Monday, 21 July 2014

Percutian ke London Day 3


Nampak tak tiang2 hitam kat belakang tuh?  Sila beratur kat situ tuk beli tiket g Bicester Village yea..kat situ ler kaunter tiket nyer.



Assalammualaikum dan salam sejahtera

Bersambung di entry hari ke-3 pulak yea. Informasi ttg percutian ni sy ada kongsikan pada entry yg pertama, klik sini.

Minta maaf banyak-banyak, lambat sikit nak tulis tentang percutian ke London ni.  Bulan-bulan posa ni tersangatlah malasnya nak menaip.  Ni plak ada kes MH17 ni, aduhai terasa sedih sangat sampai dah tak larat lagi nak sedihnya.  Rasanya dah banyak daku bersedih dari kes Lahad datu tahun lepas ke kes MH370, ke kes Gaza ni plak ke MH17 nih.  Bila sy ternampak ada sorang pensyarah yg tulis dalam FB ttg MH17 kena tembak ni, daku dah 'oohhhh not again'.  Route yg pegi Amsterdam ni lah route yang kami guna juga masa ke London ni.  Masa lalu kat area situ, daku sempat berbisik kat Kak S yg area situ skrg tgh berperang.  Esoknya daku sempat lagi tgok update ttg MH17 ni kat internet, rasa sedih sgt tp kurang dah kesedihannya banding MH370 hari tu, mungkin dah imun.  Lepas dari tu sy jarang dah buka, tgok tv pun dah jarang.  Hmmmmm..aku tak mau terluka lagi... 

Ok, berbalik kepada trip London ni.  Hari ni planning nak ke Bicester village. Pepagi jam 9 selepas breakfast seadanya, seperti biasa naik bas ke Stesen White City, lepas tu tukar tren di Nottinghill Station utk ke Paddington Station, ambik tren ke Marylebone Station. Pening oooo naik tren ni, kena pandai baca peta nya dgn betul, kalo tak sesat le...kami pun tersesat jgk semlm, sib baik boleh patah blik. Ni hari yg ke-3 kira dah pandai sikit baca peta underground ni.  Bukan apa, kalo sesat akan merugikan masa kami.  Sbb byk lagi tempat nak pergi ni.


Turun di Marylebone Station, terus beratur beli tiket keretapi. Sempat berkenalan dgn sorg muslim thai yg sgt comel, dia terlepas tren sbb dia dtg naik bas dr Norwick, dia kena beli tiket baru. Dia beratur di belakang sy, sy tegurlah dia sbb ingatkan dia orang Malaysia.  Rupanya tiket train ni boleh beli online dan kalo student price boleh dpt murah lagi. Harga tiket kami seorg termasuk bas adalah 32 pound untuk tren dan bas return, mahal le jgk kan.  Dah berkenalan dan berborak sakan macam itik dgn ayam tu, kami pun jln le  bertiga naik tren sama2, tempat tunggu terminal yg mana satu nak pegi, boleh tgok kat skrin besar atau boleh tanya kaunter pertanyaan. Macam itik dengan ayam sbb dia x faham sgt BM, dia boleh bertutur dalam bahasa dialek kelantan yang sgt pekat tuh.  Sy tak terkejut sbb masa pegi Phuket dulu ada jumpa org dari Narathiwat jugak, mmg sgt pekat dialek dia ok.  Macam kalo g KB tu mmg dah jarang jumpa pekat macam nih.

Agak lewat jgk dpt tau terminal mana, bila dah tau kami bergegas ke terminal dan terus naik tren.  Kami siap berdiri berdekatan dengan kiosk pertanyaan lg. Itu pun bila tren tu dah nak sampai baru staf maklumkan naik terminal no berapa, kami pun apa lagi berlari2an ler mengejar.  Tren ni free seating, duduk jek mana yg berkenan dihati. Perjlnn dlm 1 jam jgk dgn melalui perkampungan dan ladang2 bunga canola yg menguning dan rumah yg cantik. Berborak dgn pompuan thai tu dr hal peribadi sampai ke konflik politik selatan thai. Bersyukur le kita rakyat Malaysia yg dpt pelbagai kemudahan disediakan untuk kita, ada org lain yg tak begitu bertuah seperti kita.  

Nampak tak tu saiz 6?.  Tu saiz UK.  Korang bolehlah  pegi ke Clark di Malaysia dan test dulu.  Sebab saiz dia lain dari saiz kasut biasa.  Sy pakai kasut biasa saiz 5, tapi sampai sana saiz sy saiz 3 UK.  New design xde le kat sini, kena cari kat butik baru ada.  Kak S ler yg shopping sakan sini ni.

Pilih2 dan test mana kasut yang kita nak, lepas tu dah berkenan baru bagitau salesgirl pilihan yg kita nak...nanti dorang akan ambikkan yg baru.  Ramai nyer org Malaysia shopping kat sini...termasuklah kitaorang :)



Membelinya idak ler, tapi ntah apa yg kami buat kat sini sampai 5 jam nih.  Sorrylah sy bukan jenis suker shopping henbeg, opis sy tercorok kat bgnn hujung yg terpencil, rasanya kalo berkemban g opis pun org tak perasan hahaahhahaa... 





