Sunday, 6 July 2014

Tudung Raya Ariani


Assalam kengkawan

Baju raya korang dah siap belum?.  Baju raya sy sehelai dah siap dah, 2 helai lagi tak siap.  Gaji nanti baru lah g ambik kat DZulClassic sama dengan baju hubby.  Tahun ni punya raya kami akan beraya di Rompin belah suami.  Dan seperti biasa setiap tahun hubbylah yang pilih tema baju raya kami, sy ni jenis tak kisah, biar org yg kisah yg pilih hahahaha...

Tahun lepas last minute g carik tudung raya, warna yang nak sumer dah tak de.  Tahun ni 1st day sale dah pegi Ariani dah.  :)


Tahun lepas kami ada konflik bila hubby merahsiakan warna baju raya dia.  Hhmmmm ntah apa-apa kan, baju raya pun nak rahsia ke?.  Pelik-pelik....dia ni suker benor bergurau yang tak masuk dek akal.  Sebenarnya hubby kasi 3 kain baju raya lain color, tapi sbb sy dah tempah byk baju lain...jadik sy tak tempah baju yg hubby kasi, lgpun hubby kasi dah lambat.  Tempah baju kat KL ni bukan macam kat kg sehelai RM25 kan.  Tahun ni hubby kasi kain raya, motif etnik dari Sarawak.  Yg lain sy beli sendiri.  Cepat ler siap baju raya tu sbb ada perincian lain nak letak nih.  

Beli 2 helai ajek, tudung halfmoon Aleesya dan jgk tudung printed schiffon.  Lepas ni nak kena hantar g dry cleaning dulu sebelum rasmikan.  Beli shawl akan dpt free inner.  Suke shawl ni sbb ada batu2 bling-bling bertaburan kat tudung.

Jadi tahun ni tema kami warna purple.  Oklah, walaupun warna kegemaran sy pink tp faham sgt le, lelaki mana le nak pakai warna pink kan hahahaaaa... Baju dah settle, tinggal lagi tudung.  Semlm tgok kat FB, Ariani ada sale bermula hari ni.  Apalagi hari ni haruslah pergikan, sy pegi cawangan Bangi ajek.  Masa sale ni baik g beli, xyah le daku nak mencari kain dan menjahit sendiri shawl.  Lgpun ni shawl tuk rayakan, kena le yg bling2 skit.  Ok korang, kalo belum ada tudung bolehlah pergi cari kat mana-mana cawangan Ariani ni...cepat skit nanti kalo lambat color2 yang best sumer dah sold out.  Tadi banyak tudung ada diskaun 50% tau.  Tadi jgk sempat buat kad keahlian, dengan pembelian lebih dari RM200 dah boleh dah buat kad.  Kalo ahli akan ada lagi diskaun tambahan.  

Tudung Aleesya ni kalo pakai akan jadi mcm ni. Sy suker inner soft awning.

Sandal raya tak nak beli lah, pakai ajek mana yg ada.  Biasa kalo balik raya Sabah, sy beli sandal kat duty free dalam balai berlepas kat LCCT tu sbbnya kalo pegi shopping mall sumer yg cantik dah habis.  Lepas ni dah boleh dok diam-diam kat rumah.  


No comments:

Post a Comment