Tuesday, 26 August 2014

Pandora Dari Chenta Hati



Assalammualaikum

Bulan Jun adalah bulan yg agak istimewa bagi kami sbb bulan Jun adalah birthday sy dan anniversary kami.  Biasanya hubby mmg tak lepas dari kasi hadiah masa bulan ni, sy plak akan kasi hadiah dia masa besday dia.  Biasa hadiahlah sbb kitaorang jarang ada masa bersama, jarang kitaorang mkn best2 kat luar.  Rasanya hubby lebih hargai birthday sy kot sbb masa birthday aje dia rajin wish, masa ann senyap ajek.

Tahun ni adalah anniversary kami yang ke-4, syukur alhamdulilah.  Bila fikir2 balik rasa magic jgklah boleh sampai ke tahun ke-4, memandangkan kami adalah couple yang paling suker bergaduh dalam dunia ni. Pagi petang siang malam bergaduh jek keje nyer.  Daku plak suker merajuk, sikit2 merajuk...ni lagi le buat hubby tensi.  Now, hubby dah jarang dah buat sy sakit hati.  Sy pun dah makin cool dan dah boleh menerima dia seadanya mungkin jgk dah imun.  Perbezaan itu lah yg membuatkan kita istimewakan.  Tak akan sama dengan orang lain, dialah lelaki terbaik yg sy jumpa yg boleh dijadikan suami yg lain sumer hampeh, ingat senang ke nak cari suami yg baik di zaman sekarang ni?.  Perkahwinan ni mmg kena banyak tolak ansur sbb kita kan manusia biasa yang tak lari dari masalah. Nak membina ikatan kukuh tu pun akan ambik masa.  Bila gaduh mesti akan cari Kaksu, kahkahkahkahhhh.... nasib baik skrg dah kurang gaduh nya.  Kaksu pun dah busy skrg, dah ada 4 orang anak pompuan yang makin membesar.

Ni lah buku catalog nyer, bila beli jgn lupa ambik.  Dalam ni ada byk pilihan beserta harga sekali...

Ni summer collection terkini

Masa besday hari tu, tertunggu jgk hubby wish.  Bila jam 6 petang tak wish terus tanya dia kenapa tak wish, terus dia wish lepas tuh.  Hahahaaa...kelakar tak malu betul.  Sy tak pernah lupa wish besday dia tiap tahun tau.  Minggu lepas sebelum hubby keluar, hubby ada tinggalkan paperbag kat atas meja.  Mmg perjanjian yg tak bertulis, kalo hubby nak kasi apa2 brg kat sy, mesti letak atas meja tuh.  Kalo dia punya brg tuk dia sendiri, dia terus letak kat dapur atau kat bilik bacaan dia.  Jadik sy tau lah itu brg dia.  Skrg ni dia dok keje ulang alik Sabah ni, adalah tu dia letak macam2 atas meja, letak kuih cincinlah, letak amplang lah, letak udang keringlah.  Daku apa lagi, melantak lah perhabis sumer.  Nanti kalo tak mkn dia tak nak kasi plak lain kali kan.

Cantikkan design bentuk bunga rose nih.. 


Champ bentuk love

Bila dia dah keluar, tetiba terpandang paperbag tu terus 'OMG Pandoraaaaaa'.  Sebelum ni mmg penah msg hubby kalo dia g obersee nak kirim gelang pandora.  Skrg ni rasa dah bosan pakai emas dah, nak try benda lain plak...nak beli Zulian mmg xexclusif sgt le plak.  Kekadang terlupa dah mana simpan brg kemas, hari tu dah berbulan cincin sy tertinggal kat labcoat makmal.  Bila tgh discussion dgn opismate tetiba terseluk poket labcoat, terkejut ada kat situ.  Sib baik labcoat ni xde orang guna.  Sbbnya dah habis dah sy selongkar rumah mencarik benda ni, menimbulkan stress ok.  Kekadang org suker trade in kan, sy tak suker trade in sbb bila trade in...akan ada susut nilai...daku kan kedekut.  Selain itu, susah nak cari pattern yg kita suker.  Yelah kita bukan kaya terus beli satu set, jadi bila pegi tahun depan nak beli rantai ke apa...pattern yg sama ngan gelang yang beli sebelum ni pun dah xjual.  Lepas tu emas ni ada plak kena zakat kalo dah cukup hisabnya.

Boleh match cincin dgn gelang

Harga dan antara jenis bracelet yg ada, yg emas 14k pun ada.  Tapi harga sumer ni untuk catalong ni aje tau, mungkin lepas2 ni harga dia dah tukar tu tak tau le plak.

Boleh buka dan tukar2 ikut citarasa 

Bila buka kotak, nampaklah bracelet dan 2 champs.  Cukuplah kan untuk permulaan, nanti boleh tambah sikit2 dia punya champ nih.  Dibagi juga sebuah buku catalog comel ada mcm2 dalam ni.  Pandora ni ada macam2 rupanya, ada pelbagai jenis bracelet...selain itu ada jgk istilah nya contohnya Champ, spacer, clip dan safety pin.  Ada macam2 tema ada...ada bunga, ada batu permata, ada emas, ada love, ada huruf, ada binatang, ada fairytale dll.  Selain itu ada jgk jual rantai, pendant dan cincin.  Bracelet ni pun ada byk jenis, ada bracelet, bangle, kulit.  

Gelang dan 2 clips bentuk love yg sgt suwettt...bolehlah sbg permulaan..tq my lovely hubby *love*

Yg hubby kasi ni bentuk love, jadi sy kena cari le aksesori yg bertemakan love. Nak campur2 pun boleh jgk, tp sbb ni kan hadiah anniversary + besday, sy ambik keputusan untuk kekalkan konsep love nih.  Nak cari aksesori yang menggambarkan kisah percintaan kami plak.



Ni beberapa contoh yg sy ambil dari IG Pandora...cantikkan?

Sekarang ni tengah fikir2 design yang saya nak buat nih, bergantung kepada bajet yang adalah.  Gelang ni besar skit saiz gelang pun ada byk size sebenarnya, jadi kena le letak byk2 champ baru le cun.  Nampaknya kena le membeli berdikit2 champ ni, simpan duit 3 bulan baru boleh beli 1 biji champ.  Makan tahun jgk ler kiranya kalo nak memenuhkan gelang ni. :)

  

4 comments:

  1. BLOGGER – Buat Duit Untuk Tulis Review.
    Tawarkan khidmat menulis review kepada ribuan usahawan dan peniaga yang perlukan pendedahan tentang bisnes mereka. Terima bayaran upah yang sangat lumayan untuk menulis review di laman blog anda sendiri.

    JOM TAMBAHKAN PENDAPATAN ANDA!!

    https://advertorial.my/dap/a/?a=749

    ReplyDelete
  2. Pandora ni platinum ke? Mahal tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silver, ada jugak emas. Bagi saya agak mahal le jgk untuk aksesori. Gelang yg mcm sy tu tanpa champ pun dah RM295. Champ love tu sebijik jek RM253. Bygkan nak memenuhkan baper le habis. Tp champ tu boleh jek cari yg murah2, ada jgk yg harga seratus lebih sebijik. Letak champ 2-3 bijik jek pun dah cantik, tak payah penuhkan. :)

      Delete
    2. Ehh sorry, yg love tu clip bukan champ. hehehee...

      Delete