat cantik kat taman depan stesen tuh.  First time secara live tgok tulip di taman, biasa tgok kat kedai bunga ajek.  Ada beberapa color tulip yang ada, apa lagi kami pun berhentilah mengambil gambar.  Selepas tu kami mencari2 pulak Tower of London, pergi seberang jln baru nampak orang ramai beratur nak beli tiket dan beratur nak masuk.  Kami tak nak masuk dan bergambar saja diluar berlatarbelakangkan Tower of London yg sebetulnya adalah sebuah istana.  Kami menapak ke tebing sungai dan mengambil gambar berlatar belakangkan Tower Bridge.  Tower bridge ni adalah jambatan yg merentasi Sungai Thames, ada byk jambatan lain tp yg inilah yg paling cantik.  Kekadang ada org confuse antara Tower Bridge dan Tower of London.  Tak heran sebab namanya lain dan ia terletak sebelah menyebelah jek pun.

Kat sini lah kalo nak pegi naik feri, ada kaunter beli tiket kat depan tuh


Kitaorang tgh beratur tunggu feri

Feri yang kami naik tu lebih kurang mcm ni lah


Semlm tuan rumah ada sebut ttg feri ke Greenwich, ala yg dulu-dulu belajar geografi tuh.  Patutnya kami ke Camden Market tp rasa macam xbest sgt plak nak shopping sbb duit pun tinggal ciput jek lagi.  Jadi kami decide untuk naik feri ke Greenwich.  Jetinya berdekatan saja dengan Tower Bridge dan harganya untuk return tiket adalah 12 pound seorang.  Ada kaunter tiket di sini untuk beli tiket...sediakan ajek pound nyer.  Kami beratur tunggu feri, lama jgk sbb kami terlepas feri. Sambil2 tu melihat orang naik dan turun feri sebab dari sini boleh jgk pegi ke tempat2 lain.  Negara moden kan, cekap jek dorang mengendalikan feri ni dan safety mmg sangat2 diutamakan, sign board ada merata2 dan ada SOP yang dorang kena ikut.  Rasanya dalam 30 minit sekali ada feri pergi sana.  Bukan setakat feri ke Greenwich, boleh jugak naik feri ke London eyes, Embarkment dan lain-lain tempat.  Naik feri dalam 20 minit dan turun di jeti Greenwich.





Kat belakang tu Greenwich town



Ada taman kat sini


Jom balik 

Sejujurnya macam xde apa sgt pun nak ditengok ditepi2 sungai ni.  Dah 4 hari di London, otak dah mula menyerap semua pemandangan dan makin lama makin nampak sama ajek dengan pemandangan kawasan lain di London.  Kami berada 30 minit saja di Greenwich dan kat sini macam xde apa sgt, ada macam kapal yg seakan muzium dan ada jgk seakan pekan kalo nak explore dan juga ada taman.  Tapi kami xbyk masa untuk explore, sempat beli buah2an di Mark and Spencer food.  Rupa2nya Mark and spencer ni byk betul kat London ni, ada jual baju dan ada jgk yg khusus untuk food saja.


Oxfort street

Tempat kami shopping Clarks



Kami naik underground balik dan turun di Oxford Circus. Jumaat lepas kami jln kaki dari Oxfod Circus ke Totenham Street.  Kali ni plan jln kaki ke arah bertentangan plak iaitu Oxford Circus menuju ke Marble Arch.  Rasanya laluan yg kami lalu ni adalah lebih baik dari jumaat hari tu sbb kedai2 lebih besar.  Mula2 jumpa kedai Clarks, kedai ni lebih besar dari yg kami jumpa jumaat lepas tuh.  Sempat membeli sandal Clarks di sini tapi saiz daku xde, terpaksa le ambik saiz 4, daku pakai saiz 3 di UK iaitu saiz 5 di Malaysia.  Rasanya harga kat kedai Clarks sini murah sikit ajek le dengan harga kat KL.Selepas tu kami keluar masuk kedai macam Zara, Uniqlo, Debenhum, M&S, H&M.  Last sekali shopping kat Primax, kat sini Primax dia sgt besar.  Kalo korang xde byk masa baik ikut route kami hari ni banding route jumaat hari tu, kedai2 dia sama jek cuma lebih besar.  Shopping kat Primax, travel partner sy byk shopping kat sini beli blouse.  Mula2 ingatkan dah nak tutup sbb ramai sgt orang, ntah kenapa ramai sgt orang memborong kat sini pahtu nak byr pun beratur pjg.  Daku mcm tak berkenan plak ngan barang2 kat sini, macam ala2 Mydin plak.  Tapi daku beli le jgk legging, inner dan beg london.  Lagipun hari ni ahadkan, dorang byk tutup awal.  Keluar Primax, kaki dah lenguh dah, kami pun decided nak balik...lgpun dah jam 6.00 dah pun kan.  Kami naik kat stesen underground di Bond Street.  Tak tercapai cita2 nak jln kaki sampai stesen Marble Arch....jauh ok.  Malam ni nak mengemas beg dan masak sikit untuk bekal trip esok g Paris.  Kat area sini juga terdapat kiosk2 menjual souvenir.


