Friday, 11 July 2014

Pray for Gaza



Assalammualaikum 

Sedih bila melihat org Palestin yang dibunuh di Gaza, tak boleh tgok tv dah saya ni.  Syukur jgk kita duduk di Malaysia yang masih aman.  Mmglah ada jgk kes2 jenayahkan, tapi sekurang2nya kita masih boleh bergerak bebas ke sana kemari di bumi yang tercinta ini. Bertambah sakit hati bila baca komen2 kat Fb org putih bila ada org yahudi yang mengatakan mereka hanya mempertahankan diri mereka dari Hamas.  Ini mengingatkan sy pada peristiwa di Lahad Datu dulu tu, bila org sulu menceroboh dan membunuh polis kita.  Mmg dah sedia maklum yg org sulu ni mmg sentiasa dtg melakukan pelbagai jenayah di kawasan pantai timur Sabah termasuklah penculikan, pembunuhan dll dari dulu lagi.  Tapi kita tidak membedil dan menyerang kepulauan sulukan?. Kita hanya membedil tempat yang mereka ceroboh di negara kita dan menangkap mereka, itu pun bila orang tempatan dah naik angin.

Serangan yg dilancarkan oleh israel ni bagi sy bukan mempertahankan diri, tapi yg sebenarnya adalah mereka ingin menakluk bumi Palestin dan menghalau keluar orang Palestin.  Itu sebenarnya yg mereka mahukan.  Orang Palestin mempertahankan tanah air mereka, takkanlah org dtg merampas tanah air kita, kita dok diam2 sajakan.  Kita dihalau dari kampung kita dan terpaksa tinggal di kem-kem pelarian yg kadangkala turut dibedil.  Mestilah kita memperjuangkan tanahair kita sama seperti pahlawan dulu2 yang berjuang menentang penjajah.

Jadi apa yang kita boleh buat? Nak pegi berjihad ke sana mmg tidak mampu. Ada byk cara lain yang boleh kita lakukan selain daripada berdoa kemenangan dipihak saudara kita di Gaza dan Tebing Barat. Salah satu diantaranya adalah dengan menyumbangkan dana kepada pihak2 yang membantu Gaza. Korang boleh menyalurkan bantuan seperti yang tertera di bawah ni.

Selain dari Aman Palestin, terdapat jgk badan lain yang mengutip derma untuk Palestin.  Terpulanglah kepada korang nak membantu yang mana satu.  

Selain itu kita boleh mulakan dengan memboikot syarikat2 yang mendokong Israel ini seperti dibawah.  Sy mmg dah jarang pegi mkn McD, biasa kalo pergi pun sebab temankan orang.  Bila nak pergi McD saja, teringat kat orang Palestin, dah tak lalu dah nak menyuap apatah lagi makan.  Sy mula boikot McD ni pun masa dulu2 yang ada boikot McD secara besar2an tuh.  Selain itu, dulu salu jgk sy pegi Starbucks sebab kalo pegi situ terasa diri kaya raya....terasa high class sgt mkn minum kat situ kan, tapi lepas boikot dulu tu sy tak pegi dah.  Selain tu sy jugak mengurangkan membeli barang2 yang diboikot ni secara perlahan2 dan mula mencari alternatif lain.  Sebenarnya boleh nak boikot ni, bukan saja boikot mengikut musim tapi boleh boikot selama2nya.  Kita buat secara perlahan2, lama2 dah biasa dah...dah tak ingin mkn McD, tak ingin minum milo, tak ingin dah nak bermegah2 pergi Starbuck.  Biarlah daku mengorbankan nafsu sendiri, tak mati pun kalo tak makan bende tu semua.  Lgpun setiap sen duit yang kita belanjakan tu akan digunakan untuk memerangi saudara seagama kita di Palestin.  Sanggupkah kita?  Tergamakkah kita membuat saudara seagama kita dibedil dan ditindas?.  Tidak bukan, jadi bertindaklah dari sekarang dan mula boikot secara KEKAL mulai sekarang.  


Ni adalah barang-barang yang boleh diboikot.  Sila ambik gambar dan letak kat phone memasing yea, bila g shopping boleh rujuk list ini. 



Bersama-samalah kita berusaha membantu selagi mampu.  Ia lebih baik dari tidak berbuat apa2 kan.  Semoga usaha kecil kita ini akan diberkati dan beroleh ganjaran di akhirat kelak. Amin.

KITA BOLEH!!!




   

No comments:

Post a Comment