Turun di Bicester Village North, terus naik bas yg sedia tunggu di luar. Tak payah risau sbb ramai orang yg turun kat sini kebanyakkan pelancong, mmg berduyun2 ler orang naik bas.  Ramai jgk pelancong arab yg naik tren nih, shopping sakan dorang.  Dlm 5 minit jek pun nak ke Biscester village ni naik bas, ada jgk yg menapak jek. Dah sampai.....mmg perkampungan yg sgt comel dgn deco ala british, sumer kedai2 ada outlet sendiri yg berderet. Byk branded outlet kat sini, mmg puas hati, cuma masa ni xde sale sgt. Keluar masuk kedai cari brg. Antara brg yg beli kat sini termasuk Clarks, beg Samsonite, Le creuset. Hati2 jgk dgn pencopet, kat sini pantang lalai ajek brg melayang. Le creuset murah, utk mug + piring kuih + mangkuk boleh dpt buy 3 free 1 dgn boleh mix n match. Utk Clarks daku mmg malang, saiz 3 UK punya section xsampai 10 kasut/sandal ada. Kat sini brg disusun ikut saiz. Teringin jgk nak beli henbeg Coach tp xde pun harga bwh RM1k, purse pun xde harga bawah RM400. Aduyaiiii..... Kami kat sini sempat mkn mknn yg kami bawa dari rumah  di kerusi, sambil2 melegakan kaki yang penat. Dah siap kami pergi stesen bus balik dan naik bas ke stesen keretapi.  Sampai London, kami turun di Paddington Stesen dulu, saja je nak merayau-rayau...besar jgk stesen nih banding dgn stesen lain.  Lepas tu balik rumah tumpangan.  Boleh tahan jgk kitaorang berjln hari ni, dari jam 9 pg sampai jam 3.00 ptg kat Bicester Village tu jek.

Stesen Bicester Village.  Biasa bas ke Bicester village parking betul2 tepi tangga biru tuh.  Ada staf jgk jaga...xsesat punya.




Bas hitam tu ler bas dari stesen keretapi ke sini, tu stesen bus.  Kita orang dah habis shopping dan otw nak ke stesen bus tuk balik ke Stesen keretapi....tp dok berselfie dengan bunga2 yg cantik sepanjang jln.  Bas dia byk jgk, xpayah tunggu lama2.

Dlm bas, tunggu bas jln, stesen bus dia pun dihias dengan bunga-bunga

Kak S kesejukan tengah tunggu keretapi, tapi sempat jgk tu nak bergambar

Ni masuk toilet kat Paddington stesen, nak masuk toilet kena guna coin.  Terkial2 kitaorg, nasib baik ada staf kat situ ajar caner nak tukar duit coin kat mesin di tepi tuh.  

Sampai rumah tumpangan dlm jam 6.30, kami keluar blik lepas isyak pegi Westfield, semlm borak dgn tuan rumah, dorg ckp tempat ni mall yg paling besar di London, kebetulan bas mmg akan lalu betul2 dpn wesfield nih. Rupa2nya jaket beli kat sini lg best. Brg2 dia pun best sbb ada Debenhum kat sini. Beli perfume yg ada promotion kat sini. Byk jual baju2, brg baby, brg rumah etc. Mlm baru kami blik ke rumah tumpangan. Tips shopping kat sini mudah ajek, beli yg ada promotion. Kekdg boleh dpt half price, yg xsale mmg mahal.

Jadik xdpt nak plan secara spesifik nak beli perfume jenis apa, beli ajek yg ada less. Daku tertarik dgn brg letrik kat sini tp bila fikirkan kena naik bas ke Cardiff plak lepas ni, terus terbantut.




Antara hasil shoppingan kat Bicester Village, korang lagi sakan kot..kitaorang ni percutian bajet ajek.  Untuk harga boleh check kat website Le creuset, tp kat sini murah sikitlah harganya banding London. Tapi nak mengangkut tu ler yg tak sanggup tuh.

Kat Debenhum kitaorang beli set gelas (biasalah mak-mak dan bini-bini orang mmg mcm nih!), winter jacket dan perfume aje.  Kat sini barang2 rumah tersangatlah cantik2, arghhhhh.  Masa pun tak banyak sbb dah nak tutup.  Lepas tu balik rumah tumpangan, kesejukan kitaorang dok dalam stesen bas tunggu bas.

Ok, bersambung di entry ke-4 plak yea.



1 comment:

  1. Salam bkenalan drp kami makan angin London@Makan Angin Shopper

    Budget SEWA BILIK dan TRANSPORT (London, UK & EUROPE Tour) dengan kadar berpatutan.

    HUBUNGI @
    Whatsapp di +447478 684277
    Facebook page: Makan Angin London
    https://www.facebook.com/makananginlondon
    Makan Angin Shopper
    https://m.facebook.com/ukpersonalshopper
    Instagram: makananginshopper
    Website : http://ukhomestaypengangkutanlondon.blogspot.co.uk
    - Airport Transfer
    - Tourist Guide
    - Corporate Visit

    ReplyDelete