Jomlah balik, sampai sini ajek le sanggup jln

Hari ni ntah underground line yang direct pergi umah tumpangan rosak plak, kami terpaksa cari line lain dan turun kat Hammersmith stesen, sepatutnya turun kat White City yang tak payah tukar2 tren.  Malamnya kami cuci kain guna mesin basuh yang ada heater.  Jakun kejap sbb kat KL jarang jumpa kan.  Nasib baik jgk kami basuh awal sebab nak tunggu kering ada le dalam 6 jam.  Lepas tu xboleh sumbat byk sgt sebab nanti akan berkedut.  Tapi best le sebab siap jek dah boleh lipat.  Lepas tu sesi merebus nasi impit plak.  Dinner malam ni tuan rumah yg masak sebab kebetulan ada guest lain dtg.  Kami kena mengemas brg sbb malam esok guest ni nak tido bilik ni.

Banyak le jgk bende baru belajar kat sini, cara hidup orang di bandar2 besar. Dorg sgt prihatin ttg penggunaan air, sgt berjimat dan menjaga sumber air dorang supaya tidak dibazirkan.  Tuan rumah ada anak pompuan sorang umur dalam 3 tahun dan baby tunggu masa nak keluar :).  Nampak le mama dia bawa dia pegi ke school iaitu taska, kat sana mama nya ckp ada byk mainan disediakan.  Boleh le dorang belajar bersosial, tp mamanya bawa dalam 2-3 jam jek, beberapa kali jek seminggu.  Nampak kat sana kehidupan dorang lebih santai, byk masa ngan anak2 sbb mamanya surirumah.  Papanya plak walaupun sibuk dengan kuliah tapi tetap ada masa nak outing dengan anak2.

Ok, bersambung plak di entry yang seterusnya yea.  Banyak nyer entry tuk London Paris ni, nak senang cari korang boleh klik kat Label London di belah kanan tu yea.


 Ada kiosk boleh beli souvenir, sediakan aje pound nyer



Sebenarnya malu nak tayang apa sy beli tapi sbb dah ada yg tanya, di sini sy letakkan hasil shoppingan setakat ni.  Sy tak beli barang2 mewah, hanya beli barangan kegunaan biasa saja.  Harap boleh membantu kengkawan yang pegi London.  


Beli kat Oxfort Street.  Nak design cantik kena beli kat sini sbb design kat Bicester village mmg menyedihkan.

Perfume dan gelas beli kat Debenhum.  Longchamp beli kat Harrod.  Gelas tu dlm kotak, tp sy terpaksa buka dan balut dlm baju seblm masuk dlm beg sbb dah xde ruang dah.  Kak S beli gelas raya kat sana, cantik2.

Souvenir yg sy beli kat London + Paris dan area Cardiff.  Souvenir sy lebih suker beli kat Paris sebab duit euro lebih rendah tp bukan murah yea.  Bygkan London shot Glass set tu dah 3.99 pound (convert dah  RM22...sesak nafas).  5.00 pound bolehlah dpt 3 FM  bus London tuh.

Beg bodoh ni beli kat Primax kalo tak silap harganya 2 pound

Tiket g Greenwich

Kepada kaki shopping yg tak sabar2 lagi nak pegi tuh,  sebelum pegi London sy banyak buka beberapa website utk tgok dan berangan apa benda nak beli...berangan kan free dan buat anggaran harga.  Kebanyakkan brg yg sy beli adalah barang brand dari UK sbb lebih murah beli kat sana banding kat KL.  Dibawah ini adalah antara yang sy suker.

Amazon UK
John Lewis
Longchamp
LV
Le Creuset
ARGOS
Clarks

Sebelum pegi London hari tu sy ada minta MS. A belikan beberapa brg letrik dari sana dan pos ikut kontena, klik sini.

Tentang Oyster card klik sini dan sini.  



Sy suker check harga single fare dari satu station ke satu station mcm org xde keje, klik sini.



5 comments:

  1. wah..boleh kumpul duit dr skrg nk round europe..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tu. :) Sy kalo ada rezeki lebih nak g Eastern europe plak. Tp nak ikut pakej kelana konvoy tu.

      Delete
  2. BLOGGER – Buat Duit Untuk Tulis Review.
    Tawarkan khidmat menulis review kepada ribuan usahawan dan peniaga yang perlukan pendedahan tentang bisnes mereka. Terima bayaran upah yang sangat lumayan untuk menulis review di laman blog anda sendiri.

    JOM TAMBAHKAN PENDAPATAN ANDA!!

    https://advertorial.my/dap/a/?a=749

    ReplyDelete
  3. hi bahiyah..menunggu2 next entry europe! btw i like this entry very much!

    ReplyDelete
  4. Tq. Busy btol skrg ni...insyallah akan diusahakan :)

    ReplyDelete